Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Aya Sanjana
9/11/2020 10:07:08
25,807
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Gigih aku bangun awal masak bekal untuk aku dan juga Faizal. Strategi aku hari ini ialah: ambil gambar masakan aku yang nampak sedap ni dan hantar pada Faizal, lalu ajak dia untuk makan sama-sama nanti waktu rehat. 

Tak kesahlah makan dekat tepi longkang pun, janji dapat makan sama-sama. Aku dah usyar port sesuai untuk kami makan sama-sama. Ada satu meja bentuk cendawan dekat belakang tempat parkir sesuai untuk kami dating. Taklah tertutup sangat tapi selamat daripada jadi perhatian staf lain. Tak jauh dari pondok jaga jadinya pak cik jaga boleh tengok-tengokkan kami ada buat salah ke tak. Haa.Jauh kan aku berfikir.

Nasi Ayam Penyet aku bubuh ke dalam mangkuk tingkat berjenama Vaya Tyffin. Berani betul aku bawak dua set mangkut tingkat ni dari kampung. Mak aku punya ni. Hari ini aku bawak satu aje ke opis. Cukuplah tiga tingkat untuk dua orang makan.

Yang seronoknya mangkuk tingkat ni, sampai lapan jam pun makanan boleh kekal hangat. Tu aku suka tu. Mesti nanti Faizal tak sangka, masa nak jamah nanti sup untuk nasi ni masih panas macam baru lepas tutup dapur gas. Haaa, gitu.

 

Abang,lunch dengan saya ya? Kalau tak sempat nak rehat sama-sama, abang tunggu kejap masa rehat dekat depan mesin kopi depan kaunter ya?

 

Istimewa untuk orang yang istimewa <3

 

WhatsApp dihantar berserta gambar mangkuk tingkatdan aku terus simpan telefon ke dalam beg tangan.

 

Aku masuk opis aje, terus rasa otak bekerja tak henti-henti. Banyak lagi benda aku nak kena belajar ni. Nak key in data, nak kemas kini fail-fail lama. Belum lagi nak belajar tentang penilaian prestasi pekerja. Bayaran kepada KWSP, EIS danSocso pun aku kena tahu selok-beloknya. Almaklumlah, ini kan pekerjaan pertamaaku.

Kak Mona pula asyik ingatkan aku kerja elok-elok kalau nak kontrak disambung lepas enam bulan.

“Sarah,I nak you kerja macam I dengan staf-staf yang lain dekat HR ni. Kita orang contoh terbaik company. You jangan cuba-cuba nak burukkan nama department kita.Faham?” Siap jegil lagi. Lipstik merah menyala di bibir tu menambahkan lagi efek garangnya.

Bila Kak Mona keluar sekejap, Milah dengan Ecah pun berbisik dekat telinga aku.

“Kau tau tak, masa aku masuk lima tahun lepas, lebih kurang la ayat yang kau dapat ni. Saja nak kasi gempak je tu,” juih Milah, yang sepatutnya aku panggil kakak tapi dia tak izinkan.

“Kau kerja je elok-elok. Lama-lama dia pun bosan la buat perangai acah-acah garang tu. Dengan kita orang dia okey je cuma tak banyak bercakap la.” Ecah yang tua setahun daripada aku pun cuba tenangkan aku.

“Yalah. Aku bukan apa. Kak Mona tu punya jelingan macam aku dah rampas suami dia aje,” ujar aku perlahan, sambil memerhati fail yang diunjukkan Milah di bahagian Sheet. Berpinar-pinar rasa mata.

Tiba-tiba, Ecah menekup mulut aku.

“Huish. Apa ni. Habis lip balm aku.” Tangan Ecah di bibir aku leraikan. Hish geli.

“Weh, kau jangan. Kak Mona tu single and available lagi tau. Kalau kau nak sambung kontrak dekat sini, kau janganlah sebut hal jodoh ke, lelaki ke apa depan dia tau! Kepantangan betul.” Sempat dia tergelak kecil dengan tindakan refleksnya tadi.

Milah menyambung, “Satu lagi, masa sesi santai-santai tak ada kerja nanti, kau jangan sesekali sebut kisah rumah tangga kau ke, kisah anak-anak kau ke. Jangan. Ceritalah pasal benda lain. Sedih dia nanti.”

“Pulak. Nak cerita pasal apa eh? Susah jugak nak ambil hati dia.”

“Alah,tak payahlah kau beria sangat nak ambil hati dia. Karang kalau dah rapat sangat susah. Asalkan dia tak marah kau hari-hari, itu dah cukup bagus,” tukas Ecah.Betul jugak cakap dia tu. Aku kerja dengan syarikat ni, bukan dengan dia. Dia sebagai ketua aku, aku ikutlah arahan dia.

“Terima kasih kau orang sebab ajar selok-belok nak kenal Kak Mona yang bengis dan berwatak antagonis tu. Haha.”

Lega aku, bila ada Milah dengan Ecah. Rasanya macam boleh masuk sekepala dengan dia orang ni. Alhamdulillah.

“Ha,baru kau ta…” Tak menyambung cakapnya, Milah terus tunjuk screen PC aku. Apa yang dia duk tunjuk tu?

“Yang ni kau tengok betul-betul. Kenapa nombor ni ada kat kiri dan bukan kanan? Ha, kau tengok ya?” 

Errr… Dah kenapa mak cik ni?

Ecah pulak terus sibuk selak-selak fail laporan keselamatan premis. Aik, bukan dah sentuh ke tadi tu?

Deheman di muka pintu buat aku tersentak. Fuh, naik menggigil lutut sampai ke betis. Bila Kak Mona datang pulak ni? Alamak ai. Dia dengar ke aku umpat dia?

Keletak keletuk bunyi kasut tumit tinggi dia masuk ke melalui pintu opis. Jadinya sejak tadi dia tercongok depan pintu ke? Sampai part mana dia dengar kami sembang pasal dia agaknya? Macam biasa, dia akan renung aku tajam dan angkat jari telunjuk sambil sebut, 

“Sarah Harun, come here darling.” Jari telunjuk digerak-gerakkan, menggamit aku hampir kepadanya.

“Ye,iye… Kak Mona.” Aku bangun dan dekati dia yang senyum lebar penuh makna.

“Kejap lagi waktu rehat. I nak you pergi beli barang untuk cleaner. Listnya, ada pada Ecah. Balik awal, sebelum habis waktu rehat.”

“Kak Mona, selalu kan saya yang beli petang Jumaat. Tak payahlah kacau rehat si Sarah ni.” Ecah bersuara antara dengar tak dengar. Macam tak yakin nak bercakap aje.

“Nope. I decide nak ajar Sarah antara tugas-tugas bahagian HR yang wajib pentingkan kebersihan syarikat. Oh, barang-barang cucian tu urgent tau. Cleaner nak guna petang ni jugak.”

“Tapi saya ada hal la rehat ni, Kak Mona.” Teringat pulak bekal makanan aku yang aku sediakan sungguh-sungguh tadi. 

“Hal apa tu? Peribadi?” Senyum tak lekang lagi dari mulut dia. Huih, lagi seram daripada dia buat muka garang. Aduh!

“Tak apa-tak apa. Hal saya tu maksud saya. Errr. Saya ni gastrik. Jadinya kena makan on time. Kalau saya keluar kejap lagi saya boleh kan makan lewat sikit kalau lepasi waktu rehat?”

“Maksud you, you nak makan dalam opis ni?”

“Ya-ya. Boleh tak Kak Mona?” Cis, rosak pelan aku nak dating Mona oi. Apa kelas masak penat-penat kalau akhir sekali kena makan dalam opis je?

“Hurm.Yelah. Cincailah. Tapi ingat!” Dia buat balik dah muka bengis tu.

“Ha…Ingat apa tu?”

“Tolong spray opis kita balik lepas you makan. Masa makan sila bukak tingkap. I benci bau belacan.” Terus dia beredar masuk ke biliknya.

Aku menghela nafas lega. “Adoi. Rosak plan aku!”

Tepukan di bahu aku buat aku tersentak. Kak Mona senyum senget sambil kecilkan mata.Ada lagi rupanya.

“Duitnya.You ingat you banyak duit nak taja syarikat?”

Tergaru-garu kepala aku. Betul jugak. Sampul surat putih yang tebal aku sambut dari tangan Kak Mona.

Apalah nasib. Aku lupa pulak aku datang dengan Tina tadi. Ni nak beli barang dengan apa pulak?

“Kita keluar dengan kereta aku je la Sarah. Ni sebenarnya kerja aku selalunya. Kak Mona tu saja je tu. Tak fikir pulak kau tak ada transport.”

“Alah,nak ikut. Sambil-sambil tu boleh aku beli barang aku sekali. Anggaplah ini ladies day out kita!”

Kami ketawa serentak.

Teringatkan Faizal, aku bukak mesej kalau-kalau ada balasan daripada dia.

 

Faizal:Sayang masak ke? Abang ada kerja luar hari ni. Sayang makanlah dengankawan-kawan ye?

 

Pun mengecewakan. Aku menaip beberapa patahperkataan sebelum memadamnya kembali. Masih fikir-fikir sama ada nak merajukatau aku patut abaikan aje.

 

Ya.Abang masuk balik pukul berapa?

 

Beberapa saat lepas Whatsapp aku dihantar, terusdia membalas.

 

Faizal:Petang-petang sikit abang masuk balik opis.

 

Ohye. Kalau macam tu sempat la kalau saya nak bagi abang bekal ni. Jumpa petangni depan guard ya. Lepas kerja.

 

Faizal:K

 

K? K apa? K for kuda, kambing? Malas nak balas lagi, aku campak telefon dalam beg kembali. Tak kuasa aku nak balas lagi dah kalau dia balas dengan K aje. Nak aje aku balas dengan huruf L tapi nanti-nantilah bila aku rasa aku nak mencari gaduh kelak.


***

AKU solat asar siap-siap di surau sebelum turun kebawah untuk menunggu Tina. Bekal makanan untuk Faizal awal-awal lagi aku dah pegang takut terlupa. Sampai saja di pondok jaga, aku letakkan beg dan bekal ke atas kerusi menunggu. Tadi aku dah makan dengan Ecah dan Milah dekat pasar raya tempat beli barang untuk cleaner. Jadi, bekal makanan ni tak berusik pun. Tak payahlah Kak Mona menderita bau belacan. 

Aku hantar pesanan kepada Tina supaya jangan ambil awal sangat. Kalau dia nak beli barang apa-apa, pergilah beli dulu. Aku nak menghadap buah hati lama sikit kalau boleh.

Lupa pulak aku nak ingatkan Faizal.

 

Abang,saya tunggu dekat pondok jaga ni tau. Dah sampai kilang ke belum?

 

15 minit. Tiada balasan. Bosan pulak menunggu. Pakcik jaga pulak tak ada kat pondok. Tengah berkawal agaknya. Pekerja yang lain pun ramai dah balik. Sunyi pulak kawasan kilang ini.

Aku tengok balik telefon di tangan. Belum dibaca Faizal lagi mesej aku tu. Dah 30 minit aku tunggu. Terus aku tekan butang Call.

Tak berangkat. Aku cuba sekali lagi. Deringan kedua, terdengar suara dia di sebalik talian.

“Yes, dear?” Serak-serak basah suara dia kedengaran. Macam baru bangun tidur aje. Mengigau ke panggil aku dear pulak tiba-tiba ni?

“Abang kat mana tu? Jadi tak masuk balik ke opis?”

Dia diam lama sebelum berdehem dan membalas, “Oh, sayang. Abang tak bagi tau ye abang tak jadi masuk lepas keluar tadi?”

Dengan suara tertahan-tahan geram, aku menjawab,“Tak.” Pendek aje.

“Oh, tak ye?”

“Abang jawab K. Mungkin semuanya merangkumi penjelasan yang abang tak masuk opis balik. Saya la tak pandai sebab tak faham maksudnya, Maaf ya abang,” perli aku. Baik punya. Huh!

“Okey sayang. Balik dulu la ye. Jangan tunggu abang. Love you!”

Jelingan aku tujukan pada pintu pagar yang tak bersalah. Bukan marah pintu pagar tu pun. Geram dengan manusia di sebalik talian ni.

“Nanti abang call ya?” ucap dia lagi.

Malas nak melayan, aku tutup terus talian. Dia fikir apa agaknya sampai tak boleh fokus mesej aku pagi tadi? Minum banyak air semut sangat ni.

Mata terarah pada bekal makanan aku yang belum bersentuh. Kesian kau makanan. Tak ada yang sudi pun nak makan. Benda macam ni pun buat aku rasa sebak.

“Ha, apa kata aku bagi je dekat guard rasa? Mana la tau dia lapar?” cakap aku pada diri sendiri. Buat pujuk hati yang tengah sakit.

“Tapi mana pulak guardnya? Dari tadi berkawal dekat kilang tak habis-habis,” fikir aku lagi.

Aku kemudian keluarkan buku nota kecil dan pen dari dalam beg.

 

Makanlah ya. Saya masak ni pagi taditapi insya Allah masih elok nak makan. Tapi kalau dah lewat sangat janganlah makan. Sup tu kalau dapat panaskan pun sedap jugak. Terima kasih.

 

Panjang pulak aku menulis dengan harapan pak cikjaga akan sudi nak menjamah. Sebelum Tina ambil aku, baik aku hapuskan bukti bekal yang tak dimakan Faizal. Aku malas nak bercerita, takut nanti aku tension pulak.

Apapun, makan hati betul aku hari ni dengan Faizal. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aya Sanjana