Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,918
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 12

Mr. R: Hey, there!

Anna: Assalamualaikum!

Mr. R: Hehehe...

Anna: Apa hehe?

Mr. R: Huhuhu...

Anna: Jawablah salam.

Mr. R: Waalaikumsalam.

Anna: Good boy.

Mr. R: Awak apa khabar?

Anna: Alhamdulillah. Sihat je. Awak?

Mr. R: Sihat jugak. Lama jugak ek kita tak contact.

Anna: Nak buat macam mana. Semua orang busy. Final exam kan dah nak dekat.

Mr. R: So, sekarang ni apa perkembangan awak?

Anna: Perkembangan yang macam mana?

Mr. R: Dari segi study.

Anna: Entahlah. 50-50 kot.

Mr. R: Aik, mana boleh 50-50. Kata examdah dekat. Mana boleh separuh-separuh.

Anna: Entahlah. =(

Mr. R: Kenapa, awak? Awak ada masalah ke?

Anna: Entah.

Mr. R: Awak stress belajar?

Anna: I don’t think studying is my problem right now. I’m doing fine in my revision.

Mr. R: So, what happened?

Anna: =(

Mr. R: Ni mesti boyfriend happen kan?

Anna: Ish, awak ni! Berapa kali saya nak cakap saya tak ada boyfriend?

Mr. R: Dua kali. Haha. Ala janganlah marah. Habis tu, kenapa awak macam sedih

je ni? Ceritalah kat saya.

Anna: Em...adik dan ayah saya sakit. Accident, tapi doktor cakap mereka dah stabil.

Cuma kena tinggal kat wad beberapa harilah.

Mr. R: Dah tu apa yang awak nak risau?

Anna: Saya akan risau selagi mereka tu ada kat hospital.

Mr. R: Ala tak ada bendalah. Kan doktor dah cakap mereka okey. Doa je

banyak-banyak. Everything’s going to be fine.

Anna: Entahlah.

Mr. R: Awak ni! Kenalah fokus! Kalau awak nak tengok mereka gembira, awak kena

buat mereka gembira. Pergi belajar sana! Dapatkan 4.0 flat untuk semester dua

ni.

Anna: Eleh, kata orang. Dia tu pergi ajak orang chatting buat apa?

Mr. R: Er...saya mengisi masa lapang setelah berhempas pulas memerah otak

menjawab soalan fizik tadi. Hehehe... =P

Anna: Gila skema ayat.

Mr. R: Hahaha...so are you feeling better now?

Anna: A little bit.

Mr. R: Jangan fikir sangat okey.

Anna: Tengoklah macam mana.

Mr. R: Tengok tu!

Anna: Hehehe...

Mr. R: Apa hehehe?

Anna: Huhuhu...

Mr. R: >,<

Anna: Haha...dah kalah!

Mr. R: Fine, dah malam ni. Lelaki tidur lambat tak apa. Perempuan tidur lambat sikit

nanti ada dark circle.

Anna: Mana ada. Lelaki pun samalah.

Mr. R: Hihi...fine. You know about skin care more than I do. GTG.

Good night. Assalamualaikum.

Anna: Sweet dream. Waalaikumsalam. =)

Jay sudah menguap. Terbuka besar mulutnya. Nasib baik tahi cicak tak masuk mulut! Eww! Ngeri!

Laman chatting room Kolej Matrikulasi Melaka ditutup. Kena juga off! Dah pukul 1.00 malam dah ni.

Kalau ikutkan malas nak off tetapi nanti takut melarat. Kadang-kadang, Ree dan Aten yang satu bilik tu pun dia ajak chatting. Mereka tu pantang sikit kalau diajak berbual. Hot gossip! Artis tu! Artis ni! Oh, The Vampire Vampires Season 4 akan keluar tak lama lagi!

Nasib baiklah budak dua orang tu sudah lama lena. Mahu meleret-leret cerita kalau mereka masih celik. Biasalah, orang bujang.

Esok nak kemas bilik dengan budak dua orang tu. Jadi, rehat kena cukup sebab nak kerah tenaga mengangkat segala perabot bilik.

Berbincang balik mengenai Mr. R, siapakah dia sebenarnya?

Entah, Jay pun tak tahu. Yang dia tahu, di laman chatting KMM, dia hanya menggunakan nama samaran Anna dan berkenalan dengan seorang jejaka yang dia sendiri tidak tahu paras ketampanan, kekayaan, kebaikan dan kepandaiannya. Apa-apa yang dia tahu hanyalah nama samaran lelaki itu.

Mr. R.

Ala kalau setakat buat kawan tu bolehlah. Buat luah-luah cerita hangat dekat KMM pun jadilah. Aku pun bukan ada ramai sangat kawan lelaki pun. Setakat Adi dan Haffiy tu bolehlah kot. Nasib baiklah Adi tu satu kelas. Kalau tak, jadi macam Haffiy yang jarang berjumpa.

Bercakap mengenai perasaannya terhadap Haffiy, bolehlah ada tahap suka. Suka berkawan. Orang kata berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Jay tidak mungkin akan menyukai Haffiy. Tak mungkin kalau dia tu tak ada awek. Entah-entah keliling pinggang. Orang-orang kacak ni bukan boleh percaya sangat. Depan je nampak baik, belakang ditipunya kita hidup-hidup.

***

Rise and shine, baby!

Aten mengelipkan matanya cuba melihat masa di telefon bimbitnya.

“Baru pukul 4.30 petang,” kata Aten seraya mengambil bantal peluk kataknya yang sudah berpeta itu. Peta negara apa Jay sendiri tidak tahu. Yang penting, kasihan juga dengan kataknya itu kerana sudah dicemari dengan air liur tuannya yang suka tidur tidak tutup mulut.

“Sebab dah pukul 4.30 kau kena bangun. Kata nak kemas bilik petang ni,” Ree pula mencelah. Dia juga baru sahaja dikejutkan daripada alam mimpi. Ini semua gara-gara Jay yang meletakkan lagu Brick by Boring Brick – Paramore di telinganya tadi. Bingit betul! Jika tidak, mesti dia sedang berseronok membeli-belah di KLCC. Dalam mimpi sajalah Ree!

Aten menggeliat. Terasa badannya masih lagi kepenatan walaupun sudah tidur selama beberapa jam. Selepas makan tengah hari tadi, kononnya dia mahu membaca sedikit nota kimia. Nama pun ‘membaca’. Disebabkan Aten masih belum immune lagi dengan perbuatan yang digelar ‘membaca’, dia terus tertidur apabila baru membaca dua ayat.

Itulah Aten. Pelajar sains fizikal yang kurang menggemari benda-benda yang melibatkan pembacaan. Baca novel sahaja yang dia boleh. Itupun jika tulisan dalam novel itu besar dan mudah dibaca. Jika novel itu bertulisan kecil seperti sesetengah buku yang dijual di pasaran, alamatnya goodbye baby. Welcome mimpi!

“Cepatlah, Aten!” gesa Jay pula. Badan Aten dipukul-pukul dengan bantal peluk Spongebob Squarepants.

Aten pula masih baring di atas katilnya bersama dengan katak-kataknya yang lain. Nampaknya dia masih belum memberikan reaksi positif untuk bangkit dari katilnya walaupun mata sudah celik.

“Aten, cepatlah!” Kini, giliran Ree pula memanjat ke atas katil Aten. Bantal peluk Minney dicapai lalu dipukul-pukul ke arah kepala kawannya itu.

“Ish, yalah! Aku bangun ni!” ujar Aten yang sekarang sudah duduk. Tidak baring seperti tadi. Nasib baik juga bantal yang memukulnya. Kalau batu bata, alamat kawan-kawannya itu akan menghadiri kenduri arwah juga malam itu.

“Korang pergilah sembahyang dulu. Aku baru je lepas sembahyang tadi. Lepas tu, kita fikir nak susun katil macam mana,” tutur Jay yang duduk di sebelah Aten.

Yes, ma’am!

Oleh yang demikian, bergeraklah Aten dan Ree ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah itu, solat Asar ditunaikan. Beberapa minit berlalu, mereka selesai melipat telekung lalu digantung di sebalik lokar.

So, kita nak susun katil macam mana ni?” tanya Ree sambil meletakkan punggungnya di atas katil Jay. Jay pula mengambil tempat di sebelah Ree. Pada masa yang sama, Aten duduk di atas kerusi di meja belajar Jay.

Diam. Masing-masing membisu tanpa kata.

“Ish, tadi beria betul kejutkan aku. Lepas tu, tanya diam pulak Jay ni!” ujar Ree melihatkan Jay dan Aten yang masih diam membisu. Mungkin masih lagi tidak puas tidur. Mana tidaknya, tiba-tiba telinga dibingitkan oleh lagu rock kumpulan Paramore apabila tengah syok tidur. Siapa yang tak terkejut?

Fine!” tutur Jay. Rasa bersalah pula menyelinap hati. “Kita kan memang nak rapatkan semua katil, so kita gerakkan semua katil ke satu tempat. Katil Aina je kita biarkan di tempat asalnya sebab dah memang tak ada sesiapa yang guna melainkan kita sendiri buat iron baju.”

“Aku setuju!” celah Aten. “Semua almari ni kita kena gerakkan dan susun di satu tempat juga. Meja belajar pun kita susun sederet. Tak adalah nampak sempit nanti bilik kita.”

Ree dan Jay mengangguk tanda faham dengan kata-kata Aten.

“Jomlah gerak sekarang!”

Oleh yang sedemikian, ketiga-tiga gadis itu bangun dan menggerakkan katil Jay terlebih dahulu memandangkan mereka sedang berada berhampiran dengan katil gadis itu. Ringan juga katil Jay. Tidaklah seberat yang mereka sangka. Kalau katil ringan, ini bermakna almari juga mungkin tidaklah seberat mana...kot. Meja belajar Jay ditolak juga ke hadapan pintu bilik yang ditutup rapat menghalang mereka yang mahu keluar masuk ke dalam bilik itu. Meja belajar tersebut juga ditolak bagi memudahkan mereka untuk menolak katil Jay tanpa berlanggar dengan mana-mana perabot yang lain yang ada di bilik itu.

Katil Aina yang sudah tidak bercadar dipusing 90 darjah. Katil yang tadi menghadap tingkap sudah jadi melintang meninggalkan banyak ruang untuk meletakkan lokar.

Meja belajar Aina ditolak ke hujung bilik. Lokar Aina yang telah kosong juga ditolak sehingga kedudukannya bersebelahan dengan meja belajar Aina.

Giliran lokar Jay pula ditolak.

“Mak ai! Gila berat lokar kau, Jay!” ujar Aten sambil menolak lokar Jay ke sebelah lokar Aina pula.

“Kau letak apa dalam lokar kau ni?” Ree pula mengeluh.

“Bajulah cik kak oi! Takkan batu bata pulak,” balas Jay. Tenaga ketiga-tiga gadis itu dikerah sebanyak mungkin untuk menolak lokar yang berat itu. Mereka juga berhati-hati untuk mengelakkan barang-barang di dalam lokar tidak terkeluar memandangkan masing-masing malas mengunci lokar.

“Kita tolak lokar korang pulak,” ujar Jay lagi.

Mereka menuju pula ke lokar Ree dan Aten. Mereka berkira-kira mahu menggerakkan lokar Ree terlebih dahulu.

“Eh, kenapa lokar Ree tak boleh gerak?” tanya Aten. Matanya melilau ke sekeliling lokar Ree untuk melihat jika ada apa-apa yang menghalang pergerakan lokar Ree.

“Tak ada benda pun yang menghalang. Habis tu, kenapa lokar Ree tak boleh bergerak ek?” Persoalan yang sama juga timbul di mulut Jay.

“Lokar kita bercantumlah Aten,” celah Ree melihat ke dalam lokarnya. “Cuba kau tengok ni. Ada paku. Lokar kau dan aku tak boleh berpisah sebab ada paku ni.”

Aten menyuakan kepala untuk melihat ke dalam lokar Ree. Memang benar. Ada paku yang mencantumkan lokarnya dan juga lokar milik Ree. Patutlah almari Ree tidak boleh bergerak.

“Habis tu, kita nak buat macam mana ni?” tanya Aten.

“Aku rasa kita kena kosongkan lokar kitalah Aten,” kata Ree.

Jay mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Ree. “Betul tu. Kalau korang tak kosongkan, nanti korang susah nak ambil barang-barang sebab pintu lokar dah terhalang dengan lokar aku.”

“Ruang nak letak lokar pun dah tinggal sikit sebab ada katil Aina,” kata Ree juga.

“Aku letak barang dalam lokar Aina. Kau pulak letak barang dalam lokar aku. Lokar kau kita letak makanan. Boleh?” ujar Aten kepada Ree.

Ree mengangguk. “Okey je.”

Beberapa minit berlalu lagi. Barangan kesemuanya dialihkan. Kini, mereka telah jadikan lokar Ree sebagai lokar untuk menyimpan segala stok makanan. Meja belajar Aina juga telah dijadikan sebagai ‘dapur’. Sos cili, gelas dan roti diletakkan di atas meja tersebut.

Setelah berhempas pulas meletakkan barangan masing-masing di lokar yang baru, mereka meneruskan kerja-kerja menyusun perabot bilik semula. Almari ditolak. Meja belajar disusun sederet. Katil pula dipusing dan disatukan di satu tempat. Heish, banyak kerja sungguh!

***

“Ish, bisingnya!”

Minah mengambil bantalnya lalu ditekapkan ke telinga. Moga-moga bunyi bising itu tidak menerpa ke telinganya lagi.

Kreekk...kreekk...kreekk!

“Apa bendalah yang budak bilik bawah ni buat? Bisinglah!” Minah masih cuba menutup telinganya dengan bantal. Bunyi bising di bilik A1.2.5 memang mengganggu tidurnya.

“Mereka kemas bilik kot. Mesti mereka tolak segala almari dan katil,” ujar salah seorang ahli bilik Minah yang bernama Ija dengan tenang. Dia ketika itu sedang membaca novel.

“Mengganggu ketenteraman betul!” bebel Minah lagi. “Mana boleh ubah segala kedudukan katil! Memekik betullah! Ish!”

Geram betul nampaknya Minah. Dia memang tidak suka malah membenci orang yang mengacau tidurnya lebih-lebih lagi pada sebelah petang. Mesti dia akan membebel tidak kira masa. Air liurnya memang tidak akan habis membebel seperti mak cik-mak cik bergosip. Ahli-ahli biliknya yang lain sabar hati sahaja mendengar bebelan Minah. Mahu ditegur, Minah merupakan ketua blok yang pantang ditegur. Apabila berbalas kata dengannya, Minah mesti akan naik angin. Keputusan yang diambil selalu sahaja melulu tanpa mengira baik buruk.

Krekkk...krekkk...krekkk!

Bunyi almari dan katil ditolak masih lagi bergema di bilik A1.2.5. Kerja-kerja mengemas bilik masih belum selesai lagi.

“Ah, bisinglah oi!” jerit Minah daripada katilnya. Entah ahli bilik A1.2.5 dengar atau tidak, dia sendiri tidak tahu.

Krekkk...krekkk...krekkk!

Nampaknya ahli bilik A1.2.5 memang tidak dengar Minah menjerit!

***

Kerja-kerja mengemas dan membersihkan bilik masih diteruskan oleh ahli-ahli bilik A1.2.5. Makanan disusun atur di atas meja. Makanan yang sudah expired dibuang ke dalam tong sampah.

Tingkap dilap licin. Kipas siling juga dibersihkan. Cadar dan semua baju yang telah kotor dibasuh. Terpaksa juga mereka menutup hidung semasa menyapu sampah. Banyak sangat habuk! Sedikit-sedikit bersin. Memang bahaya untuk orang yang mempunyai penyakit resdung.

Karpet berwarna merah berbelang hitam milik Aten dibentangkan semula di tengah bilik. Meja tengah juga diletakkan di bawah kipas siling yang telah bersih. Febreeze disembur untuk menaikkan aroma bilik yang menyenangkan hati.

Finally! Tiba juga saat mereka untuk bersenang-lenang memandangkan kerja-kerja mengemas bilik sudah tamat.

Ketiga-tiga gadis yang bernama Aten, Ree dan Jay sudah terlentang di atas karpet di tengah bilik. Memang penat menolak segala almari, katil dan meja. Berat sungguh! Tak payah pergi gim pun tak apa. Boleh terbina sendiri otot biceps!

Kipas yang tadi baru dibersihkan berpusing laju tidak seperti sebelumnya yang memang lembab dek habuk yang melekat di balik kipas. Angin juga terasa berputar laju menyapa segala permukaan kulit yang telah berpeluh. Terasa mengantuk pula apabila dapat bermalas-malasan di bawah kipas itu. Mentang-mentang bilik dah luas, memang seronok dapat lepak-lepak di tengah bilik. Tidak berhimpit-himpit seperti selalu.

“Leganya semua dah siap kemas,” ujar Ree memulakan bicara. Mata ditutup menikmati angin yang diputar laju oleh kipas siling.

“Tahu tak apa,” kata Jay pula. Memang terasa tangan dan kakinya penat. Memang dia dan rakan-rakan sebiliknya bersenam secara tidak langsung pada petang itu. Tidak perlu berlari keliling padang tujuh kali. Menolak segala perabot bilik sahaja sudah mencukupi.

Lagu pada telefon bimbit Jay dipasang. Lagu If I Was You – Far East Movement feat. Snoop Dogg dipasang dengan volume sederhana cukup untuk menyapa eardrum mereka bertiga. Masing-masing diam melayan perasaan. Masing-masing senyap memandang siling tidak terkata.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul enam lima belas minit petang. Badan terasa masih malas untuk bangun daripada pembaringan. Penatnya bukan main lagi.

“Bila nak makan ni?” tanya Aten kepada dua orang kawannya, memecah kesunyian antara mereka.

“Aah ek. Makanan belum beli lagi,” jawab Jay meletakkan kedua-dua lengannya di bawah kepala.

“Yang tu korang jangan risau. Tengah hari tadi parents dan nenek aku datang,” ujar Ree. Dia sudah bangun daripada pembaringan lalu mengambil beberapa buah bekas makanan di dalam beg plastik kertas berwarna merah jambu di atas meja. “Mereka bagi makanan. Banyak gila.”

“Rajinnya parentsdan nenek kau datang kolej hari Jumaat,” tutur Aten sambil melihat-lihat isi di dalam bekas-bekas tersebut. Memang sudah tidak sabar nampaknya Aten itu. Perutnya sedari tadi sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Nampak sahaja Ree mengeluarkan makanan terus dia bangun. Memang mahu terliur pada saat itu juga! Saliva secretion activated!

“Aku pun tak tahu mereka nak datang. Mereka cakap mereka nak ke Muar lepas jumpa aku tadi. Melawat saudara kata mereka,” balas Ree sambil membuka penutup-penutup bekas.

Sebaik sahaja penutup dibuka, bau makanan semerbak ke seluruh ruangan bilik.

“Roti jala!” jerit Aten dan Jay pada masa yang sama. “Wah, nak rasa!”

Aten dan Jay sudah mendekati bekas makanan bagaikan kucing kelaparan. Badan digesek-gesek pada Ree yang sedang menyediakan mangkuk untuk menjamu selera.

“Ish, gelilah! Korang ingat korang tu kucing ke nak menggedik dengan aku?” ucap Ree sambil mengelap mangkuknya menggunakan tisu.

“Ala, kami gedik-gedik dengan kau je, Ree,” kata Aten.

“Ish, tak kuasa aku nak layan korang! Gedik-gedik, nanti tak dapat makan,” balas Ree.

“Lapkanlah mangkuk kami sekali, Ree. Kau kan baik, penyayang, sopan santun, budi pekerti etc...” Giliran Jay pula cuba mencairkan hati Ree.

“Menyampah I!” ujar Ree. Tangan ke dada, mata ke atas. Dia terus berlalu ke luar bilik untuk membasuh tangan.

“Ree!” jerit Aten dan Jay serentak melihat Ree yang sudah menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Memang bergema bilik itu gamaknya.

“Ree ni memang susah betul nak cair,” kata Jay. Dia sudah berdiri lalu menuju ke meja untuk mengambil mangkuknya.

“Dia cair dengan orang lelaki yang comel-comel je. Buat apa dia nak cair dengan kita yang sama spesies dengan dia,” kata Aten berlelucon. Dia juga mengambil mangkuk plastik miliknya yang bercorakkan bunga-bunga kecil berwarna-warni.

Jay meletus ketawa mendengar kata-kata Aten.

Setelah membasuh tangan dan mengelap mangkuk, mereka bertiga menjamu selera. Menu petang itu ialah roti jala dan kari ayam. Memang sedap betul! Berkeping-keping mereka tambah roti jala tersebut. Kata Ree, roti jala dan kari ayam itu dibuat oleh neneknya. Nama pun nenek, sudah semestinya orang-orang ‘senior’ ini pandai memasak. Sekali makan pasti kaw punya! Kalah cef terkemuka!

“Korang...” tegur Aten sambil menelan roti jala yang baru dikunyah empat puluh kali. Tiba-tiba dia mengangkat tangan macam isyarat polis sedang memberhentikan kereta sahaja. “Kejap.”

“Pott!”

Terbeliak terus mata Ree dan Jay. Hidung masing-masing terbau haruman gas ammonia yang baru dikeluarkan oleh Aten.

“Pott! Pott! Pott!” Keluar lagi gas kentut Aten berdas-das macam machine gun.

“ATEEENNN!!” jerit Ree dan Jay pada masa yang sama. Makanan yang belum habis dikunyah terus ditelan. Mereka berdua terus menuju ke pintu lalu memulas tombol. Ree dan Jay berlumba-lumba untuk ke luar bilik yang sudah diselubungi dengan molekul gas Aten.

Muka dikipas bagi menghilangkan bau kentut Aten yang masih menjalar di setiap pelusuk hidung. Cepatlah hilang bau oi! Busuk yang amat! Oh, my respiratory system! Sabarlah kau dengan bau kentut Aten. Entah berapa lamalah budak tu tak jejak tandas?

“Peh, Aten! Kau kalau nak kentut pun tak payahlah time makan!” ucap Jay yang sudah lemah dek gas kentut Aten yang masih belum menghilang lagi. Macam terbau gas racun sahaja. Baunya...peh! Kalaulah ada pertandingan bau gas paling busuk di dunia, kalah gas ammonia yang ada tersimpan di makmal kimia Kolej Matrikulasi Melaka. Aduh, sabarlah hidung!

Ree mempercepatkan kelajuan kipas bilik. Moga-moga bau kentut hilang dengan cepat. Bolehlah aktiviti makan roti jala diteruskan.

“Serius, Aten! Kau ni kena masuk kelas tambahan Sivik dan Kewarganegaraan,” bebel Ree pula. Tidak pernah-pernah Ree membebel, nampaknya petang itu dia telah pecah rekod. Tahniah buat Ree! “Mak ai! Kau makan apa sampai bau kentut kau macam ‘tuuttt’!”

Aten sudah meledakkan ketawa. Kelakar melihatkan kawan-kawannya yang sudah tidak tahan bau. Lawak melihatkan mereka yang menutup hidung gara-gara bau kentutnya yang memang kalis pada hidungnya.

“Hahahaha!” Aten ketawa lagi.

“Hihihi!” Eh, ketawa lagi perempuan ini!

“Boleh pulak kau ketawa! Nasib baiklah tangan aku ni kotor dengan roti jala dan kari. Kalau tak memang aku dah cekik-cekik kau!” kata Jay yang berbaur ugutan.

“Hahaha!” Aten meletuskan ketawa lagi.

Ree menjejakkan kaki masuk ke bilik. Hidungnya menjalankan tugas untuk mengesan bau gas yang tidak sepatutnya dibau. Memang nampak macam hidung kucing sedang hidu makanan saja hidungnya itu.

“Dah tak ada bau. Jay, masuk jom! Bilik kita dah selamat,” kata Ree.

“Fuuh, lega!” ucap Jay pula.

“Korang ni! Tak baik tau buli aku,” tutur Aten sambil menyuap roti jala pusingan yang ketiga. Memang sedap betul penangan roti jala buatan nenek Ree.

“Apa pulak kita orang buli kau?” tanya Ree.

“Kau yang buli kita orang nak makan,” ucap Jay.

“Hehehe...kasihan korang. Perut aku banyak anginlah. Itu pasallah aku kentut. Aku kalau dah kentut tak kira masa. Makan minum semua dia nak bedal keluar je.”

Jay dan Ree tersenyum. Sudah lali dengan perangai Aten yang memang selamba. Perangai selambanya juga itulah yang membuatkan hampir kesemua pensyarah di KMM mengenalinya. Mereka memang kenal dengan Aten yang kecoh dan sentiasa happy. Mahu mengajar pun senang hati.

Aten...Aten...Ingatkan nak ushar lelaki je kau selamba. Nak kentut pun sama!

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina