Home Novel Komedi/Romantik Komedi KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
KURANG ASAM PUNYA BOS! EDISI KHAS RAMADAN DAN RAYA
nuroll shazlinda hairul
1/7/2014 21:35:23
121,800
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Senarai Bab
2

ELFIRA meletakkan barang-barang yang dibelinya di atas meja. Dia melihat jam di dinding baru pukul 2.30 petang. Tangannya laju memunggah barang-barang yang dibelinya tadi. Satu persatu dikeluarkan dan diasingkan. Setelah itu dia meletakkan barang-barang itu ke tempat yang disediakan.

Usai dia menyimpan dan mengemas, dia terus mendaki anak tangga. Tubuhnya direbahkan ke katil.

“Huuuiii sedapnya dapat baring macam ni. Kalau hari-hari macam inikan syok,” ujarnya sambil menggeliat malas. Dia menguap kecil. Matanya hampir terpejam.

“Eeeh, tak boleh lelap. Ini kalau tidur, mahu sampai ke petang tak sedar diri!” Dia bingkas bangun lalu membersihkan diri. Kemudian, dia turun ke tingkat bawah terus menuju ke dapur.

Tangannya mencapai ayam yang telah diletakkan di dalam bekas lalu membersihkannya. Lincah tangannya membuat kerja. Dia tersengih sendiri. Dia akui sejak dia menjadi pembantu rumah pada Firuz, dia menjadi semakin mahir dalam menguruskan hal rumahtangga. Sekarang ni dia dah pandai masak tau.

Tidak lama kemudian, dia terdengar seperti pintu diruang tamunya terbuka. Terus sahaja penyapu dicapainya. Bimbang juga jika ada pencuri di siang hari. Perlahan-lahan langkah diatur dengan tangannya sudah bersedia untuk memukul jika perlu. Matanya meliar. Dia terpandangkan sepasang kaki yang menjulur di sofa. Dengan langkah berhati-hati dia menuju ke sofa. Dia melihat sesusuk tubuk yang sedang terbaring lesu.

Elfira menarik nafas lega apabila melihat susuk tubuh itu adalah Firuz Eidil. Dia meletakkan penyapu di tepi sofa. Kemudian dia mendapatkan suaminya. Dia berasa pelik melihat keadaan Firuz Eidil. Perlahan tangannya diletakkan di dahi suaminya itu.Sedikit hangat.

Demam ke? Bisik hati kecilnya.

“Abang, bangun abang. Kalau ya pun nak tidur naiklah atas. Sakit badan tidur macam ni,” kejut Elfira lembut.

Tiada reaksi daripada Firuz Eidil.

“Abang, bangunlah. Janganlah buat L susah hati,” rengeknya pula. Dia menampar-nampar lembut pipi Firuz Eidil.

Firuz Eidil berasa terganggu. Matanya dibuka perlahan.

“Kenapa ni L? Abang tak laratlah. Bagilah abang tidur kat sini,” beritahunya dengan nada meminta simpati.

Elfira mengusap lembut ubun-ubun suaminya.

“Abang tak sihat ke?”

“Abang tak laratlah L. Abang tak tahu kenapa, tiba-tiba aje abang diserang demam, sakit kepala. Ni tekak abang ni mual semacam aje. Perut abang ni pun dah kosong. Tak tahu nak muntahkan apa lagi,” adu Firuz Eidil. Wajahnya kelihatan lesu.

“Jom L hantar abang ke klinik nak? Mana tahu abang keracunan makanan ke?”

“L, abang makan nasi goreng yang L buat pagi tadi. Kalau abang keracunan makanan mestilah L pun samakan. Ke L bubuh apa kat makanan abang? Yelah pagi tadikan L merajuk dengan abang. Mana tahu kalau L buat perangai lama balik. Jangan ingat abang dah lupa pasal mi goreng dengan kopi o tu.” Dalam suaranya yang lemah dia masih sempat mengusik Elfira. Firuz Eidil tersengih.

Elfira memukul lengan Firuz Eidil.

“Hisy, abang ingat L ni teruk sangat ke? Dulu memanglah L buat macam tu sebab L geram sangat dengan perangai abang tu. Sekarang kalau L buat macam tu nanti tak cium bau syurga pulak. Jomlah kita pergi klinik,” ajaknya lagi.

Firuz Eidil tersengih. Dia akui dia memang suka kenakan L bab itu. Bukan apa, supaya isterinya itu tidak nakal sangat dengannya.

“Abang nak rehat kat biliklah sayang. Nanti abang dah larat nak jalan baru kita pergi klinik ya. Abang janji.” Firuz Eidil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.

“Okey, kalau macam tu jom L hantar abang ke bilik.”

Elfira membantu Firuz Eidil untuk bangun. Dia merebahkan lalu menyelimuti Firuz Eidil. Dia memandang ke arah suaminya dengan wajah muram.

“Kenapa sayang tenung abang macam tu? Dah tak comel isteri abang.”

“Kesian L tengok abang. Yelah abang mana pernah sakit macam ni.”

“Sakitkan anugerah Allah. Alhamdulillah, Dia masih sayangkan abang. Daripada isteri abang ni sedih-sedih, tolong buatkan bubur untuk abang, boleh?”

Elfira mengukir senyum. Dia mengangguk perlahan.

“Boleh. Abang rehat dulu. L nak masakkan bubur untuk abang.”

“Okey sayang. Oh ya, L balik awal hari ni kenapa?”

Elfira mengukir senyum. Hari inikan anniversary kita yang ke tiga bulan. Seperti yang dijanjikan L akan masak sesuatu yang istimewa untuk abang.”

“oh so sweet. Terima kasih, sayang.”

Elfira menepuk lembut tangan Firuz Eidil. Tapak tangannya menyinggah ke dahi suaminya. Masih terasa hangat. Dia terus menuju ke almari lalu diambilnya tuala kecil di dalam almari. Kakinya diatur pantas menuju ke bilik air. Lalu dibasahkan tuala tersebut lalu diletakkan di dahi Firuz Eidil.

“Abang rehat dulu, ya. L ke dapur.”

Elfira terus berlalu menuju ke dapur sementara Firuz Eidil sudah memejamkan matanya. Sebaik tiba di dapur, laju sahaja Elfira memulakan tugasnya.

****

“Abang, bangun bubur dah siap.”

Elfira mengejutkan Firuz Eidil perlahan-lahan. Dia bimbang jika Firuz Eidil akan terkejut jika dia main sergah sahaja. Kecil kelopak mata Firuz Eidil terbuka. Dia cuba mengukir senyum namun bagai tak terdaya. Raut wajah Elfira ditatapnya.

“Abang, bangun makan bubur ni.”

Firuz Eidil mengangguk perlahan. Elfira membantu Firuz Eidil untuk bangun.

“Berat benar kepala abang. Berdesing telinga dibuatnya,” adu Firuz Eidil.

“Tak apa, abang makan bubur ni dulu. Lepas tu kita pergi klinik. L risau dengan keadaan abang ni.”

Elfira meniup perlahan bubur tersebut lalu disuakan kepada Firuz Eidil.

Firuz Eidil memakannya lalu dimuntahkannya kembali.

“Kenapa? Tak sedap ke?” tanya Elfira gusar. Dia sedikit berkecil hati. Namun disabarkan hatinya.

“L... abang tak nak bubur ni. Buatkan abang bubur kosong boleh. Lepas tu letak kicap.”

“Aik, nak kosong pulak. Bukan abang tak suka bubur kosong ke? Kata tak sedaplah. Ada ke makan bubur dengan kicaplah. Ini abang pulak yang minta bubur kosong bubuh kicap. Dah kenapa? Buang tabiat ke apa ni?”

“Ala janganlah ungkit lagi. Abang tak nak bubur ni. Abang nak bubur kosong lepas tu bubuh kicap. Bolehlah sayang. Jangan lupa ikan bilis goreng tau.”

“Ewah, ewah, dah sakit pun masih demand nak makan apa yer.”

Firuz Eidil menyengih dalam payah. Dia buat muka memohon simpati.

“Yelah, L buatkan abang nasi bubur kosong, lepas tu bubuh kicap dengan ikan bilis goreng. Kalau abang tak makan, abang masak sendirilah lepas tu,” usik Elfira.

“L, jangan lupa bubuh garam. Mentang-mentang nama dia bubur kosong, memang kosong betul L buat nanti. Kenalkan mana garam?”

“Yelah L tahu!” Geram pulak dia apabila asyik diusik begitu. Dalam perjalanan menuju ke dapur, dia sempat merasa bubur yang dimasaknya tadi.

“Haih, apalah kena dengan laki aku tu. Selalunya bubur kosong tu pandang pun tak. Siap gelarkan bubur Haji Bakhil lagi. Ini tiba-tiba aje minta. Pelik sangat perangai dia. Ya Allah, panjangkanlah usia suami aku. Amin.” Elfira meraup wajahnya.

“Hisy, kau ni L jauh benar kau fikir,” omelnya sendiri.

Sementara dia menunggu bubur itu siap, dia mengemas rumahnya.

“Abang...” panggil Elfira lembut. Dia meletakkan bubur di atas meja. Dia mendengar Firuz Eidil memuntahkan isi perut. Segera dia masuk ke dalam bilik air.

“Abang okey tak ni?” tanyanya cemas.

Firuz Eidil mengangguk perlahan lalu berkumur.

“Hisy teruk sangat dah ni. Lepas makan ni, kita pergi klinik. Tak boleh dibiarkan, nanti melarat susah.”

Elfira membantu suaminya. Firuz Eidil melabuhkan punggungnya ke sofa. Sebaik dia terpandangkan bubur kosong dengan kicap dan ikan bilis goreng, seleranya menggebu.

Elfira menyuapkan Firuz Eidil. Berselera sungguh Firuz Eidil menikmati bubur tersebut. Habis semangkuk bubur. Firuz Eidil sendawa.

“Kenyang tak? Nak lagi ke?”

Firuz Eidil menggeleng.

“Kalau macam tu, abang siap sekarang. L hantar abang ke klinik.”

“Okey Puan Elfira. Terima kasih L buatkan bubur untuk abang.”

“Kasih diterima. Nasib baik abang habiskan kalau tak... hmmm memang L belikan abang bubur segera. Baru tahu.”

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.