Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
29,845
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

AAACHOO! Awin bersin lagi. Ada tanda-tanda akan dijangkiti selesema. Hidungnya sudah mula terasa gatal.

“Tisu…”

Thanks Mint.”

Awin langsung tidak mengangkat wajahnya.

“Sama-sama.”

Kenapa suara Mint garau semacam? Tak sedap hati pula dengar suara Mint sudah bertukar. Awin angkat kepala.

“Awak ni siapa?” Berkerut dahi Awin.

Lelaki itu senyum.

“Assalamualaikum… nama saya Al Hadi. Saya ofis boy baru kat sini. Hari ini startkerja.”

“Emmm… waalaikumusalam.” Payah nak balas senyuman mamat ni. Senyuman dalam keterpaksaan.

Tak baik betul kau, Awin…. Rambut cacak-cacak. Rambut landak. Nama mamat rambut landak tu Al Hadi? Budak ofis boy baru. Muka jambu habis! Aku ingat sotong tadi? Rupanya lelaki tulen. Not my taste! berlagak kan kau, Cik Awin oiii! Aku mesti nak yang gaji besar-besar. Terjamin hidup!

“Saya ada dengar bos besar cakap tadi kalau Cik Awin tak sihat, dia suruh ambil MC.”

“Saya okay. Awak tak perlu menyibuk.” Desis Awin. Baru mula kerja sudah pandai hendak menyibuk hal orang lain.

Al Hadi masih melirikkan senyuman. Mamat seorang ini seakan tidak terasa dengan kata-katanya. Dia beredar sebaik namanya dipanggil oleh bos besar. Bos besar tak main interkom sana interkom sini. Suaranya sudah cukup menjadi interkom memanggil staf-staf bawahannya.

Awin menghirup baki milonya sebelum menghadap kertas lukisan atas meja. Rekaan decoration untuk seorang klien yang cerewet tahap boleh hentak kepala atas meja. Namun Awin masih mempunyai kesabaran untuk melayan kerenah klien terbabit. Bukan orang lain anak kawan baik bos besar.

Ini last artwork yang aku buat untuk mamat cerewet tahap gaban tu. Kalau dia reject jugak, memang aku sumbat kertas ni dalam mulut dia nanti. Dia tak tahu berapa banyak kertas aku renyuk masuk tong sampah.

“Lukis apa tu?”

Bila masa pula mamat ni terpacak pada meja dia. Tiada kerja ke? Sudahlah ramah-tamah semacam.

“Lukis jamban.”

“Hahahaha….” Al Hadi ketawa. Pandai Awin buat lawak.

“Awak ni tiada kerja. Baru startkerja sudah menyibuk kat tempat orang lain.”

“Eh-eh… saya bukan menyibuk tau. Kebetulan terpandang Cik Awin yang nampak khusyuk sangat melukis. Saya teringin juga nak tengok apa yang Cik Awin lukis tu.” ujar Al Hadi lembut.

“Awak bukan tahu benda-benda macam ni. Awak pergi buat kerja awaklah.” Awin menghalau.

“Saya memang nak buat kerja sayalah ni. Saya nak keluar hantar dokumen dulu. Tata Cik Awin.”

“Tata” Balas Awin agak kasar.

Esh… mamat ni. Betul ke tak betul? Agaknya dia nak mengorat kau, Awin. Tak mahulah aku dengan ofis boy. Bawak motor kapcai aje. Motor kapcai ni aku tak berkenanlah nak naik. Kalau kereta Ferrari tu tak suruh pun aku naik sendiri. Hehehe…

“Kau ni sakit apa sampai senyum sendiri ni?” Mint menepuk bahu Awin.

“Kau ni spoil kan mood aku.”

“Bos besar panggil.”

“Bos besar panggil? Aku tak dengar pun dia panggil aku.”

“Kau tu pekak.”

Cemberut muka Awin.

“Awin!” suara bos besar bergema.

“Aku dah katakan?”

“Alamak!” Kelam-kabut Awin bangun dari tempat duduknya.

Awin-Awin…


SIAPA yang letak aiskrim baskin robbins kegemaran dia atas meja. Dia ada peminat rahsia ke? Setahulah Awin tidak pernah staf-staf lelaki di sini ada menyimpan perasaan pada dia. Al-maklum staf-staf lelaki di sini dah berumahtangga. Kalau yang solo pun hanya budak ofis boy baru tu.

Awin kerling Mint yang duduk berjiran dengan dia. Mint sekadar jongket kening dan jongket bahu. Masakan Mint tak nampak kot. Dia kan sentiasa melekat pada tempat duduknya. Musykil betul.

Lantaklah siapa yang baik hati sangat belikan aiskrim baskin robbins untuk dia. Orang dah memberi kita pun menerima dengan tangan terbuka. Awin jamin tiada apa-apa bahan campuran di dalam aiskrim tersebut. Orang nak buat jahat bukan di tempat terbuka begini kan?

Yakin betul Awin…

AL- Hadi tersenyum melihat gelagat Awin. Hantu aiskrim rupanya minah seorang ni. Comel Awin. Al Hadi suka melihat lesung pipit di kedua-dua belah pipi gebu Awin. Kalau Awin senyum terserlah lekuknya.

“Hadi… abang tengok kau macam berkenan dengan Awin tu?” Bukhari menegur.

“Taklah sampai tahap berkenan. Saya suka tengok aje.”

“Jangan sampai jatuh cinta. Awin tu mata duitan tau. Lelaki macam kau ni bukan taste dia.” celah Zameer.

“Atau korang yang frust tak dapat mengorat dia.”

Bukhari ketawa kecil.

“Abang tak. Tapi si Zameer ni pernah syok dengan Awin.”

“Cerita lama.” sengih Zameer.

Al Hadi mengusap dagu. Bagaikan ada sesuatu yang menerjah ke dalam fikirannya.

Aku suka tapi tidak bermakna aku sudah jatuh cinta. Aku pun pernah berkenalan dengan gadis-gadis seperti Awin. Mungkin aku bukan taste mereka tapi mereka masih mahu berkawan dengan aku.

“Hah! bergossip ya?” Mint muncul dengan beberapa dokumen di tangan.

Gossip orang lelaki.” Bukhari bingkas bangun dari meja Al Hadi. Dia dan Zameer beredar ke meja masing-masing.

“Ingatkan orang perempuan aje yang suka bergossip ni?” Mint jeling Al Hadi. Sekejap benar budak baru ni mesra alam dengan staf-staf lelaki di pejabat.

“Hadi… Mint nak minta tolong ni.” Satu sampul surat bersaiz A3 dihulurkan kepada Al Hadi.

“Boleh saja. Nak hantar ke mana?”

“Petaling Jaya. Bosbesar telupa bawa benda alah ni untuk meeting di site Putrajaya”

“Ditanggung beres.”

“Kau merempit selagi mampu ya. Urgent tau!” Mint mengingatkan Al Hadi.

“Saya akan pastikan ‘benda alah’ ni sampai pada bos besar.”

Bagus budak baru ni. Orangnya rajin. Jangan rajin awal-awal sudah. Kemudian sudah jadi pemalas seperti ofis boy mereka dulu.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.