Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,790
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
6

6

“Abang, tukar baju ni please. Rimaslah L tengok abang pakai baju warna biru tu. Nampak selekeh sangat,” rayu Elfira.

Firuz Eidil melepaskan keluhan. Wajah isterinya direnung dengan pandangan bosan.

“Sayang, masuk kali ini dah kali yang ke enam belas abang tukar baju. Apa lagi yang tak kena?” soal Firuz Eidil seakan tidak puas hati.

“Ala, serius mata L rimaslah tengok abang pakai baju tu. Abang tukarlah dengan yang ni,” ujarnya dengan menghulurkan baju kemeja berwara merah jambu.

“Baju tu?” soal Firuz Eidil seakan tidak percaya. Manakala Elfira sudah mengangguk bagaikan burung belatuk.

“L... tak akanlah...”

“Tak nak pakai sudahlah. Abang memang dah tak sayang L. Sebab tu abang tak nak ikut kehendak L lagi. Dahlah tak nak pakai sudah. Pergilah kerja.”

“La... merajuk pulak. Okey, abang pakai. Tapi janji yang ini last tau. Tolonglah, abang dah tak larat asyik nak tukar baju aje. Sudahlah semua baju itu abang yang kena gosok.”

Elfira menyengih. Laju sahaja dia menghulurkan kemeja merah jambu itu kepada Firuz Eidil. Bukan dia sengaja nak buat Firuz Eidil begitu, tetapi dia geli melihat Firuz Eidil yang kelihatan agak selekeh. Walaupun hakikat sebenarnya baju itu semua telah digosok elok oleh Firuz Eidil.

“Nasib badanlah Firuz. Layankan ajelah.”

“Merungut ke?” tanya Elfira yang telah memeluk erat Firuz Eidil dari arah belakang.

“Bukan merungut sayang. Mengadu aje.”

“Maaf abang. L bukan sengaja. Tapi mata L ni rimas betul tengok abang selekeh.”

“Iyalah sayang. Abang tahu sayang nak nampak abang ni hensem ajekan? Masalahnya bila abang dah tua nanti hensem ni pun hilang sayang.”

“Kalau abang dah tua, maknanya L pun dah tua jugalah waktu tu. Dan abang kena tetap nampak hensem depan mata L.”

Firuz Eidil siap mengenakan kemeja pink.

“Okey sayang, nak kena tukar lagi ke?”

Elfira melihat penampilan Firuz Eidil.

“Okey, perfect.

“Alhamdulillah. Akhirnya... okey sayang abang pergi kerja dulu. Kalau tak larat nak puasa, buka ajelah. Dahlah sayang tu ada darah rendah.”

“Okey abang. Jangan risau pasal L yer.”

“Abang sayang L.”

“Me too.”

“Selamat pagi bos. lambat bos hari ni? Wah pinknya bos?”

“Macam mana tak lambat Fea. Kawan baik awak tu asyik serba tak kena aje pagi ni. Awak tahu tak, baju ni adalah baju ke enam belas yang saya pakai.”

“Iya ke bos?”

“Iyalah. Awak ingat saya main-main ke apa? Tak diturutkan nanti merajuk, lagi susah saya nak pujuk.”

“Ikutkan ajelah bos. yang penting L tu bahagia.”

“Nampaknya macam tulah. Saya sayang dia Fea.”

“Saya tahu bos.”

Firuz Eidil terus menuju ke biliknya.

Previous: 5
Next: 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.