Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
205,059
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 36 ; membawa anak Haryati berjalan-jalan

BAB 36

Seminggu kemudian, seperti yang dijanjikan.. aku ke rumah kak Haryati untuk membawa anaknya kakak untuk berjalan-jalan. Aku bercadang untuk membawa anak kak Harytai berkelah di Sunway Lagoon. Pukul 8 pagi aku telah sampai di rumah kak Haryati. Sebaik sahaja aku memberi salam.. anak kak Haryati berlari ke arahku.

“Yeeeeeeeee... acik atang” kemudian Haryati datang membuka pintu pagar.. sebaik sahaja pintu pagar dibuka.. kakak meminta aku mendukungnya.. aku merendahkan badan dan mendukungnya.

“Dah siap dah kakak?” tanyaku ;

“Dah acik... da andi... da akai aju.. cantik tak baju kita????” katanya sambil menunjukkan baju yang dipakainya.

“Cantik... macam putri. Iya... cium sikit... mmmmm wanginya” aku mencium pipi anaknya yang montel itu.

“Jom minum dulu” kak Haryati keluar dari rumah mengajakku sarapan pagi.

“Minum? Ok kak.. saya pun belum minum lagi ni. Kira langkah kananlah ni.”

“Jom inum pakcik.. kita inum cama-cama. Etepun belum minum lagi ni” ajak kakak.

“Jom” aku memasuki rumah sambil mendukung anak Haryati... di dalam rumah kelihatan pak Mat dan isterinya sedang bersarapan. Aku memberikan salam dan meletakkan anak kak Haryati di kerusi makan.

“Mailah sarapan sama” ajak pak Mat.

“Ya pakcik” aku duduk di kerusi;; kelihatan ada nasi lemak dan sedikit kuih muih. Aku mengambil sebungkus nasi lemak....

“Kakak nak makan apa?” tanyaku.

“Akak nak inum cucu jer” emaknya membawakan botol susu dan diberikan kepada Haryati. Aku mula makan nasi lemak daun pisang.. sedap pulak. Kak Haryati menuangkan aku kopi ke cawanku. Kemudian dia duduk di sebelah maknya.

“Kamu nak bawa cucu pakcik jalan-jalan ni tak menyusahkan kamu ker?” tanya pak Mat.

“Nak susahkan apa pakcik... lagipun saya cutikan.. takde rancangan nak pergi mana-manapun hari ini. Bosan jugak duduk rumah jer. Habis-habis pun balik Seremban.. jadi apa salahnya sesekali saya bawa kakak jalan-jalan” jawabku.

“Terima kasihlah bawak cucu makcik jalan-jalan. Kadang-kadang dia bosan jugak asyik keluar dengan atuknya sahaja. Hari-hari tanya bila pakcik Hishamnya nak datang.... gembira sungguh cucu makcik. Tak sabar betul dia... mlam tadi bila sebut Hisham nak datang hari ini. Awal-awal lagi sudah tidur” kata makcik.

“Budak-budak makcik.... pakcik izin tak saya bawa anak pakcik keluar ni?”

“Eh.. apa salahnya. Lagipun kamu bawa cucu aku jejalankan” aku menghabis nasi lemak.

“Eh.. tambahlah lagi” pelawa makcik Yam.

“Takpelah makcik..... saya kenyanglah. Lagipun cukuplah ni.... makan sebelum kenyang. Lagipun ada kuih ni lagi” aku mengambil kuih kuci di atas meja. Kami terus berbual-bual.. selepas selesai bersarapan aku duduk di ruang tamu sambil melayan anak kak Haryati. Seketika kemudian kak Haryati turun sambil membawa beg keperluan anaknya. Cantiknya kak Haryati memakai blouse dan bertudung. Mekap yang dikenakan tidaklah keterlaluan tetapi menyerlahkan kewanitaannya.

“Yeeeee.. mak dah siap” anak kak Haryati mendapatkan maknya. Maknya mendukung anaknya....

“Dah siap? Jom” kataku. Kak Haryati mengangguk..

“Pakcik dan makcik.. kami pergi dululah” kataku kepada orang tua Haryati.

“Yelah.. hati-hati Hisham bawa kereta tu” aku bersalaman dengan pakcik.

“Bye-bye atuk ngan nenek” kata anak kak Haryati sembil bersalaman dengan atuk dan neneknya. Kemudian kami keluar rumah menuju ke keretaku yang diletakkan di bawah pokok rumah keluarga kak Haryati.

“Akak duduklah depan” kataku.

“Eh.. boleh ker?” tanyanya teragak-agak.

“Apa tak bolehnya.. lagipun bukan kita berdua sahaja.. kan anak akak ni ada.. tak sedap pula akak dok belakang.. saya memandu di depan... nanti macam mem besar pulak akak ni.. hahahahahahahaha” usikku.

“Hahahahahahahahahaha. Macam-macam sahaja kamu ni Hisham. Ok” kak Haryati membuka pintu hadapan dan duduk.. manakala anaknya duduk di belakang.. berdiri di tengah-tengah antara kami berdua.. aku membawa kereta keluar dari taman itu..

“Elok-elok kakak.. nanti jatuh berdiri” kata kak Haryati kepada anaknya.

“Apa... nanti ete egang uat-uat. Acik... ete gi anway lagon kan?”

“A ah.. kita pergi Sunway Lagooan.. kita gi mandi... tengok binatang... shopping.”

“Yeeeeeeeee... leh engok natang”

“Tapi kalau kakak nakal.. lainkali pakcik taknak bawa kakak lagi. Janji tau jangan nakal-nakal” gertak kak Haryati.

“Ye mama... kakak anji tak akal” katanya pelat.

“Awak ada beritahu ker saya keluar dengan anak awak ni kepada Sofia?” tanyaku.

“Takdelah.... lagipun saya tahu. Kalau saya bagitahu dia nanti... berlakulah perang dunia ketiga nanti. Walaupun awak bawak anak saya jalan-jalan... tapi hati wanitakan. Nanti dia cemburu pulak sebab saya ikut sekali” jawab Kak Haryati jujur....

“Baulu akak sedaplah, mak saya memuji-muji. Katakannya nak pesan bila ada kenduri nanti.”

“Alah... biasa jer. Memang banyak tempahan akak dapat.. terutama majlis kahwin. Lagipun emak akak yang ajar buat kuih bahulu... tahu jelah pasaran kek dan biskut ni tak menentu. Kejap banyak.. kadang-kadang takde langsung... lagipun pasaran bahulu sepanjang tahun” kemudian kakak duduk di tempat belakang.. akhirnya baring di tempat duduk belakang dan terus tidur.

“Dah tidur anak akak tu” tanyaku apabila melihat anak kak Haryati terbaring di tempat duduk belakang.

“Anak akak yang seorang ni memang kuat tidur..... tapi bila bangun aktifnya lain macam. Mana tak bising mulut akak ni.. degil.”

“Leter macam neneknya” gurauku.

“Hahahahahahahahahahahahaha.”

“Sofia macamana?”

“Dia macam biasa.... seminggu sekali kami berjumpa”

“Takpelah.. sabarlah yer. 2 tahun lagi Sofia keluar... lepas itu kamu berdua bersatulah.” kemudian kami terus berbual-bual. Anak kak Haryati lena di tidur si belakang kereta.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.