Home Novel Seram/Misteri Rahsia bukan rahsia
Rahsia bukan rahsia
Maryani Zailani
14/2/2024 00:27:17
18,840
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8
Tibalah hari yang dijanjikan. Mereka bertiga bersiap sedia di bilik mesyuarat tersedia di perpustakaan. Sebiji smartphone pada tripod dibelek-belek. Nanti akan digunakan untuk merakam temubual secara video. 

 Tepat pada waktu dijanjikan, mereka melihat Raudhah berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Fatimah dan Manisah gemuruh bukan main. Najwa buat-buat biasa sahaja. 

 Mereka menyambut kedatangan Raudhah dengan berdiri tegak. Salam diberi dan Raudhah membalas acuh tidak acuh. Raudhah duduk di tempat disediakan untuknya. Sebuah klip mikrofon diselitkan pada tudungnya oleh Manisah. Fatimah pula telah menekan butang rakam pada skrin. Dan, temubual pun bermula.

 Raudhah tidak lepas memerhati wajah Najwa. Dia menjawab soalan dikemukakan dengan tidak sepenuh perhatian. Dia teringatkan isi dalaman fail pelajar milik Najwa. Mulanya dia mengesyaki Najwa mempunyai kaitan dengan arwah Maisarah. Mungkin adik arwah. Ternyata mereka tiada kaitan langsung! Jadi, apa muslihatnya?

 Tibalah pada soalan sensitif. Raudhah memberhentikan temubual.

 “Saya takkan jawab soalan ni tanpa tahu sebab sebenar soalan ini dikemukakan.” Raudhah menjeling Najwa yang bersikap selamba. “Kamu… kamu kan yang buat soalan ni? Kenapa ya… awak berminat sangat nak tahu cerita silam saya? Who are you?”

 Najwa mulai ketawa. Mengeluarkan sampul coklat. “Dah lama saya tunggu saat ini.” 

 “Tak siuman…” Raudhah mencemuh perlahan, hampir tidak kedengaran.

 “Saya yakin, puan akan terkejut dengan isi dalamnya. Ambil dan buka sampul itu. Saya sediakan khas buat puan.”

 Raudhah berdengus. Dicapai kasar sampul coklat.

 “Apa ni Najwa?” Fatimah bingung. Begitu juga Manisah. Bimbang temubual tidak berjalan lancar. 

 Ternyata isi dalamnya ialah beberapa keping gambar lama. Satu persatu diamati dengan rasa terkejut. Tubuhnya longlai. Mulutnya terlopong. Matanya terbeliak dan bergerak-gerak. Terlepas semua foto itu dari pegangan tangan. Dia memandang Najwa meminta pengertian.

 Najwa ketawa kecil, “Puan jangan ingat peristiwa hari itu tiada saksi. Hari itu… puan hanya bernasib baik.”

Previous: Bab 7
Next: Iklan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.