Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
165,817
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

SANDIWARA CINTA (BAB 14)

Aduhai, nak terkencing lah. Nak bangun tak boleh, sebab kaki rasa berat sangat. Nak kejutkan mama di sebelah tak sampai hati pula, Lagi pun segan nak minta tolong mama. Matanya menglilau mencari Ezzat Iskandar mujur lah, suaminya sedang terlena di atas sofa. Nak panggil takut mama terkejut. Lalu diambilnya bantal tidur kepunyaannya lalu dibalingkan ke badan Ezzat Iskandar. Tepat terkena sasaran. Terus suaminya itu terjaga dan terkejut. Dia mengamit suaminya datang ke arahnya.

“Kenapa?”

“Nak terkencing lah, kaki tak boleh nak bangun!” beritahunya tanpa silu. Seminggu di hospital, Ezzat yang menguruskan keperluannya di sana. Bawakan dia ke bilik air untuk mandi dan sebagainya. Ezzat Iskandar mengendongnya lalu di bawa sampai ke pintu bilik air. Di tolak pintu. Lalu dibiarkan Iman Amani berdiri. Dia pula memimpin tangan isterinya.

“Okey, tolong tunggu Iman kat luar, tolong yer!”

“Kata tak boleh nak bangun tadi..

“Boleh berdiri dah nie, tadi saja susah nak bangun!”

“Abang tunggu!”

“Nie nampak tak nie?” kata Iman Amani sambil menunjukkan buah penumbuknya. Ezzat Iskandar ketawa berdekah-dekah sehingga menganggu Puan Sri Nazimah yang sedang tidur.

“Iman, Ezzat buat apa dalam bilik air tu?” jerit Puan Sri Nazimah.

“Itu lah, mama ganggu, saya temankan isteri saya lah!” jawapan nakal itu muncul juga. Iman Amani menolak pintunya dan jalan mengesot-gesot ke arah suaminya.

“Teman?? Pelik lah kau orang berdua ni..”

“Mama tanya menantu kesayangan mama nie, tak pasal-pasal ajak saya masuk bilik air!” usik Ezzat Iskandar mahu mengendong isterinya ke katil. Tetapi Iman Amani mengelengkanya. Segan lah kalau di hadapan mama.Lagi pun mama sedang melihat ke arah mereka. Puan Sri Nazimah tersenyum saja apabila Iman Amani tersipu malu. Ada lah tu halnya.

“Dah lah, kamu temankan isteri kamu, mama nak keluar lah!” tinggalkan mereka berdua saja. Pandai-pandai lah Ezzat nak menjaga isterinya.

Sebulan juga lah Ezzat Iskandar menjaganya di rumah mentua. Kalau jadi macam nie, sahih lah mama tak benarkan tinggal di rumah sendiri. Tunggu sembuh dulu kata mama, baru mama benarkan.

Sembuh dan sihat walafiat nie boleh lah duga kesabaran hati Ezzat Iskandar. Sengaja lah. Jadi dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tak pernah masak untuk Ezzat Iskandar. Tak pernah telefon kalau berjauhan, malah dia tak kisah kalau Ezzat Iskandar tidak ada di rumah. Nak tengok dia benar-benar mahu berubah atau sekadar simpati saja. Kalau setakat simpati saja, alang sedihnya rasa hati. Malah nafkah batin pun dia tidak pernah memberinya. Ini sudah masuk tujuh bulan mereka berkahwin. Cepat kan? Dan khabar baru yang dia dengar, Ezzat sudah berkahwin dengan Tiara. Patut lah Ezzat tak kisah pun.

“Aku nak cakap sesuatu lah dengan kau!” beritahu Asma. Kerap juga dia datang bermalam di rumah Asma.

“Cakap lah!”

“Orang di ofis asyik bercakap, suami kau sering bawa perempuan yang tengah hamil ke klinik. Kalau tak salah aku namanya Tiara!” dengar juga tu. Tapi tak soal siasat pun lagi. Iman Amani hanya tersenyum.

“Kau okey ke tak ni?”

“Okey lah, kenapa?”

“Tengok kau tenang saja, siap tersenyum lagi!”

“Aku dengar juga berita ni, dia orang cakap dia dah kahwin dengan Tiara, kekasih dia tu, boleh jadi lah kut!” mujurlah tembok besar negeri china yang aku pasang dekat hati aku tak pecah. Kalau pecah dan aku mempercayainya bagaimana? Haru juga tu?

“mama mentua kau macam mana?”

“Tentu lah dia suka nak timang cucu!” he he he.. Sekeras hati mana pun mama, kalau boleh tengok cucunya, tentu hatinya lembut juga nanti.

“Dan kau?”

“Biasa saja, dia tak nak lepaskan aku, tetapi kena ingat dia lelaki biasa, ada nafsu. Kalau dia kahwin lain pun aku tak kisah lah..,” dah boleh agak dah pun dengan cara aku ke atas dia.

“Tak frust?”

“Berapa kali aku nak frust ni? Cukup lah dua kali saja aku frust. Sekarang tak frust lagi kut!” Dia dari awal mana cintakan aku, dia cintakan Tiara, jadi dia baik dengan aku sebab kasihan kat aku saja lah!

“kau memang tabah, aku tabik spring kat kau lah!” kata Asma sambil memeluk Iman Amani dengan erat.

Malam ini balik ke rumah, Ezzat Iskandar sedang menonton tv. Asyik sampai tak sedar masuk ke dalam rumah. Bersiri-siri sejak nak jadi ayah ini.

“Iman dah makan ke?” soal Ezzat Iskandar apabila melihat wajah isterinya.

“Dah. Singgah di rumah Asma tadi. Awak tak keluar malam ini?” kalau aku jadi kau aku temankan Tiara yang sedang mengandung tu.

“Cadang nak ajak Iman keluar makan, tak mengapa lah, abang boleh makan maggi kat rumah!”

“Pakai segak-segak tak kan makan maggi di rumah kut. Baik awak keluar, temankan buah hati di luar tu!” usik Iman Amani.

“Buah hati??? Siapa pula buah hati abang ni? Buah hati abang ada di depan mata lah!” jawab Ezzat Iskandar. Tak mengaku lah tu. Terdengar lagu Sandiwara Cinta tergiang di telinga. Kisah hidup aku macam lagu nih.

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

“He he he..,” dia ketawa saja. Kami sudah tidak lagi bertengkar seperti awal-awal kami berkahwin. Berbincang saja kalau ada masalah, itu lagi senang kan?

“Awak kena banyak habiskan masa awak kat madu saya tu, kasihan dia, tengah mengandung, suami pula tak ada di sisinya,”

“Ooo, dah tahu lah cerita tu?”

“Dah tahu lah, dua minggu yang lepas!”

“He he he...,”

“Mama tahu tak lagi?”

“Tak tahu lagi, nanti kita pergi beritahu mama, nak tak?”

“Boleh juga tu, lagi cepat, lagi baik!” ikhlas jawapan itu. Terima lah Tiara, mama. Dia tak bersalah dalam hal ini.

“hari minggu ni kita pergi,” kata Ezzat Iskandar dan terus keluar. Pergi rumah Tiara kut. Iman Amani tidak menyoal ke mana arah tujuan Ezzat Iskandar. Dulu pun macam tu jugak kan?

Tetapi pergi dalam masa sejam saja, dia dengar enjin kereta kepunyaan ezzat Iskandar masuk ke dalam rumahnya. Aik, cepat pula balik. Mereka masih tinggal berasingan, kecuali tinggal di rumah mama saja, mereka tidur sebilik.

Tengah hari ini, ketika dia sedang menjamu selera, Ezzat Iskandar datang bersama Tiara ke arahnya.

“Boleh kita orang duduk?” pinta Ezzat Iskandar kepadanya. Dia mengangguk sambil tersenyum lagi.

“Duduk lah!” pelawanya. Ezzat Iskandar dan Tiara duduk mengadap mukanya.

“Sayang nak makan apa?” soal Ezzat Iskandar kepada Tiara.

“Nak Bihun Sup jadi lah!” kata Tiara. Iman Amani menyuapkan nasi ayam kesukaannya ke dalam mulut. Aku kena makan nasi, kalau makan bihun sup, nanti perut tak kenyang.

“Kejap yer, abang ambil kan!” kata Ezzat Iskandar sambil berlalu pergi. Tinggal mereka berdua saja.

“Dah berapa bulan ni?” soal Iman Amani.

“Nak masuk lima!” jawab Tiara sambil mengusap perutnya. Bila lah dia orang kahwin agaknya? Barangkali selepas Tiara balik dari luar negara kut?

“Ooo, dah scan atau belum ni?”

“Tak scan lagi, abang tak nak!”

“Rancak berbual!” sampuk Ezzat Iskandar sambil membawa dua mangkuk bihun sup. Satu untuknya, satu lagi untuk Tiara. Dia bangun semula untuk mengambil jus minuman. Romantiknya dia layan Tiara. Letak minuman. Ambil kan sudu dan letak dalam mangkuk bihun sup. Iman Amani hanya tersenyum melihat kebahagiaan itu. Syukur alhamdulillah, semuanya sudah jelas di hadapan mata. Aku tumpang bahagia saja lah.

Tiara menyuapkan bihun sup kepunyaannya ke dalam mulut Ezzat Iskandar. Iman Amani tak kisah pun. Dia makan nasinya sehingga habis. Tak ada riak cemburu, sakit hati atau pun marah di dalam hatinya. Biasa saja. Mereka saling menyintai dan saling memerlukan. Bukan seperti aku???

“Kejap nak basuh tangan!” beritahunya sambil bangun menuju ke singki. Basuh masuk ke bilik air, betul kan tudung. Dan dia datang semula ke arah mereka berdua. Jam di tangannya di beleknya. Dah dekat pukul dua.

“Jom, saya pergi dulu!” pintanya sambil mengambil tas tangannya.

“Kejap lah, kita berbual!”halang Tiara. Dia melihat ke arah suaminya dan suaminya itu memberi isyarat supaya dia duduk semula. Kerusi di tarik, lalu Iman Amani perlahan-lahan meletakkan punggungnya.

“Tak tanya pun tentang kita orang!” sambung Tiara lagi.

“Tanya apa?” soal Iman Amani. Nak tanya apa semua sudah jelas di hadapan mata.

“Hubungan kami berdua lah!” balas Ezzat Iskandar pula.

“Nak tanya tentang apa?” soal Iman Amani lagi.

“Tanya lah tentang perkahwinan kami ke? Tentang anak kami ke?” celah Tiara pula.

“He he he...” dia tersenyum lagi. Buang masa aku saja lah. Dah mengandung macam ni, tahu lah kau orang berdua dah kahwin.

“Awak tak marah saya kahwin lagi satu?” soal Ezzat pula.

“Tak!” kerana dari awal dulu aku dah tahu, kau tak pernah menyintai aku.

“Awak tak cemburu?” soal Ezzat lagi.

“Tak!” cemburu itu tandanya sayang. Jadi, aku memang susah nak sayang kan kau.

“Marah?”

“Nak marah buat apa pulak? Awak bukan buat salah kat saya pun!”

“Lega lah kalau begitu, sebab saya cadang nak bawa Tiara tinggal sekali dengan kita. Senang sikit. Tiara pula tinggal di rumah sewa saja!” cadang Ezzat Iskandar.

“Boleh juga tu!” tetapi dalam hati, Iman Amani tidak merelakan. Tinggal berasingan okey lagi, tinggal sekali, rasanya aku tak sanggup.

“Petang nanti, kita orang sampai!” balas Tiara pula sambil memegang tangan suaminya.

“Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati..,”

Mungkin kah Ezzat nak suruh aku keluar dari rumahnya, tetapi dia tak berani cakap terus terang dengan aku??? Boleh jadi jugak tu. Dia balik awal kerana mahu mengemas barangnya, tetapi tidak sangka Ezzat Iskandar mengekorinya sampai ke rumah.

“nak ke mana kemas barang ni?” soal Ezzat Iskandar.

“Tak elok lah kita bertiga tinggal sekali!” jawabnya.

“Tadi tak cakap pun, tak mengapa lah, Tiara boleh tinggal di rumah sewanya!”

“Tak mengapa, awak dengan Tiara tinggal di sini, lagipun rumah awak kan?” Aku patut kena keluar dari sini.

Ezzat Iskandar memandangnya dari atas sampai ke bawah. Lalu tersenyum sendirian. Dipeluknya Iman Amani dari belakang. Apa pulak ni?

“Peluk orang nie apa kes? Tak puas lagi ke peluk Tiara tu?”

“Kuatnya suara!”

“Geram!”

“Ha ha ha.. “

“Gelak kan orang pula!”

“Itu lah tak nak layan kehendak abang sangat, kalau tidak boleh lawan perut Tiara tu..,”

“Ciss.. jangan merapu boleh tak?”

“Merapu apa? Iman tak nak ke jadi macam Tiara?”

“Jangan samakan saya dengan Tiara, boleh tak. Tak suka!”

“Abang pun tak pernah sukakan Tiara tu lah...”

“Tu nak bohong apa pulak ni?”

Tiara tu kahwin dengan orang lain lah. Aku dulu cakap saja ada hubungan dengan Tiara, tetapi sejak dari dulu sampai sekarang, Tiara tu aku anggap macam seorang adik. Macam seorang teman rapat saja. Tak pernah jatuh cinta pun kat Tiara tu. Tiara pun sama. Kami berlakon saja lah, nak tengok Puan Iman Amani ni nak cemburu ke tak?

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.