Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 35

KAMPUNG JANDA BAIK,

BENTONG, PAHANG.

           

Haris dan Tokwan duduk bersantai di serambi rumah sambil menikmati kopi kampung yang dihidangkan oleh Toknek. Haris mencapai seketul cekodok pisang lalu menyuapkannya ke dalam mulut.

            “Kat sini bila malam masih macam dulu-dulu, kan Tokwan. Sejuk, sunyi, rasa tenang je.” Kata Haris dengan mulut penuh cekodok.           

“Selalunya macam ni lah. Tapi kalau bulan puasa meriah juga, ada majlis buka puasa, tarawih, moreh, sama macam dulu cuma anak-anak muda aje yang makin lama makin kurang.”

            “Yalah, deka tsangat dengan KL. Yang muda-muda semua pergi cari makan kat bandar, tinggallah yang tua-tua macam Tokwan dengan Toknek, kan Tokwan? Dulu kan papa pernah ajak Tokwan dengan Toknek pergi Shah Alam, tinggal dengan kitorang tapi Tokwan dengan Toknek tak nak. Haris ingat lagi, hari tu Haris baru balik dari sekolah. Dari luar lagi, Haris dengar Tokwan marah-marah, tinggikan suara dengan papa. Haris tak pernah tengok Tokwan macam tu. Petang itu jugak Tokwan dengan Toknek balik sini. Sampai sekarang Haris tak pernah tahu apa cerita sebenarnya kejadian pada hari tu.”

            “Oh, pasal tu ya? Sebenarnya bila papa Haris ajak Tokwan dengan Toknek tinggal dekat Shah Alam tu, bukan kami tak nak. Tapi macam mana dengan tanah ni, rumah ni, pokok-pokok durian, manggis, rambutan semua tu, dengan ayam itik, kambing semua tu? Siapa yang nak jaga? Papa Haris senang-senang suruh Tokwan jual semua tu. Dia tak ingat sinilah tempat lahir dia, tempat jatuh bangun dia, tempat dia makan minum, tempat dia berak kencing. Tokwan rasa sangat sedih. Seolah-olah rumah ni tak ada nilai langsung bagi dia. Yalah, bila dia dah berjaya, dah ada kehidupan sendiri-”

            “Berjaya apa ke benda papa tu Tokwan, kerja akauntan je pun, bukannya Menteri Kewangan.”

            “Itu dah kira berjayalah tu. Banding dengan kawan-kawan dia masa zaman sekolah dulu, berapa orang je yang dapat masuk universiti. Entahlah, papa Haris tu perangainya memang degil, susah nak diajak berunding. Pulak tu, suka pendam perasaan.”

            “Samalah macamTokwan, kan?”

            “Haha, betul tu. Mungkin sebab tu Tokwan dengan dia tak serasi.”

            “Dah berapa lamaTokwan tak bercakap dengan papa? Maksud Haris bercakap borak-borak macam ni, sambil minum kopi, sambil makan cekodok?”

            “Tak tahulah Haris.Rasanya dah bertahun kami tak borak-borak macam ni. Sekarang ni kalau bercakap pun benda-benda penting aje. Itu pun dalam telefon. Susah sangat dia nak balik sini jumpa Tokwan, jumpa Toknek.”

            “Dah Tokwan marah-marah dia. Dia merajuk ler tu.”

            “Lamanya merajuk. Dah boleh menang Guiness Book of Record.”

“Hehe, kategori merajuk paling lama ke Tokwan?”

            “Ah-ah. Haris tahu ke macam mana nak pujuk dia?”

            “Ishh…papa tu kalau dah merajuk, Doraemon pun tak reti nak pujuk dia.”

            “Haha, dia pernah ke merajuk dengan mama Haris?”

            “Hmmphh….pernah jugak, Tokwan.”

            “Merajuk pasal apa?”

            “Macam-macam. Ada sekali tu mama lupa birthday dia. Dekat satu minggu dia merajuk. Macam-macam mama buat nak pujuk dia tapi semua tak jalan. Last-last mama pakai reverse psychology.”

            “Aaa? Reverse apa?”

            “Reverse psychology. Maksudnya mama pulak yang buat-buat merajuk. Dia buat tak peduli terus dengan papa sampai papa tidur atas sofa. Bila masak, dia masak untuk dia sorang je.Tak pasal-pasal Haris pun turut sama kena pulau. Dekat sebulan Haris dengan papa hari-hari makan nasi lemak sampaikan dalam mimpi pun makan nasi lemak. Walaupun nasi lemak tu favourite Haris, tapi kalau hari-hari makan muak jugakTokwan.”

            “Lepas tu papa Haris buat apa?”

            “Macam-macam papa buat nak pujuk mama. Pergi makan hotel, bagi hadiah handbag. Last-last papa bawak pergi makan angin kat Penang. Lepas dapat makan jeruk buah pala barulah mama berhenti merajuk. Lepas hari tu papa dah kurang merajuk. Kalau merajuk pun tak lama.”

            “Cenge jugak ya mama Haris tu.”

            “Apa Tokwan, ceng?”

            “Cenge, maksudnya garang, atau bengis.”

            “Memang. Kalau tak kena dengan angin dia, boleh tahan jugak mama punya cenge tu Tokwan.”

            “Tapi kalau Tokwan nak guna kaedah reverse tudung saji tu, tak sesuai kot.”

            “Haha, apa pula kreverse tudung saji. Reverse psychologylah Tokwan. Tapi kalau betul Tokwan nak baik-baik semula dengan papa macam dulu-dulu, Haris ada idea.”

            “Idea? Apa dia idea Haris tu?”

            “Bigfoot!”

            “Bigfoot?”

            “Alah, makhluk besar yang macam beruk tu, tapi boleh berjalan macam manusia.”

            “Tokwan tahulah bigfoot. Kenapanya dengan bigfoot?”      

“Kalau Tokwan nak tahu, papa minat betul dengan bigfoot. Haris rasaBkalau Tokwan lepak-lepak, borak-borak dengan dia pasal bigfoot, mungkin hatiBdia yang keras tu jadi lembut balik.”

            “Ummph, kalau borak-borak pasal bola aje tak boleh ke?”

            “Tak berkesan Tokwan. Papa tak minat bola.”

            “Bigfoot ya,kenapalah  dia minat sangat dengan makhluk khayalan tu?”

            “Tak pelik Tokwan. Kan kita sendiri pun makhluk khayalan.”

            “Ya tak ya. Ah, Tokwan lupa nak tanya, Haris dah cuba ke bertukar jadi kucing?”

            “Ah-ah, dah Tokwan.”

            “Macam mana,seronok tak?”

            “Seronok jugak Tokwan. Tapi yang paling tak best, kena bogel dulu baru boleh bertukar.”

            “Haha, sebab itulahTokwan dah lama dah tak bertukar jadi kucing. Dah tua macam ni rasa segan pulak nak bogel-bogel ni, hahaha…Kalau Haris nak tahu apa-apa pasal keturunan kita, Haris tanyalah. Tokwan akan cuba beritahu Haris setakat yang termampu.”

            “Itulah tujuan utama Haris datang ni Tokwan. Haris ada banyak benda ni nak tanya Tokwan.”

            “Ooo…Haris na ktanya pasal apa?”

            “Pertama sekali,perkara yang paling basic Tok Wan. Apakah perbezaan yang paling jelas antara keturunan kita berbanding dengan manusia biasa?”

“Emm….Tokwan rasa antara perbezaan yang paling utama ialah tentang luka.”

“Luka?”

“Iya, luka. Maksud Tokwan, kalau kita luka, luka kita akan sembuh dengan cepat walaupun ia luka yang agak teruk.”

“Cepat camne Tokwan? Satu hari je boleh sembuh?”

“Tak, lagi cepat. Tidak kira walau seteruk mana pun luka itu, asalkan tak putus atau terpisah dari badan, satu dua saat je boleh sembuh dengan baik. Tapi kalau luka tu besar dan dalam, akan tinggal parut yang besar juga. Kalau lukanya kecil, langsung tak tinggal parut.”

“Ya ke Tokwan? Tapi kenapa parut dekat kening Haris ni tak hilang-hilang?”

“Oh, itu luka yang masa Haris jatuh basikal tu kan? Berapa ya umur Haris masa tu?”

“Mmm…kalau tak silap, masa tu Haris umur tujuh tahun.”

“Haa! Itulah sebabnya. Sebab umur Haris belum lagi cecah 21 tahun!”

“Ini satu lagi Tokwan, kenapa 21 tahun baru semuanya bermula? Kenapa tidak 17 ke, 18 ke, 20 ke?”

“Entahlah Haris. Tokwan pun tak tahu. Memang sejak dari dahulu lagi dah macam tu. Tak ada siapapun tahu kenapa 21 tahun. Mungkin sudah suratan takdirnya begitu.”

“Okey Tokwan. Berbalik pasal luka tadi, macam mana kalau termakan racun ke, kena patuk ular ke, kena suntik dadah ke?”

“Pasal dadah tu Tokwan tak pasti. Tapi kalau pasal racun, setahu Tokwan keturunan kita kebal dari semua jenis racun.”

 “Waah, ganasnya. Ini dah lebih hebat dari Wolverine!”

“Worbrim?”

“Wolverine tu ialah ahli kumpulan X-Men.”

“Eksmeng?’

“X-Men ialah satu kumpulan manusia mutant yang menentang kuasa kejahatan.”

“Manusia miuteng?”

“Manusia mutant tu ialah-” Kata-kata Haris terhenti apabila Toknek datang bersama dulang yang berisi sebuah mangkuk plastik yang agak besar serta beberapa buah mangkuk yang lebih kecil.

“Nah Haris, Toknek buat pengat ubi keladi. Makanlah.”

“Waah! Sempat lagi Toknek masak pengat ubi keladi. Macam tahu-tahu je Toknek ni favourite Haris.”

“Haris kan satu-satunya cucu Toknek, dah tentulah Toknek dah hafal semua pasal Haris.”

“Bagus jugak Haris datang. Dah berapa hari Tokwan gali ubi keladi tu mintak Toknek buatkan pengat tapi Toknek duk asyik nantilah, nantilah. KalauHaris tak datang hari ni, tak tahulah bila baru Tokwan dapat rasa pengat ubi keladi.” Sambung Tokwan.

“Haha, kalau macam tu jom Tokwan kita kenduri pengat ubi keladi ni.”

“Mama dengan papa ngapa tak datang sama, Haris?” Tanya Toknek.

“Mmm…mama nak datang Toknek, tapi papa tu asyik sibuk memanjang. Toknek faham-fahamlah perangai papa tu.”

“Ngapanya? Tak habis-habis lagi ke merajuk dia tu?”

“Belum habis lagi, Yam. Haris cakap papa dia kalau merajuk, Doraemon pun tak reti nak pujuk!” Sampuk Tokwan.

“Susahlah kalau macam tu. Kalau Doraemon yang penuh dengan ilmu kesaktian itu pun tak dapat nak pujuk dia, apatah lagi kita yang tak ada ilmu apa-apa ni.” Kata Toknek.

“Haha, itulah Yam. Tadi abang dengan Haris ni tengah bincang macam mana nak pujuk papa dia tu supaya balik sini jumpa kita.”

“Eloklah tu bang. Abang dengan Haris bincang-bincanglah macam mana nak pujuk anak jantan kita tu. Saya nak pergi kemaskan tempat tidur Haris.”Kata Toknek lalu beredar dari situ.

“Alah, tak payahlah Toknek! Haris boleh kemas sendiri.” Laung Haris.

“Tak apa Haris. Biarlah Toknek kemaskan tempat tidur Haris. Itu naluri semulajadi seorang ibu, seorang nenek. Seperti juga dia masak pengat ni untuk Haris. Toknek tak anggap ianya satu beban. Mungkin Haris susah nak percaya tapi Toknek dapat kepuasan buat semua ni. Perasaan orang perempuan ni sangat halus. Itulah kita yang lelaki ni selalu cakap yang orang perempuan nis usah nak faham. Sebenarnya bukan sebab susah nak faham tapi sebab kita sendiri malas nak menghayati perasaan mereka.” Jelas Tokwan setelah Toknek menghilang ke dalam rumah.

 

Haris dan Tokwan menghening diri seketika menikmati keenakan pengat ubi keladi sambil masing-masing memuji dalam hati kemahiran kulinari Toknek.

“Mmm…Haris ada beberapa perkara lagi nak tanya Tokwan.” Kata Haris sejurus menghabiskan pengat ubi keladinya.

“Apa dia? Pasal pantang larang ke?”

“Tak. Err, pasal orang bunian.”

“Bunian? Kenapa dengan bunian?”

“Orang bunian ni, siapa sebenarnya diorang ni Tokwan?”

“Kalau menurut arwah Pak Mustarjo, guru silat Tokwan dulu, orangbunian ini ialah sejenis golongan jin yang-”

“Makhluk jin ni ada banyak jenis ek, Tokwan?”

“Ah-ah. Orang bunian ini ialah sejenis jin yang sukakan kehidupan manusia. Diorang bekerja, bela binatang, bercucuk tanam, hidup berkeluarga, berjual beli, ada rumah cantik. Cara hidup diorang saling tak tumpah macam manusia. Diorang nak sangat hidup macam manusia hingga ada antara diorang yang tiru bulat-bulat perangai manusia. Semangat berpuak-puak, berpecah belah, bergaduh sesama sendiri, hasad dengki, cemburu buta, sihir menyihir, menolak kemajuan-”

“Biar benar Tokwan, diorang tiru perangai orang Melayu ke? Bodoh sangat lah diorang kalau tiru perangai orang Melayu. Sampai kiamat pun takkan maju punya.”

“Bukan semua, ada juga yang tiru perangai orang Jepun, orang Jerman.”

“Yang tu mungkin orang bunian yang pernah pergi makan angin kat sana.”

“Boleh jadi juga.”

“Keturunan kita boleh kahwin tak dengan orang bunian ni Tokwan?”

“Mmm…masa Tokwan kecik-kecik dulu pernah juga dengar cerita ada salah sorang moyang kita yang kahwin dengan orang bunian tapi tak kekal sebab isteri dia yang bunian tu kuat mengongkong. Lagipun diorang lama kahwin tapi tak dapat anak.”

“Mungkin sebab lain spesies, kan Tokwan.”

“Ah-ah, agaknyalah.”

“Err, ada satu lagi Tokwan, pasal orang minyak.”

“Orang minyak? Pasal apa dengan orang minyak?

“Blok student pompuan dekat kolej Haris tu kena kacau dengan orang minyak. Orang minyak tu gigit puting dada budak pompuan tu sampai putus.”

“Gigit puting? Itu bukan orang minyak, itu orang gila!”

“Kan? Lepas tu pulak, kawan pompuan satu kolej dengan Haris yang nama Amelia tu dah terserempak dengan orang minyak tu. Dia nampak macam takut sangat sebab dia ingat lepas ni orang minyak tu akan serang dia pulak. Macam mana ni Tokwan, saya risaulah dengan keselamatan dia.”

“Mmm, kawan ya? Siapa nama kawan Haris tadi?”

“Amelia.”

“Mesti lawa ni, kan?”

“Lawa Tokwan, macam heroin cerita Hindustan!”

“Iya? Macam siapa? Saira Banu?”

“Hah, siapa Tokwan?”

“Saira Banu.”

“Tu heroin zaman bila, Tokwan?”

“Heroin zaman Tokwanlah, zaman 60’an.”

“Ooo….patutlah tak kenal. Haris cuma kenal heroin zaman 90’an je, macam Kajol, Aishwarya Rai, Preity Zinta, Rani Mukerji. Alah, Tokwan tengok sendirilah rupa dia.”  Haris mengambil telefonnya dan membuka fail yang mengandungi gambar Amelia.

“Hah, Tokwan. Ini dia heroin Haris.” Kata Haris sambil menghulurkan telefonnya kepada Tokwan. Tokwan menatap seketika wajah Amelia di skrin telefon.

“Wah, cantiknya bakal cucu menantu Tokwan.” Puji Tokwan.

“Hehe…cucu menantu? Ada ke istilah tu Tokwan? Harap-harap jadi kenyataanlah kata-kata Tokwan tu.”

“Haris memang serius betullah dengan Amelia ni?”

“Nampak gayanya macam tu lah Tokwan. Sebelum jumpa Amelia, Haris tak pernah rasa macam ni.”

“Tiba-tiba saja Haris rasa dunia ni sangat indah?”

“Ah-ah Tokwan. Macam tu lah yang Haris rasa sejak kenal dengan Amelia.”

“Pyar. Itulah penyakit yang Haris sedang alami sekarang. Penyakit biasa bagi orang-orang muda macam Haris.”

“Itulah Tokwan. Penyakit pyar ni dah buat kepala Haris jadi berserabut. Macam mana kalau orang minyak tu betul-betul target Amelia?”

“Haris jangan risau sangat, nanti kena penyakit darah tinggi pulak. Entah kenapa Tokwan dapat rasa Haris akan berjaya mengatasi masalah ini dengan baik. Tokwan dapat kesan aura kemenangan yang terpancar dari tubuh Haris. Berapa hari Haris nak duduk sini?”

“Sorrylah Tokwan. Haris datang ni kejap je. Ingat petang besok nak balik Shah Alam.”

“Tak apa. Tokwan faham, Haris risaukan keselamatan Amelia.”

“Tokwan takde ke ilmu apa-apa macam mana nak lawan orang minyak tu?”

“Hmm…Tokwan sendiri tak ada pengalaman berlawan dengan orang minyak,tapi kalau mengikut cerita arwah Pak Mustarjo, orang minyak ni dia cukup mahir dengan ilmu pukau dan cukup pandai meloloskan diri terutama apabila dia merasa dirinya diancam bahaya. Kalau suatu hari Haris ditakdirkan terpaksa bertarung dengan orang minyak, Tokwan harap Haris sentiasa berhati-hati dan waspada dengan muslihatnya.”

“Macam ninja pulak ya, orang minyak ni Tokwan.”

“Haha, memang dua-dua tu ada banyak persamaan, terutama sekali dalam hal meloloskan diri.”

“So, maknanya Haris kena cepat-cepat hapuskan dia sebelum dia sempat melarikan diri?”

“Macam tu lah kalau nak diikutkan caranya. Masalahnya, nak tangkap dia pun bukannya mudah, inikan pula nak bunuh dia.”   

“Pulak. Haa, Tokwan masa muda-muda dulu kan ada belajar silat. Takde ke jurus-jurus maut yang boleh Haris belajar?”

“Belajar silat ni kena ada persiapan dan peraturan yang tertentu.Tak boleh main redah macam tu aje. Silap-silap boleh makan diri.”

“Alah, Tokwan ajar yang basic-basic je. Yang pakai jampi mantera dan pergi bertapa semua tu nanti lain masa Tokwan ajar Haris.”

“Ermm…okeylah. Yang basic-basic tu Tokwan boleh ajar. Besok pagi lepas sembahyang Subuh kita mula. Dah, Haris pergi masuk tidur, rehat cukup-cukup.”

“ Awal lagi ni Tokwan, kejap lagilah.”

“Pergi masuk tidur sekarang! Nanti tak cukup tidur, ilmu susah nak masuk dalam otak.”

“Hmphh, okeylah Tokwan, good night!”

“Hah, good night.” Tokwan memerhatikan Haris melangkah malas menuju ke dalam rumah sambil dahinya berkerut memikirkan jurus-jurus silat yang sesuai untuk diajarkan kepada Haris.”

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY