Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
32,561
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

      "YA ALLAH , DARAH !," Laung kedua - dua gadis yang berlari menuruni tangga berpilin itu.Berdebar- debar hati keduanya tatkala melihat lantai yang dibasahi darah pekat .Dengan bingkai potret yang selama ini tergantung di dinding juga berkecai.

      Wajah wanita anggun dalam potret itu juga dikotori percikan darah." Apa dah jadi ni, babe ?," soal Fifi makin kelam- kabut.Ayna juga semakin risau melihat darah yang banyak itu.Tiada pula mereka terdengar sebarang bunyi jika rumah ini dipecah masuk ! Kedudukan perabot juga tiada yang berubah.Apa yang telah berlaku semalam ? 

       Cepat- cepat matanya memandang ke arah lain pabila mata wanita dalam potret yang berkecai itu seolah bergerak dan seakan jegil .Ayna mendekati Fifi yang mengutip serpihan kaca khuatir terkena kaki.

        " Pak Rul !?," Laung keduanya saling berpandangan kini." Pak Rulll......!!!," Laungan mereka bergema diseluruh rumah agam itu.Sunyi sepi membungkus suasana.Tiada sebarang sahutan.Ke mana Pak Rull ?????

       " Babe, aku rasa ada yang tak kena"

       " Aku pun "

       " Pak Rul dalam bahaya !"

       Tanpa berlengah mereka bergegas ke bilik Pak Rul.Setelah tiba dihadapan pintu bilik, Ayna menerjah pintu berkenaan.

        Gelap.Kosong .Sunyi sesunyinya.Tiada sesiapa di situ.Mereka saling berpandangan.Fifi berkali- kali liur diteguk.Ayna makin berpeluh.Sah ! Ada sesuatu yang telah terjadi.

        " Luar !," ujar mereka serentak lantas melangkah ke arah pintu diruang tamu.Langkah kian laju , bersama debaran yang makin hebat.Ayna berdoa supaya tiada apa- apa yang buruk berlaku pada orang tua yang tempang itu.Entah kenapa , kebelakangan ini dia mengasihi orang tua itu seperti bapanya.

       Tombol dipulas, pintu terkuak luas.Suasana menghijau menenangkan seketika fikiran kecamuk keduanya.Udara segar di hirup seketika.Tapi, yang pasti orang yang mereka cari masih lagi tidak ketemui.

      " Babe, apa kata kita berpecah," cadang Ayna .Fifi keberatan sebenarnya apatah lagi pabila teringatkan tentang darah yang dia lihat tadi.Namun, dia tiada jalan lain.Dia juga risau akan keselamatan Pak Rul.Pada mulanya, memang dia agak takut pada orang tua tersebut tetapi lama kelamaan dia sudah biasa dengan sikap dinginnya .Mungkin , ada cerita disebalik sikap dinginnya itu siapa tahu ?

        " Babe ?," soal Ayna lagi sekali pabila melihat gadis disebelahnya itu kaku berdiri memandang tanah berumput hijau itu." Baik," ujar Fifi memandang Ayna." Okay kau tengok area pokok tu ," ujar Ayna sambil memandang ke arah kawasan berdekatan pohon rendang di mana jeep hitam mereka terparkir.Jeep yang agak lama tidak bergerak akibat kehabisan minyak.Ayna pula akan mencari dikawasan perigi buta iaitu arah belakang rumah.

       Kini kedua- duanya telah berpecah.Syukur kerana hari telah siang, jadi ia mempermudahkan pencarian mereka.   

       " Pak Rul....!," Laung Fifi sambil mendekati pohon rendang berkenaan.Agak seram juga pabila melihat pohon yang rendang dan daun yang merimbun.Akar pula bercerakah dan terkeluar dari dalam tanah.Teringat pula akan momokkan yang seringkali dia dengar tentang ' cik ponti ' yang gemar bertenggek didahan pohon berkenaan.

        Makin diingati makin meremang pula.Fifi cuba melupakan ia malah dia perlu menyambung pencariannya.Jika berlaku apa- apa pada Pak Rul , susah juga mereka nanti.Sudahlah orang dikampung itu sepertinya memulaukan dia.

        Kini Ayna semakin menghampiri perigi buta yang ditutupi pelepah kelapa yang mengering.Setelah sekitar pepohon rendang di arah belukar sana dia siasat namun tidak menjumpai apa- apa.Jika perigi tiada apa- apa tanda dia akan ke arah kebun pula.Dari jauh kelihatan pepohonan pisang seperti barisan manusia.Apatah lagi ada juga yang sedang mengalir getahnya yang berwarna merah.

       " Mana Pak Rul ni ?," soalnya makin dilanda kerisauan.Mustahil pula dia jatuh dalam perigi ini melainkan ditolak ? 

        Pelepah diangkat ke bawah juga kerana secara tiba- tiba hatinya tidak sedap memandang perigi berkenaan." Apa kau  buat  di sini ?!," bentak satu suara garau dan kedengaran tegas.Jelmaan ' seseorang ' yang menyerupai Pak Rul.

        Pelepah terlepas dari tangan dan menimpa kakinya.Dia mengaduh kesakitan.Alangkah berderaunya darah pabila disergah begitu.Namun, dia kenal akan pemilik suara itu.Dia bersyukur kerana Pak Rul tiada apa- apa.

       " Ke mana Pak Rul pergi ?"

       " Aku ke kebun macam biasa , kenapa kau tanya ?," soal Pak Rul sambil memandang tajam pada Ayna.Ayna terasa pelik dengan pandangan itu.Pandangan itu seolah bukan pandangan sebenar Pak Rul apatah lagi ' berkau , aku' ?      

         Orang tua itu tidak pernah berkau, aku walaupun dia agak dingin.Ayna cuba mencari sinar mata Pak Rul namun tidak kelihatan." Aku tanya kau ! Buat apa kau ke sini ? Mana kawan kau ?!," soalnya bertubi- tubi sambil sesekali mengerling ke arah perigi yang terpelohong itu.Gadis itu tidak harus ' tahu ' akan isi dalamnya.

        Ayna tidak mampu untuk menjawab persoalannya dia bergegas beredar dari situ.Dia seakan dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada orang tua itu.Mungkinkah itu bukan Pak Rul ? 

        " Ayna ! Tolongggg !," laung satu suara dari arah hadapan.Ayna seakan mengenali jeritan itu." Fifi !!," desisnya lantas langkahnya kini bertukar rentak .Dia berlari ke arah suara itu datang .

        Pak Rul tersenyum lantas kian ghaib disebalik perigi berkenaan.Manakala, Pak Rul sebenar  kian berubah bentuk.Perutnya kian mengembung.Wajahnya juga .Makin kebiruan.Bau busuk mayat makin menebar ke udara.Lalat berhurungan .

      " Tolong aku !," adu Fifi yang terpunduk .Dia makin mendesah kesakitan pabila cuba bergerak.Ayna meluru ke arahnya lantas mendekati tubuh itu.

      " Ya Allah , babe kau kenapa ?," soal Ayna terperanjat pabila melihat luka yang agak besar dan dalam itu." Aku tak tahu, ia berlaku sekelip mata ," ujar Fifi berlinangan airmata.Sakitnya tidak tertanggung.

      Ayna pula semakin pelik.Ada beberapa perkara yang dia kurang faham." Aku tak sedar babe ...

Yang aku masih ingat , masa tu aku tengah ralit tengok pokok ni...Tiba- tiba kepala aku diketuk kuat dari arah belakang...Sedar- sedar kaki aku ....," ujar nya tidak kesudahan ceritanya.

     Darah pekat yang deras mengalir menuruni betis itu lalu membanjiri kawasan rumput berkenaan.

     Ayna tiada cari lain.Mahu minta tolong tapi pada siapa ? Perlahan- lahan tubuh itu dibangkitkan.Fifi makin mendesah kesakitan tatkala kulit betisnya yang rabak itu menegang tatkala dia mulai bergerak dan terhenjot- henjot.Ayna makin dirusuhi kerisauan.Apatah lagi pabila teringatkan tentang jaminannya pada ibu Fifi.Fifi jadi begini , semua kerananya .Jikalah dia tidak mengajaknya ke sini pasti semua ini tidak akan berlaku ! Rasa bersalah didalam jiwanya makin tinggi menggunung .   

        Kedua- duanya kini menapak perlahan ke arah rumah agam itu kembali sambil ditemani linangan air mata.Darah menitis sepanjang perjalanan mereka.Ada ' sesuatu ' sedang mengekori mereka sambil menjilat - jilat rumput .Dia rakus menjilat lelehan darah dari betis Fifi yang mengotori rerumput berkenaan.

       Kini ' benda ' itu menjelma menyerupai Pak Rul sambil tersenyum.Kapak yang masih dibasahi darah terlekat teguh di atas dahan pohon rendang berkenaan.

        Secara tiba- tiba Ayna yang memimpin sahabatnya itu berpaling semula ke arah belakang.Dia cuba  mempercepatkan langkahnya kerana ' hijabnya' yang terbuka dapat melihat ' sesuatu ' sedang menjilat rumput yang berdarah .

        " Astagfirullahalazim "


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.