Home Novel Fantasi HARIS SI KUCING JADIAN
BAB 1

UNIVERSITI  MALAYSIA, KUALA LUMPUR

SEPTEMBER 2019

 

Haris menyandarkan belakangnya ke dinding bangunan perpustakaan. Tangannya memeluk tubuh. Matanya tidak berkelip memandang ke arah motosikal kesayangannya yang sedang kuyup dibasahi hujan.

Sabar, kejap lagi berhentilah hujan tu. Aku tahu kau sejuk. Tapi kau pun dah lama tak mandi, kan?” Haris memberi kata-kata perangsang kepada motosikalnya secara telepati.

Haris amat sayangkan motosikalnya itu kerana motosikal itulah satu-satunya kenderaan untuk dia ke sana ke mari dalam kampus. Pihak universiti ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus namun Haris tidak berminat untuk menggunakannya kerana dua sebab.

Pertama;Dia malas hendak menunggu dan beratur. Dan kedua; Kebanyakan penumpangnya adalah pelajar perempuan. Walaupun secara fitrahnya dia seronok bersesak-sesak dengan pelajar perempuan di dalam bas, namun egonya sebagai lelaki sejati agak tercalar terutama apabila dia satu-satunya lelaki yang berada dalam bas tersebut. Semua mata pelajar perempuan seakan tertumpu ke arahnya dan dia seperti boleh mendengar kata hati mereka.

“Ishh, boleh percaya ke mamat ni, tangan nampak macam nak merayap.”,“Ni mesti nak cari peluang nak gesel-gesel benda dia.”,“Kesian mamat ni, takde motor.”

Ketika di semester pertama, Haris terpaksa menggunakan perkhidmatan shuttle bus kerana tidak mempunyai motosikal. Dia sering mengadu tentang masalah ketiadaan motosikalnya kepada papa dan mamanya.

“Apa guna ada lesen kalau takde motor?” Hujah Haris.

Namun mereka cuma menasihatkannya supaya belajar menyesuaikan diri dengan keadaan.Akhirnya masalahnya selesai apabila masuk semester kedua, Tokwannya menghadiahkan sebuah motosikal Honda Wave. Tindakan Tokwan tidak begitu disenangi oleh papa dan mamanya kerana mereka tidak mahu Haris dimanja-manjakan. Apapun bagi Haris, dia amat berterima kasih kepada Tokwannya.Dia menganggap Tokwan adalah satu-satunya manusia yang memahami jiwanya.

Seorang perempuan muda bertudung hitam, berbaju T kelabu dan berseluar denim biru kelihatan berlari laju meredah hujan menuju ke arah kawasan parkir motosikal.

“ Wooit! Minah tu main redah je hujan lebat gila. Kan dah basah tu. Nanti demam kan baru tahu.” Hati Haris terus berkata-kata sementara matanya mengekori perempuan itu yang memecut motosikalnya laju meredah hujan lebat.

 Hujan yang maha lebat itu akhirnya teduh. Lopak-lopak kecil kelihatan terbentuk pada permukaan kawasan parkir yang tidak rata. Haris berlari-lari anak ke arah motosikalnya sambil melompat lopak-lopak yang menghalang laluannya. Tiba di lompatan yang terakhir, Haris gagal mengawal imbangan badannya lalu kaki kanannya terperlus ke dalam lopak air itu. Percikan air yang agak kuat membasahi kasut, seluar dan baju kemejanya.

“Arghh! Kena jugak.” Rungut Haris sendiri.

Tiba di motosikalnya, dia mengambil tuala kecil dalam compartmen di bawah tempat duduk motosikal. Sisa-sisa hujan di badan motosikal diseka dengan pantas.

Now we’re back in action my friend.”Haris bertelepati lagi dengan motosikalnya. Dia menekan hand starter. Dengan sekali tekan sahaja, enjin motosikalnya berjaya dihidupkan.

Haris tersenyum sendiri. Dia memulas handle minyak berkali-kali. Ngauman enjin motosikalnya memecah kesunyian senja. Dalam pada itu perutnya menjerit kelaparan minta diisi.

Haris memasukkan gear dan menunggang motosikalnya keluar dari pekarangan perpustakaan. 

 

KOLEJ DELTA

 

Haris tiba di kolej kediamannya tatkala azan Maghrib sedang berkumandang dari surau kolej. Suara tukang azannya yang garau kedengaran tersekat-sekat.

Setelah mengunci motosikalnya di kawasan parkir kolej, dia bergegas ke dewan makan.Dewan makan yang selalunya penuh kelihatan agak lengang.

Mungkin diorang turun makan awal.” Fikir Haris.

Ummph, lauk pun dah tinggal tauge goreng dengan tauhu sumbat. Selalunya time ni paling bodoh pun ada jugak ikan jaket goreng.” Fikir Haris lagi. 

Setelah terpaksa berpuas hati dengan lauk yang ada, Haris menuju ke tempat duduk kegemarannya. Proses mengunyah nasi bersama tauge goreng dan tauhu sumbat pun bermula. Kelihatan beberapa orang penghuni blok Aspuri(Asrama Puteri) melangkah masuk ke dalam dewan makan. Setelah proses meninjau lauk pauk selesai, mereka kembali bergerak keluar dari dewan makan. Kedengaran dari luar dewan sepert iberlaku perbahasan kecil di antara mereka.

Sedang Haris asyik memaksa tekaknya menelan hasil kunyahannya, dia mula perasan cuma dia satu-satunya manusia yang masih berada di dalam dewan makan itu. Dua pekerja dewan makan yang tadinya sibuk mengemaskan dapur juga tidak kelihatan. Suasana di dewan makan menjadi begitu sunyi. Haris seperti dapat mendengar degupan jantungnya yang semakin laju.

“Ishhh seram pulak rasanya lepak sorang-sorang macam ni.” Haris mula berasa tidak selesa. Matanya lia rmemerhati ke arah pintu masuk dewan makan. Dia berharap seseorang yang dikenalinya akan melangkah masuk melalui pintu tersebut.

Lampu dewan makan tiba-tiba terpadam. Haris duduk terpaku di dalam gelap.

What the? Setan mana pulak nak menyakat aku ni?” Haris mula menggelabah namun dia meneruskan proses menyuap, mengunyah dan menelan.

Dalam kesamaran cahaya bulan yang membias masuk ke dalam dewan makan itu, kelihatan satu lembaga berpakaian serba putih berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Haris menelan air liur. Tekaknya terasa benar-benar kering. Sedar tak sedar, lembaga berpakaian serba putih itu kini betul-betul berada di hadapannya.

“Hey manusia, apa kau buat di sini? Ini kawasan aku!” Haris tergamam namun dalam masa yang sama otaknya memberi maklumbalas “suara itu seperti yang biasa akudengar”.

“Buwaah! Haha!” Tiba-tiba lembaga itu ketawa berdekah-dekah.

“Mangkuk ayun kau Razif, nasib baik aku tak bagi penendang!” Haris menyumpah Razif,rakan sebiliknya.

“Kihkihkih, kau ni ayam penakut rupanya,” ejek Razif dalam ketawa yang belum reda.

“Cis,aku tak takut la. Aku memang dah cam kau dari tadi lagi!”

“Jangan nak auta, dalam gelap pun aku nampak muka kau hok pucat tu.”

“Brengsek, kau memang tahu ke aku ada kat sini?”

“Taklah. Aku agak je. Tapi aku memang tengah cari kau, ada benda penting nak cakapndengan kau. Bila sampai sini tiba-tiba je blackout. Aku pun jenguk ler maka terpandanglah sorang anak dara sunti tengah mukbang dalam gelap. Kihkikih!”Razif meneruskan tawanya.

“Setan, macamana kau boleh cam aku, hah?”

“Eleh, dalam UM ni kau sorang je yang pakai T-shirt putih lambang Loudness, dalam gelap pun nampak jelas ler.”

“Huh,kau punya pasal hilang selera makan.”

“Makan apa dalam gelap. Eh, jom gi Uptown, aku belanja.”

“Banyak duit kau, pasal tetiba je nak belanja aku ni?”

“Esok kan hari jadi aku. So, memandangkan kau ni best friend aku dunia akhirat, masuk syurga sama-sama, masuk neraka sama-sama, maka amat logiklah kalau aku ajak kau celebrate hari jadi aku malam ni.”

“Kenapa nak celebrate malam ni? Pasal tak celebrate malam esok?”

“Eishh,banyak soal pulak kau ni. Kan sekarang ni dah jadi trend sambut harijadi lebih awal daripada tarikh sebenar. Dah, jom gi bilik dulu, nanti aku cerita lagi.”

Dalam perjalanan mereka ke bilik, bekalan elektrik kembali pulih.

“Fuhh..nasib baik dah ada balik.” Haris menghembus nafas lega.

“Kau tak makan lagi ke? Selalu kau yang paling awal menyibuk kat dewan makan.” Tanya Haris.

“Ntah,takde seleralah, lauk semua sayur.”

“Ha’ah. Pasal ek? Ayam, ikan semua mogok ke?”

“Kan malam ni tema vegetarian. Kau tak ingat ke last week yang kita pegi makan ka tBangsar tu pasal apa? Pasal tema vegetarian nilah!”

“Aku lupa. Patutlah dewan makan lengang je.”

Tiba di pintu bilik Razif menepuk bahu Haris.

“Eh,kau masuk dululah. Aku nak pegi surau kejap.”

“Surau? Buat apa?”

“Buatapa? Sembahyang Maghrib la weh!” Jerkah Razif.

Hariscepat-cepat membuka kunci bilik. Masuk ke bilik dia terus menanggalkan pakaian dan memasukkannya ke dalam baldi.

Rendam baju, seluar, mandi, sembahyang, Uptown.” Haris mengisi kepalanya dengan aturcara untuk malam itu.

 

18 MINIT KEMUDIAN

“Eh,kau cakap betullah pasal apa kau nak celebrate birthday kau malam ni? Aku tahulah, bukannya pasal nak ikut trend, kan?” Haris menanya Razif sambil menyapu krim rambut Brylcream ke rambutnya.

Razif berhenti mengorek telinga lalu mencampakkan putik kapas yang dipenuhi tahi telinganya ke luar tingkap. Dia duduk berlunjur di atas katil sambil kedua-dua kakinya digoyang-goyang.

“Okaylah, cerita dia macam ni. Aku nak sambut birthday aku malam ni sebab malam esok aku takde sini. Esok, aku nak balik kampung. So aku ingat nak mintak kau tolong hantar aku pergi TBS. Malas ler nak naik LRT. Eh, pagi esok kau free ke?”

“Aku dah agak dah. Kau, kalau belanja aku mesti ada something.” Haris mencebikkan bibirnya. Razif cuma tersengih. 

“Aku takde hal. Eh, bas pukul berapa?”

“Sembilan setengah.”

“Kau balik ni pasal apa? Ada sedara meninggal ke?”

“Takdelah.Ada family reunion. Nak bincang pasal harta peninggalan arwah ayah aku.”

“Dah dekat satu tahun kan ayah kau meninggal? Tak settle lagi ke?”

“Duit cash dengan yang dalam bank dah lama settle. Cuma tinggal tanah kebun, rumah sewa dengan rumah kedai je yang belum settle.”

“Banyak jugak ya harta peninggalan arwah ayah kau. Eh, yang rumah kedai tu ada berapa biji?”

“Empat. Dua dekat Wakaf Bharu, dua lagi dekat Wakaf Che Yeh.”

“Wakaf Che Yeh yang happening sampai ke pagi tu ke?”

“Ah-ah.Ada satu yang dekat Wakaf Che Yeh tu aku dah chup awal-awal lagi. Itu memang hak aku. Dari form one lagi aku yang jadi tukang kutip sewa, tapi komisyen satu sen pun tak dapat.”

“Iya? Yang menyewa kedai yang sepatutnya jadi hak kau tu, dia jual apa?”

“Kain.”

“Kain? Kain apa?”

“Macam-macam ler. Ada kain tudung, kain sepasang, kain batik, kain sarung, kain kapan.”

“Kain kapan pun ada?”

“Eh,ada. Itu kan pakaian kebangsaan kita.”

“Hah,eloklah tu kain kapan buat pakaian kebangsaan. Tapi selalunya kalau ka tKelantan, taukenya mesti pompuan, kan?”

“Ah-ah,aku panggil dia Kak Melah. Umur dia baru 38, masih solid. Tapi kan anak dara dia-”

“Muka dia cun macam Natalie Portman dalam cerita Star Wars The Phantom Menace?”

“Haaa...eh,mana kau tahu?”

“Alah, kan kau selalu cerita first time kau mimpi basah masa umur kau 10 tahun dan Natalie Portman ialah pompuan pertama yang muncul dalam mimpi kau dalam keadaan bogel.”

 “Ah-ah, aku memang minat habis dengan Natalie Portman tu. Sekarang pun dia masih cute walaupun dah tua sikit. Tapi kan, anak dara Kak Melah ni kau tahu, dia punya cun, boleh kalah Natalie Portman. Aku rasa kalau kau tengok dia sambil makan ais krim, ais krim tu dah cair habis pun kau tak perasan!”

“Biar banana kau ni, mana ada pompuan cantik sampai macam tu?”

“Itu pada pandangan mata akulah. Kan beauty lies in the eyes of the beheaded.”

“Beheaded? Beholderlah!”

 

Kawasan parkir kolej kelihatan agak benderang disirami cahaya bulan. Haris mendongakkan kepalanya memandang sang bulan.

Purnama agaknya malam ni.” Kata Haris dalam hati.

Sejak kecil lagi Haris suka melihat bulan mengambang. Cahaya bulan yang lembut tidak menyilaukan mata begitu mempersonakannya.

“Kau ni suka sangat tengok bulan. Apa, kau ada DNA pontianak ke?” Razif bertanya sambil lewa.

“Bukan pontianaklah, werewolf!”

“Kau tahu kan bulan takde cahaya, dia pinjam matahari punya.”

“Aku tahulah. Apa kau ingat aku budak tadika ke?” Balas Haris agak marah.

“Alaa,budok tadika sudah marah la. Lari! Lari!” Jerit Razif sambil berlari secara gerak perlahan ke arah motosikalnya.

Setan si Razif ni.” Haris menyumpah dalam hati sambil berjalan mengekori Razif.

“Pakai dua motor ke?” Tanya Haris setelah mereka tiba di tempat motosikal masing-masing.

“Ntah.Aku ingat satu dah ler. Kalau sesat takde la aku cari kau, kau cari aku.”

“Uptown pun boleh sesat ke? Kan kita biasa pergi.”

“Eh,mana tahu tersalah corner masuk kampung bunian. Haaa… keluar-keluar dah tahun 2099.”

“2099? Maknanya kita “Back To The Future” 80 tahun?”

“Iya ke 80 tahun? 2099 tolak 2019. Ah-ah, betullah 80 tahun!”

“Mesti best kan, Malaysia masa tu tentu dah jadi negara maju.”

“Ah,maju gapo. Entah-entah masa tu rakyat Malaysia semua dah jadi zombi. Yang survive, pendatang haram.”

“Ya tak ya jugak. Eh, pakai motor kaulah, motor aku nak tidur awal malam ni.”

“Umphh…hampeh.” rungut Razif sambil menghulurkan kunci motosikalnya kepada Haris.

“Kau ler bawak, kau kan King of the Rempit.” Haris cuba mengelak.

“Aku dah jadi rakyat biasa la. Kau la bawak.” Razif masih tidak berganjak.

“Yalah aku bawak. Itupun sebab kau janji nak belanja aku.” Haris akhirnya mengalah. Razif tersengih meraikan kemenangannya.

Previous: PROLOG
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh JACK EL JAMILY