Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
19 - 3

SEDANG Asha membasuh pinggan, tiba-tibaterasa sepasang tangan sasa memeluknya dari arah belakang. Asha tersentak.

            “Abang,janganlah ganggu Asha. Asha tengah buat kerja ni,” bebel Asha.

            Anginhembusan nafas bertiup di celahan telinga Asha. Tegak bahu Asha kerana geli.

            “Abang,Asha…”

            “Siapaabang kau, sayang?” potong satu suara.

            Ashaterkedu. Lekas dipusingkan tubuhnya ke belakang. Tetapi dia sudah tersilap didalam membuat tindakan. Kini dia berada di dalam pelukan Fadli.

            “Lepaskansaya!” Asha sedaya upaya menepis tangan Fadli.

            NamunFadli semakin mengetatkan pegangannya.

            “Kenapadengan awak ni, Fad? Saya adalah isteri orang. Isteri kepada adik kandung awaksendiri, Hilman Adrian! Tolonglah jaga maruah kami berdua! Saya tidak mahusuami saya yang mendapat malu disebabkan tindakan bodoh awak ni!” bentak Ashakeras.

            Fadlimendekatkan bibirnya ke pipi Asha. Niatnya untuk mencium pipi wanita itu.

            “Tepilah!”Asha menoleh ke tepi lalu menjauhkan tubuhnya daripada Fadli.

            Fadliketawa mengilai bila melihat reaksi Asha.

            “Tenanglah,sayang. Aku bukan mahu mengapa-apakan kau. Aku cuma nak kiss pipi kau saja. Kita berdua pernah bertunang suatu ketika dulu.Apa salahnya jika aku mengimbau memori antara kita?” balas Fadli.

            Sebenarnyadia ada agenda. Dia amat berharap agar mama, papa dan Hilman dapat menyaksikankemesraan mereka. Hilman pasti akan berasa cemburu bila melihat mereka. Malahpertengkaran mungkin akan tercetus. Maka, penceraian akan dipilih sebagai jalanpenyelesaian masalah. Adiknya pula akan hidup menderita. Dia tidak akanmelepaskan peluang untuk menyeksa hidup Asha.

            Ashamula menangis.

            “Janganlahbuat saya begini, Fad! Saya sayang pada suami saya! Kita hanyalah tinggalsejarah yang tidak akan berulang sehingga bila-bila,” rayu Asha, mulamerendahkan intonasi suaranya.

            “Buatapa, sayang?” sindir Fadli lalu tersenyum penuh makna.

            Tanpaberfikir panjang, Asha memijak kaki Fadli. Fadli menjerit sakit. Pelukanserta-merta terlerai. Asha lekas berlari ke arah lorong untuk ke ruang tamu.Tidak semena-mena dia terlanggar ibu mentuanya yang kebetulan baru sahaja masukke dapur.

            “Mama,Asha mohon maaf. Asha tidak sengaja.” Asha kalut.

            DatinZaryn mendengus.  

            “Kaubuta ke hah? Bila berjalan tu guna mata, bukan meredah membuta tuli saja!Tengok siapa orang yang berada di hadapan kau!” herdik Datin Zaryn keras.

            Ashatergamam.

            “Mama,Asha kan sudah…”

            “Diam!Aku tidak mahu dengar sepatah kata daripada kau, Asha! Kau dan laki kau tutidak penting bagi aku! Di mata aku hanya ada Fadli saja! Dia adalahsatu-satunya anak aku! Hilman dan kau bukan anak menantu aku. Faham?” tengkingDatin Zaryn lagi.

            Ashaterus terdiam.

            DatinZaryn mengecilkan bola matanya. Dia merenung tajam segenap wajah Asha.

            “Mengapakau tergesa-gesa hendak meninggalkan dapur? Kau telah lakukan kesalahan ke?Atau…” Datin Zaryn meleretkan senyuman sinis. Dijengahkan lehernya untukmengesan sesuatu.

            “Asha…”

            “Oh…”Datin Zaryn tergelak. “Kau cuba menggoda anak lelaki aku ke, hmm?” tuduh DatinZaryn. Dia sudah perasan akan kelibat Fadli yang tengah menyorok di sebalikpeti ais.

            Ashapantas menggeleng.

            “Kamitak buat apa-apa, mama!” nafi Asha.

            “Tipu!”sergah Datin Zaryn.

            “DemiALLAH, Asha masih ada maruah diri! Asha sedar status diri Asha, mama. Ashatidak pernah berlaku curang pada Hilman! Asha dengan Fadli hanya tinggal satusejarah yang tidak akan berulang lagi!” tegas Asha. “Asha minta diri dulu. Ashanak masuk bilik. Hilman sudah menunggu Asha,” sambung Asha sekali gus memulakanlangkah.

            DatinZaryn merentap lengan Asha. Memaksa Asha untuk berhenti.

            “Akuyakin yang kau pasti akan berasa hairan dengan perubahan sikap aku. Dulu, akumemang menyukai kau kerana kau bertunang dengan Fadli. Tetapi selepas kaumemutuskan pertunangan dan mengahwini Hilman, perasaan suka itu telah bertukarkepada benci. Kalau dengan Hilman, aku tidak pernah sekalipun akuikewujudannya. Maka, kau juga akan menerima nasib yang serupa macam Hilman!”

            Ashatergamam.

            DatinZaryn ayun kaki pergi selepas itu.

            Fadlimendekati Asha. Diusap pipi Asha. Tetapi pantas ditepis oleh Asha.

            “Takkanlahaku tak boleh nak usik kau, sayang?” Fadli ketawa nakal.

            “Janganmelampau, Fad!” Asha sudah hilang sabar.

            Sambilmenghamburkan tawa, Fadli mengayun kaki beredar meninggalkan dapur.

            Airmata Asha menitis kerana tidak mampu menahan sebak.

Previous: 19 - 2
Next: 20 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.