Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
29,841
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

Bos besar mengamuk. Mana mahu menyorok? Takkan bawah meja kot? Kecut perut ni kalau bos besar tu mengamuk. Itulah masa buat tak fikir dua tiga kali. Ikutkan baran atas kepala. Kan sudah jadi kes naya.

“Awin!” Nama dia dipanggil bagaikan halintar.

Tertelan air liur ni berkali-kali.

Terketar-ketar lutut menapak ke bilik pejabat bosbesar. Garang bos besar lebih kurang macam abah dia.

Kuat semangatkan kau, Awin… kuatkan semangat…

“TISU.” Mint hulurkan sekotak tisu pada Awin.

Awin mencebik. Matanya merah. Air mata masih belum turun-turun jugak. Teruk dia kena bebel dengan bos besar tadi. Rasa nak rosak gegendang telinga ni.

“Itulah kau, kepala baran. Harap muka saja comel.” Omel Mint. Masak sangat dengan perangai Awin.

“Orang tua gatal tu yang mulakan dulu, okay.” Mulut Awin muncung panjang. Eloklah sangat dia bagi lebam sebelah biji mata orang tua itu.

“Dia tu klien.”

“Kau nak aku serah diri macam itu aje ke?”

“Gila! Kau dah tahu orang tua tu miang keladi. Kenapa tak report pada bos besar? Bosbesar mesti pertahankan kau.”

“Bos besar dah tahu. Dia cuma tegur pasal dress aku tadi.”

Mint tersenyum.

“Kalau bab dress memang aku sokong bos besar. Kau seksi sangat. Aku tengok pun hampir tertonjol biji mata jugaklah.”

Awin menghela nafas kecil.

Bos besar tu namanya Datuk Tajudin. Budak-budak lanskap ni yang gelarkan dia bos besar. Aku pun main ikut saja. Bos besar ni duda. Bab rupa? Bolehlah tahan. Nak kata handsome tak boleh. Nak kata tak handsome pun tak boleh. Rambut di ubun kepala bos besar pun dah ada kaler putih. Memandaiah kerana anak bos besar pun sudah besar panjang.

“Awin!” Mint mengoncang bahu Awin.

Tersentak Awin.

“Kau ni… aku tanya lunch kat mana, kau boleh berangan lagi.” Mint geleng kepala.

Awin tersengih panjang.

“Tempat biasalah.”

Mint jongket bahu. Awin ni suka tempat-tempat yang agak eksklusif.

Awin boleh dikategorikan dalam golongan gadis sedang-sedang cantik tetapi comel. Dia bukan dalam kategori gadis ala top model yang punya susuk tinggi lampai. Kecomelannya menawan hati kerana lesung pipit di kedua-dua belah pipi gebunya itu. Ada yang kata dia macam Wawa Zainal. Ceh! Perasan betul kau Awin.

“AWIN…” Mint mencuit bahu Awin.

“Jangan kacaulah. Aku dapat mesej dari mamat yang aku dok ayat dalam FB tu.” Ligat tangan Awin menekan abjad-abjad pada telefon bimbit jenama Samsung itu. Rugi kaau tak baas mesej mamat tu.

“Tu!” Muncung ke depan bibir mongel Mint.

Awin mengalih pandang. Riak wajahnya berubah serta-merta. Wajah ceria bertukar menjadi suram. Suram sesuramnya.

“Kita makan tempat lain.” Awin bingkas bangun. Tiada selera dia mahu makan di situ lagi.

Mint seakan mengerti dan menurut langkah Awin. Mereka berselisihan dengan pasangan terbabit namun Awin berlagak selamba.

“Awin!” Lengan Awin diraih.

Awin mengetap bibir.

“Lepaslah!” Jerkah Awin.

Lelaki itu segera melepaskan lengannya.

“Maaf. Aku tak sengaja.”

Awin melirik senyuman sinis.

“Sampai bila-bila pun aku tak akan maafkan kau berdua.” Awin menapak laju.

Lelaki itu menunduk.


“TISU!” satu pek tisu dihulurkan kepada Awin. Sekotak tisu tadi sudah habis dikerjakan Awin.

Thanks.”

Kenapa mereka mesti bersua semula. Rasa sakit makin mencucuk-cucuk di hati ini. Aiskrim baskin robbins yang Mint belikan langsung tidak disentuh.

“Dah bertahun pun kau masih tak boleh maafkan mereka lagi?”

Awin mengesat hidungnya dengan tisu.

“Hati aku masih tak boleh maafkan mereka.”

“Awin…”

“Aiskrim aku dah cair.”

“Siapa suruh kau layan blues sangat!”

Bila dah ingat kisah-kisah luka ni memang selera dah jadi tawar walaupun aiskrim kegemaran ada depan mata.

“Ya Allah… aku terlupa!” Tiba-tiba Mint menepuk dahi.

“Lupa apa pulanya?”

“Pasal rumah sewa kaulah.”

“Kau dah dapat ke?” Terkedip-kedip mata Awin dengan bulu mata palsunya. Lupa seketika pada kesedihan sebentar tadi.

Mint jongket kening.

“Tengok oranglah.” Mint menadah sebelah tangan.

Kening Awin bertaut. Mint minta upah ke?

“Kena bagi upah juga ke?”

“Aku nak telefon canggih kau tu”

“Kau nak skodeng ya?”

“Bagi sajalah.”

Awin menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mint. Tidak sampai lima minit telefon bimbitnya dipulangkan semula.

“Kau skodeng apa?”

“Nama tuan rumah dan nombor telefonnya aku dah masukkan. Kau telefon sendiri. Sewa bilik dalam RM 250.00. Kau nak bilik seorangkan?”

“Murah giler. Thanks Mint. Hari ni juga aku call.”

Awin mahu berpindah rumah bukan kerana rumah sewa yang didudukinya itu tidak selesa? Teman-temannya serumahnya itu selalu bikin onar. Acapkali juga mereka saling berkelahi. Ada seorang itu langsung tidak boleh melihat Awin lebih sikit dari dia mulalah hasut teman-teman serumah yang lain. Harta bendanya seakan menjadi harta benda mereka. Pakai guna sesuka hati. Bila ditegur sikit tarik muncung itik. Makan hati simpan lama-lama. Baran Awin meletus bak gunung berapi.

Awin mengambil keputusan tanpa perlu berfikir panjang. Hujung minggu ini dia akan berpindah ke rumah sewa baru. Kali ini Awin tidak mahu berkongsi bilik dengan sesiapa. Dia angkut habis barang-barangnya nanti. Biarkan mereka rasa. Selama ini pun Awin yang menghabiskan wang membeli itu dan ini. Pencuci tandas pun mengharapkan dia yang membeli, belum termasuk lagi pencuci lantai, pencuci pinggan dan sebagainya. Dia pun pemalas juga tetapi tidak sampai tak basuh baju berbulan-bulan. Loya anak tekak jadinya.


SATRIA Neo Awin masuk ke dalam pengarangan rumah sewanya. Hati Awin sedang berbunga riang. Tuan rumah kata dia boleh masuk bila-bila masa sahaja. Awin sudah nekad, hujung minggu ini juga dia berpindah. Tidak kisahlah rugi wang sewa bulan ini tidak sampai akhir bulan. Hati dan perasaan ini lebih utama.

Awin membiarkan sahaja fail-fail kerja bertaburan di tempat duduk belakang keretanya. Tiada kerja penting yang perlu dia siapkan di rumah. Malam ini dia berkemas apa yang patut. Awin perlu menyewa lori kecil mengangkat barang-barangnya. Itu tidak perlu dirisaukan. Mint akan sedia membantunya.

“Awal balik?” Wilma menegur. Gadis itu sedang duduk di lantai berlapik karpet sambil menghadap megi. Mata Wilma kembali ke arah televisyen.

“Hujung minggu ni aku check-out.”

Tersedak Wilma.

“Kau ingat rumah ni hotel ke?”

Awin tersengih panjang.

“Dah lama check-in maka kenalah check-out. Aku pun dah bosan duduk rumah sempit ni.”

Awin henyakkan punggung atas sofa.

“Kau angkut semua barang ke?”

“Dah barang aku, mestilah aku angkut.”

Ingat harta benda mak bapak korang ke?Banyak cantik? Tiada makna aku hendak bersedekah dengan korang. Dari aku bagi korang baik aku bersedekah di rumah anak-anak yatim. Dapat pahala.

Wilma mencebik. Muka macam orang tidak berpuas hati.

“Aku masuk bilik dulu. Malam ni ada date.” Awin tidak mengendahkan reaksi Wilma. Kalau Wilma hendak menyindir pun dia peduli apa.

Malam ini dia mahu bersiap cantik-cantik untuk keluar makan malam bersama anak Tan Sri yang baru dikenali dalam facebook tu. Siapa tahu kalau ada jodoh. Dia jadi menantu Tan Sri.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.