Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAKITNYA HATI
Bab 7 : Hiburan Hati

Qisha Mirza termenung seketika di hadapan telefon pintarnya yang sudah berada di dalam genggaman. Dia menyimpan terlebih dahulu nombor telefon bimbit Fulshan. Kemudian, dia membuka laman whatssappnya dan menekan pada nama Fulshan. Namun, dia masih belum lagi menghantar mesej buat lelaki itu. Hatinya berdebar-debar seketika apabila teringat kembali bagaimana Fulshan dengan bersungguh-sungguh memberikan nombor telefonnya dan juga laman sosial yang selalu disertai apabila kebosanan melanda tahap petala kelapan.

Bagaimana ni? Nak mesej ke tak? Kalau tak mesej, macam mana aku nak kenal dengan dia? Sekurang-kurangnya kalau tak rapat pun, aku boleh bertukar-tukar idea cara pengajaran kami. Itu untungnya berada di dalam aliran yang sama. Qisha Mirza bertembak di dalam hatinya seketika. Makin lama difikirkan, makin sesak nafasnya dan akhirnya dia mengalah dengan tuntutan hati.

Ah, mesej sajalah. Baru sahaja jari-jemari Qisha Mirza hendak menekan hantar mesej buat Fulshan ke dalam whatssappnya, tiba-tiba dia membatalkan niat. Tidak jadi hendak berbuat begitu.

Hesy, kalau aku yang hantar mesej kat dia dulu, nampak sangat aku teruja nak berkenalan dengan dia. Tak naklah aku. Biar tarik harga sikit, baru ada thrill. Hehehe .... Qisha Mirza memadamkan mesej yang ditaipkannya sebentar tadi buat Fulshan.

Hmm ... apa kata kalau aku masuk dalam laman sosial Merapu Santai dulu. Sekurang-kurangnya aku boleh risik dengan teman-teman yang sedia ada. Ataupun aku boleh tengok dulu macam mana gelagat dia. Bolehlah macam tu. Qisha Mirza akhirnya membuat keputusan untuk mendaftarkan diri ke dalam ruang maya Merapu Santai setelah membuka komputer ribanya. Telefon pintar sudah pun diletakkan di tepi. Malas hendak menengoknya lagi.

Sesudah sesi pendaftaran selesai, Qisha Mirza mula berbual dengan rakan-rakan yang berada di dalam laman sosial itu. Qisha Mirza hanya meletakkan nikcnamenya Q’MeZa. Cukuplah. Letak nama betul buat apa. Makin lama berbual makin seronok pula yang dirasakannya. Patutlah Fulshan mengajaknya masuk ke sini. Memang boleh mereleasedkan tensionsesudah penat bekerja. Pertambahan kawan baru membuatnya bertambah gembira.

Q’MeZa : Seronok betul laman web ni. Ramai rakan yang gila-gila.

Giya : Gila-gila saja tau bukan gila betul. Hahaha ...

Q’MeZa : Kalau gila betul mau semuanya lari.

Giya : Mana akak dapat tahu laman web ni?

Q’MeZa : Dari seorang teman.

Giya : Hmm .... siapa dia tu?

Q’MeZa : Adalah ... tak penting pun. Abaikan sajalah.

Giya : Mengelaklah tu.

Q’MeZa : Anggap sajalah begitu.

Giya : Kedekut.

Ha ha ha .... merajuk pula si budak Giya ni. Macam-macam. Biarlah siapa yang ajak aku masuk di sini menjadi teka-teki buat semua. Menariklah budak-budak kat sini. Seronok aku dibuatnya. Qisha Mirza tidak tahan hendak tergelak dengan gelagat setiap seorang daripada mereka.

Atuk Sh’an : Assalamualaikum semua. Hai sayangku, Q’MeZa. Apa khabar hari ni? Rindu kat abang tak?

Tiba-tiba sahaja terjengul nama Atuk Sh’an. Terperanjat beruk Qisha Mirza di saat itu.

“Hmm ... siapa pula si Atuk Sh’an ni? Kenal tidak, tiba-tiba datang mengayat aku. Ingat aku suka sangat cara dia? Macam desperate saja. Gila betul.” Qisha Mirza mengutuk nama yang menegurnya.

Mek Kelate : Amboi atuk, masuk-masuk tegur Q’MeZa saja? Kami ni tak nak tegurkah? Siap bagi salam cinta lagi.

Atuk Sh’an : Kenapa? Cemburukah? Dah memang betul saya sayang dia. Buat apa nak menyembunyikan perasaan sendiri, betulkan sayang?

“Amboi, makin galak pulak dia. Ni yang buat aku tak selesa. Baru nak bermesra datang pula si mangkuk bulat ni. Malaun betullah.” Qisha Mirza seakan tidak berpuas hati dengan nickname itu. Cukup-cukup mengganggu ketenteramannya hendak bersuka ria.

Mek Kelate: Mau tak cemburu. Dah lama saya intai atuk, dia pula yang dapat.

Atuk Sh’an : Itu bermakna di antara kita tidak ada jodoh.

“Suka-suki dia saja nak kata apa pun.” Qisha Mirza terus menyepi.

Sudu : Sudah ... sudah ... kau orang ni, kalau berjumpa memang tak reti nak berdamai. Ada saja yang nak ditekakkan. Mana Q’MeZa? Senyap saja. Terkejut kut dengan ayat-ayat cinta kau atuk.

Atuk Sh’an : Ala sayangku Q’MeZa, janganlah senyap saja. Nanti mati kerinduan pula abe kat sini.

“Sudah! Bahasa Kelantan pula dia ghoyak. Melampau betullah atuk ni. Hee ... menyampah aku.” Hati Qisha Mirza main membengkak.

Q’MeZa: Mmm .. maaf ya atuk, saya tak berminat dengan awak.

Atuk Sh’an : Saya yakin awak pasti berminat dengan saya.

Q’MeZa : Tak mungkin.

Atuk Sh’an : Mungkin.

Mek Kelate : Sudahlah atuk, orang dah tak sudi buat apa nak menyendeng lagi. Pilih saja orang yang dah lama menanti.

Tiba-tiba sahaja inbox laman sosial itu berkelip-kelip menandakan ada mesej baru masuk. Berkerut dahi Qisha Mirza memandang ke arah ikon inboxnya.

“Siapa pula yang hantar mesej ni?” Pantas sahaja jari-jemari Qisha Mirza membuka pada ikon inboxnya lalu membaca dengan rakus. Seketika kemudian, dia tersengih sendiri.

“Mangkuk bulat ni rupanya. Patutlah mengayat aku semacam saja. Fulshan ni memang hantu pocong betullah. Nasib baik tak terkeluar anak tekak aku dibuatnya dengan jalinan ayat-ayat cinta tu.” Qisha Mirza menggeleng-gelengkan kepalanya.

Seketika kemudian, Qisha Mirza membalas ayat-ayat cinta daripada Fulshan dengan gaya cinta ekstrem. Ingat apa, dia tidak boleh mencairkan hati lelaki? Minta maaflah. Dia pun ada skill tahu.

Ahli-ahli di dalam forum itu mula terkejut macam-macam. Iyalah, mana tidak terkejut, dalam sekejap sahaja Qisha Mirza sudah cair dengan ayat-ayat cinta yang dihamburkan kepadanya. Sudah-sudahnya mereka berdua pula dikenen-kenenkan dan digelarkan dengan gelaran pasangan cinta ekspress. Ha ha ha macam-macam gelagat manusia di alam maya ini. Hampir terguling Qisha Mirza di atas katil akibat tidak tahan ketawa. Kalaulah si Atuk Sh’an itu seorang insan yang tidak dikenali, jangan haraplah dia hendak membalas ayat-ayat cinta ekstrem sebegitu. Bayar sejuta pun belum tentu dia mahu. Gedik sahaja. Tetapi oleh kerana lelaki itu sudah dikenali, maka dia tidak mempunyai masalah untuk mengikut rentak si Fulshan.

“Hmmm .... boleh tahan juga si Fulshan ni ya? Ingatkan serius saja orangnya 24 jam tapi aku tersilap tafsiran. Otak senget juga rupanya dia sama macam aku. Boleh ngam ni.” Qisha Mirza menayang sengihan di hadapan skrin yang kaku.

Sesudah meminta diri untuk keluar dari laman sosial itu, Fulshan telah memesej Qisha Mirza di laman whatssapp agar mereka boleh melanjutkan perbualan di sana. Melonjak gembira Qisha Mirza. Tidak disangka, pucuk yang dicita ulam yang mendatang. Yahoo .... akhirnya dia boleh mengenali jejaka ini dengan lebih dekat lagi. Dengan senang hati, Qisha Mirza membalas mesej Fulshan di laman whatssapp.

Entah kenapa, hati Qisha Mirza berbunga riang dengan ejekan dan kenen-kenen daripada teman-teman di laman sosial Merapu Santai antara dirinya dengan Fulshan. Seakan ada sesuatu yang mengikat mereka untuk terus serasi bersama. Qisha Mirza dapat merasakan bahawa dia semakin tertarik dengan personaliti Fulshan walaupun baru sahaja dikenalinya. Jika tidak menghadiri kursus guru-guru pra tempohari, tidak mungkin dia akan mengenali Fulshan.

Qisha Mirza menutup kembali laptopnya sambil membaringkan diri di atas katil. Bibirnya tidak sudah-sudah mengukir senyuman. Makin lama makin manis dan makin mengembang. Aduh! Bahagia sungguh rasa hatinya. Apakah ini dinamakan cinta?

Oh tidak mungkin. Ini bukannya cinta tetapi hanya obses untuk mengenali si jejaka. Cinta masih jauh dan belum bertapak lagi di dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu sama ada cinta itu akan bersemi bersama Fulshan ataupun tidak.

“Reda sahaja Qisha dengan ketentuan Yang Maha Esa.” Akhirnya Qisha Mirza melelapkan matanya sesudah malas hendak berfikir apa-apa pun. Badan dan otaknya perlu rehat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.