Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
48,391
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 10

“SEKAMPUNG kau bawa datang sini, der.” Aisyah melabuhkan duduk di depan KK. Lima orang lelaki tu tersengih.

“Mestilah. Dah kau call aku macam urgent sangat. Kalau nak ikutkan aku, hari Rabu tu jugak aku nak turun sini.”

Aisyah jongket bahu. Beg sandang sekolahnya yang kembung tu dicampak ke kerusi kosong di sebelah.

“Gigih kau salin baju outing. Kalau kena tangkap,jadi apa kat kau?” Pa’an sangkut lengan pada penyandar kerusi Kenn di sebelah.

Aisyah mencebir. “Kisah pulak aku.” Rambutnya disisir dengan jemari.

“Wehh. Bowling jom.”

“Jom.”

***

“KAU okey tak ni?” KK menghulurkan tin Wonda coffee. Jaket hitam yang berterabur di atas kerusi dikuis dengan tangan. Dudukya dilabuhkan di sebelah Aisyah.

Aisyah mengelih sekilas. Tin air bertukar tangan. “Nampak macam aku tak okey ke?” Penutup tin ditarik sebelum disisip minuman tu perlahan.

Didi, Pa’an dan Kenn tengah galak ketawakan Edy dari tepi pelantar boling.

Duh. Aku dah boleh baca kau ni macam templat zoo negara je. Tak tahu ke?” KK pusing mata.

Spontan Aisyah menendang kaki KK. Kejadah templat zoo negara?  

KK sengih. “Siapa yang mess with you kali ni?” Tanyanya. Tahu je apa dalam kepala tu. Dah kalau dia yang berbatu dari Aisyah pun boleh rasa aura bunuh masa on call hari tu, takkan tak ada apa-apa lagi. Masalah jugak kalau orang tak tahu budak Ash ni macam mana. Cari penyakit je la kalau nak cari pasal.

Aisyah diam tak menjawab.

“Takkan pasal kau rindu aku.”

Urghh. Aisyah buat muka jengkel. “Kirim salam.”

KK galak ketawa. “Dah tu? Kalau nak main teka-teki macam ni,baik aku tak payah datang.” Bukan main jauh dia rentas Kuala Lumpur-Pahang ni, takkan nak duduk main ‘teka-apa-dalam-kepala-saya’ je kat arked boling ni.

“Aku penat.” Aisyah bersuara datar. Pandangannya dilontar jauh ke lorong bola di depan.

KK diam.

“Aku rasa…” Tin air digenggam kemas. “…memang bukan nature aku nak jadi baik.”

***

WHAT a scenery.” Suara sinis tu menyapa dari belakang.

Enam kepala berpaling hampir serentak. Terangkat kening Aisyah merenung Amirah yang berpeluk tubuh beberapa kaki dari mereka.

Amirah mengecil mata. Tengok tu. Dah terang lagi bersuluh macam kena simbah dengan spotlight tengah buat salah, lagi boleh buat muka selamba. Matanya turun naik dari rambut yang diikat kuda ke t-shirt dan seluar slack yang tersarung di tubuh Aisyah. Memang sengaja cari nahas budak ni.

Amirah menapak mendekati Aisyah. “Free hair. Baju tak sopan. Keluar dengan lelaki.” Dia berdiri menghadap Aisyah. “Apa lagi yang tak ada dalam senarai?”

Tawa sinis terhambur di hujung mulut Aisyah.

Amirah mengawal gentar dalam diam. Memang. Aku pun cari nahas sebenarnya sekarang ni. Ni kira berani mati la main terjah geng ni. Dahlah ramai lelaki.

Ahh. Peduli. ‘Dia boleh buat apa kat tengah mall ni?’ Dia mengalih pandang ke muka KK. “KK, right?”

KK angkat kening. Mana dia tahu nama aku entah. Dia senget kepala membalas pandang. And, you la agaknya manusia yang buat hidup si Ash ni huru-hara. Bravo, girl. Memang berani mati.

Amirah sengih kecil. Betullah dia yang aku nampak kat Restoran malam tu. Thanks to Jiha yang jadi penyalur maklumat. Untung jugak balik rumah Pak Lang cuti hari tu. Tak sangka Ash ni budak KL. Patutlah brazen semacam.

“Kalau aku buka cerita pasal kau kat sekolah, …” Padangan Amirah kembali pada Aisyah. “...aku rasa, tak lama, kau pindah terus.”

Smirk. Aisyah mencerlung mata. “Apa kau tahu pasal aku?”

Otot di muka Amirah spontan menegang. ‘Kau-aku, huh?’ Mentang-mentang tengah ada back up, nak tunjuk lagak.

“Kaki buli. Kaki langgar rules. Berkawan dengan gangster.Rude.”

Cut it out la, girl.” Eddy menyampuk. “Baik kau blah.” Cari penyakit je nak simbah minyak atas bara. Budak Ash ni pun belum habis sejuk lagi tu aku rasa. Karang ada yang jadi scene kat sini. Tak ada pasal, nak buat pasal. Apa kerja?

Aisyah menoleh pada Eddy, menghantar pandangan. Eddy membaca, ‘let me’. Dia angkat tangan, mengalah. Matanya kembali pada Amirah. Aku cuma nak selamatkan kau. Habislah kau, budak.

Well.” Aisyah menapak menghampiri Amirah.

Amirah tak berganjak. Sedaya upaya dia menahan riak muka. Darah dah terasa meyerbu ke kepala, gementar menanti tindakan Aisyah.

“Mana tudung ni letak kau eh? Langit satu? Langit tujuh?” Aisyah angkat sebelah kening, merenung dalam anak mata Amirah. Ingat bertudung, pegang jawatan pengawas tu dah duduk atas kayangan ke? “Tell you what…” Hujung tudung Amirah ditarik. Dikeraskan tubuh, melawan cengkaman Amirah yang cuba meleraikan genggamannya. “Aku ada bad experience dengan manusia nama Amirah ni.” Tudung tu disentap. “Baik kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi.”

Jantung Amirah tiba-tiba tak mahu bekerja sama. Nafasnya tersekat-sekat. Renungan berapi Aisyah waktu tu buat dia terbayang perkara buruk yang mungkin terjadi pada diri sendiri. Pandangan tu, …. Macam pembunuh bersiri pun ada. Macam nak dibaham terus kepalanya pun ada. Kalau tak ingatkan tu tempat awam, agaknya, hilang nyawa dah dia waktu tu. ‘Silap aku pergi serang budak ni sorang-sorang.’

Lama mereka beradu pandangan. Hanya selepas terasa bahunya disentuh Kenn, lambat-lambat Aisyah berpaling meninggalkan Amirah. Yang lain mengikut, kecuali KK.

Lelaki tu menapak menghampiri Amirah. “Aku nasihatkan kau, tak payahlah kacau budak tu.” Teleng kepala. Tak ada sekelumit senyum pun yang terasa nak dihadiahkan pada Amirah. “Tu pun kalau kau rasa nak hidup aman.”

***

“APA isu kau dengan budak tu sebenarnya?” Kenn yang berjalan di sebelah kanan menoleh sekilas.

“Tak ada.” Aisyah merenung kosong jalan turap di bawah kaki.

Rahang Kenn terbuka. “Laa. Habis tu apa halnya tadi tu?”

Right. Apa hal, kan? Apa benda sebenarnya yang buat orang nak sangat cari pasal dengan aku?

Aisyah merengus kasar. Aku tak buat hal dalam sekolah, life aku kat luar sekolah nak disibukkan. Dah kenapa?

“Memang sengaja cari nahas la budak tu maknanya.” Pa’an disebelah kiri mencelah.

Prefect ke?” Tanya Edy dari sebelah Kenn.

Aisyah angguk.

Prefect or not, aku tahulah kalau orang tu menyibuk sebab nak tegur atau nak cari pasal. Ini dengan muka busuk hati macam tu, anyone can tell apa niat dalam hati tu sebenarnya.” Didi menyampuk dari hujung.

Aisyah diam.

“Sebab tulah aku benci gila budak yang ada jawatan macam tu. Bajet berkuasa je. Nak tegur orang bukan sebab nak betulkan salah dah. Kerja nak naikkan baran orang je. Semedang nak cari salah.”

“Entah. Mujurlah budak perempuan. Kalau tak, lunyai dah aku kerjakan.”

KK menghampiri Aisyah, menarik lengan gadis tu supaya berhenti. “Kau takkan ulang sejarah, kan?” Dia bertanya perlahan.

Gadis tu tak menjawab, hanya menjongket bahu. Aku pun malas nak peduli. Tapi kalau dah sampai habis limit nak cabar aku?

***

“SAYA tak tahu dah nak cakap apa. Tak cukup dia buat hal kat luar, dia suruh kawan lelaki dia tu ugut saya. Saya cuma tegur dia.”

Kak Aimi dah geleng kepala. Zakwan berpeluk tubuh, merenung lantai. Barisan pimpinan tertinggi yang lain masing-masing termenung.

“Malang sekali, dia cuma buat hal kat luar sekolah.” Raihan bersuara setelah lama membisu.

“Betul. Saya pun tak pernah dengar dia buat hal kat dalam sekolah.”

“Tak rasa ke perbuatan macam tu kena tegah? Kita kena jaga nama baik sekolah. Kalau orang luar tahu ada budak sekolah ni yang buat macam tu, tak ke melarat jadi isu besar nanti? Budak tu pun buat hal masa outing apa.”

Yang lain mengangguk. Kalau sekolah ni memang jenis rojak bangsa, tak hairan kalau budak-budak ramai yang free hair. Tapi ni sekolah yang memang dah terkenal dengan standard yang dijaga. Nak masuk sekolah ni, bukan calang-calang. Jenuh nak kena saring. Setakat cemerlang akademik, sekolah lain pun ada ramai budak cemerlang. Ni sekali dengan agama yang memang dijaga. Tak hairan permohonan masuk ke sekolah ni berkajang setiap tahun.

Kalau dah ada yang jenis ni nak buat hal macam ni, memang jadi nila setitik dalam susus sebelanga la jawabnya.

Zakwan diam. Gusar menghentam dadanya. Tak pernah tercapai dek akalnya Aisyah berani buat macam tu.

***

‘KAU nak perhatian aku that much?’

Tangannya menarik satu per satu buku tu ke dalam beg sandang. Tapak tangan kanan yang masih berbekas dengan kesan rotan dah macam tak terasa peritnya.

‘Nah. Aku bagi seikhlas hati.’

Previous: Bab 9
Next: Of note

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter