Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
216,698
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11
BAB 11

TJ bungkam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana sekeping hati Mel yang terluka bisa di rawati dan di ubati.

“Saya tak tahu nak pujuk dia macam mana lagi. Dia beria-ria nak pergi juga. Apa yang kitorang patut buat ni?”

“Takkanlah itu pun saya nak kena fikirkan juga. Pandai-pandai awaklah. Dahlah! Jangan ganggu saya lagi!”

Talian di putuskan sebelum sempat TJ menitip sebarang bicara. Waduh! Mana mungkin perhubungan jiwa ini boleh bertahan kiranya hati yang gersang sering sahaja di sirami racun berbisa. Jiwanya mula lelah dengan bongkak dan ego sang kekasih.

“Mr R marah kau lagi ke?” soal Lili. Geram sudah mula bersimpul dalam hati.

TJ pantas berdalih. “Err...takdelah. Dia suruh aku jaga diri baik-baik. Itu aje.”

Lili mencebik. “Gegendang telinga aku ni masih sihat walafiat lagi, kau tahu tak? Setiap butir bicara yang keluar dari mulut kau tu jelas lagi terngiang-ngiang kat telinga aku.”

TJ terkedu. Namun masih menyimpan harapan perbualannya sebentar tadi hanya singgah sepicing cuma di cuping telinga Lili. Sekali lagi perhatian Lili cuba di larikan.

“Alah, tak yahlah cite pasal aku. Baik kau fikir macam mana kita nak pujuk minah bendul tu hah. Kalau betul-betul dia nak pergi Johor Bharu, habislah kita. Menjawablah dengan Mak Cik Sara nanti.”

Serentak mereka berdua berpaling ke arah Mel. Dia tenggelam dalam lamunan yang tidak berpenghujung. Angin yang menyapa pipi tidak bisa menyisir gundah di hatinya. Sebak di jiwanya tidak terperi. Nasib buruk yang tidak kunjung padam bagaikan mencabar kesabarannya. Hatinya walang mengenangkan nasibnya yang malang. Buat kesekian kalinya sebuah keluhan kasar terhembus keluar dari bibir Mel.

“Janganlah macam ni, beb. Kalau kau monyok macam ni, aku pun tak sedap hati. Kitorang bukan tak nak tolong kau tapi kitorang tak berdaya,” pujuk Lili. Bahu Mel di usap lembut.

“Takpelah. Aku tak marah. Sekurang-kurangnya sekarang aku tahu nilai persahabatan aku dalam hati korang.”

Pedas lagi hangat. Namun ianya hakikat yang tak mampu di tepis oleh TJ dan Lili buat masa ini. “Janganlah cakap macam ni, beb. Bukan kitorang tak nak tolong kau. Tapi cubalah kau bukak minda kau besar-besar sikit. Takkanlah sebab nak puaskan hati kau, sanggup kau nak heret kitorang sama sampai ke Johor Bharu? Soal hati ni kecil punya hal lah. Kau janganlah nak emo tak tentu pasal. Esok, lusa terubatlah hati kau tu,” pujuk TJ.

“Kalaulah hati ni boleh di rawat semudah kita mengungkapkan kata-kata, alangkah indahnya hidup ni, kan? Masalahnya ini kenyataan hidup aku yang sentiasa pahit dan kelat. Mungkin aku tak layak untuk kecapi nikmat cinta dari seorang lelaki yang bergelar suami,” ungkap Mel sayu. Dia sedar, parasnya tidak seindah Zulaikha, hartanya tidak tinggi menjulang seperti Ratu Balqis. Namun ini bukan bermakna kaum adam bisa merobek pintu hatinya sesuka hati.

“Habis tu sekarang ni apa kau nak buat? Takkanlah kau nak kejar si Rizal tu? Tak berbaloilah, beb. Kumbang bukannya seekor,” sampuk Lili pula.

“Memanglah kumbang bukan seekor. Tapi kalau semuanya kumbang tanduk, buat apa? Si Mel ni nak tunggu kumbang ladybird yang datang,” sampuk TJ sambil menyerigai.

“Korang ni mereng ke apa? Bila masa pula aku jadi pengumpul tegar segala mak nenek kumbang ni?” soal Mel bingung.

Lili menepuk dahinya. Datang balik dah bendul teman baiknya ni. “Ish, susahlah cakap dengan kau ni! Lain kitorang cakap, lain yang kau tangkap!”

Bendul Mel semakin menjadi-jadi. “Lah, tadi kumbang, ni main tangkap-tangkap pula. Oh, aku faham! Kau nak suruh aku tangkap semula hati Rizal, ya? Terima kasihlah Lili sebab kau bagi idea bernas kat aku. Tu yang aku kena pergi Johor Bharu juga walau apa pun yang jadi. Aku kena tangkap hati dengan tuan punya badannya sekali. Korang berdua kena tolong aku.”

TJ dan Lili saling berpandangan. Kusut kian menerkam di minda. Rancangan gila Mel harus di hentikan segera sebelum ia di laksanakan tapi bagaimana?

Gugup Lili menjawab. “Err...aku...err...nak tolong apa yek?”

Segaris senyuman terukir di bibir mungil Mel. “Senang aje. Sekarang ni hantar aku kat stesen STAR LRT yang berdekatan. Pastu pandai-pandailah aku bawak diri. Jangan risau, aku takkan menyusahkan korang lepas ni.”

Lili terpana. Bersungguh benar Mel kali ini. “Apa yang kau nak buat sebenarnya ni, beb? Tolonglah...sebelum kau buat apa-apa tindakan, fikirkanlah mak kau kat rumah tu. Janganlah bertindak terburu-buru. Kalau apa-apa jadi kat kau, macam mana nanti? Aku tak sanggup kehilangan kau, beb. Aku sayangkan kau macam adik-beradik aku sendiri. Kaulah kawan aku dunia akhirat.”

Bebola mata Mel sudah mula di genangi kristal jernih yang menunggu masa untuk berlabuh ke pipi gebu miliknya. Sungguh! Hatinya tersentuh. Keihlasan jelas terpancar dari bait kata-kata yang terluncur keluar dari bibir Lili. Tubuh Lili terus sahaja di dakap kemas dalam pelukan.

“Kau pun kawan baik aku dunia akhirat! Aku bersyukur sebab ada kawan macam kau, TJ dan Tipah. Tanpa korang pasti aku takkan sekuat ni. Jangan risau, Lili. Ini kehidupan aku. Langkah ini aku yang pilih, lorong ini aku yang tuju. Kalau aku tersilap langkah, jangan risau. Allah kan ada. Dia akan sentiasa menyuluh dan melimpahkan cahaya petunjuk buat aku. Cuma sekarang ni aku minta tolong sangat-sangat, hantarlah aku ke mana-mana stesen STAR LRT yang berdekatan. Aku janji akan hubungi korang dan update lokasi aku, ok?”

Lili sekadar mengangguk. Tiada sebarang alasan lagi untuk dia menolak.

Berita itu bagaikan renjatan elektrik yang terus menyentak jantungnya. Qisya mengeluh. Sangkanya dahan tempat berpautnya selama ini sudah cukup kuat dan kukuh. Rupa-rupanya ianya sudah mereput dan tunggu masa untuk menyembah ke bumi. Tidak! Dia tidak percaya. Sekelumit harapan yang kian pudar masih di sandarkan ke jiwa.

“Qisya tak percaya! Takkanlah Arish akan lakukan kesilapan macam tu? Tak mungkinlah, papa. Bukan papa ke cakap dulu, Arish tu anggota papa yang paling cemerlang dan berpotensi untuk maju ke hadapan. Kenapa pula sekarang ni papa cakap macam ni?”

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.