Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
29,466
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1: Airil Amar

Bab 1

“Izinkan saya ambil Mai sebagai isteri ya lepas kita habis belajar nanti,” mersik suara itu.Melamarkah atau bergurau tu?Lelaki ini biasa bergurau dengannya.Kenapa dalam remang cahaya matahari ini dia mahu bergurau?Apa untungnya?

Dia pandang wajah lelaki yang selama ini sama-sama mendalami ilmu kedoktoran.Lelaki yang lebih tua setahun daripadanya itu dipandang selamba.

Apa yang terkenang di kepalanya ialah wajah sahabatnya Aliya Sofea yang terpisah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ia ekoran ibu bapanya yang berkerjaya sebagai doktor kemudian memilih untuk bercerai setelah anak-anak kian membesar. Aliya Sofea lima beradik memilih untuk mengikuti emak mereka di Terengganu.

Sahabatnya Aliya Sofea menjadi pemurung.Sampai hari ini mereka terpisah.Semasa di tingkatan dua mereka ada bertemu.Aliya Sofea terbang semula ke negeri di bawah bayu.Hari ini Aliya Sofea memilih menjadi peguam. Pengajiannya akan tamat dalam setengah tahun lagi.

Sedangkan dia memilih menjadi doktor, ekoran darah yang mengalir dari nenek sebelah ayahnya yang merupakan seorang bidan pada zamannya dahulu. Ah, hidupnya ini aneh kadang-kadang. Sukar dia hendak menerangkan kehidupan ini.Atau, memang kehidupan begini?

Dua orang kawan baiknya memilih untuk memasuki dunia perguruan yang penuh cabaran.Dia tidak sanggup menjadi guru dalam situasi seperti ini.Namun menjadi doktor juga bukan pilihan sebenar tetapi mungkin inilah takdir dirinya.

“Mai, dengar tak ni?” soal Airil Amar semula. Airil Amar kawan baiknya di universiti sejak tahun pertama. Lelaki di depannya ini bercakap soal yang sangat serius tetapi dia masih boleh memikirkan kawan baiknya sewaktu di sekolah rendah. Memang dia bukan nak kahwinlah saat! Sebab takdirnya sungguh berbeza!

“Dengar!” jawabnya memandang jauh ke depan. Kosong pandangannya.Dia memang tidak mahu serius soal perkahwinan. Ah, kisah hidupnya terlalu panjang untuk dikisahkan. Hendak menambah cerita, dia semakin kusut.Tetapi dia buat-buat tenang dalam duka. Haha!

“Kenapa tak jawab?” soal Airil Amar yang sering menemaninya ke mana-mana. Mereka dikatakan belangkas di university ini. Dia bukan apa, dia memang sudah serasi dengan Airil Amar sejak tahun pertama di university. Tetapi kalau masuk ke hospital, mereka berlainan tugas walaupun sama hospital.

“Nak jawab apa?” soalnya seperti tidak tahu apa-apa yang dikatakan Airil Amar.Ia soal berat tetapi dia mahu ringankan hal itu. Panas telinganya.

Baru sahaja selesai menguruskan satu pembedahan, mereka singgah di café hospital ini sekejap.Tetapi lelaki ini sibuk pula hendak bernikah dengannya. Buat apa nak pilih dirinya. Di luar sana, ramai lagi gadis yang manis-manis yang menunggu Airil Amar.Dia bukan tidak sudi.

“Tak dengarlah tu!”Airil Amar sudah tarik bibir panjang. Dia tidak suka kalau orang lelaki merajuk. Buruk muka! Bisiknya sambil senyum sendiri.

“Dengar!Tapi, mana sesuai kita!” katanya selamba. Dia tarik senyum manis kepada Airil Amar.

Dia terkenang Asyifa Rania. Pelajar jurusan Kejuruteraan mekanikal itu menyukai Airil Amar.Malah ramai gadis menyukai Airil Amar Memang mantap mereka berdua.Seorang doctor dan seorang jurutera nanti. Dia bayangkan Airil Amar dan Asyifa Rania.

“Asyifa Rania…” usiknya perlahan.Terkenang Asyifa Rania gadis yang agak ranggi dan suka bergaya dengan aksesori yang menyakitkan pandangannya.Namun tidak semua orang tidak suka sepertinya.Kawan-kawan Asyifa Rania semuanya suka aksesori yang selalu dia kenakan.Contohnya anting-anting yang bulat dan agak panjang.Entah kenapa dia tidak suka.

“Kenapa dengan dia?” soal Airil Amar.Sekarang dia buat tidak tahu pula.Mereka ketawa.

Gembira sungguh mereka.Dia memang mahu sentiasa kelihatan ceria.Dia tidak suka dipandang sedih walaupun banyaknya kerjanya di hospital dan assignment yang menunggu untuk dihantar kepada pensyarah.Itu bukan dirinya.Kalau selalu sedih.

“Dia sayangkan awak Airil Amar!” katanya perlahan.Letih dia memujuk Airil Amar ini.Lelaki ini buat tidak tahu dengan kata-katanya.Asyifa Rania pun meminta dia memujuk Airil Amar agar menerima gadis ranggi itu.Susahkah bagi Airil Amar?

“Tak de maknanya! Saya sayangkan awak!” kata Airil Amar pula. Dia ketawa.

“Tak de yang lucu Mai!” kata Airil Amar.Dia masih tersenyum.Kalau nak belah hatinya, lebih banyak yang tidak lucu dan berserabut tetapi dia tidak mahu dunianya sedih dan serabut.Dia mahu memilih kegembiraan dan keceriaan.

“Memang tak lucu tapi awak ramai peminat Airil Amar.Awak tak sedar?”Airil Amar tambah tarik muka masam. Dia pula semakin ceria.

Bukan apa, kalau sudah mereka bercuti semester dua bulan akan datang, dia akan kesunyian. Dunianya hanya di rumah bersama ibu dan ayahnya. Adik-beradiknya yang lain juga sibuk dengan dunia pelajaran masing-masing. Kadang-kadang hanya malam sahaja mereka bertemu.Itu pun sesekali kalau mereka balik dari asrama.

“Saya tak nak awak cakap pasal peminat Mai, saya nak awak!” kata Airil Amar menjurus kepada hubungan mereka yang dia bayangkan hanya sebagai sahabat atau kawan baik.Mereka bukan kekasih walaupun mereka selalu diejek sebagai belangkas.Itu tidak benar.

Kenapa pula budak lelaki ini mahu memberatkan hubungan mereka kepada lebih serius?Mereka masih muda dan masih banyak tugas yang hendak dipikul dan kenapa hendak serius dengannya? Dan, dia memang tidak akan pernah serius dalam hubungan persahabatan mereka berdua ini. Sebab, ah, biarlah rahsia. Kata Siti Nurhaliza.

“Saya sayangkan awak seperti abang sayaAmar! Asyifa Rania cintakan awak!” katanya menyebut nama gadis yang Airil Amar tidak suka.Mengelat wajah itu.Itulah hakikatnya.Mereka hanya sahabat. Ah sudah berulang kali dia tegaskan.

“Awak gembira kalau saya dengan dia?” soal Airil Amar serius. Dia diam. Sebak menggebu tetapi dia memilih senyum.Senyum itu lebih membawa erti daripada sebak atau menangis. Lagipun dia memang tidak ada perasaan lain kepada sahabatnya. Ah, sukar dia terangkan.

“Awak punya sukalah Amar!Kita kan sahabat!” jawabnya selamba. Muka Airil Amar masam lagi. Dia tahu dan nampak dari kaca mata tebal bakal doktor itu, singgah perasaan sedih dan marah.

Sedih kerana dia menolak cintanya dan marah kerana dia dipermainkan. Ah, memang, dia tidak akan mampu menerima cinta Airil Amar. Cinta Airil Amar terlalu agung dan suci.

‘Pergilah cari mana-mana gadis lainAiril Amar!’ Itu yang dia mahu cakap.Tetapi dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata itu dari mulutnya.Sebenarnya dia lebih suka berterus-terang daripada memendam.

“Macam mana saya nak cari mana-mana gadis lain Mai, kalau cinta saya ni untuk awak!” kata Airil Amar bersungguh-sungguh. Memang mahu berdegup jantungnya namun dia sabar.Dia memang tidak setaraf dengan Airil Amar.Dia anak perantau.Jauh merantau untuk menimba ilmu.

“Sudahlah kita bincang hal ini Airil Amar! Kita masih muda.Kita masih belajar!” katanya.

Dia berlalu meninggalkan lelaki kaca mata tebal itu dngan hati sebal.Hari sudah petang.Dia mahu berehat di rumah sewanya sebab esok dia akan masuk ke bahagian wad pembedahan lagi. Pasti Nurin dan kawan-kawannya yang lain sudah berada di bilik masing-masing. 

Ah, tak sabarnya!

Baca lanjut di putrimanasuha.blogspot.com

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha