Home Novel Seram/Misteri Musibat
Musibat
NaimTamdjis
14/3/2018 16:22:42
19,133
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
Prolog

"Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang bersagi, sekaliannya bergunung-gunungan dan berjurai-jurai belaka.
Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah…dan dinding istana dengan cermin Cina yang besar-besar. Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah pada pandangan mata.

Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya datang ke Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana. 

Adapun ada banyak alat-alat kebesaran Melaka menjadi lambangnya. Keris Taming Sari salah satu darinya. Tombak Sang Nila Utama. Panah Arjuna Nestapa. Gendang Nengkara yang menjadi lambang keagungan Parameswara yang berjaya mengambilnya dari Majapahit. Gendang dari keturunan Srivijaya. Gendang yang menjadi tanda kuasa kerajaan di nusantara pada zaman. Menjadi saksi banyak kejadian. Suka ataupun duka. Darah mahupun air mata. Jagalah ia sehingga tiba pada masa ia dikembalikan pada yang asal.

 

Disesuaikan dari naskhah agung “Sejarah Melayu”

Tun Seri Lanang

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.