Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saat Rindu Membara!
Saat Rindu Membara!
Putri Iman Nasuha
2/12/2014 18:59:33
29,670
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3: Nak Pinang Dia?

Bab 3


“Mai, bila flight awak balik KK?” soal Airil Amri. Dia sibuk memerhatikan darah yang ada di tabung uji. Dia diam. Tetapi dia mahu kenakan sahabatnya ini. Nanti kalau dia sudah cuti dia sudah tidak ada masa nak berbual dan bergurau dengan lelaki ini.

“Awak nak ikut?” katanya cuba menyakat Airil Amar. Berseri wajah agak bulat itu.

“Nak, nak meminang orang kat sana!” buntang matanya. Airil Amar sudah sengih-sengih. Janganlah dia berdegup jantungnya.

“Nak pinang siapa? Puteri Senandung?” soalnya bergurau juga. Teruna di depannya ini tersenyum juga. Memang manis senyumannya itu. Kalau dirinya ini masih macam dulu pasti dia akan bulat-bulat menerima lelaki ini. Namun hasratnya bagaikan dipaku. Dipaku oleh pesanan ibunya.

“Jangan nak gatal-gatal kat tempat belajar tu ya Sara.” Pesanan ibunya yang masih diingati. Pesanan berhantu. Jadi dia sudah memaku perasaan kasihnya untuk sesiapapun. Fokusnya hanya belajar.

“Mana ada ibu!” jawabnya. Kesal dengan pesanan ibunya itu. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati. Namun dia masih mampu sabar.

“Kalau ibu tahu ada berita yang tidak menyenangkan, awas... ya.” Ha, ia berupa ugutan. Sesak nafasnya.

“Mana ada ibu.” Itu sahaja yang mampu dikatakannya. Air mata sudah bertakung di kolam matanya.

Memang perasaannya cepat tersentuh kalau ibunya menuduh begitu. Ia bermakna kepercayaan ibunya hilang seratus peratus. Itulah yang dia tidak suka! Benci! Benci dengan situasi yang merantainya!

“Tak, nak pinang puteri depan saya ni! Dah lama kami kenal!” dia terasa tergugat lagi. Dia yang mahu menyakat. Dia lagi yang disakat.

“Tak dapatlah awak nampaknya!” jawabnya selamba.

“Kenapa pula?” soal Airil Amar.

“Sebab awak tak siapkan lagi tujuh mangkuk hati nyamuk tiruk dan tujuh dulang hati semut!” katanya ketawa. Mereka sama-sama ketawa.

“Itu kacang aje tu Mai! Kalau awak nak hantaran macam tu, sekarang pun tak pe!” kata lelaki di depannya ini. Dia ketawa juga.

“Nak yang fresh tau!” katanya. Airil Amar sengih.

“Senang aje tu!” katanya.

“Ye lah tu!” katanya.

“Awak dah beli tiket ke belum?” soal Airil Amar serius.

“Tak lagi.” Jawabnya serius juga.

“Kenapa pula? Nak jalan-jalan lagi?” dia diam. Kalau dia balik awal ke kampungnya, banyak pula agenda yang akan ibunya buat nanti. Dia tahu ibunya seorang wanita yang penuh dengan perancangan. Alahai itu yang dia tidak suka. Dia tidak suka dibawa ke sana sini dan mengeratkan silaturrahim dengan orang nun di sana. Itu yang dia tidak suka.

Tak suka!

“Kita pergi Cameron Highland nak?” soal Airil Amar. Dia geleng. Dia sudah berjanji dengan Nurin akan balik sama-sama. Sebenarnya dia sudah beli tiket. Nurin yang tolong belikan melalui online.

“Taklah! Saya nak kemaskan rumah sewa kami tu! Tak lama ada orang nak masuk rumah tu! Tu yang kami kena kemaskan!” katanya. Tuan rumah mereka sudah dimaklumkan akan hal itu.

“Sebenarnya...” dia tambah hairan. Airil Amar kembali dengan kerekter seriusnya. Ini yang dia tidak suka.

“Apa?” soalnya.

“Sebenarnya mama saya dah nak tunangkan saya dengan gadis mana entah saya pun tak tahu!” kata Airil Amar sedih. Dia sengih. Patutlah sejak akhir-akhir ini asyik mengejar dia sahaja. Rupanya ada agenda di sebalik mee goreng.

“Tahniahlah! Tak lama lagi awak akan jadi suami orang dan ayah orang!” katanya selamba. Airil Amar tunduk.

“Awak tak sayangkan saya? Dah lama kita kenal. Takkan tak de perasaan awak pada saya?” soal Airil Amar bersungguh-sungguh. Dia angguk. Bulat mata kecil Airil Amar.

“Awak sayangkan saya? Katakan Mai, katakana yang awak sayangkan saya!” desak Airil Amar memegang kedua-dua lengannya. Kasihan sungguh dia kepada lelaki di depannya ini. Namun dia tidak mampu membalasnya. Dia tidak mampu.

“Saya sayangkan persahabatan kita Amar. Saya tak nak cemarkan persahabatan kita dengan benda lain. Maafkan saya...” Katanya. Memang berat hatinya. Namun dia memang tidak ada pilihan. Itu sahaja pilihan yang dia ada. Kalau ibunya tahu dia ada sahabat lelaki habis lah mulut murai tercabut ekor. Ibunya pantang dengar benda-benda tak senonoh baginya. Alahai!

“Tak de harapan lah kita jadi kekasih, tunang dan suami isteri!” dia geleng. Jadi kekasih pun tak boleh, apatah lagi jadi tunang. Memang takkanlah!

“Kita bff. Kenapa nak tukar status Amar? Kalau awak nak datang KK nanti, awak datanglah, tak de masalah punya. Datang dengan mentua pun tak pe!” katanya berseloroh lagi dengan sahabatnya ini.

“Mama saya kata kalau saya ada kekasih, tunjukkan kepada dia. Tapi ternyata kita bukan pasangan kekasih. Kita hanya sahabat!” kata Airil Amar.

“Mungkin bukan takdir kita Amar, maafkan saya!” katanya berasa bersalah pula.

“Awak tak salah. Saya yang salah!” katanya. Dia diam.

“Tak de siapa yang salah. Kita memang ditakdirkan untuk jadi sahabat dunia dan akhirat...” katanya.

“Ya lah, apa nak buat.” Kata Airil Amar mengalah.

“Bila pernikahan dilangsungkan?” soalnya pula. Merah padam muka Airil Amar. Apakah salah soalannya?

“Belum lagi seminggu lepas cuti barulah pertunangan dilangsungkan. Lepas tu sebulan, kahwin!” jelas Airil Amar.

“Hebat punya perancangan! Mantaplah gitu!” katanya. Mahu sahaja dia tepuk tangan.

“Awak ni kuat menyakat saya! Nanti saya akan rindukan awak!” kata Airil Amar.

“Kita jumpa kalau awak dah kahwin ataupun saya akan hdir masa awak kahwin nanti!” katanya. Ah, adakah masanya pergi ke majlis perkahwinan Airil Amar nanti? Moga-moga ada kesempatan. Doanya dalam hati.

“Bagus juga nanti saya maklum!” kata Airil Amar.

“Tahniahlah dari saya. Nanti saya belikan awak hadiah!” katanya.

“Tak perlulah, awak doakan saja saya!” katanya.

“Doa apa?”

“Doa saya bahagia dunia dan akhirat.” Kata Airil Amar.

“Saya selalu mendoakan kita semua akan bahagia dunia dan akhirat.” Katanya tulus.

“In sha Allah...”

“Oklah kita chow dululah!” katanya. Mereka berjalan beriringan ke jalan besar. Satu masalah besar sudah tamat riwayatnya.

Syukur Alhamdulillah. Bisiknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha