Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
48,550
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 9

HAIHH. Panjangnyalah barisan.

Aisyah dah menyendeng tubuh pada meja kosong di luar dewan makan.

Ni kalau lambat siap makan tengah hari, lambat settle zohor. Lambat zohor means lambatlah masuk prep. Bila lambat masuk prep, mulalah kena perambat. Kusut betul.

 Sampah kecil di atas lantai di bawah kakinya dikuis-kuis dengan hujung kasut. Kalau tak mengenangkan perut lapar, tak adanya nak aku nak bersusah-payah beratur macam ni. Baik tidur je kat bilik.

"Sini…sini." Budak yang beratur di depannya melambai entah pada siapa yang baru keluar dari pintu pagar aspuri.

 Aisyah memerhati dengan hujung mata.

Mula-mula, seorang budak mengambil tempat di depannya. Kemudian, seorang lagi mengekor. Masuk yang ketiga, Aisyah mula rasa semacam.

‘Depan batang hidung aku kau orang buat scene eh.’

Tak cukup dengan tu, budak keempat pula masuk barisan. Huh?

 Aisyah dah tegak berdiri.

Yang kelima mengikut.

What?

Keenam.

Hey!

Ketujuh. Kelapan.

Okay. That's it!

"Manner campak masuk lubang tandas ke?" Keras suaranya mengambil alih hingar yang mengisi ruang terbuka tu.

Empat kepala di depannya berpaling sebelum berjangkit keseluruh barisan. Aisyah buat tak peduli.

Kut kebulur sangat pun, takkan sampai manner yang basic pun main langgar je. Ingat ni perbarisan kawad kaki ke nak main masuk-masuk macam nak tukar formation?

"Kau, kau, kau..." Jari telunjuknya ditarik dari depan ke belakang pada sembilan budak tu. "Blah sekarang." Kepalanya dipusing sedikit mengarah ke belakangnya.

Budak-budak tu buat-buat tak tahu. Selamba je pulak tu berbisik sama sendiri.

Kening sebelah kanan Aisyah terangkat tinggi. ‘Wahh! Consistent betul kau orang punya bebal.’

Okey. Kalau macam tu, …

Aisyah rileks je menapak ke depan budak yang beratur di depan dia mula-mula tadi.

“Wei! Kau dah kenapa nak cari gaduh? Dah sah-sah aku tolong dia orang jaga barisan.”

Giliran Aisyah buat tak dengar. Melalaklah kau sorang-sorang.

Suasana dewan makan waktu tu dah makin hingar. Lebih hingar dari tadi. Yang kat dalam pun sibuk-sibuk menjenguk ke luar. Dasar kepoh!

Dengan dalam hati yang sibuk menyumpah seranah, tak semena-mena bahunya ditarik kasar.

Aisyah mencerlang mata. Dadanya dah mula terasa berbara. ‘Apa hal semua orang nak main pegang-pegang aku ni?’

Ditepisnya tangan budak tu sekuat hati. Besar mandat kau nak tarik-tarik aku!

Budak tu tertolak ke belakang. Hampir tiga ke empat orang di belakangnya nyaris nak ikut jatuh terduduk.

“Woi! Main kasar.”

“Hei! Apa hal ni?” Tak sempat budak tu nak buat serangan balas, Amirah mencelah entah datang dari mana.

“Dia ni tolak kawan kita orang. Sepatutnya Ermi beratur kat situ.” Si sahabat gaya anggun tak bersalah mengadu.

Aisyah mencerun mata pada budak tu. Say what?

Amirah senget kepala merenung Aisyah. Pinggir mulut yang nak terjongket sengih ditahan sedaya mungkin. ‘What a great day nak buat hal,Miss.’ Hatinya bersorak tanpa sedar. ‘Aku memang tunggu je kau tunjuk belang.’

“Awak ikut saya.” Amirah mengarah gaya komander baru dapat kuasa. Tak bertapis dah kereknya.

Aisyah menjeling sekilas. ‘Memang taklah.’ Dia berpaling meluruskan barisan sebelum memeluk tubuh. Sekarang ni waktu makan. Aku lapar…reti lapar? Nak try rasa kena baham dengan manusia lapar ke?

‘Lagipun, aku tak bersalah. Nak heret aku buat apa? Nampak sangat busuk hati.’

Amirah menggigit bibir bawah, geram. Deretan manusia di belakang Aisyah dipandang sekilas sebelum pandangannya singgah pada Ermi and the gang.

“Gerak ke depan.” Kepalanya diisyaratkan ke kanannya.

Ermi sengih menang. Dia mengangguk sebelum beranjak ke depan Aisyah diikuti deretan manusia yang mengekor di belakangnya.

Aisyah terkaku di tempatnya. Perlahan-lahan dia berpaling pada Amirah.

***

PATAH habis selera aku!

Langkahnya laju dihala ke kelas. Pintu kayu yang separuh terbuka ditumbuk sekuat hati.

Tubuhnya dihempas kasar di atas kerusi. Berasap rasanya seluruh badan. Hujung kepala rasa macam nak terbakar, tak cukup dengan amuk di dada ni yang rasa membuak-buak nak keluar.

Penumbuknya dikepal kemas. Bibir bawah digigit-gigit.

‘Sabar, Ash.’ Nafas kasarnya diatur, mengawal rasional yang hampir hilang nak meninggalkan akal warasnya.

Bertahan je la selagi mampu.

‘Aku tahu, kalau aku make a move, it will be a total disaster.’ Kepalanya didongak menengadah siling.

‘Be grateful yang aku buat tak peduli hal keliling.Kenapa nak get on my nerves? Kenapa nak paksa evil dalam diri aku ni bangkit?’

Kepalanya diramas. Kusut!

‘Sabar, Ash.’ Pile of shit yang ada dalam dada ni boleh musnahkan sesiapa je kalau tak kena gaya. Termasuk diri sendiri. Just like that time.

‘Tapi sampai bila agaknya kau boleh tahan diri kau sendiri, Ash?’

***

“HAI. Abang Zakwan.” Panjang je lenggok suara tu memanggil.

Pondan mana pulak yang sesat masuk kawasan sekolah ni? Berkerut-kerut dahi Zakwan mengangkat muka dari graf statistik yang baru dilukis. Matanya jatuh pada Ikmal yang baru melabuhkan duduk di kerusi EQ di depannya.

“Buat dah.” Zakwan sambung kerja. Budak Ikmal ni kalau datang bertenggek kat sini adalah tu benda yang nak digosipkannya. “Study la. PMR tinggal beberapa bulan je lagi.” Tak reti insaf langsung.

Ikmal mencebir. “Skema.” Rungutnya perlahan.

Zakwan kembali angkat muka. “Pardon?

Tersengih Ikmal dibuatnya. Keluar dah aura naga dia. Dua tangannya diangkat paras bahu. “My bad.”

“Balik kelas la.” Zakwan bersuara mendatar. Kalau nak diikutkan, malas betul nak melayan budak ni. Tapi, … Haih.

I ada cerita hot.” Ikmal mengumpan.

Talk to your hand la.” Zakwan buat tak layan.

“Aisyah nak bertumbuk dengan budak, kat dewan makan tadi.” Ikmal merenung Zakwan, menanti reaksi. Tak apalah exaggerate sikit, kan. Haha. Bukannya dia tahu menggelabah pun.

Dan tanpa Ikmal duga, Zakwan bingkas bangun, meninggalkannya yang dah terpinga-pinga.

Previous: BAB 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter