Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
7 - 2

“ASHA, Datuk Syukur nak fail Projek untukekspo Makanan Halal yang akan berlangsung pada bulan hadapan tu,” beritahuAfidah sambil tekun membaca sebuah fail yang berada di pegangannya.

            Diam.Asha leka termenung.

            Afidahmengerutkan dahi bila Asha hanya membisu. Seolah-olah tidak mendengarkata-katanya. Lantas dia mengangkat wajahnya memandang Asha. Sebelah keningnyaterjongket ke atas.

            “Did you hear what I said?” tanyaAfidah.

            Masihsama seperti tadi.

            Afidahberdehem kuat. Asha tersentak lalu terpinga-pinga memandang Afidah.

            “Eh,kau tengah bercakap dengan aku ke?” soal Asha.

            “Kauseorang saja yang berada di depan aku,” sindir Afidah.

            Ashatersenyum kelat.

            Afidahmelabuhkan duduk lalu merenung tajam segenap wajah Asha. Fail di tangannya itudiletakkan di atas meja.

            “Apayang sedang kau fikirkan, Asha? Ada kaitan dengan Fadli ke?”

            Afidahamat mengenali sikap Asha. Kawan baiknya itu pasti ada masalah besar jikabersikap sebegitu rupa. Jarang Asha mengelamun walaupun menghadapi sebarangmusibah yang mampu menggugat emosinya itu.

            Ashamelepaskan keluhan.

            “Hilman…”

            “Adikkepada Fadli?” balas Afidah menginginkan kepastian.

            Ashamengangguk lemah.

            “Kenapadengan dia?”

            “He proposes me to be his wife,” balasAsha.

            Afidahtergamam.

            “Apajawapan kau?” balas Afidah.

            “Akubelum beri apa-apa jawapan lagi,” balas Asha.

            Afidahmenjongketkan keningnya ke atas.

            “Akulebih suka jika kau berkahwin dengan Hilman. Hilman seribu kali lebih sempurnaberbanding Fadli yang serba-serbi kekurangan. Aku yakin yang dia mampu jagaikau dengan penuh kasih sayang. Dia juga tidak akan mempersiakan hidup kau.”

            Afidahhanya akan berasa bersyukur jika Asha terbuka hati untuk menerima lamaranHilman. Hilman serba-serba lengkap dan ada pakej yang sempurna untuk bergelarseorang suami. Asha akan putih mata jika tolak pinangan Hilman nanti.

            “Fidah,I am confused. Apakah keputusan yangaku patut aku pilih?” tanya Asha perlahan.

            “Accept him as your husband, Asha!” cadangAfidah.        

            “But, I do not love him!” balas Asha.

            “So, do you love a man who makes yousuffer?” bidas Afidah.

            Ashaterkedu.

            “Aku…”

            “What are you trying to say? Berhentiberfikiran negatif! Mungkin ada hikmah bila ALLAH menetapkan Hilman Adriansebagai jodoh kau. Takdir ILLAHI sangat indah, Asha. Sebelum menemuikebahagiaan, kau perlu menempuhi duka dan lara dulu,” nasihat Afidah.

            Ashatersenyum. Dia seperti baru menyedari sesuatu.

            “Betulcakap kau, Fidah. Aku haruslah melupakan semua momen yang berkaitan denganFadli. Aku akan fikir semula lamaran Hilman,” balas Asha.

            “That’smy friend! You’re deserve to get your happiness!” balas Afidah. 
Previous: 7 - 1
Next: 7 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.