Home Novel Keluarga Pilihan
Pilihan
Deffinter
14/5/2020 15:25:05
48,402
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 4

ALWAYS have an escape plan, huh?’

Entah quote siapa-siapa dia petik.

Mata Kilometrico tergantung setengah inci dari halaman buku tulis amali Kimia. Matanya tak sedar merenung kosong gambar bikar yang tak sempurna rupa di dada buku.

Sebab tu ke tak penat-penat nak larikan diri?

"Tengah praktis magik ke?" Zulqarnain aka EQ di meja depannya dah menongkat dua kaki kerusinya ke belakang.

Zakwan angkat muka. Kerut halus terbentuk di antara kening.

"Kut pakai tenung je buku tu boleh siap kerja." Dagu ditala ke buku tulis panjang Zakwan yang terbuka di atas meja.

Zakwan sengih sesaat. Dia menggeleng kecil. Spec ditarik turun dari hidung sebelum pangkal hidung ditekan. Senak.

"Kalau aku tak kenal kau, aku dah kata kau angau, tau."

Zakwan menjongket bahu. Usikan EQ sengaja dibiar tak berbalas. Tangannya dah kembali menyempurnakan lukisan bikar.

"Uish. Menafikan pun tidak. Betul ke ni?" EQ cari akal jugak nak mengusik Zakwan.

"Betul pe ke benda?" Malas-malas dia bersuara.

"Jejaka hot sekolah ni ada crush?" Dua kaki kerusi yang tadi terapung dah kembali mendarat ke lantai dengan Ikmal yang dah buat muka terkejut ala-ala watak Sinetron.

Selamat belakang kepala EQ kena ketuk dengan buku teks amali. Kulit putih Zakwan kemerahan tanda marahnya bukan main-main.

EQ suka sebut benda tu. Dan dia sangatlah tak suka.

"Alaa. Okey. Rilek. Rilek. Kau pun tahu, aku bergurau.” EQ sengih kambing. Betul la bergurau dengan mamat ni dengan bahan gitu macam tuang petrol atas unggun api. Meletup terus. Kalau tak, selalu tu boleh je chill.

“Okeylah. Aku nak check kau okey ke tak je. Aku tengok, kau mamun je dari tadi.” EQ dah kembali pandang depan.

Zakwan sambung termenung dengan mata yang tembus kepala EQ.

***

SELEPAS prep malam habis, langkahnya dihala ke pondok telefon di bangunan asrama.

Dia menyandar sebelah bahu pada dinding. Tangan kanan menekap gagang di telinga smentara tangan kiri mengelus rambut, menunggu panggilan bersambung.

"Assalamu’alaikum." Suara di hujung talian lebih dulu memberi salam.

"Wa'alaikumussalam, mak. Apa khabar? Tengah buat apa?" Tangan kiri Zakwan kini memeluk tubuh.

"Alhamdulillah. Sihat aje. Abah pun. Tengah duduk-duduk je ni ha. Menyambil duk jahit bantal." Ceria je suara mak kat kampung. Zakwan tersenyum tawar tanpa sedar.

Dia diam.

Hmm. Tak tahu nak cakap apa dah. Call ni pun sebab rasa tak keruan je.

"Aisyah macam mana?" Puan Khalidah bertanya, macam tahu je apa yang duk bermain dalam kepala si anak. Naluri ibu.

Zakwan mengurut belakang tengkuk. "Macam tulah. Macam mana lagi." Dia ketawa hambar.

"Ada jumpa dia dah ke?"

"Belum." Dia menutur dalam nafas yang dihela panjang. Asyik lari je. Nak dekat pun payah.

"Hmm. Nanti kalau dah jumpa dia, kirim salam. Nak tunggu dia call mak, memang macam tunggu kucing jiran ni bertelur la."

Zakwan ketawa pendek. Mak. Mak. Kucing jiran pulak jadi bahan.

"Insya Allah."

***

DAMN my clumsiness! Kepalanya diluku geram. 

Dalam banyak-banyak manusia, manusia tu yang jumpa buku tu. Kenapa?!

Bibir bawah digigit-gigit. 

Dia baca tak agak-agak?

Huh! Kepala menggeleng laju. Bunyi keretuk pada leher dibuat tak peduli. Biar tercabut kepala pun tak apa. Tak sanggup nak fikir benda akan jadi kat depan kalau betul 'dia' baca 'benda' tu.

Oh. No. Wait.

Tubuhnya tegak. Kepalanya terdongak menengadah siling. ‘Aku tak mention nama siapa-siapa.’

Kepalanya terteleng cuba mengingat.

Ka....n?

Sesaat lepas tu, dia menggaru kepalanya kasar.

Damn you, Ash!

Kepalanya dihantuk pada tilam.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Deffinter