Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
Anak Fatimah
7/10/2016 19:19:16
33,193
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 2

"Attention! The arrival of flight SA011 from Kuala Lumpur to London, all passangers please enter to terminal 5 for check in."

Suara pengumuman di dalam Bahasa Inggeris loghat British yang pekat menjamah telinga dua orang gadis yang sedang ralit menarik bagasi masing-masing. Langkah yang diatur di belakang ketua masing-masing menyerlahkan lagi gaya dan keunggulan jawatan yang disandang. Gah dengan topi juruterbang. Mereka diekori oleh 12 orang anak-anak kapal yang rata-rata kepenatan selepas 13 jam membelah langit mengejar arus masa. Ketibaan mereka tepat pada pukul 11.00 pagi. Suasana pula agak sibuk dengan ketibaan ramai penumpang lain dengan pelbagai karenah dan riak wajah. Sedih, gembira, murung dan teruja, semua ada.

"Bangga aku beb dapat berjalan dengan Kapten Arif Irham, suara dia romantik gila, macho gila beb, indahnya suasana di kokpit tadi. Butang-butang yang menyalitkan mata tu umpama bunga mawar yang tunggu dipetik gitu. serious aku suka gila, taklah sakit telinga sangat bila dengar pengumuman ketibaan ala-ala Jenab lekat tulang tu."Fatiha bersuara perlahan di sebelah Ana ketika pemeriksaan pass masuk pegawai penerbangan. Suara pengumuman ketibaan itu memang tidak digemarinya. Rimas semacam. Walau di mana sekalipun dia bertugas, suara pengumuman ketibaan itulah yang tidak digemarinya, entah mengapa. Ada saja yang keluar dari mulut Fatiha. Kalau di India, Minachi, di China, Amoi, setiap negara ada sahaja gelarannya.

"Ada-ada aje kau ni Tiha."Ana melepaskan senyuman tawar sambil membalas kata-kata sahabatnya. Mood untuk bergurau tiada. Hanya kepenatan yang jelas di wajahnya. Samada Kapten Arif Irham yang bertugas bersama Fatiha tadi kacak atau tidak langsung tidak menarik minatnya untuk dinilai. Hanya bantal dan tilam sahaja yang kini menjadi fokus utama.
Langkah yang sejak tadi setia membontoti kedua-dua ketua mereka itu terus dihayun menuju ke kaunter pemeriksaan bagasi masuk. Ana memandang sekeliling. Agak ramai penumpang dari India di Terminal 5 ini. Sejak dulu, suasananya tetap sama. Kadang-kadang susah untuk berjumpa penumpang berkulit putih sendiri di Terminal yang telah dikhaskan untuk penerbangan Asia itu. Sesekali, terasa seolah-olah bumi yang dipijak itu bukan London. Terasa asing sekali dengan pelbagai rupa manusia yang berkulit hitam manis dan cerah memenuhi bumi manusia berkulit kaukasian tersebut.

"Beb, peerghh, sekali tengok gaya Cik Ana berjalan, memang betullah cakap kau tadi, sebijik macam Supermodel Victora Secret si Miranda Kerr tu, tapi versi sopan, ...tingginya memang mengalahkan aku yang hanya 170 cm ni... nasib baik muka je yang nampak sikit, kalau dia pakai kebaya pramugari kita, pasti full flight dibuatnya...hahaha." selamba Ikmal memberi komen. Sejak tadi dia memerhatikan langkah Ana, berseloroh membangkitkan kembali apa yang dipuji sebelum penerbangan tadi.

"Aku selalu juga terfikir macam tu bro, indahnya ciptaan tuhan, cantiknya misteri di sebalik tudungnya, namun auranya tetap terserlah..." Naufal menambah. Sebelum ini dia hanya mendengar nama sahaja. Tidak disangka, sekarang di depan mata. Teringat saat-saat sewaktu sesi taklimat penerbangan sebelum berlepas dari KLIA tadi. Sesi yang pasti diadakan sebelum para penumpang dibenarkan menaiki pesawat. Di waktu ini, masa 10 minit diambil untuk semua anak-anak kapal dan pegawai penerbangan memperkenalkan diri. Naufal memang agak terkejut, ingatkan penolong juruterbang yang asyik diperhatikannya tadi tidak pandai berbahasa Melayu, namun tidak disangkan yang sebutan kemelayuannya mengalahkan kebanyakan anak-anak kapal lain yang memang berdarah Melayu tulen. Kristal Clear orang kata.Persoalan yang sejak 13 jam tadi bermain di fikirannya. Siapa gadis berwajah Inggerie itu sebenarnya?

"Okay semua, Salam sejahtera, Saya Kapten Tengku Ismail Tengku Abdul Aziz, saya akan menjadi ketua penerbangan anda hari ini."

"Salam Sejahtera Kapten!" hampir serentak salam ketua juruterbang dijawab seluruh anak-anak kapal dan pegawai penerbangan yang ada.

"Saya ingin memperkenalkan, pegawai penerbangan lain yang ada, di sebelah saya ialah penolong saya, Cik Ana Adawiyah Abdullah, disebelahnya, Kapten Arif Irham Shah Ariffatri beserta penolongnya, Cik Nur Fatiha Abdullah. Seperti semua sedia maklum, penerbangan kita kali ini bakal mengambil masa selama lebih kurang 13 jam, dan kami akan bertukar pemanduan setiap 6 jam setengah, oleh itu semua kakitangan perlu sentiasa bersedia apabila tiba waktu pertukaran Shift, kumpulan pertama 6 orang anak kapal akan diketuai Encik Naufal Mustafa, dan kumpulan 6 orang anak kapal ke dua akan diketuai Encik Ikmal Raif." taklimat yang diberi hanya dibalas dengan anggukan faham oleh semua yang ada. Sesekali Ana melihat ke arah kapten kacak yang dinyatakan oleh Fatiha sebentar tadi. Raut wajah lelaki itu tetap serious tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Macamni punya muka ketat pun ada ke, desis Ana sambil kembali memfokuskan perhatian kepada taklimat yang disampaikan oleh Kapten Ismail selaku ketua penerbangan mereka sebentar tadi.
Pada masa yang sama, Kebanyakan mata anak kapal lelaki hanya tertumpu kepada Ana, memerhati penampilan Ana. Cara pemakaian tudung Ana yang menutup sebahagian mukanya menjadikan wajahnya kelihatan kecil dan sangat comel untuk dilihat. Menarik mata-mata lelaki normal yang ada di situ untuk terus melihat dan menjelajah ke raut wajah gadis itu yang belum dapat diterokai pandangan, menghayati kecantikan dan keayuannya. Lelaki mana yang tidak teruja untuk melihat. Apa yang pasti, Ana tetap berusaha untuk fokus tanpa menghiraukan mata-mata yang ralit memandang ke arahnya. Sudah biasa menjadi tumpuan anak-anak kapal ketika sesi taklimat penerbangan. Malas hendak dilayan.
Semua anak-anak kapal wanita masih menumpukan perhatian kepada taklimat ketua penerbangan. Seketika, Lyana mengalihkan pandangannya kepada Ana. Terasa tergugat benar dengan kehadiran Ana di dalam penerbangan itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Apa yang pasti dia tidak selesa. Terasa Ana seolah-olah mengganggu ketenteramannya.
Naufal mula sedar akan riak tidak selesa Lyana di sebelahnya. Lyana yang asyik menjeling Ana membuatkan Naufal mula mencuit belakang gadis itu.

"Jaga matatu beb, tak payahlah nak jeling sangat, dia tak hirau pun dekat kau," bisik Naufal.

"Kau diam boleh tak? jangan nak menyibuk hal aku?"...Naufal mencebik, rasa jengkel terhadap Lyana mula menjengah hatinya. Melampau Minah ni. Dia berkalih ke arah wajah setiap anak-anak kapal yang ada di sisinya. Berdiri dalam bulatan sambil mendengar dengan kusyuk amanat ketua mereka sehingga pandangannya kembali ke arah Ana.

##########

Usai pemeriksaan pass masuk ke balai ketibaan. Masing-masing bergerak menuju ke kenderaan yang telah ditempah khas oleh syarikat penerbangan itu untuk membawa mereka ke Hotel penginapan mereka. Hilton Hotel London.

"Penatnya beb, aku mengantuk gila ni.” Fatiha berbisik perlahan di sebelah Ana.

"Aku pun, by the way, kita nak keluar pukul berapa ni? Malam ni ada dinner dengan kapten, so sekarang baru pukul 12 tengahari, paling awal kena ada dekat Lobby hotel sebelum bertolak ke restoran ialah pukul 7.00 malam, itu yang aku dimaklumkan time dalam kokpit tadi." Fatiha tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya. Apa tidaknya, aktiviti makan malam bersama ketua penerbangan merupakan aktiviti rutin setiap kali penerbangan melibatkan jarak jauh dan masa yang lama. Apatah lagi, empat dari 12 anak-anak kapal yang bersama mereka merupakan kakitangan pramugari junior yang baru tamat latihan. Maknanya, secara tradisi, setiap kakitangan penerbangan junior wajib membelanja makan malam kakitangan suniorlah.

Teringat saat mula-mula bertugas 3 tahun lalu, dia dan Ana kebetulan memang kakitangan penerbangan yang baru dan hanya mereka berdua yang masih baru. Oleh kerana itu, mereka perlu membelanjai makan malam semua kakitangan penerbangan yang terbang bersama mereka. Mujurlah ketika itu penerbangan mereka adalah ke India, murahlah juga harga makanan yang perlu dibayar kerana menggunakan matawang Indian Rupi. Kalau Paun Sterling seperti di Londonni. Maunya demam dibuatnya sepanjang penerbangan balik. Mahaltu.

"Hoi Jenab, kau dah ada kat mana ni?""Oh nenek kau Vogue!" Fatiha terpempam pula apabila di sergah, melatah pendek secara tiba-tiba. Ana hanya menutup mulut menahan gelak. Tahu sangat kelemahan luar alam sahabatnya itu. Sekali melatah, walau tidak teruk, namun kata-kata Fatiha yang terpacul tanpa dia sedari tetap mengundang tawanya.

"Sampai hati kau terkejutkan aku, kalau aku ni ada lemah jantung, boleh jalan terus tau...tak pasal-pasal kau kena bawak flight sorang-sorang jadi pembantu time nak balik ke KL nanti, tak acilah kau menempel dekat Kapten Arif Irham aku yang handsome tu.." Memuncung Fatiha tidak berpuas hati. Sempat lagi mengomel tentang Kapten dambaannya itu. Dia memang tidak suka apabila disergah dan terkejut namun Ana memang suka menyakatnya begitu. Sungguh tidak menyihatkan tabiat minah Mat Salleh seorang itu.

"Ek eleh, tak yah nak muncung sangat, aku just nak sedarkan kau, entah putera manalah yang kau duk ingat sangattu." Ana tersenyum melihat sahabatnya. Fatihah, gadis berkulit putih kuning. Matanya yang bulat berwarna coklat dan hidung yang mancung kecil. Fatiha juga cantik orangnya. Seorang gadis Melayu berkulit putih cerah, kalau tidak kerana matanya yang tidak sepet itu, pasti orang mengatakan Fatiha sebagai anak Cina. Apa sekalipun, bagi Ana, Fatiha memang seorang gadis cantik luar dan dalam. 

“Hati banyak baik ma!” itulah yang sering diingatkan bila mengenangkan Fatiha. Siapalaa yang bakal menjadi Imammu nanti agaknya ya, wahai sahabatku?.

"Okay, kita jumpa dalam 2 jam dari sekaranglah beb, aku nak baring barang sejam, then baru siap, kau lepak bilik aku laa, senang nak gerak, takut aku terbabas pulak nanti, please, please..." Fatiha memujuk dengan wajah kasihan. Malas hendak melayan bebelan Ana. Lagipun badannya terasa amat penat.

"Yela, jom gerak ke bilik....kitaje yang ada dekat sini, semua orang dah gerak ke lif."

"Jom!" Fatiha menarik bagasinya. Mereka beriringan berjalan. Agak terkocoh-kocoh juga. Di kepala masing-masing hanya bantal dan tilam sahaja yang bermain di fikiran. Sungguh, hari mereka di awan biru amat panjang. Berehat ketika pertukaran shift penerbangan tadi langsung tidak mengurangkan penat.

"Opsss I am sorry, I did not meant to hurt you..Are you okay?." secara tiba-tiba seorang pemuda Inggeris memecah haluan mereka. Bahu Ana telah dilanggar tanpa sengaja. Hampir tersungkur gadis itu ke depan. Namun nasib baik sepasang tangan pemuda itu sempat memegang bahunya. Secara tiba-tiba juga matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

“Ya Allah, mata itu?' Ana terkesima. lama dia pegun di situ sehingga dia mula sedar apabila pinggangnya dicuit oleh Fatiha.

"Beb, jangan tenung lama sangat," Fatiha tiba-tiba berbisik...

"Oh, I am sorry...its okay, I am fine." Ana menjawab ringkas. Ya Allah, mata itu, sekali lagi hati Ana berdetik.

"If that so, I have to go now, I am sorry my dear, this is my card, if you need anything, just contact me." lelaki itu segera melangkah, laju sebelum sempat Ana membalas apa-apa.

Seketika, langkah lelaki itu terhenti. Those eyes...oh lord.. sekali pemuda itu berpaling. Baru tersedar agaknya. Gadis yang baru sebentar tadi dilanggarnya telah hilang dari pandangan...Dia mula sedar sesuatu. Why did’nt I get her card? Wajah itu mengingatkan dia kepada seseorang yang dia belum pasti.

"Mr. Joshua, how was the meeting?" Suara garau seorang lelaki dengan penuh hormat mengundang senyuman pemuda itu. Joshua Danial Gregory Hamilton IV, siapa tidak kenal, salah seorang ahli konglomerat muda terkemuka Britain. Dia muda, kacak, kaya dan penuh karisma. Anak sulung kepada Lord Danial Gregory Hamilton IV, antara bangsawan terkemuka negara yang diperintah Ratu itu. Sentiasa menjadi bualan hangat di dunia korporat di seluruh Britain. Menjadi intaian dan buruan paparazzi nakal yang sentiasa dahagakan berita terkini pemuda berjaya itu. Joshua juga merupakan seorang belia Inggeris yang turut dikagumi Ratu England. Dengan kebolehan Joshua untuk menguruskan empayar perniagaan keluarganya seawall usia 28 tahun tu, tidak hairanlah jika dia dan keluarganya menjadi buruan media seluruh Britain. Malah kekacakan serta pakaj yang dibawa Joshua menjadi dambaan para gadis dan model-model terkemuka Barat. Siapa tidak mahu mengenali salah sebuah keluarga bangsawan British yang kayaraya itu? Dikagumi ratu, dibanggai sahabat handai.

"Thank god, it went very well. Thanks to you John for making me presentable." Joshua menghadiahkan senyuman manis kepada pembantunya. John Mcwright yang merangkap sebagai pembantu peribadi sering ada bersamanya walau di mana sahaja pemuda kacak itu berada. Cuma sebentar tadi, untuk pertemuan perniagaan itu, Joshua hanya meminta John menunggu di Lobi Hotel yang menjadi tempat temujanjinya. Saat berada di dalam kereta, fikiran Joshua masih melayang memikirkan gadis yang baharu sahaja dilanggarnya tadi. Dear God, please allow me to meet her again. Joshua senyum sendiri.
Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.