Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
165,795
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1

“BAGUS, akhirnya rancangan kita berjaya juga!” kata Badrol sambil berpelukan dengan Ezzat Iskandar.
“Mana habuan aku, kau janji aku akan dapat 50 ribu ringgit kalau berjaya kahwin dengan budak kampung tu..,” soal Ezzat Iskandar.
“Ada ni, nah ambik lah duit kau, puas hati aku dapat kenakan budak tu Iman tu, baru padan muka dia. Dulu dia tolak cinta aku bila dia tahu aku adaperempuan lain, sekarang kalau dia tahu pun, dia dah tak boleh lari sebab dia dah kahwin dengan kau,” sambung Badrol lagi.
“Dia tu buat perhiasan boleh lah, aku pun tak ingin lah. Aku dah ada Tiara, nak buat apa dengan budak kampung tak cukup sekupang tu,” balas Ezzat Iskandar pula. Iman Amani mendengarnya satu persatu dari celahan pintu.
“Nie ahli keluarga kau dan Tiara tahu tak, kau dah kahwin?”
“Tak tahu lah, kalau tahu mesti lah mama dan papa aku mengamuk gila kat aku,”
“Pandai-pandailah kau nak buat apa dengan Iman Amani tu, yang penting kita dah berjaya dalam hal ini, jual mahal sangat dulu!” balas Badrol sebelum melangkah pulang.

Iman Amani berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam biliknya. Apa aku buat ni? Hmm, rupanya Ezzat Iskandar hanya pura-pura menyintai aku selama setahun ini atas dasar mahu membalas dendam kepadaku. Bukannya ikhlas bercinta dan menyayangi aku pun. Sepatutnya aku kena tahu komplot ini sebelum aku kahwin dengan dia, ini baru kahwin semalam hari ini baru tahu penipuan ini. Apa aku nak buat sekarang hah?

Hendak menangis? Memang air mata sedang mengalir pun. Hendak minta cerai? Gila ke, ayah kat kampung tu dah lah ada penyakit jantung, tak berapa hari dah nak buat pembedahan, kalau ayah tahu aku bercerai selepas sehari bernikah, tentu ayah tak boleh terima kan?

Tetapi aku tak sanggup meneruskan pernikahan ini dengan lelaki penipu itu? Tipu aku hidup-hidup. Lagipun aku sudah hilang kepercayaan kepada dia lah. Konon-konon nak jaga aku lah, cinta aku lah, rupanya tipu saja semua itu. Geram dan sakit hati semuanya ada, tetapi kalau mengamuk pun dah tak ada guna lagi.

Iman Amani mengesat air matanya dan terus masuk ke bilik air untuk mengambil solat isyak. Mereka baru sampai dari kampung pukul 8.00 tadi, tertiba saja Badrol sampai. Terkejut juga bila melihat Badrol yang ditolak cintanya setahun yang lalu. Rupanya Ezzat Iskandar dan Badrol itu sepupu, dan ini adalah rancangan mereka berdua untuk kenakan aku. Kalau aku menangis nampak sangat aku mengalah kan dengan dia orang berdua, jadi aku tak boleh cepat patah semangat dan patah hati.

Ya, ALLAH berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Amin.

Iman Amani mengemas semula pakaian yang dikeluarkan tadi, lalu dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Cek wang hantaran bernilai sepuluh ribu ringgit, belanja mas kahwin dan cincin perkahwinan diletakkan di atas katil. Aku tak sanggup berpura-pura dalam perkahwinan ini. Berdosa besar nanti.

Ezzat Iskandar masuk dengan senyum kemenangan. Rasa puas hati kerana cabaran untuk membuat Iman Amani jatuh ke tangannya sudah berjaya. Wang habuan pun sudah dapat, tunggu apa lagi kan?
“Ambil balik cincin kahwin awak, duit hantaran awak dan mas kahwin yang awak berikan semalam..,” beritahu Iman Amani. Muka Ezzat Iskandar berubah serta merta, terkejut dengan kata-kata Iman Amani.
“Apa maksud sayang nie, abang tak faham lah!” ucap Ezzat masih berdalih.
“Saya sebenarnya dah dengar lah perbualan awak dengan Si Badrol tadi, jadi tak payah nak berlakon lagi dengan saya...,” jelas Iman Amani. Kau ingat aku jenis perempuan yang lemah ke? Kau silap lah menilai aku.
“Ooo, bagus lah kalau awak dah dengar, memang pun saya kahwin dengan awak kerana mahu membalas dendam kepada awak yang melukakan hati sepupu saya tu, baru padan muka awak!” balas Ezzat Iskandar dengan rasa megah dan bangga sekali.
“Memang pun padan muka saya kan dapat suami macam awak, sekarang kita tak payah teruskan perkahwinan ini sebab awak dah dapat duit 50 ribu pun, dah menang pun sebab buat hati saya terluka dan terseksa,” balas Iman Amani.
“Aku tak kisah kau nak tinggalkan aku ke apa ke? Lantak kau lah. Aku bukannya ada hati kat kau pun,” balas Ezzat Iskandar. Aku pun tak kisah lah!
“Saya pun tak kisah lah, tetapi yang saya kesalkan sebab kita dah menipu ALLAH atas hubungan yang halal dan suci ini. Perkahwinan ini adalah hubungan yang ALLAH berikan kepada semua umatnya, sayangnya kita berdua mempermainkan hubungan yang suci ini,” ucap Iman Amani sebelum melangkah pergi. Terkejut sekali lagi Ezzat Iskandar atas kata-kata yang datangnya dari Iman Amani.

Kata-kata Iman Amani membuatkan hati Ezzat Iskandar tidak senang duduk, tidak boleh tidur lena malam ini. Hatinya gusar dengan kata-kata itu yang sentiasa bermain di dalam kotak fikirannya sehingga ke awal pagi. Semalaman dia tidak dapat tidur, sehingga matanya menjadi letih dan merah.

Pagi ini dia bertembung dengan Iman Amani di pejabat. Kebetulan mereka bekerja di satu pejabat. Di sini lah mereka mula bertemu dan saling mengenali antara satu sama lain.
“Iman, Tan Sri nak jumpa jam 9.00 pagi nanti,” beritahu PA Tan Sri Hisham, Nora yang datang menemuinya di pantry pejabat ketika Iman Amani sedang membancuh nescafe untuk dirinya.
“Kau tak bancuh untuk buah hati kau sekali ke?” soal Nora apabila melihat Iman Amani menyediakan secawan nescafe untuk dirinya saja. Selalunya dia menyediakan untuk Ezzat Iskandar sekali.
“Bukan buah hati lah, kami kawan biasa saja, tak lebih dari itu,” dalih Iman Amani. Jangan lah sebut buah hati, sakit jantung aku mendengarnya. Mujurlah semalam boleh lena dengan aman. Mungkin sebab aku menganggapnya seperti sebuah mimpi saja.
“Yer ker? Tapi kau kawan baik dengan dia lah, ingatkan bercinta!” balas Nora lagi. Memang bercinta pun, tapi cinta buta namanya. Tak sanggup aku nak berbaik lagi dengan penipu itu.
“Tak ada lah!” sangkal Iman Amani sambil berjalan pergi.

Berjumpa dengan Tan Sri Hisham bersama dengan anaknya sekali lah jawabnya. Hmm, anak Tan Sri Hisham tu adalah Ezzat Iskandar. Kalau tak fikirkan pinjaman 50 ribu kat bank mahu saja aku berhenti serta merta hari ini juga, tetapi siapa nak bayar hutang aku kat bank nanti?
“Iman dan Ezzat ada apa-apa hubungan ke?” soal Tan Sri Hisham sebaik saja mereka berdua duduk di hadapan Tan Sri Hisham. Ler, nak tanya tentang ini saja? Ingatkan nak tanya bab kerja.
“Tak ada lah, Tan Sri,” jawab Iman Amani dengan penuh yakin.
“Ezzat??” soal Tan Sri Hisham kepada anaknya.
“Tak lah papa..,” jawab Ezzat Iskandar tersekat-sekat. Kenapa? Awak terlebih makan cili ke apa ni sampai suara pun berubah.
“Saya bukan apa lah, kalau awak berdua bercinta, elok kahwin saja...,” gurau Tan Sri Hisham. Ramai yang bercakap anaknya bercinta dengan stafnya sendiri. Sebab itu dia mahukan kepastian.
“Saya dah ada Tiara lah, papa. Tiara nak balik dua bulan dari sekarang..,”
“Tiara yang belajar kat Australia tu dah nak balik ke, Ezzat?”
“Ha, ah!” Ooo, Tiara kan dah sebut nama tu semalam. Faham lah aku!
“Ingatkan kau dah berpisah dengan Tiara dan bercinta dengan Iman, papa restu lah kalau kau pilih Iman pun,” ujar Tan Sri Hisham seikhlas hati.
“Tak lah Tan Sri, kita orang tak ada apa-apa pun!” jawab Iman Amani dengan berani sekali. Ezzat Iskandar memanjang wajah Iman Amani yang tenang dan bersahaja itu. Dia pula yang tidak senang duduk dibuatnya.

Sakit jiwanya aku, sudah lah jatuh cinta dengan orang yang tidak sepatutnya, pastu pergi kahwin lah pula. Sekarang apa-apa keputusan pun kena tunggu ayah buat pembedahan jantung lah dulu, baru boleh fikir tenang diri sendiri.
“Apa hal kena panggil?” soal Asma kawan baiknya.
“Bab kerja lah, apa lagi?” jawab Iman Amani. Tak kan nak cerita tentang Ezzat Iskandar dan Tiara pula.
“Ingatkan tentang kau dan Ezzat?”
“Kita orang tak ada apa-apa lah!” mujurlah buat kenduri di kampung tak jemput dia orang di sini atas permintaan Ezzat Iskandar. Patutlah suruh rahsia, rupanya dia sudah merancang semua ini. Pandai yer, aku saja yang bodoh, ikut telunjuk penipu itu.
“Ingatkan kau orang bercinta, tengok macam tak boleh berpisah!” semua orang nampak kemesraan antara mereka berdua, Cuma hari ini saja, nampak ada perubahan. Bergaduh barangkali.
“Tak lah, aku mana sepadan dengan anak Tan Sri Hisham. Esok aku mula cuti selama dua minggu lah, ayah aku nak kena masuk hospital pagi esok!”
“Okey, semuga ayah kau selamat yer!”
“Ha, ah!”

Semua kerja kena selesaikan sebelum cuti panjang, jadi dia balik lewat kerana mahu menyiapkan semua tugasannya. Dekat jam 11 malam baru dia balik. Malah Ezzat turut balik lewat juga. Iman Amani buat-buat tidak tahu saja sewaktu naik lif bersama dengan Ezzat Helmi.
Nak sanggup nak bertegur sapa lagi.

Malam ini terus balik ke kampung untuk jemput ayah, mak dan adik-adik kerana ayah perlu masuk IJN esok hari. Masa sampai ayah dah mencari-carinya suaminya.
“Mana suami kau, along?” tanya ayah. Kasihan ayah sebab harap sangat kat Ezzat hari itu untuk jaga Iman.
“Dia sibuk lah, ayah!” bohong Iman Amani.
“Hmm..,”
“Dia banyak kerja ayah, bos dia tak benarkan dia bercuti!” jawab Iman Amani lagi.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.