Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Kerana Hati Pilih Yang Sayang
Aya Sanjana
9/11/2020 10:07:08
25,613
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Bab2

 

“Hai, baru kerja dua hari dah monyok ke?” tegur Tina masa aku tengah ralit menatal perbualan lama aku dengan Faizal. Terakhir kali dia balas mesej aku masa tengah hari semalam. Geram aje aku rasa. Bukan nak tanya khabar tunang dia yang jelita ni ke apa, ini tak. 

Diam je memanjang. Tahulah kerja dia tu sibuk. Ke sana ke sini tak henti-henti.

“Nampak sangat ke dekat muka aku ni?” balas aku dengan soalan. Telefon aku campakkan aje atas sofa. Aku bangun lalu duduk di meja makan.

 Tina tak menjawab sebaliknya keluarkan bekas makanan dari dalam beg plastik yang sejak tadi diam di atas meja makan. Mood baik hari ni nak belanja aku.

“Kau punya Nasi Goreng Kampung. Okey kan?” hulur Tina sambil bertanya. Ai, orang dah hulur makanan percuma, tak berani aku nak kata tak okey.

“Kau ni buat aku teringat kampung pulak,” sengih aku sambil menyambut huluran. Sudu dicapai lalu setelah membaca bismillah, suapan dimulakan. Erm, sedap.

“Kau okey tak kerja situ?” 

“Bolehlah. Staf situ macam peramah jugak. Ketua je la macam berangin semacam je.”

“Apa pasal pulak?”

“Tak reti senyum! Kalau bercakap tu macam nak terjeling-jeling je.”

“Biasalah beb. Kau nak expect dia nak bermanis muka dengan kau je? Kau ingat kau mak mertua dia?”

“Huh,kalau tu menantu aku, awal-awal lagi aku dah buli urut belakang aku. Malangnya tak.”

“Yelah.Faizal apa cerita? Patut dia warning awal-awal la suruh ketua jabatan kau jaga kau elok-elok.”

“Faizal? Hurm, awal-awal lagi dia dah tak nak mengaku aku tunang dia.”

“Laaa. Apa pasal pulak? Selalu kalau orang dah ada buah hati ni rasa nak tayang selalu je kat orang lain.”

“Tulah. Dia kata dia tak nak orang tuduh aku dapat kerja situ sebab bantuan dia.”

“Ohhh.Logik la jugak tapi kau kena pastikan tak ada udang di sebalik mi la. Mana la tau dia risau saham dia jatuh kalau orang tau dia dah bertunang.”

“Tskkk.Kau jangan. Mulut kau tu kan. Hurmm sebenarnya aku pun rasa macam tu jugak.”

“Alah,Tak ada apa-apalah. Aku saja je nak usik kau. Kau ni pun.”

“Aku ni bukan apa. Lagi 6 bulan kot nak majlis. Mulalah rasa macam-macam. Risaulah.Tergugatlah.”

“Kau nak tergugat kenapa pulak ni?”

“Aku rasa aku ni tak cukup lawa la. Faizal tu bagi aku taklah kacak mana tapi melihatkan populariti di dekat IG tu, tambah pulak ramai perempuan mengomen, buat aku rasa down aje.”

“Allah. Kau ni kan Sarah. Aku rasa kau ni dah jadi tak matang macam budak sekolah pulak. Apalah kau ni. Kau tu kalau tak lawa, kau ingat Faizal nak ke masuk minang kau hari tu?”

Aku diam saja. Nasi di pinggan hampir habis. Eleh, kalau betullah dia meminang aku sebab semata-mata aku ni lawa aje, kecewa aku.

“Entahlah,Tina. Aku dan prasangka aku ni memang buat aku sakit hati je.  Sedangkan Daus yang dah lama bercinta dengan aku tu pun kejap aje move on. Lepas putus terus kahwin dan dapat anak bunting pelamin lagi. Anak baru umur dua bulan, pregnant lagi. Konon dulu sayang gila kat aku. Apatah lagi Faizal yang baru aku kenal ni.”

“Kau doa je la beb. Kau yakin dengan Allah. Kau doa, kalau ini yang terbaik, moga dia jodoh kau. Kalau tak, sebaliknyalah. Aku tak nak sebut. Tak elok.”

“Yelah,aku akan banyakkan doa. Hati aku dah mula terima Faizal sebenarnya. Terima kasih ingatkan aku.” Senyum aku lalu aku bangun ke singki.

“Eh jap. Atri pregnant lagi ke wei?”

Dengan malas-malas aku menjawab, “Haah, Laju kan dia orang!” Pinggan aku letak kuat diatas rak. Atri tu asal dari Acheh. Dari dulu lagi dia memang dok amal macam-macam jenis jamu masa kerja dekat Kedai Pak Lang. Pernah jugak dia ajak aku beli air kunyit asam jawa yang dia buat sendiri.

Hurm…Tak sangka pulak Daus boleh sangkut walaupun lagi tua daripada dia 5 tahun.

“Fuh,nasib baik kau tak kahwin dengan dia. Kalau tak, kerja kau beranak ajelah.”

“Hisy kau ni!”

DanTina hanya menghamburkan tawa sambil menghabiskan makanannya. Dia memang macam tu. Benda tak kelakar pun nak gelak. Kecik besar, kecik besar aje aku tengok dia. Benda sedih kot bagi aku, dia boleh taram gelak.

 Tapi mujurlah ada Tina. Ada jugak kawan  berborak aku malam-malam bila tumpang dekat rumah dia ni.

Malam itu kami sambung bercerita kisah rakan sekolah di kampung lagi sambil stalk perkembangan mereka di media sosial masing-masing. Sampaikan aku terlupa sakitnya hati aku yang tak dapat balasan mesej atau panggilan daripada Faizal. Mamat tu memang nak kena tau. Aku kena fikir cara supaya aku boleh dating dengan dia jugak.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aya Sanjana