Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benar Aku Suka
Benar Aku Suka
Lily Js
7/3/2018 22:42:13
73,098
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20


Hana menatap wajah jejaka kacak yang turut menatapnya. Sebuah renungan indah dan mendamaikan jiwa memandang. Semakin hari Adam semakin bermakna  di mata Hana yang berbentuk bundar. Adam yang berjiwa matang dan gentleman dari umur sebenar selalu mengambil berat tentang kisah hidup Hana. Malahan, jarak usia mereka yang berbeza tidak menjadi penghalang terhadap perasaan untuk saling memiliki. 


"Hana, mengapa awak menatap saya seperti itu? Atau awak terlalu merindui saya ya... " ujar Adam agak romantis. Dia menyedari renungan Hana yang berbeza seperti tiada hari esok. Walaupun Adam sedar dia dan Hana berkongsi satu rasa, sama seperti renungan di mata indah mereka iaitu kasih dan cinta. 


Kedua-dua belah pipi Hana menjadi merah merona setelah mendengar kenyataan Adam. Dia merasa malu apabila penilaian Adam terhadap dia selalu tepat. Tidak seperti dia yang kadangkala terlalu polos untuk menilai diri lelaki itu. Nampaknya, dia dan Adam bukan sahaja berbeza umur tetapi perwatakan mereka juga jauh berbeza. 


"Tak adalah Adam. Saya cuma... Cuma nak membaiki rambut depan awak. Tak ada sebab lain..." Hana cuba menafikan perasaan. Dia merindui lelaki itu setelah pelbagai masalah yang telah menimpa dia. Jari-jemari Hana yang runcing dan lembut cuba menyentuh rambut Adam. 


Dahi Adam berkerut dengan reaksi Hana yang berbeza pada petang yang hening itu. Gadis yang dia puja dan sayangi sepenuh jiwa seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Adam. Jiwa Adam menjadi gelisah diikuti rentak jantung yang tidak menentu.


"Terima kasih Hana. Tapi... rambut saya okay, tak kusut pun. Awak ada menyembunyikan sesuatu dari saya ke Hana? Hana, tolonglah jangan berahsia. Saya risau, awak tahu tak?"


Hana memandang Adam dengan redup dan syahdu. Dia semakin sakit hati apabila melihat wajah kacak Adam yang berubah resah. Lelaki itu masih muda dan dia tidak layak menyakiti hati Adam yang baik hati. Tidak wajar apabila dia terus berdiam diri dan hanya menyeksa perasaan sendiri dan juga hati lelaki itu. 


Hana menarik nafas perlahan-lahan. Dia mengambil keputusan untuk melepaskan rasa sakit itu yang kian membelenggu hidup. Adam berhak tahu dan Hana berharap Adam boleh terbang bebas setelah mengetahui cinta terhalang itu. Fikir Hana lirih.



*****



Pintu diketuk berulang kali namun Adam tidak mengendahkan. Dunia Adam kelam semenjak wanita yang dicintai dan disayangi sepenuh jiwa telah meninggalkan dia. Terlalu kecewa, sakit dan menyeksakan, hanya rasa itu yang menemani hidup Adam sekarang.


Adam tidak tahu, apakah salah dia sehingga Hana sanggup memutuskan hubungan mereka. Mencampak dia di sebuah lautan yang sangat luas dan berbahaya pada manusia. Otak Adam tidak berfungsi untuk mendapatkan jawapan, mengapa Hana meluahkan kata putus. Adam tidak dapat menerima kenyataan, malah dia menganggap semua kata-kata Hana hanyalah dusta.


"Adam sayang... Keluar dari bilik. Mama tidak suka Adam seperti ini. Jangan bu... buat mama seperti ini sayang. Please..." pujuk Puan Lidia dengan nada lirih. Dia tidak pernah berhenti dari memujuk anaknya yang sudah seminggu berkurung di kamar tidur. Adam hanya keluar bila merasa lapar dan dipaksa. 


"Adam tidak lapar mama. Pergilah..." Adam menjawab setelah Puan Lidia tidak berhenti memujuk, malah meminta untuk dikasihani. Sungguh, Adam tidak berniat untuk menyakiti hati mamanya yang murni. Namun hati Adam terlalu hancur dengan keadaan.


"Jangan begitu sayang... Mama dan papa akan menunggu sayang di bawah. Rifqi dan Dhafir juga menunggu Adam di bawah. Kawan-kawan Adam mahu melawat sayang. Please... Adam turun di bawah ya," ujar Puan Lidia lemah-lembut.


Adam hanya menyepi di dalam. Dia keliru mahu menolak atau menerima saranan mamanya. Kawan-kawan melawat dia? Itu mengejutkan. Selama ini mereka hanya berkunjung di kediamannya apabila mahu bersukaria mahupun dijemput. Apakah kedua sahabatnya sedang bermimpi? Fikir Adam sambil tersenyum pahit.


Mereka pasti mentertawakan saya setelah hampir dua bulan dia dan Hana berkasih namun akhirnya putus. Putus hubungan dengan Hana itulah impian setiap teman Adam dan kini impian mereka menjadi kenyataan. Dia pula hanya terkapai-kapai mengikuti arus ombak yang kuat dan tidak tahu ke mana arah tuju. Minda negatif Adam menguasai diri setelah kurang waras berfikir.


Tidak menunggu lama Adam turun ke bawah, dia tidak mahu terus mengecewakan kedua orang tuanya. Dari jauh  Adam melihat kedua wajah sahabatnya yang turut memandang. Adam sedar kedua sahabatnya terkejut melihat penampilan dia yang tidak terurus. Baju dan rambut kusut-masai walaupun sebelum ini dia sentiasa menjaga penampilan diri. Namun kini sudah beberapa hari Adam tidak mencuci rambut. Dia kesulitan masa untuk mengurus diri semenjak kejadian pahit itu berlaku. 


"Hey Adam. How are you?" tanya Rifqi dengan riak muka tenang. Sementera Dhafir hanya menatap Adam dengan pandangan sukar difahami.


Adam tersenyum senget memandang kedua wajah sahabatnya yang duduk berhadapan dengan orang tuanya. "Untuk apa awak berdua datang ke sini? Mahu menghina saya?" soal Adam dengan nada marah. Tidak peduli dengan soalan Rifqi. 


Dhafir dan Rifqi tampak terkejut dengan soalan cepumas Adam. Mereka tidak menjangka Adam melepaskan geram di hadapan orang tuanya. 


"Adam, kami hanya nak melihat keadaan awak. Kami... Kami tidak mahu awak mengasingkan diri. Kami berdua rindukan awak, Adam. Percayalah..." ujar Dhafir meluahkan rasa simpati pada Adam yang kelihatan sangat tidak terurus.


"Benar sayang... Jangan mengata..." tokok Puan Lidia namun sempat ditegah oleh suaminya lalu kedua pasangan itu meminta diri ke ruangan lain. Tuan Aysar Daniel tidak mahu campur tangan dalam urusan anak remajanya. Adam sudah besar dan cukup sedar diri untuk mengatasi masalah.


"Usah berlagak baik Dhafir. Saya cukup faham siapa diri awak. Awak dah menang melihat saya begini." Adam masih dengan riak tiada perasaan.


"Adam, saya minta maaf selama ini saya telah menyakiti hati awak. Tapi kali ini saya ikhlas Adam. Saya bersimpati dan jika masa boleh diputar kembali saya... Saya merayu pada Hana supaya tidak meninggalkan awak. Saya bersalah Adam. Sangat bersalah pada awak..." luah Dhafir dengan penuh penyesalan.


Adam terkejut dengan kata-kata Dhafir. Perlahan-lahan dia berdiri dari sofa mewah lalu menghampiri ke arah Dhafir dengan wajah tegang. 


"Apa awak kata Dhafir? Awak menikam saya dari belakang. Itu maksud awak?!" soal Adam dengan suara terlalu tegas.


"A... Adam bertenanglah. Dhafir akan menjelaskan pada awak. Lagipun Dhafir sudah menyesal. Dia menyesal dengan segala perbuatan dia yang jahat itu," ujar Rifqi yang sudah galau melihat wajah Adam yang berubah kasar. Penuh kebencian dan amarah.


"Awak jangan masuk campur Rifqi. Saya tidak bertanya pada awak atau awak juga bersekongkol dengan otak jahat, Dhafir?" Adam menengking Rifqi yang sering menjadi mangsa. 


"Cukup Adam! Rifqi tidak bersalah. Saya yang bersalah. Saya yang memulakan semua ini. Maafkan saya, Adam." Dhafir kesal dan tidak berhenti dari terus meminta maaf.


"Sebelum saya usir awak dari rumah. Ceritakan apa dosa besar yang awak telah lakukan di belakang saya, Dhafir. Saya sudah cukup muak dengan permohonan maaf awak yang tidak pernah sedar diri itu." Adam meminta penjelasan dengan wajah tegang. Dia terlalu sakit hati dengan perlakuan Dhafir yang tidak difahami.


Dhafir mengangguk seraya meraup wajah. Tekanan dan takut. Takut melihat reaksi Adam setelah mendengar ceritanya. Namun Dhafir yakin Hana mempunyai alasan lain untuk memutuskan hubungan dia dengan Adam. Sahabatnya yang terlalu baik hati.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Js