Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
204,967
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 14 ; Menegakkan keadilan

BAB 14

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”(Al-Maaidah: 8)

Pertengahan bulan November tahun 2012, aku kini berada di bilik persidangan Parol.. bersama-sama dengan aku di ruangan saksi persidangan adalah Puan Pengetua, ayah kak Haryati dan ketua wadar keselamatan. Aku menjadi saksi kedua, manakala saksi pertama adalah Puan Pengetua. Kak Haryati awal-awal lagi telah ditempatkan di kandang parol. Aku lihat ada ketenangan di wajahnya. Pukul 9 pagi Hakim parol masuk ke dalam bilik persidangan. Terdapat 3 orang Hakim akan mendengar kes ini.... 2 lelaki dan seorang perempuan. Hanya ada empat orang saksi.. aku jangka besok mungkin persidangan akan tamat. Selepas Bentara persidangan memberi mukadimah dan penerangan oleh ketua hakim ( iaitu hakim yang duduk di tengah-tengah dari tiga orang hakim yang mendengar persidangan ), Puan Pengetua dipanggil sebagai saksi parol pertama ;

“Baiklah... sila perkenalkan diri anda dan hubungan anda dengan cik Haryati” tanya tuan Hakim setelah Puan Pengetua selesai mengangkat sumpah.

“Saya Badariah Bt Dato Haji Musa. Merupakan Pengetua di rumah perlindungan dimana si peminta parol menjalani tahanan sekarang ni selama 3 tahun atas perintah mahkamah” anak Dato rupanya kak Badariah ni... baru aku tahu..... tapi taklah sombong macam Datin....

“Jadi.. kita terus kepada perkara pokok. Benarkah Puan menghantar permohonan parol tanpa dipengaruhi sesiapa?” tanya Ketua Hakim persidangan.

“Ya tuan Hakim.. saya menghantar sesuatu permohonan itu jika saya benar-benar yakin penghuni tersebut telah berjaya dipulihkan dan bersedia untuk kembali ke pangkuan masyarakat.”

“Jadi... Cik Haryati ini benar-benar telah bersedia?” tanya satu-satunya Hakim wanita.

“Ya. Telah pulih dan bersedia sepenuhnya untuk dilepaskan dari tahanan” jawab Puan Pengetua.

“Pada pandangan Puan Pengetua, adakah kebarangkalian Cik Haryati kembali semula kepada tabiat lama?” tanya Ketua Hakim.

“Insya Allah tidak.”

“Kenapa Puan berkata begitu?”

“Kerana saya amat yakin Cik Haryati tidak akan kembali ke jalanan. Dia sudah bertaubat. Kembali ke jalan Allah. Malah perlakuan juga semakin postif.”

“Benarkah begitu? Bukan lakonan semata-mata?” pertanyaan hakim wanita itu mengejutkanku. Adakah Hakim ini mempunyai sifat prejudis terhadap kak Haryati.

“Benar.. dari pandangan saya” jawab Puan Pengetua tenang.

“Itu dari pandangan anda. Tapi bukan dari pandangan orang lain” sekali lagi kenyataan Hakim wanita itu memeranjatkan aku. Hakim sepatutnya tidak boleh memihak. Bersifat neutral.. ini sudah bersifat prejudis terhadap kak Haryati. Kalaulah aku ada kuasa untuk mencelah... aku akan bangun mencelah. Tapi tidak boleh.. kalau aku mencelah jugak... nanti aku boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.. sabar Hisham sabar. Nanti bila aku jadi saksi yang kedua.. tahulah aku mengajar Hakim ni....

“Anda boleh lihat track rekod sepanjang saya menandatangi borang parol selama ini. Sudah 3 tahun saya menjadi Pengetua pusat perlindungan. Dan saya rasa hampir 100 orang penghuni saya bebaskan dengan parol. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya... hanya 5 peratus yang kembali ke lorong atau kembali menjadi jahat. 5 peratus yang kembali disebabkan oleh tekanan masyarakat... sikap prejudis mereka kepada wanita ini. Persepsi masyarakat membuatkan mereka kembali ke lorong.. masyarakat tidak memberi peluang kepada mereka ini. Masih menganggap mereka ini kotor” perhhhhh.... baik punya jawapan kak Badariah. Aku tengok Hakim perempuan tu pipinya memerah... memang kena kaw-kaw punyalah. Padan muka,

“Baiklah.... disiplin dia sepanjang berada di pusat ini” ketua Hakim cuba mengurangkan ketegangan yang sedang berlaku diantara keduanya.

“Bagus.. sejak setahun ini sangat bagus. Tidak banyak kerenah dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Tiada masalah disiplin sejak setahun ini. Tidak banyak songeh.. tidak pernah cuba melarikan diri... malah beliau telah dilantik sebagai penyelia kelas masakan dan ketua paras asrama.”

“Baiklah.. itu sahaja soalan kami.” Kemudian kak Badariah duduk kembali di sebelahku. Setelah kak Badariah duduk...

“Baik punya akak serang Hakim” kataku dengan sedikit berbisik.

“Dia perlekehkan kak Haryati kau. Siapa perlekehkan penghuni akak.. seolah-olah mempertikaikan kerja akak selama ni. Akak pantang orang persoalkan kerja akak. Hisham pulak lepas ni, kalau Hakim tu serang.. Hisham serang balik. Jangan takut.. Hakim pun manusia. Serang secara kias.. macam akak tadi. Jangan gunakan emosi.. gunakan akal fikiran.... ok.”

“Saya bukan macam akak. dah banyak pengalaman... takut tergagap nanti kena serang balik” namaku dipanggil... aku bangun dan duduk di kerusi saksi parol. Setelah mengangkat sumpah ;

“Nama dan jawatan” tanya Ketua Hakim.

“Nama saya Hishamudin Bin Said. Saya merupakan kaunselor di pusat perlindungan dimana Puan Haryati ditempatkan sekarang.”

“Jadi, pada pandangan anda sebagai seorang kaunselor... adakah Cik Haryati berjaya dipulihkan?” tanya Ketua Hakim lagi.

“Ya. Saya yakin 100 peratus Cik Haryati telah pulih sepenuhnya.”

“Kenapa anda berkata begitu?”

“Kerana kak Haryati telah berjaya saya pulihkan dan saya sebagai kaunselor merasakan kak Haryati patut dilepaskan lebih awal. Tidak memerlukan lagi khidmat kaunseling dan sikpanya yang semakin positif.”

“Berjaya dipulihkan? Bagaimana tu” tanya Hakim wanita tu.

“Sebagai seorang kaunselor.. tugas saya adalah untuk memulihkan pesakit saya iaitu cik Haryati dari segi psikologi dan emosi. Dan saya merasakan kini Cik Haryati sudah pulih dari segi emosi dan psikologi.. mindanya juga sudah positif.”

“Anda 100 peratus yakin?” tanya Hakim wanita.

“Saya 100 peratus yakin cik Haryati sudah berjaya dipulihkan Puan Hakim” aku mengulangi keyakinanku.

“Jika saya katakan hanya apabila Cik Haryati pulih dan positif apabila berada di dalam... tetapi apabila keluar nanti.. dia akan keseorangan.. takde siapa yang akan memberi panduan dan nasihat kepada dia.. akhirnya dia akan terjerumus semula ke lorong. Akan adakah kemungkinan tersebut” kenapa hakim wanita ini bersikap begitu prejudis.. hanya mengikut emosi semata-mata.. tidak rasional.. ketua Hakim pun memandang rakan sekerjanya dengan pandangan kurang senang.

“Walaupun dia di luar nanti tanpa panduan dan nasihat saya. Tapi Allah dan Al-Quran dia ada sebagai panduannya. Saya sudah berikan jalan dan nasihat. Lagipun dia sudah bertaubat.. saya akan terus memantaunya sepertimana saya memantau bekas pesakit saya sebelum ini” jawapan aku membuatkan keadaan hening seketika. Aku lihat kak Haryati tersenyum.

“Saya tiada soalan lagi tuan hakim” kata Hakim wanita tersebut.. malulah tu aku bahasakan dia.

“Jadi.. berdasarkan keterangan anda tadi, anda yakin dia sudah benar-benar patut diberikan parol?” tanya ketua Hakim.

“Ya.. saya 100 peratus bersetuju bahawa Cik Haryati patut diberikan parol. Harap persidangan ini menimbangkan sedalam-dalamnya permohonan ini” kemudian ketua Hakim mengatakan bahawa tiada soalan dikemukakan lagi kepadaku. Aku kembali duduk di sebelah puan pengetua.

“Wah.. jawapan. Boleh tahan yer” kata Puan Pengetua.

“Hahahahahahaha.. geramlah kak. Hakim tu macam pandang Haryati ni dari sudut negatif.. macam nak sangat simpan Haryati ni lama-lama dalam pusat tu. Tak pahamlah saya. saya rasa cara dia ini macam Datin.. kalau boleh hendak simpan penghuni lama-lama dalam pusat tu... nak jadikan pusat itu seperti penjara” aku melampiaskan ketidakpuasan hatiku kepada Puan Pengetua.

“Hahahahahahaha.. lagi sebulan kalau akak tiada lagi... mungkin kamu selalu bergaduh dengan Datin.” aku mengelengkan kepala.

“Entahlah kak” kemudian bapa Haryati pula dipanggil untuk memberi keterangan. Setelah mengangkat sumpah;

“Terangkan hubungan Encik dengan Cik Haryati.”

“Saya ayahnya.. nama saya Muhammad Bin Shamsuddin.”

“Soalan saya yang pertama, adakah Haryati bagi encik sudah benar-benar berubah?” tanya ketua Hakim.

“Ya. Haryati sudah banyak berubah. Dia sudah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar” jawab pak Mat yakin.

“Benarkah cik Haryati mempunyai seorang anak?”

“Ya.. benar. Seorang anak perempuan yang comel. Kini berusia 3 tahun..... namanya Arisa Ariani Bin Abdullah. Kini saya yang menjaganya. Anaknya sangat memerlukan kasih sayang emaknya. Setiap hari bertanya tentang emaknya” kata Pak Mat sayu.

“Adakah anda yakin bahawa Haryati akan kembali terjerumus kepada aktiviti lamanya setelah keluar kelak?” tanya seorang lagi Hakim lelaki yang sejak dari tadi diam sahaja.

“Saya rasa tidak.. didalam perjumpaan saya selama ini. Anak saya beria-ia benar berkata kepada saya mahu memulakan perniagaan membuat biskut. Beliau mencari rezeki yang halal..... seterusnya menjaga anaknya. Haryati sudah melupakan sepenuhnya kisah hidup dia yang lalu. Kami sebagai orang tua kepada Haryati akan sentiasa menyokongnya” Tiba-tiba Hakim wanita itu mengangkat tangan ingin menanyakan soalan.. aduh! janganlah tanya soalan yang berbentuk provokasi.

“Tuan Hakim.. saya ada soalan ingin ditanya kepada pakcik ni” Ketua Hakim mengangguk dan memberi laluan kepada Puan Hakim...

“Pakcik ayah diakan.. tentu nak sangat dia keluar awalkan. Tak kisahlah walau pakcik sanggup berbohong pun untuk memastikan Haryati keluar......” belum sempat Hakim wanita itu menghabiskan soalannya aku bangun berdiri.

“Maafkan saya jika saya mencelah Tuan Hakim” aku memang bengang betul.. ketua Hakim merenung aku..

“Ya ada apa Encik Hisham?” tanya tegas.

“Saya merasakan soalan puan Hakim tersebut bersifat negartif dan provokasi.... sudah 4 kali saya menghadiri persidangan parol... tetapi inilah pertama kali saya rasakan Hakim menanyakan soalan yang bersifat negatif. Malah Puan Hakim menanyakan soalan yang bersifat tuduhan dengan mengatakan saksi parol menipu semata-mata ingin membebaskan anaknya.. ini satu tuduhan yang berniat jahat tuan hakim” kemudian kak Badariah bangun dan mengangkat tangan untuk mencelah.

“Benar yang Arif... saya sudah menghadiri hampir 100 perbicaraan parol sejak 3 tahun yang lalu. Saya rasa kali ini adalah kali pertama saya melihat salah seorang panel Hakim bersifat prejudis dan subjektif terhadap peminta parol. Ini adalah perbicaraan meminta parol.. bukan lagi perbicaraan mahkamah meminta hukuman. Hakim seolah-olah bertindak sebagai pendakwaraya. Hakim perlu bersifat neutral.. bukan mencari kesalahan peminta parol” tegas kak Badariah.

“Tapi saya ada hak. Saya mahu memastikan bahawa Cik Haryati benar-benar telah insaf dan bersedia untuk kembali kepada masyarakat. Saya perlu memastikan si penerima parol setelah dikeluarkan akan mengulangi semula perbuatannya” jelas Hakim wanita itu.

“Baiklah... izinkan kami bertiga berbincang sebentar” kami duduk sambil Hakim berbisik sesama mereka untuk berbincang mengenai ketidakpuasan kami. Lantaklah kena hukuman menghina persidangan atau apapun, kami tetap bertegas dengan kata-kata kami.. keadilan perlu ditegakkan. Kami tidak boleh melihat seorang Hakim menyerang dan memalukan kak Haryati. Dalam 10 minit berbincang, Ketua Hakim memandang kepada kami. Kami bangun berdiri untuk mendengar keputusan ketua Hakim... takut juga kalau kami kena tindakan menghina persidangan.

“Setelah berbincang tadi. Saya bersetuju bahawa soalan panel Hakim kita yang seorang lagi iaitu Cik Maria kita,,, telah terkhilah dalam memberikan soalan kepada saksi parol. Saya mengakui bahawa soalan yang diutarakan oleh Puan Hakim bersifat subjektif dan negatif. Soalan tadi ditarik semula oleh Puan Hakim, manakala soalan sebelum ini tetap dimasukkan dalam data mahkamah untuk dipersembahkan kepada lembaga pengampunan. Maafkan Hakim ini kerana inilah pertama kali beliau menjadi panel Hakim Parol. Sebelum ini beliau bertugas sebagai pendakwaraya kanan. Mungkin terbawa-bawa dengan stail Mahkamah dan pendakwaan di dalam Mahkamah. Terimakasih kepada kamu berdua kerana menyatakan ketidakpuasan hati anda secara berhemah. Anda boleh duduk..... perbicaraan diteruskan” jelas ketua Hakim panjang lebar. Ia sangat memuaskan hati kami berdua.. kami kembali duduk di kerusi. Seterusnya soalan ditanya kepada pihak saksi. Perbicaraan Parol tamat pada hari tersebut setelah 4 orang saksi parol dipanggil memberi keterangan. Setelah panel Hakim keluar dari kamarnya, aku bertanya kepada kak Badariah ;

“Akak.. adakah tindakan kita akan menjejaskan keputusan Hakim untuk meluluskan permohonan kita?” tanyaku bimbang.. manalah tahu tindakan kami pagi tadi menyebabkan Hakim tidak meluluskan permohonan kami.

“Bagi akak tidak.. lagipun ianya dibuat secara undian. Jika seorang tak setuju.. dua orang lagi boleh mengundi setuju. Lagipun akak kenal ketua Hakim dan seorang lagi hakim tu... akak rasa mereka berdua akan bersetuju. Tiada masalah.”

“Harap begitulah.. kerana soalan ketua Hakim pun positif. Cuma anak dara tua tu jer bersifat negatif.. yang seorang lagi tu diam sahaja.”

“Yup.. itu sebenarnya persidangan parol diadakan.. untuk memastikan pesalah benar-benar insaf dan berkelakuan baik di dalam tahanan. Bukannya perbicaraan mahkamah” aku mengangguk.

“Dah jomlah kita balik... dah pukul 1 ni. Akak laparlah... kita singgah makan dulu kat mana-mana sebelum balik ofis.. ajak ketua warden sekali. Kak Zaza.. jom kita makan”

“Jom” kami keluar dari bilik persidangan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.