Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
32,559
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

        SETELAH mayat itu dihumban ke dalam perigi buta.Kaki Amarol yang tempang itu terpelecok kerana licin.Dia tersemban di tepi bucu perigi buta berkenaan.Pabila dia bangun keesokan paginya, sikapnya berubah sama sekali.Rumah agam itu pula semakin kelihatan usang.Amarool pula suka hidup menyendiri.Seringkali berada didalam ketakutan.Sehinggalah kehadiran dua gadis kota itu.

         Tidurnya tidak lena pabila kerap kali di ganggu dengan pelbagai jenis gangguan.Suara- suara jeritan dan tangisan seringkali menjadi hiburan rumah agam itu.Pak Rul pula di pulaukan oleh penduduk kampung kerana perwatakannya yang dikatakan seram dan ada juga menuduhnya sebagai orang gila.

        Kanak- kanak malahan orang dewasa juga cukup takut nak berdepan dengan rumah dihujung jalan itu.Pada yang baru menetap di jalan itu pula seringkali hidup dalam ketakutan akibat momokkan yang mereka terima .

        " Aduhai motor aku ni , kenapalah tak de jalan lain nak mati nya ? Kenapa mesti jalan ini ? Depan rumah ini ? ," keluh seorang pemuda bertopi keledar.Nak tak nak terpaksa jua dia menyorong motorsikalnya melalui jalan yang sunyi dan menyeramkan itu.Sambil menyorong sambil liar matanya mengitari sekeliling.Angin dan salakan anjing dari arah belukar menambah perencah keseraman itu.

        Peluh yang sedari tadi tidak ingin untuk keluar , kini makin deras membasahi tubuh dan dahinya apatah lagi tiada ruang udara kerana bertopi keledar.Rumahnya yang selang beberapa rumah terasa sebatu jauhnya.Debaran dada sama rentak dengan detakan jarum jam dipergelangan tangannya yang makin berpeluh itu.

       " Ape payah beno bawa motor ni pun ? Berat beno ....Nak kata bawa orang ....Aku aje....," rungutnya yang semakin payah menolak motorsikalnya ke depan.Beratnya umpama bawa setan batu- bata.Terkucil yang makin ditahan makin terasa mahu berterabur ditengah jalan.

       Dari cermin sisi , kelihatan seorang gadis berambut mengerbang sedang tertunduk atas motorsikal milik pemuda berkenaan.Perlahan- lahan wajahnya di dongakkan.Roh gentayangan yang selalu menganggu hidup Pak Rul , Ainah !!! Dia menyeringai dan jika dilihat makin lama makin menakutkan.

        Bersusah payah pemuda itu menolak motornya.Dalam dilanda ketakutan dia hampir- hampir terlupa mahu membaca sesuatu.Dengan dimulai dengan Auzubillahiminashaitonirajjim.....

        Dia kepanasan tatkala mendengar ayat- ayat yang semakin lancar mulut itu pertuturkan.Motor yang dia singgahi itu bagaikan batu api , dengan pantas dia terapung dan melayang dibalik pokok .

       " Alhamdulillah," ucapnya pabila motor makin ringan dan bumbung rumahnya kini makin kelihatan.


************


       MAKIN lama      dia perhatikan potret wanita anggun itu makin berkerut dahinya .Dia seakan memikirkan sesuatu.Dia seakan- akan mengenali wajah itu.Kenapa selama ini dia tidak perasan.Yang membezakannya adalah tahi lalat besar di pipi kanan sedangkan orang yang dia kenal itu tiada tahi lalat.

       Wajah mereka saling tak tumpah." Adakah mereka mempunyai pertalian ? Manalah tahukan ?," soal Fifi sambil merenung lagi potret berkenaan.Terlepas novelnya yang sedari tadi dia pegang ke lantai.Alangkah terkejutnya dia pabila potret itu mengeluarkan air mata.Air mata darah ! 

       Tanpa mengutip novel yang tergeletak dilantai , gadis itu meluru ke arah tangga.Dia tidak lagi memandang belakang ! Airmata darah wanita dalam potret itu menitis setitis ke lantai berdekatan novel milik gadis bernama, Fifi.

       ' PANG !' Laptop terlepas dari tangan tatkala pintu ditolak secara kuat dari luar sedangkan dia betul- betul dibelakangnya dan ingin melangkah keluar.

       " Fifi !!!," bentak Ayna sedikit geram pabila laptopnya terhempas kuat di atas lantai.Fifi pula tergamam sambil tangan menutup mulut.Dia benar- benar tidak sengaja." Babe, sorry....sorry ...Aku benar- benar tak sengaja....Maafkan aku Ayna ....," ujar Fifi hampir mahu menangis.Ton suara semakin bergulung .Dahlah tadi terkejut dengan gambar menangis itu dan kini perlanggaran ini pula !

        Ayna berasa pelik dengan suara itu manakala tangannya menekan laptop berkenaan bagi tujuan pemeriksaan jika ada sebarang kerosakan akibat hempasan kuat.Rasa amarahnya makin menipis tatkala melihat roman muka sahabatnya itu.

        " Babe, kau ok ke ni ?," soal Ayna sambil menginjakkan kaki dan punggungnya ke atas untuk bangun sambil mendakap laptop kesayangannya itu.

         Fifi juga bangun, airmata diseka menggunakan hujung lengan pyjama .Kedua- duanya melabuhkan punggung diatas katil yang sama.Setelah laptop diletakkan di tepi Ayna memeluk tubuh itu.Fifi mendapatkan Ayna.Ayna dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada sahabatnya itu melalui badannya yang mengigil dalam dakapannya.Belakang Fifi dibelai lembut untuk tujuan meredakan kecamukan perasaan gadis itu.

        Fifi melepaskan tubuh itu.Dia kini berdepan dengan Ayna.Ayna mengangguk .Nafas ditarik lantas dilepaskan perlahan." Babe, aku dapat rasakan ada something yang tak kena dengan rumah ini ," ujar Fifi kini merasa tenang setelah apa yang terpendam kini diluahkan.

      Ayna juga merasakan perkara yang sama.Namun dek kerana sikap skeptikalnya dan karya yang masih lagi dalam proses penulisan , membuatkannya ingin menetap lagi dirumah itu.Memang tidak dia nafikan pelbagai gangguan suara yang dia hadapi pabila dia  berseorangan .Dan Fifi pula selalu nampak benda yang tak sepatutnya.

      Namun, bagi gadis bernama Ayna selagi tiada apa- apa bukti yang menyatakan bahawa rumah itu haunted dia tidak akan sesekali mempercayainya.Kerana selama ini dia masih lagi tidak nampak apa- apa hanya sekadar suara- suara juga jeritan yang berkemungkinan illusinya sahaja atau deruan angin.Sedangkan hijabnya sentiasa terbuka.

       " Babe! Kau dengar tak apa aku cakap ni ?," soal Fifi tone suaranya sedikit meninggi .Ayna tersentak.Segala lamunan yang mindanya ciptakan tadi kini berderaian , bertebaran.Dia kini di alam nyata.Dia berpaling pada gadis yang menanti jawapannya.

      " Babe, itu semua terjadi mungkin kerana khayalan yang kita cipta sendiri lantas ia menjadi nyata ," ujar Ayna berfalsafah pula.Mungkin kerana diri terlalu terikut dengan perasaan ketakutan.Atau mungkin juga letih.Seperti dirinya juga yang taksub pada dunia novel seramnya sehingga terbawa ke alam sebenar.

       "Erm..Mungkin juga, " sahut Fifi agak kecewa sedikit.Bukan mudah untuk membuat gadis bersikap skeptikal   itu mempercayai ceritanya,  seperti Ayna." Tak pa babe, aku yakin satu hari nanti kau akan percaya juga ," bisiknya perlahan." Ya, apa dia ?," soal Ayna berpaling setelah menapak ke arah meja tulis."Nothing," sahut Fifi lantas terbaring.Telefon pintar diambil lantas earphone dipasangkan ke telinganya .

        " Babe, kau haus tak ? Or nak apa- apa cekedies tak ? ," soal Ayna berpaling.Perutnya tiba- tiba berbunyi sedangkan hari belum lewat lagi." Erm , milo lah ," jawab Fifi lalu tenggelam dalam dunia game nya.Ayna tersenyum, punggung di angkat daripada kerusi lalu mulai menapak ke arah pintu.

        Tombol di tarik dan di pusingkan.Berkeriut pintu yang selalu di manggakan itu berbunyi seolah seseorang membukanya.Ayna berpaling, dan nyata ia benar.Ayna berkerut dahi.' Aik, siapa pula yang masuk ?,' desisnya langkah kini diserongkan semula ke arah belakang.

       Langkah yang ditemani debaran didada kini semakin menghampiri kamar berkenaan.Pintu yang terbuka luas direnung Ayna.

       Hanya kegelapan mengisi ruangan kamar itu.Ayna melangkah ke arah pintu, mencari sesuatu.Jenuh dipetik namun lampu bilik itu nyata tidak bernyala.Mungkin ianya rosak .Ayna berfikiran positif.Tiba- tiba dia terhidu satu haruman.Haruman yang sungguh wangi.Yang peliknya dari mana bau itu datang ? Sedangkan bilik itu kosong dan gelap.

       Belakang lehernya terasa seperti disenerih sesuatu yang lembut seperti rambut.Pantas tangannya menyentuh leher.Namun, tiada apa- apa.Makhluk itu lalu betul- betul dibelakang Ayna.Rambutnya mengerbang - gerbang seolah ditiup angin.

       Dia merenung wajah itu.Saling tak tumpah wajahnya.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.