Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
181,783
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Terima kasih bang,” ada yang ucap terima kasih. Kemudian kedengaran beberapa yang lain turut ucap terima kasih. Si lelaki bertopi tersenyum. Memancarkan lesung pipitnya. Manis senyuman yang menampakkan giginya yang rata itu. Tapi Bella renung lelaki itu seperti mahu dimakan.

“Sama-sama. Maaflah saya nak cepat,” ujarnya menghalakan lagi senyuman berlesung pipitnya kepada mereka. Bella sedikit terkesima melihat senyuman itu. Kenapa senyum itu seperti dia pernah lihat? Tapi di mana? Bella cuba mengingat namun gagal. Tapi senyum itu?

“Tak apa bang. Lain kali kalau nak cepat boleh belanja kami lagi,” ada pula yang kata begitu.  Kedengaran ketawa yang lain. Lelaki itu hanya tergelak. Matanya lekat pada Bella. Bella kini menggigit bibir geram. Biar betul. Mudahnya lelaki diva itu beli jiwa mereka ini dengan duit. Bella mendengus. Dia mahu berkata lagi tetapi terbantut bila lelaki itu merenung Bella dengan senyum sinis. Bella mengeleng-ngeleng. Sungguh dia tidak percaya apa yang berlaku. Melihatkan Bella tidak berkata apa-apa lelaki itu terus melangkah untuk berlalu. Namun Bella menghalang lagi. Dia depangkan tangannya pula. Bella masih tidak puas hati. Dan fakta lelaki itu beli jiwa mereka yang beratur dengan duit buat Bella rasa lebih marah. Lelaki itu ingat duit dia boleh beli semua kah? 

“Tak habis lagi ke?” soalnya pada Bella dengan nada mengejek. Matanya masih pada wajah polos Bella. Bahkan memerhati segenap wajah gadis itu sebelum berhenti pada mulut Bella. Dia sedikit tersenyum. Ada tahi lalat di atas bibir. Orang kata ada tahi lalat di bibir ini mulut pasti berbisa kalau tidak pun jenis suka bercakap. Nampaknya memang betul. Baru sahaja berjumpa tapi sejak tadi gadis itu memang tak habis-habis bahasakan dia. Bella pula yang mahu berkata sesuatu terbantut. Mulutnya seperti dikunci bila mata lelaki itu pada bibirnya.  Senyum-senyum pulak tu. Terus Bella rasa tidak selesa lagi. Bella ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terkeluar apa-apa. Tiba-tiba mata lelaki itu naik semula ke wajah Bella.

“Dah habis renung muka saya?” tanyanya, “Baguslah. Selamat tinggal.” ujarnya senyum sinis. Dia mahu berlalu tetapi Bella masih mahu menghalangnya. Lelaki bertopi itu hela nafas bosan. Perempuan ni dah kenapa? desis hatinya geram.

“Awak ni kenapa?” soalnya dengan nada bosan. Dia harus pergi dengan cepat. Dia ada hal lain malam itu. Dan gadis di hadapannya itu telah melengahkannya. Nampaknya gadis itu seperti tidak mahu lepaskan dia. Dia tiada pilihan. Dia perlu bertindak segera. Hanya satu cara. Dia tersengeh. Teruja dengan apa yang bermain dalam fikirannya saat itu. Dia memandang gadis itu ke atas dan ke bawah sambil senyum sinis. Gadis itu hanyalah berangka kecil tidak berapa tinggi dan juga agak kurus pada pemerhatian lelaki itu. Nanti kau. Masih degil macam tempohari, desis hati lelaki itu.

“Kenapa pulak awak sengeh-sengeh ni?” soal Bella geram bila melihat lelaki itu tersengeh dengan gigi rata dan putihnya itu. Senyuman yang seperti pernah dilihat oleh Bella sebelum ini tetapi dia tidak pasti di mana.

“Pegangkan ni kejap dik,” ujar lelaki itu kepada gadis pemilik gerai di situ. Gadis itu mengambil bungkusan dari lelaki itu. Bella kehairanan. 

“Kenapa pula ni?” soal Bella hairan pada lelaki itu. Lelaki itu buat muka selamba lantas menghampiri Bella. Wajah Bella direnungnya.

“Tiada apa...cuma..” ujarnya dengan ayat terhenti. Tiba-tiba pinggang Bella terasa hangat. Bella terpempan. Ada tangan kekar mencengkam di tepi pinggangnya. Bella mahu protes tetapi secepat kilat Bella rasa tubuhnya terangkat. Sedar-sedar dia sudah beralih tempat. 

“Cuma ini sahaja, Bella,” katanya. Dia mencuit hidung Bella sebelum mengambil bungkusannya dari gadis pemilik gerai. Kemudian dia mengenyit mata pada Bella yang terkesima lantas berlalu pergi.

“Bella?” Bella rasa seperti mahu terjatuh di situ bila sedar namanya disebut lelaki tadi. Bila Bella mulai sedar apa yang berlaku, lelaki itu sudah lama berlalu. Bella hanya dapat lihat tubuh tegap itu hilang dari pandangan di celah-celah orang ramai. Jelas lelaki itu telah memegang pinggangnya dan mengalih dia ke tepi tadi.  Dia angkat aku? Desis hati Bella. Dia angkat aku??  Bella rasa mahu tepuk dahi seperti tidak percaya. Rasa hangat di pinggangnya masih bersisa. Cengkaman jitu masih terasa di pinggang. Hangat dan pelik rasa serentak. Detak di jantung pula seolah laju semacam. Dan ada satu lagi yang tak masuk akal. Dia panggil nama aku? Bagaimana dia tahu nama aku Bella? Ada tulis kat dahi aku ke? Tidak kan? Tapi bagaimana dia tahu nama aku Bella?  Luah Bella geram cuba menahan getaran di dada. 

Bella serta merta ingat senyuman berlesung pipit itu. Senyuman itu seperti pernah dia lihat. Siapa? Lama Bella termenung di situ. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Senyum berlesung pipit itu. “Masuk!” suruhan seorang lelaki dari sebuah kereta mewah sebulan yang lepas menggamit memori. Bella terlopong lantas menutup mulutnya dengan tangan. Bella rasa seperti mahu menjerit bila memorinya mula mengingatkan dia siapa lelaki itu. Itulah lelaki yang tarik dia masuk ke dalam kereta mewahnya sebulan lepas. Itulah lelaki tadi. Itulah lelaki dalam kereta mewah itu. Allahu akbar. Mengapa dia tidak perasan tadi? 

“Kak ok tak?” tanya gadis pemilik gerai itu kepada Bella yang kelihatan masih terkejut. Dia saksi lelaki itu mengangkat Bella tadi. Dia pun turut terkejut. Sado dan spontan betul lelaki itu. Selamba sahaja dia mengangkat Bella di pinggangnya yang ramping. Bella mengeleng-ngeleng. Soalan apakah itu? Dah tentu dia tidak ok! Dia diangkat sesuka hati oleh lelaki tadi. Sudahlah begitu gadis itu benarkan lelaki itu potong barisan. Itu yang Bella paling marah. Jelingan tajam diberikan kepada gadis pemilik gerai itu. Gadis pemilik gerai itu tersentak.

“Akak jangan marah. Nah...saya bagi burung puyuh ini untuk akak macam biasa,” ujarnya lantas memberikan Bella satu plastik sederhana burung puyuh. Percuma sebab telah pun dibayar oleh lelaki tadi.  

“Kamu melampau tau. Bagi orang tu potong barisan,” rungut Bella kepada gadis pemilik gerai itu.

“Sebenarnya dia pesan dari siang lagi. Dia hanya datang ambil sahaja, kak. Maaflah kak saya buat akak salah faham,” terang gadis itu. Bella terdiam. 

“Kenapa tak cakap dari tadi?” soal Bella.

“Saya nak beritahu tapi akak tak bagi saya bercakap tadi,” tempelak gadis itu. Bella hanya terdiam. Dia sepatutnya dengar penjelasan gadis itu tadi. Jelas, dia sudah salah faham. Tapi, lelaki itupun satu. Sengaja biarkan dia salah faham dan paling dia tak boleh terima lelaki itu sudah tahu siapa dia tapi sengaja biarkan Bella memarahi dia begitu. Malunya bila seperti tidak mengenang budi melayan kasar orang yang pernah menyelamatkannya dulu. Bella rasa malu. Sungguh dia rasa malu. Kalau lelaki itu maklumkan siapa dia pasti Bella tidak sekasar itu. Menyesal pula Bella rasa.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.