Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
5 - 3

ASHA membuntang mata sambil bibirnyaterukir segaris senyuman lebar bila melihat sebuah kapal terbang MalaysiaAirlines berterbangan dan melalui di atasnya lalu mendarat di KLIA. Angin sertarimbunan dedaun bertiupan mengikut arus pesawat itu. Dia bertepuk tangan.Terloncat keriangan kerana teruja.

            Hilmantertawa. Dia berasa lucu dengan tingkah laku Asha.

            “Awaksuka ke? Apa perasaan awak sekarang ni? Rasa tenang?” soal Hilman.

            Ashamengangguk.

            “Tenangyang amat! Rasa seolah-olah semua masalah saya hilang dalam sekelip mata. Satulagi, saya rasa seperti berada di dalam kapal terbang tu. Pergi melancongsambil menikmati keindahan di langit,” balas Asha.

            Hilmanmenyandarkan tubuhnya di bahagian hadapan bonet keretanya. Dia berpeluk tubuhsambil matanya terarah ke hadapan. Sebuah objek kecil kelihatan sepertibersinar di udara. Objek itu adalah kapal terbang. Dia tersenyum lebar. Tidaksabar menunggu kapal terbang yang bila-bila masa sahaja akan muncul itu.

            “Sayaakan ke sini setiap kali saya rasa sunyi. Mungkin orang di sekeliling akan katayang saya seperti seorang kanak-kanak. Hanya mereka saja yang mempunyai hobini. Mereka akan teruja bila melihat objek terbang di udara. Tetapi adakahindividu yang sering lemparkan kata-kata nista tahu apa yang kita alami danrasai? Sekurang-kurangnya, hati saya akan terisi dengan aktiviti ni. Maka, sayatidak akan kesepian lagi.”

            Tanpadisedari, Hilman menyuarakan kepedihan yang menghambat batinnya. Riak wajahnyatampak muram.

            Ashaterkedu.

            “Hilman,saya minta maaf sebab buat awak rasa sedih,” ucap Asha.

            Hilmantersenyum.

            “Eh,mengapa awak rasa begitu pula? Saya okey saja, Asha,” balas Hilmanbersungguh-sungguh.

            Ashakembali memandang ke hadapan bila sebuah lagi kapal terbang berterbangan diudara. Lekas diambil telefon bimbit di dalam beg tangannya. Bersedia untukmenangkap gambar swafoto bersama Hilman. Telefon bimbit dipegang secara menegakmanakala skrinnya pula ke arah udara.

            “Kitaselfie nak?” ajak Asha.

            Hilmanmembiarkan Asha dengan tingkahnya kerana rasa terhibur.

            Bilakapal terbang Air Asia berterbangan di atas dan melintasi kamera di telefonbimbit, cepat-cepat Asha menekan ikon kamera. Klik! Kelihatan Asha tekunmelihat gambar-gambar yang diambil.

            “Asha?”tegur Hilman.

            “Hmm?”balas Asha.

            Hilmanmenarik nafas panjang. Sudah tiba masa untuk dia menyatakan hasratnya itu.

            “AshaHasna, bolehkah kita berkawan? Maksud saya, kita berdua saling mengenali hatibudi masing-masing?” tawar Hilman.

            Ashaketawa.

            “Bukankahkita memang berkawan?” balas Asha ringkas.

            Hilmantersenyum. Ditarik nafas sedalamnya sebelum bersuara.

            “Asha?”

            Ashatoleh memandang Hilman.

            “Mungkinawak akan rasa bahawa perkara yang saya bakal lakukan ini adalah terlalupantas.            Tetapi saya tidak mahuterus memendam perasaan saya lagi. Saya akui yang kita memang tiada apa-apahubungan. Bahkan pernah rapat sebelum ni. Kita berdua hanya saling berbualkosong. Saya amat menjaga adab ketika bercakap dengan awak. Awak adalah tunangabang saya. Tetapi memandangkan awak sudah solo, saya ingin kita berdua…”

            Hilmangaru kening. Teragak-agak hendak menyatakan tujuan sebenarnya.

            Ashamengerutkan dahi.

            “Apayang awak cuba katakan?” soal Asha.

            “Kalauawak setuju, saya nak kita berdua pergi ke tahap yang lebih serius,” kiasHilman.

            Ashatergelak.

            “Sayatak faham, Hilman,” balas Asha.

            “Andaikata awak sudah bersedia, saya ingin hantar rombongan merisik awak. Asha Hasna,izinkan saya mengucap lafaz akad nikah dengan nama awak? Tetapi jika awak masihbelum ready, tidak mengapa. Ambillahseberapa banyak masa yang awak perlukan. Dalam pada masa yang sama, saya harapagar kita dapat mengenali diri masing-masing secara lebih mendalam lagi.”

            Hilmanmenghela nafas lega.

            “Aw…awak…”

            “Jadizaujah saya?” lamar Hilman.

            Ashatergamam. Telefon bimbit serta-merta terlepas daripada genggamannya laluterhempas ke tanah. Dia kelu.   

 

Previous: 5 - 2
Next: 6 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.