Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
216,263
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 24
BAB 24
Janji yang terpatri itu jugalah yang menjadi pembakar azimat buat Enrique. Misi Enrique hanya satu, mencipta nama sebagai pelayar tersohor sebelum menyunting Miriam menjadi jadi ratu hatinya. Dek kerana itu, Amanat Raja Charles I, Raja Sepanyol di sahut penuh semangat. Perdagangan rempah di Asia Tenggara akan di takluki dan di monopoli. Itu azamnya. Tampak tidak sukar misi itu untuk di gapai selagi cakera alam berada dalam genggamannya. Cakera alam yang sakti lagi hebat. Kompas juga tidak dapat menandingi keajaiabannya. Lima buah cakera istimewa yang terangkum bersama bukan sahaja mampu memberikan petunjuk arah, malahan juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air dan pelbagai lagi.

Lautan Atlantik di redahi. Satu demi satu benua di jelajahi. Selat Magellan di tempuhi. Lautan Guam di rentasi sehinggalah bahtera mereka muncul di perairan Kepulauan Pasifik. Tidak berapa lama selepas itu mereka akhirnya tiba di Samar yang terletak di Kepulauan Filipina.

“Sepenuh kepercayaan aku serahkan pada kau. Terhapusnya pemberontak di perkampungan Mactan, kunci kebebasan akan kau kecapi,” janji Ferdinand. Jitu. Justeru kudrat Enrique di tagih padu.

Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang buat Enrique. Dia berjuang bermati-matian bersama-sama enam puluh orang anak kapal. Dengan menggunakan peralatan moden seperti senapang, meriam dan senjata besi, bala tentera Lapu-Lapu yang berjumlah 1,500 orang berjaya di tumpaskan. Namun gundah di jiwa melanda Enrique apabila Ferdinand telah gugur menyembah bumi akibat terkena panah beracun.

Sebagaimana gugurnya Ferdinand ke bumi, begitu juga gugurnya janji Ferdinand pada Enrique. Duarte Barbosa yang di lantik untuk menggantikan Ferdinand mula menunjukkan taring sebenarnya.

“Jangan harap aku akan lepaskan kau, budak hitam! Selamanya kau tetap akan berada di bawah kekuasaanku!” seru Duarte Barbosa dengan nada bongkak dalam satu majlis makan malam yang di anjurkan oleh Raja Humabon sempena kejayaan menewaskan Lapu-Lapu dan konco-konconya.

Enrique hanya mampu tersenyum tawar. Gelodak yang membara dalam hati di cempung padat-padat dalam diri. Hidangan yang menyelerakan yang terhidang di atas meja langsung tidak berupaya menjentik selera Enrique. Setitis air pun tidak di jamahnya tatkala itu. Hanya Duarte Barbosa dan anak-anak kapal yang lain makan dengan lahapnya.

Apabila Duarte Barbosa dan anak-anak kapal yang lain mula gugur satu persatu akibat serangan dari pengikut-pengikut Raja Humabon, barulah segaris senyuman mula hadir menyapa di bibir Enrique. Ya, mungkin dia hanya anak Melayu yang bodoh, kolot dan tiada apa-apa keistimewaan di mata mereka. Namun akal panjangnya telah membetikkan idea untuk bergabung dengan Raja Humabon demi menghancurkan impian Duarte Barbosa untuk menakluki kepulauan Filipina.

“Selamat tinggal Duarte Barbosa! Selamat tinggal dunia pelayaran! Aku tidak akan kembali ke bumi Portugis lagi.”

1521. Barrameda, Sepanyol.

Tidak!!! Miriam terjaga dari lena yang panjang. Peluh dingin mula berjuraian di pelipis dahi. “Enrique sayang! Tolong jangan tinggalkan Miriam keseorangan. Miriam sayangkan kamu. Sungguh!”

Pintu bilik Miriam terkuak lebar. Fetty sudah terpacul di muka pintu dengan wajah kehairanan. “What happen to you, dear?

Miriam mengeluh. “I don’t know. This is not me. Seriously. But seems like I’m having nightmare, once again.”

Pity you, my dear. But I’m here to make all your nightmares gone. They’re already here!

Miriam melompat turun dari katil. “Are you sure? Oh my god! My Enrique! Finally you’ll come back for me!

Miriam tangkas mempersiapkan diri. Sesudah mandi gaun putih dengan skirt lebar berlapis-lapis segera di sarungkan ke tubuh lampai. Tampak cantik dan berwarna-warni! Kebiasaannya pakaian tradisi ini hanya di kenakan Miriam tatkala dia menari Tarian Brayo di pesta keramaian ataupun pada hari-hari istimewa dalam hidupnya. Dan hari istimewa itu menjelang jua hari ini.

Enrique! Enrique! Nama itu bersenandung indah dalam hati. Rindu dendamnya pada pemuda berkulit hitam manis itu bakal terubat. Setelah lima tahun lamanya terpisah kini mereka bakal ketemu semula. Langkah kakinya di percepatkan. Tidak sabar rasanya dia menjejakkan kaki ke pelabuhan Sanlucar.

Dari kejauhan kelihatan pesta besar-besaran sedang di adakan bagi menyambut kejayaan Kapten Juan Sebastian Elcano dan 17 anak kapal yang selamat dan berjaya berlayar pulang semula ke Sepanyol. Miriam amat berharap kelibat Ferdinand, abangnya dan sudah tentu sekali kekasih hatinya Enrique akan muncul di situ.

Namun hampa bertamu di hati. Kelibat mereka berdua langsung tidak kelihatan di mana-mana. Putus asa tidak pernah wujud dalam kalendar hidupnya. Pantas Miriam mampir ke kapal Victoria. Baru sahaja dia mahu meniti setapak demi setapak anak tangga apabila lengannya terasa di regut dengan kasar dari belakang. Kapten Juan Sebastian Elcano!

If all princesses in the world come into my life, definitely I’ll still choose you.”

And if you were the last men in this world, I’ll rather die instead having you into my heart.

Sinis lagi sadis. Namun rasa cinta tidak bisa di paksa dan di mengerti. Walaupun sudah beribu kali lafaz cinta terungkap dari bibir Kapten Juan Sebastian Elcano buat Miriam namun cinta Miriam hanya kekal milik Enrique. Hanya untuk dia!

Than you should! For you info young lady, your brother had been killed! And you beloved sweetheart disappeared without any trail. So what do yo gonna do with your life then? Tell me!

Miriam terjelepuk jatuh. Lemah tubuhnya. Longlai kakinya. Jantungnya terasa berhenti berdegup. “Enrique! Sampai hatimu, Enrique. Sampai hatimu!”

Air mata mula bergenangan di tubir mata. Sedih, pilu menghempas jiwa. Sungguh Masri tidak menyangka, agungnya cinta yang terbina di antara Panglima Awang dan Miriam suatu ketika dahulu.

“Sapu air matamu, saudara. Kesedihan sudah lama berlalu. Kini masa depan yang gemilang menanti kita. Bersatulah denganku, wahai saudara-saudaraku!”

Serentak Masri dan Daud berpaling. Robo muncul di muka pintu dengan wajah ketat.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.