Home Novel Keluarga Cinta Sambal Belacan
Cinta Sambal Belacan
Junie Octovian
23/11/2012 16:50:41
190,975
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 18
KENAPA tak panggil teksi aje?” Elok saja Azzahani melabuhkan punggung, Tengku Azri bertanya dalam nada marah. 

“I nak kena naik teksi ke? Eee... tolong sikit.” 

Tali pinggang cepat-cepat ditarik. Mana pernah dia naik teksi. Apa kes? Ini pun bukan kes kereta rosak, saja nak manja-manja dengan Tengku Azri. Kalau tidak, lelaki yang seorang ini memang payah nak ajak berjumpa. Apatah lagi sekarang dia sudah bekerja. 

“Kenapa dengan teksi?” 

“Tak mainlah teksi-teksi ni. I ada you. Tak boleh ke datang jemput girlfriend sendiri?” 

“Excuse me. I ada banyak lagi benda lain nak buat tau. Pagi ni I ada meeting dengan TGI Holdings.” 

Alamak, salah timing. Habis aku nak balik nanti macam mana? “Habis I balik nanti macam mana?” 

“Balik dengan daddy you ajelah.” 

“Azri! You ni tak romantik langsung tau?” 

“Kalau I tak romantik, you carilah yang romantik.” 

“Azri, you sekarang sombong betul ek? Masa masih study dulu elok aje boleh layan I baik-baik?” soal Azzahani sambil menyengetkan badan merenung Tengku Azri.

“Eh you ni. I sama aje. Mana ada layan lebih dan kurang?” 

“Oh, I get it. Kat sana you cuma nampak I aje kan? Bila balik sini, skopnya lebih besar. Tu sebab dah berubah.” 

“Eh tolonglah, I fed-up tau kalau hidup terikat macam ni. Dulu dahlah penat terikat dengan masalah belajar.” 

“Tell me, berapa banyak masa yang you perlukan?” 

“I can’t promise anything right now. Sorry.” 


SAKIT benar hati Azzahani mendengar pernyataan Tengku Azri tadi. Ni mesti dia dah ada perempuan lain. Susah betul nak pecahkan dinding egonya. Takkanlah dia tak ada perasaan langsung kat aku? Azzahani sikit menghempas pintu bilik pejabat yang dikongsi dengan pembantunya. 

Noreen mengurut dada akibat terkejut. Perempuan cantik macam ni pun ada masalah ke? Dahlah syarikat ni bapa sendiri yang punya. Kalau aku ni patut jugak. Jadi pembantu aje. Adik-beradik ramai lagi yang nak bersekolah. Ni dia anak perempuan seorang pun ada masalah. 

“Noreen!” 

Azzahani menekur di meja sambil menggigit pen sementara menunggu loading. Dia teringat suatu ketika dahulu Noreen pernah dimasukkan ke wad kerana dipukul teman lelakinya yang sering meminta wang. Sudahlah dia bekerja keras untuk menanggung adik-beradik yang ramai, dapat teman lelaki pula yang jenis pisau cukur. Oleh kerana sudah tidak tertahan dengan perangai lelaki itu, Noreen mengupah kaki pukul untuk ‘mengajar’ teman lelakinya. Sehingga kini teman lelakinya tidak lagi datang mengganggu. 

“Ya, Cik Azzah.” 

“Awak masih boleh contact lelaki yang awak upah untuk ‘ajar’ teman lelaki awak dulu?” 

Noreen sedikit terkejut. “Boleh. Cik Azzah ada masalah ke?” 

Apabila mendengar jawapan itu, Azzahani bangun dan menutup blind untuk dinding bercermin di bilik itu. Tombol pintu ditekan, dikunci. Kalau ada orang yang nak masuk kena ketuk dululah sebab dia ada urusan dengan Noreen yang nak dibincangkan. 

“Saya nak mintak dia ajar teman lelaki saya. Sampai hari ni dia masih berdalih bila saya bertanyakan tentang hubungan kami. Saya rasa dia ada perempuan lainlah.” 

“Cik Azzah nak diajar yang macam mana?” 

“Eh! Janganlah sampai cedera parah. Gertak bagi dia takut aje. Tapi sebelum tu saya nak dia intip pergerakannya. Beritahu saya kalau dia ada perempuan lain. Saya nak ajar perempuan tu dulu.” 

“Bila Cik Azzah nak jumpa dia?” 

“Esok petang boleh? Lepas waktu pejabat awak suruh dia tunggu kat Coffee Bean.” 

“Okey.” 

Senyuman Azzahani sudah melebar ke telinga. Kena ajar sikit lelaki ni. Dia ingat senang-senang nak lupakan aku ya? 

Noreen mengerling anak majikannya sambil berkerut dahi. Agak pelik. Pekej ada, tapi nak dapat seorang boyfriend pun sampai nak kena cari ‘bouncer’ pulak. 


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Junie Octovian