Rita
sekadar mendiamkan diri. Tidak berkata apa. Memang betul apa yang dikatakan
Sofia itu, semuanya adalah fakta belaka. Apa khabar agaknya Azlan dan Jason?
Sudah dapatkah lokasi yang dimahukan itu? Hatinya tertanya-tanya.
Nasi
goreng ikan masin disuap ke mulut. Ya ALLAH, nikmatnya! Air milo panas diteguk
perlahan-lahan. Asapnya berkelung naik ke udara.
Jason
yang sedang mengunyah nasi goreng kampung merenung meja dengan pandangan
kosong. Mengantuknya…
“Dah
mesej dia orang?” Jason tiba-tiba menyoal. Wajahnya diangkat sedikit, Azlan
direnung penuh minat.
“Belum.”
Azlan membalas pendek. Nasi goreng yang sedang dimakan lebih menarik
perhatiannya ketika itu. Jason mengangguk, tidak mahu mengganggu konsentrasi
rakannya yang sedang makan.
Usai
makan, Azlan dan Jason merenung di kejauhan. Titis-titis hujan kelihatan
berbalam di balik cahaya lampu jalan di luar café itu. Sungguh mengasyikkan…
Beberapa
minit sebelum tengah malam, Azlan menghubungi Rita untuk memaklumkan perjumpaan
pada keesokkan harinya.
“Kita
discuss pasal lokasi-lokasi yang Jason cari ni. Jumpa esok, Assalamualaikum.”
Ujar Azlan seraya mematikan talian telefonnya. Rita terkebil-kebil. Belum
sempat dia berkata apa-apa, lelaki itu sudah awal-awal mematikan talian.
“Lan
call aku, esok kita discuss pasal lokasi tesis kita.”
Devi
dan Sofia yang sedang menonton drama lewat tengah malam memandang Rita
serentak. Bila pula lelaki itu menelefon Rita?
“Baguslah.
Cepat sikit kita nak siapkan paperwork tu. Lambat-lambat nanti takut tak cukup
masa pulak nanti.” Sofia berkata selamba sambil mengembalikan pandangannya ke
skrin televisyen. Alah, iklan pula…
“Pukul
berapa?” Devi bertanya.
“9
pagi di tempat biasa.”
Jawapan
Rita memuaskan hati Devi. Dia mengangguk faham dan beredar untuk tidur sejurus
selepas itu. Hari pun sudah lewat malam. Esok adalah hari Sabtu, tiada istilah
rehat dalam hidup mereka. Hujung minggu hanya digunakan untuk berbincang secara
berkumpulan.
Keesokkan
harinya, perbincangan itu berlangsung seperti yang telah dijanjikan.
“Ni
listnya. Korang bacalah then pilih yang mana paling sesuai untuk tesis kita.”
Jason menyerahkan senarai yang ditulisnya kepada Rita.
“Pulau
Langkawi pun menarik jugak.” Devi berkata setelah meneliti senarai tersebut.
Lokasinya pun berhampiran dengan Pulau Pinang. Strategik pun strategik.
“So?”
Azlan memandang Rita tidak berkelip. Mahu kata putus dari gadis itu.
Kening
Rita bergerak-gerak. Jika rakan-rakannya sudah berkenan dengan Pulau Langkawi,
maka dia pun begitu juga.
“Kita
pilih Pulau Langkawi.” Dia akhirnya membuat keputusan. Jason menarik nafas
lega. Berguna juga senarai yang ditulisnya petang semalam. Tidak sia-sia
usahanya menghadap komputer sehari suntuk semalam.
“Hari
Isnin ni, kita bagi kat Prof.” Rita menyambung.
Tiada
bantahan dari rakan-rakannya. Semuanya bersetuju dan faham dengan kata-kata
Rita itu. Lebih cepat lebih baik.
Namun
usaha mereka sia-sia apabila Prof.Kamarul tidak meluluskan kertas kerja yang
dibuat. Lelaki itu kurang bersetuju dengan lokasi yang dipilih.
“Lokasi
ni dah ramai yang pilih.” Itu alasan beliau.
“Pilih
lokasi lain dari yang lain. Buat kajian semula dan tunjukkan paperwork awak
dalam masa yang terdekat.”
Arahan
Prof.Kamarul terasa pahit untuk ditelan. Kertas kerja itu akan masuk ke dalam
tong sampah! Ah, lokasi mana lagi ya? Buntu kepala mereka dibuatnya.
“Aku
try email member aku lepas ni.” Azlan tiba-tiba memberi pendapat.
Rita,
Jason, Devi dan Sofia memandang Azlan penuh minat. Mereka masih belum berganjak
dari luar bilik Prof.Kamarul. Masih berkumpul di situ berminit-minit lamanya.
“Siapa?”
Jason menyoal.
“Dia
study kat Melaka. Maybe dia boleh suggest tempat-tempat bersejarah kat sana.
Aku memang selalu berbalas email dengan dia. Dia lebih banyak guna email dari
phone.” Jelas Azlan secara terperinci. Rakannya yang seorang itu memang unik
sedikit.
“Good
luck Lan. Apa-apa berita baik, call kitorang.” Sofia menitip pesan. Azlan
mengangguk sambil mengukir senyuman pahit. Dia pun berharap benda yang sama.
Semoga rakannya itu dapat membantu mereka keluar dari kemelut tesis ini.
Rita
dan Devi bertolak pulang ke rumah. Mahu merehatkan minda seketika. Manakala
Jason dan Sofia pula berlalu ke café untuk meluangkan masa bersama-sama. Rindu
mahu menatap wajah teman wanitanya yang manis itu. Azlan pula sudah kembali ke
biliknya, mahu menghantar email kepada
Zareef yang berada nun jauh di Melaka.
“Eh?”
Mata
Azlan terbuka luas. Ada seseorang yang telah menghantar email kepadanya. Tidak
pasti pula siapakah pengirimnya. Anynomous.
Dia
tiba-tiba berasa teruja dengan apa yang dilihatnya ketika itu…
Jemarinya
menekan tetikus, email tersebut dibuka dan diteliti. Keterujaannya
menjadi-jadi. Dia cuba menjejak identiti pengirimnya namun gagal. Tiada apa-apa
maklumat yang dia perolehi daripada kiriman email itu. Siapakah gerangannya?
Mengapa email tersebut dikirimkan kepadanya? Adakah dia merupakan kenalan
terdekatnya di universiti?
Matanya
difokuskan pada isi kandungan emel tersebut. Beberapa gambar turut disertakan
sekali di situ. Nampak menarik dan unik!
Dia benar-benar berminat untuk mengetahui tempat itu dengan lebih mendalam
lagi. Email itu begitu bermakna baginya kerana dia dan rakan-rakannya memerlukan
sebuah lokasi bersejarah untuk dikajikan bahan tesis mereka.
Gambar-gambar
tersebut dicetak dan diteliti sekali lagi. Memang menarik. Dia benar-benar
teruja dengan gambar-gambar yang diemailkan kepadanya itu. Matanya difokuskan
kembali pada komputer, setiap ayat dibaca penuh minat.