Sofia merendam
kakinya kedalam air parit yang jernih itu. Kelihatan anak-anak ikan berenang
disebalik tumbuhan didalam air itu. Angin pula meniup lembut petang itu. Terasa
selesa sekali. Dirinya terasa tenang melihat sawah padi yang menghijau, jauh
beza dengan suasana kota.
''Termenung
jauh nampak?''
Sofia terperanjat pabila ditegur secara
tiba-tiba, nyaris sahaja dia terjatuh kedalam parit itu.
''Awak
ni, lain kali bagilah salam dulu..kalau saya jatuh tadi macam mana?''
“Hahaha..kalau
awak jatuh..saya biarkan jelah… bolehlah awak berkubang dengan kerbau-kerbau
tu!”
‘Yelah tu.”
Irfan
tersengih sambil duduk di tepi isterinya.
''Saya tak
pernah tinggal dekat tempat-tempat macam ni. Seronok juga ye tinggal dekat
kampung ni'.
Irfan hanya
mendiamkan diri memerhatikan pemandangan sawah padi itu. Memang tenang kalau
hidup di kawasan kampung ini.oleh kerana itulah juga dia sering pulang
menjenguk neneknya di kampung itu. Dia berpaling kearah Sofia pula.
''Boleh saya tanya something?''
''Apa
dia? Tanyalah''
''Kenapa awak
setuju dengan perkahwinan ini? Awak boleh je tak nak setuju..maksud saya awak
boleh cakap dekat parents kita yang awak tak sedia nak berkahwin. Masih muda
dan banyak lagi perkara yang awak nak lakukan.”
Sofia
tersenyum mendengar pertanyaan Irfan.
“Tipulah kalau
saya cakap saya totally setuju..banyak lagi benda saya teringin nak
buat..hangout dengan kawan-kawan..travel merata-rata..nak bercinta
lagi…Haiii…dah nasib saya kot kena kahwin dengan awak..”
“Eleh..ingat
saya pun nak sangat ke kahwin dengan awak? Saya baru ingat nak tackle Miss Tasha..sekali
ummi suruh saya kahwin dengan dengan awak! Potong stim betul!”
“Ha? Awak suka
Miss Tasya yang ajar subject Marketing tu? Hahaha…beranganlah..orang macam awak
ni takkan dia nak pandang..Ish..ni nak dengar saya cerita ke tak ni?”
“Eh lupa
pula..ha..sambunglah cerita.”
''Ingat tak
malam saya datang rumah awak dan tak lama kemudian minta awak hantar saya
kehospital sebab ayah sakit?''
Irfan
mengangguk.
''Malam
tu kak Syasya cakap saya anak angkat ibu dan ayah, sebab tu saya lari kerumah
awak….. tapi waktu dekat hospital, bila ayah sedar, ayah ceritakan hal yang
sebenarnya saya. Saya bukan anak angkat,
tapi anak kandung ayah. Cuma saya anak isteri nombor dua ayah.
Sofia berhenti
bercerita seketika.Selepas menarik nafas dia menyambung ceritanya.
“Ibu kandung
saya merupakan anak angkat keluarga ayah. Anak perempuan yang mereka jumpa
ketika dia masih kecil. Nenek dan atuk bela ibu kandung saya macam anak mereka
sendiri. Jadi sebelum nenek dan atuk meninggal, diorang minta ayah nikahi ibu
kandung saya sebab risaukan ibu kandung saya hidup sebatang kara. Waktu tu ayah
dah berkahwin dengan ibu tiri saya dan sedang menetap di Australia. Bila ayah
dengar nenek tenat, ayah cepat-cepat pulang ke Malaysia. Pada mulanya ayah
langsung tak setuju untuk bernikah dengan ibu kandung saya, namun sebab itu
wasiat nenek, ayah berkahwin dengan ibu kandung saya senyap-senyap.''
''Senyap-senyap? Kenapa waktu itu ibu tiri
awak tak balik ke malaysia sekali dengan ayah awak?''
''Sebenarnya
datuk tak izinkan mereka berkahwin waktu belajar. Tapi mereka kahwin juga dan
menetap di Australia. Ayah tak balik bertahun lamanya sampai dapat berita nenek
tenat. Tak lama selepas nenek meninggal, sebulan lepas tu, datuk juga
meninggal. Ayah pula memandangkan sudah hampir dua bulan tinggal di Malaysia,
dia ambil keputusan untuk pulang ke Australia tanpa ibu kandung saya. Dia janji
dia akan pulang jemput ibu kandung saya bila dia beritahu isteri pertamanya
pasal perkahwinan mereka. Tapi…’
“Tapi apa?”
“Ayah tak kotakan janjinya…. Dia tinggalkan
ibu kandung saya begitu sahaja tanpa sebarang berita. Lapan bulan kemudian,
ayah dapat berita yang ibu kandung saya meninggal dunia waktu lahirkan saya.
Ayah langsung tak tahu ibu mengandungkan saya waktu dia pulang ke Australia.
Ayah menyesal sebab dia tinggalkan tanggungjawab dia sebagai suami. Kemudian
dia bawa saya ke Australia. Ibu tiri saya pula langsung tak tahu pasal
perkahwinan itu dan kewujudan saya. Bila ayah bawa saya pulang kerumah mereka,
ibu tiri saya langsung tak boleh terima hakikat itu. Sebab saya, mereka nyaris
bercerai. Tapi jodoh mereka kuat, sampai ke hari ini.”
Irfan
memerhatikan wajah isterinya. Perasaan kasihan terbit di hatinya tatkala
melihat riak sedih diwajah Sofia.
“Dulu saya
selalu pertikaikan kenapa ibu tak layan saya macam mana dia layan kak Sya,
abang Adam dan abang Zikry. Tapi lepas ayah ceritakan perkara yang sebenar,
baru saya faham kenapa ibu layan saya begitu. Pasti dah lama ibu tahan perit
bila tengok saya membesar di depan matanya sedangkan saya lahir dari pernikahan
suaminya dengan wanita lain..patutnya saya bersyukur yang selama ini dia masih
sanggup benarkan saya tinggal dengan keluarga dia…''
Sofia sekali
lagi berhenti bercakap seakan-akan menahan sebak.
''Ayah pula,
baru-baru ni tahu penyakit jantungnya makin serius. Ayah takut tak ada siapa
yang akan dapat jaga saya. Sebab tu dia nak kahwinkan saya dengan awak. Kalau
boleh dia nak seseorang yang dia percaya untuk jaga saya. Tapi yang pastinya,
saya tahu ini satu-satunya cara untuk dia hilangkan rasa bersalahnya pada saya
dan arwah ibu.''
Irfan terdiam
mendengar cerita Sofia. Dia tidak menyangka gadis yang seceria Sofia pun
menghadapi masalah sebesar itu.
''Awak
pula? Kenapa setuju bernikah dengan saya?''
Irfan hanya
mendiamkan diri lagi, namun tiba-tiba sahaja dia bangun.
''Panjang
ceritanya, nantilah saya ceritakan. Sekarang saya nak ajak awak pergi main
layang-layang. Nak ikut tak?''
Wajah Sofia
yang suram bertukar ceria.
''Nak!
mana awak dapat layang-layang? Awak beli ke?''
''Eh,
ini Luth Irfan la, mana main beli-beli, buat sendiri lah! Jom cepat, nanti
maghrib, tak sempat main.''
Sofia terus
bangun dan menyarung seliparnya sebelum berlari mengejar Irfan yang sudah jauh
di hadapannya.
“Awak
pandai main ke?”
“Eh!
Mestilah..Ini Iris Sofia la..setakat main layang-layang ni kacang je”
“Hahaha..yela
Cik Iris Sofia..awak memang semuanya kacang”
“Salah
la…”
“Apa
yang salahnya?”
“Yela..salah
cara awak panggil saya tu..Kita tak pernah berkenalan secara betul kan? So let
me introduce myself..Nama saya Puan Iris Sofia. Im 20 years old and already
married!”
“Hahaha…ok…Nama
saya Luth Irfan, umur 30 tahun dan saya baru berkahwin dengan seorang budak
kecil!”
“Hei! Saya dah
besarlah!”
Sofia cuba
memukul tangan suaminya itu namun sempat dielak oleh suaminya.
“Hahaha…tak kena langsung!”
“Eeee..kalau saya budak kecil..awak
tu orang tua tahu tak?”
Sofia lantas
cuba mengejar suaminya yang sudah jauh dihadapannya. Irfan pula sengaja berlari
meninggalkan isterinya keseorangan dibelakang.
“Cepat sikit lari tu! Petang-petang
macam ni banyak penunggu tau!”
Mendengar
kata-kata suaminya itu membuatkan bulu romanya berdiri. Lantas dikejarnya
suaminya itu.