Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
29,437
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5: Dia Nak Datang

Bab 5


Dia membiarkan sahaja telefonnya meminta layanannya. Dia sibuk menelaah pelajarannya saat ini. Peperiksaan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Biarkanlah! Ah, kalau ibu macam mana? Kalau lelaki tu, pedulikanlah! Ah, lelaki tu mana pernah berani nak hubungi dia! Tahu dia takut! Tetapi bukan main berani nak luahkan perasaannya! Sakit hatinya!

“Apahal kau tak angkat telefon kau tu? Melalak aje!” sergah Nurin Aninah. Terkejut dia apabila Nurin muncul dengan bedak sejuk di muka. Ingatkan hantu mana tadi.

“Kau ni mengejutkan aku lah! Kalau tak aku ingat kan kau tadi, memang aku dah jerit sekuat hati!” katanya. Nurin serius memandangnya.

“Hantu konon! Tu telefon kau kenapa tak angkat? Bising!” kata Nurin mengulangi.

“Biarlah. Aku nak belajar...” katanya. Nurin Aninah sudah geleng kepala. Salahkah?

“Kalau bunyi lagi aku akan angkat ya.” Kata Nurin Aninah mengugut. Bulat matanya. Dia ni memang spesies degil juga orangnya.

“Jangan nak pandai-pandai!” Nurin berlalu apabila dia sudah menumpukan pelajarannya.

Sekali lagi telefonnya berdering. Dia tahu siapa gerangan di hujung sana. Apa yang dia mahu cakap? Dia hambur sebab mengganggu?

Baru setengah jam Airil Amar menghubunginya. Agak lama juga bercerita. Bercerita mengenai tugasan. Kalau bertemu bukan pelajaran yang mereka bincangkan. Lelaki itu sibuk nak luahkan perasaan cintanya. Bingung dia.

“Ye kenapa nak kol-kol ni Amar!” soalnya terus menghambur lelaki itu. Dia tidak melihat siapakah yang menghubunginya. Terus menghambur Airil Amar. Pasti dia sahaja yang selalu mengganggunya saat begini.

“Amar? Siapa Amar?” suara lain yang kedengaran. Mahu terbeliak matanya. Dia pandang telefonnya. Memang nombor lain yang tertera. Kenapa dia tidak perasan?

“Tak de! Ingat sapa tadi!” jawabnya perlahan. Mahu sahaja dia letakkan telefonnya. Namun dia masih ada perasaan hormat kepada lelaki itu.

“Assalamualaikum.” Kata lelaki itu lembut. Sejuk hatinya kalau dia tidak marah tetapi dia tahu pasti lelaki itu terkilan. Dia sendiri juga yang terlalu kuat marah.

“Walaikumsalam.” Jawabnya perlahan.

“Saya nak beritahu, saya nak ke KL minggu depan.” Jawab lelaki itu. Eh tiba-tiba pula.

“Buat apa?” soalnya hairan. Tidak pernah sekalipun lelaki muka beku ini datang ke tempatnya belajar ini selama ini. Lagipun dia sering melarang lelaki ini. Buat apa dia mahu tunjuk mamat muka beku ini. Ah, tak nak dia!

“Nak jumpa isteri lah. Nak jumpa siapa lagi?” Jawabnya selamba. Dia menjuihkan bibirnya. Mahu muntah pun ada.

“Isteri mana?” soalnya loyar buruk. Lelaki control macho itu ketawa. Haha!

“Isteri mana lagi? Awaklah sayang!” kata lelaki itu. Naik loya tekaknya. Mahu dia cekik lelaki itu.

“Eh, bukan aku dah bagi tahu ke jangan cari aku?” soalnya menaikkan darjah suaranya.

“Ibu Sara yang suruh.” Mahu dia tidak menyerang lelaki ini. Ibunya pula suka-suka hati nak paksa-paksa lelaki ini datang sini? Ada lesen besar?

“Kau tak faham bahasa? Aku tak suruh kau datang sini, tak faham? Takkan kalau aku kata begitu, kau pun ikut! Tak reti nak faham awak ni!” katanya menekan suaranya.

Lelaki itu ketawa lagi. Entah macam manalah wajahnya. Tambah kacak atau tambah bikin panas! Geram sungguh dia. Mahu mendidih sudah perasaannya.

“Faham tapi saya rindu... rindu kat isteri sendiri, dah setahun kita tak jumpa! Takkan nak jumpa isteri pun kena perang dulu!” jawab mamat muka beku itu selamba. Dapat dia bayangkan wajah beku itu. Nampak aje beku tetapi setianya sampai mati! Berdegup jantungnya.

Memang sudah setahun mereka tidak jumpa tetapi apa masalahnya? Pedulikanlah! Hari raya yang lalu dia sengaja cakap dia sibuk. Padahal dia ikut Nurin Aninah ke rumahnya. Dia malas mahu beraya dengan lelaki ini. Dia beritahu ibunya dia tidak banyak cuti.

Sebenarnya, dia kasihan ayahnya mengeluarkan belanja yang banyak untuk tiket kapal terbangnya. Padahal terbang ke bumi di bawah bayu bukannya jauh pun. Sikit punya dekat dan tidak terlalu mahal. Kalau dia confirm balik, ibunya akan memberitahu lelaki ini yang dia kena dibelikan tiket kapal terbang.

Tetapi dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu berbelanja tiket untuknya. Baju hari rayanya, emak mertuanya kirimkan kepadanya. Sedondon, warna biru bunga merah jambu dengan pakaian mamat control macho ini, kata emak mertuanya.

Kasihannya. Tetapi, ada dia peduli? Baju itu dia tidak pakai pun! Buat apa kan?

“Ada kukisah?” kembali dia kepada suara lelaki di hujung sana.

“Isteri abang tak kisah, saya kisah!” sayu suara itu. Mungkin kerana ketidaksudiannya kepada lelaki lagak macho itu.

“Siapa isteri kau?” soalnya berang.

“Maisara Hanis.” Jawabnya selamba. Mahu sahaja dia matikan telefonnya. Dia tutup matanya dan mahu pekakkan telinganya agar dia tidak mendengar lelaki itu menyebut namanya dengan suara yang mersik!

“Aku bukan isteri kau yang sebenarnya! Kita hanya sementara! Faham?” jawabnya keras. Kali ini tidak kedengaran lelaki itu ketawa tetapi hanya ada hembusan nafasnya. Beratkah penerimaannya akan kata-katanya yang agak kasar itu?

“Tapi kita dah nikah! Mak ngan ayah pun asyik tanya-tanya kenapa abang tak lawat isteri abang di situ! Sara pun bukannya nak balik-balik kat sini! Tu yang mak ngan ayah abang hairan!” jawabnya. Selamba sahaja bercakap. Tetapi kalau mereka berdua bukan main tunjuk muka bekunya. Tetapi yang menghairankan dia boleh-boleh beritahu ibu bapanya yang dia nak kahwin dengan dirinya. Eh, memang susah dia nak percaya.

Ada dia kisah?

“Saya tak kisah!” jawabnya perlahan.

“Berilah saya peluang!” jawab lelaki itu merayu. Sampai tahap itu? Sudah berkali dia katakan kepada lelaki itu yang dia tidak sukakan lelaki itu. Namun cintanya tidak berubah tetap untuknya. Tidak kah dia rasa diri bertuah?

Tidak! Dia rasa Gunung Kinabalu sudah rebah di kepalanya!

“Peluang apa lagi ni? Sepatutnya awak dah ceraikan saya tau! Sudah berapa lama kita nikah, saya tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai isteri awak. Jadi, takkan awak tak berubah hati!” katanya seperti merayu. Lelaki lagak macho itu sudah ketawa kecil. Makin api marah di dadanya. Degil tak habis-habis lelaki ini!

Ini bukan tahun pertama mereka kahwin. Ini sudah tahun ketiga. Namun dia hanya memberi peluang kepada lelaki ini agar menceraikannya bila sudah tiba masanya. Mahukah lelaki lagak macho ini mempertimbangkannya?

“Peluang mempunyai isteri secomel Sara dan peluang menjadi suami sayang. Abang tak kan pernah berubah hala!” Jawab lelaki itu berani. Teluskah pengakuannya? Benarkah lelaki ini tidak pernah berubah hala? Selama ini lelaki ini hanya mengirimkan sms dan mengirim wang belanja setiap bulan. Kenapa beraninya tiba-tiba muncul saat dia mahu tamat belajar? Pening dia memikirkan lelaki ini.

“Jangan nak berlagak baiklah! Saya benci awak tahu tak?” jawabnya perlahan masih mencemuh lelaki itu.

“Tak ,saya serius ni! Bukan sebab saya baik tapi sebab saya cintakan isteri saya!” jawabnya. Makin dia marah. Dia kalau boleh tidak mahu mendengar pengakuan yang mulus-mulus begitu. Kenapa lelaki ini terlalu setia kepadanya? Bolehkah kalau mereka bercerai?

“Jangan datang sini, jangan tunggu saya. Saya tak suka awak datang sini! Awas ya kalau awak datang!” Jawabnya. Dia siap memberi ugutan kepada suaminya sendiri. Lelaki muka kaku itu ketawa. Eh, malas sungguh dia!

“Kita jumpa di lobi Hotel Seri Malaysia Kuala Lumpur pada hari Ahad lagi dua minggu depan jam11.00 pagi. Jangan jadikan abang ni lelaki tak guna di depan ibu bapa kita. Abang betul-betul cintakan isteri abang, jangan nak sebut perkataan lain yang Allah tak suka, faham?” Kata lelaki itu mengugutnya pula.

Kenapa lelaki ini semakin berani? Adakah selama ini dia rasa terseksa? Memang dia mahu lelaki lagak macho ini terseksa sehingga mahu melepaskannya! Ah, kenapa lelaki ini tidak mahu putus asa?

Ah, mahu sahaja dia menangis. Rancngannya tidak mengena. Lelaki ini masih tetap dengan nekadnya. Dia pula yang mula putus asa. Putus asa hendak menyakitkan hati lelaki ini.

“Jangan datang! Saya takkan datang ke tempat yang awak sebutkan tu!” jawabnya tegas. Lelaki itu ketawa. Semakin dia sakit hati.

“Saya akan datang ke rumah Sara! Jangan fikir abang tak tahu abang tak tahu kat mana sayang tinggal.” jawabnya tambah menyakitkan hatinya.

“Saya takkan keluar!” jeritnya. Lelaki itu ketawa di hujung talian. Eh, mahu dia cekik lelaki wajah beku itu. Sesuka hatinya aje dia hendak ketawakan dirinya.

“Saya akan paksa sampai sayang abang ni keluar!” lelaki ini benar-benar sudah nekad. Kenapa pula dia senekad ini? Salahnya ke?

“Boleh tak awak tak buat gila?” soalnya sudah makin marah. Mengalir air matanya. Dia benar-benar tidak ada hati kepada lelaki lagak macho yang selalu menyakiti hatinya ini. Dahulu sewaktu sama-sama di sekolah menengah yang sama, dia selalu bergaduh dengan lelaki ini. Sekarang pula lelaki lagak macho ini mahu tunjuk baik kepadanya. Mahu dia percaya dengan kebaikan yang bagaikan ditampal-tampal itu?

Oh tidak! Dia tidak akan sesekali percayakan lelaki lagak macho ini!

“Saya rindu Sara!” dia dia bulat mata mendengar kata-kata lelaki ini. Mahu sahaja dia ludah lelaki ini.

“Jangan-jangan kau ni terlebih makan ubat!” katanya mengenakan lelaki lagak macho ini. Lelaki itu ketawa. Sakit telinganya. Bagaikan mesingan memuntahkan pelurunya. Cakap suka hati aje!

“Ya demi isteri tercinta!” mahu dia sakit jantung kalau begini?

“Eh, kau ni tak faham bahasa? Kalau orang tak nak, tak nak lah! Tak tahu malulah awak ni!” jawabnya tegas dan keras malah penuh kebencian.

“Abang mahu jadi suami untuk Sara bukan pak turut saja! Selama ni abang ikut semua cakap Sara. Apa yang abang dapat?” bulat matanya.

“Pahala!” jawabnya pantas.

“Pahala langsung tak dapat! Dosa ada lah!” jawabnya. Dia ketawa. Lelaki itu juga ketawa. Eh, pelik sungguh!

“Sudahlah saya nak letak telefon!” katanya meminta izin.

“Jangan letak!” kata lelaki itu seperti mendesaknya.

“Kalau kau cintakan saya tolong lah jangan paksa saya!” rayunya.

“Abang nak datang jumpa isteri dan bawa balik semula ke negeri di bawah bayu. Mak teringin nak jumpa menantunya. Mak sakit tu!” Kata lelaki itu berterus terang. Dia teringat emak mentuanya yang baik dan lemah lembut sikapnya. Apa yang dia mahu jawab?

“Mak tak sihat?” soalnya. Kasihan dia kepada emak mentuanya yang selalu sahaja tidak sihat. Namun dia memang tidak ada pilihan.

“Tak begitu sihat. Dia nak cucu dari kita sebelum dia menutup mata!” katanya. Eh, lagi dia geram. Lelaki lagak macho ini memang suka cakap sesuka hatinya!

“Kau kahwin barulah dengan sesiapa yang kau suka di kampus tempat kau belajar tu dan lepaskan saya!” jawabnya selamba. Lelaki itu ketawa.

“Tak de yang nakkan abang ni!” jawabnya berlagak lebih.

“Kenapa pula?” soalnya hairan.

“Tak tahu? Semua orang kat sini dah tahu yang abang ni dah ada isteri yang cantik, lawa, comel dan baik hati! Mana berani mereka nak mengorat abang!” lagi dia mahu termuntah mendengar kata-kata lelaki lagak macho ini.

“Isteri kau yang tak sudi!” katanya mahu menyakitkan hati suaminya. Lelaki itu ketawa.

“Abang akan buat dia sudi suatu hari nanti!” katanya. Semakin dia marah. Habis bertaburan pelajaran yang dihafalnya apabiila memikirkan lelaki ini.

“Jangan haraplah! Kau cari lah gadis lain yang memang sukakan kau! Si Biah, bukan Biah cintakan kau ke dulu?” katanya. Lelaki itu ketawa. Semakin galak dia ketawa mendengar dia menyebut nama kawan baiknya di sekolah menengah.

“Biah? Taklah! Abang hanya nak Maisara Hanis yang manis, kecil molek dan comel bikin abang geram setiap hari! Ingat, Maisara Hanis yang dah sah jadi isteri abang!” bertambah-tambah geramnya kepada lelaki itu. Mahu sahaja dia toreh muka lelaki tidak tahu malu itu.

“Pasti ada gadis mahu kau kalau kau berusaha cari isteri baru! Kau kan orang kaya pasti ramai yang nak!” katanya menambah sakit hati lelaki itu. Lelaki itu ketawa.

“Tak mungkin lah! Dari tingkatan dua saya cintakan Sara, senang-senang nak buang Sara? Oh tidak mungkin!” kata lelaki itu. Bukan cair hatinya. Makin merebak api di dadanya.

“Jangan nak cakap gila! Baik kau kahwin lain! Senang cerita!” ketawa lelaki itu. Dia pula hampir hysteria..

“Tak.. ini serius. Saya rindu Sara. Takkan biarkan rindu abang ini tak berbalas Sara? Takkan tak de sekelumit rindu untuk abang?” dia tutup mata. Menggeleng-geleng walaupun lelaki itu tidak melihat aksinya. Air matanya sudah mengalir lancar.

“Tak de rindu-rindu! Tak main nak rindu-rindu ni! Rimas tau!” jawabnya lalu menekan butang merah di telefonnya. Geram sungguh dia. Hampir 20 minit masanya terbuang untuk belajar. Buang masa!

“Sampai hati Sara!” jawab lelaki itu. Senang hatinya. Lelaki muka beku itu bagaikan putus asa dengannya.

“Awak yang buat saya macam ni!” lelaki itu ketawa.

“Saya cintakan Sara!” katanya.

“Jangan jadi gila! Saya benci awak!” katanya. Lelaki itu ketawa di hujung telefon. Mahu dia pengsan!

“Abang cintakan sayang sepenuh hati abang.”

“Sudahlah, assalamualaikum!” katanya menekan butang merah. Sakit hatinya kepada suaminya.

baca lanjut di http:putrimanasuha.blogspot.com

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha