Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
32,560
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

       TANGAN itu dikucup agak lama kali ini.Hati wanita separuh umur itu berdetak sedikit.Sudahlah memang dia tidak mahu melepaskan anak gadisnya itu pergi lagi.Kali ini di Jalan Lama pula.Rumah yang seringkali dia dengar ada pembunuhan ngeri telah berlaku.Di larang , kedegilan anak gadisnya itu seperti ayahnya juga.Makin dilarang makin dilakukannya.

       Nak tak nak dia terpaksa akur pada kehendak anak gadisnya itu.Diikuti pula Fifi rakan sekolejnya itu.Ayna Hartina tersengih seperti kerang busuk maklumlah tak lama lagi dia bakal mengembara lagi.

       Rumah agam di Jalan Lama destinasi seram terbarunya.Selepas bersalaman mereka bertiga bersama menapak ke arah garaj dimana Kereta Jeep milik bapanya berada.Buat ketika ini bapa Ayna ada outstation di luar negara.Jadi dia dibenarkan mengguna kereta 4× 4 itu.

       " Fifi, tolong tengok- tengokkan anak mak cik ni....," pesan Puan Leeza berulang kali.Entah kenapa kali ini hatinya semakin berat untuk melepaskan Ayna pergi.

      " Ala, mama ni ...Tahulah kami nanti .Mama tu jaga diri.Papa kat luar negara dengan abang" ujar Ayna mencuit dagu itu.

      " Ya, sayang.....Nanti sampai sana call mama tau...Jangan diam aje," ujar wanita itu sekali lagi sebelum keduanya menaiki jeep yang telah Ayna pandu keluar dari dalam garaj.

      " Okay mama .Mama kami pergi dahulu ya ....Bye....Muaah," ucap Ayna lantas mengucup pipi gebu itu.Fifi telah pun usai menyimpan beg- beg mereka di tempat duduk belakang.

        Pintu ditarik serentak, kedua- dua memasuki ke dalam ruang jeep berkenaan.Seat belt dikenakan.Lantas enjin dihidupkan.Gear di tukar.Sebelum kereta mulai bergerak , kedua- duanya melambaikan tangan ke arah wanita bergelar ibu itu.

       " Ya Allah , kau selamatkanlah perjalanan mereka ," doanya di dalam  hati.Sekali ini kerisauan jelas terpancar di wajah anggun itu.


***********


       PERJALANAN yang memakan masa selama dua jam tidak mereka rasai kerana perjalanan panjang itu mereka selang- selikan dengan gelak  tawa dan hiburan daripada dvd .Ayna sambil memandu sambil berhibur.Walaupun suaranya tidaklah semerdu Dato ct.Pemanduan akan diberhentikan sebelum bertukar pemandu pula.

       Dari KL nak ke sempadan Perak tidak makan masa lama, tetapi untuk masuk ke dalam untuk menuju ke arah Jalan Lama mungkin memakan masa sedikit .Kerana jalannya semakin dalam semakin berlubang- lubang.

        Mereka semakin menghampiri Jalan Lama.Setelah berhenti makan dan rehat seketika di rnr sekitar Tanjung Malim.Papan penunjuk arah besar dengan anak panah ke kiri, Fifi memandu mengikut arah itu.

        Jalan yang mereka masuki seakan highway dimana kiri kanannya hutan.Jika salah hemat boleh terjunam ke gaung .Jalan yang tadi agak sibuk dengan kereta yang lalu lalang kini semakin kosong.

        Sempat juga Ayna mengambil satu, dua keping pemandangan sekitar.Matahari makin mahu merunduk .Waktu kini sekitar 4.30 petang.Mereka sampai petang kerana banyak kali berhenti.

        " Seram pula aku tengok papan tanda Jalan Lama ini ," ujar Fifi merenung lama ke arah papan tanda yang diperbuat daripada kayu itu.Tulisan juga semakin kabur.Lalang tinggi menemaninya.Ayna mengintari sekeliling , tiada apa yang menarik.Hutan sahaja kiri juga kanannya.

          Tiba- tiba rambutnya mengerbang, angin berhembus secara tiba- tiba.Tetapi tidak pada Fifi ,gadis itu masih lagi ralit melihat papan usang itu.

          ' klik ' Hanya dengan sekali petik , papan tanda usang itu kini tersimpan dalam memori kamera jenama nikon yang setia tergantung dileher Ayna." Wei, jomlah kita teruskan pemanduan kita.Jauh lagi ni, hari makin nak gelap ni.," ujar Fifi memandang atas ke langit.Ayna bersetuju dengan pendapat sahabatnya itu, benar juga susah jika sampai malam sudahlah mereka tidak biasa dengan kawasan berkenaan.Mahu tersesat juga nanti.

        Kini giliran Ayna pula menjadi pemandu manakala Fifi menjadi juru pandu mereka selain aplikasi waze.Semakin jauh Jeep mereka bergerak , dengan tidak semena- mena papan tanda usang itu jatuh ke tanah.Ada setitik darah mengotori papan yang terbalik itu.Angin pula makin menderu.Kelihatan juntaian kain putih yang seolah - olah terapung dan tidak menjejak tanah.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.