Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
105,271
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Tahniah Nan,” ucap Eziwan sambil menghulurkan tangannya.

“Thanks Ez.” Hasnan menyambutnya dengan senyuman melebar. “Kalau kau tak yakinkan papa tadi mesti papa tak bagi punya.”

“Aku cakap benda yang betul aje. Okeylah Nan aku masuk bilik aku dulu,” Eziwan menepuk bahu Hasnan sebelum masuk kedalam biliknya yang terletak berdepan dengan bilik Hasnan.

Sebaik kakinya melangkah masuk handphone miliknya berdering dan tertera nama walid di skrin LCD.

“Assalamualaikum, walid.”

“Waalaikumusalam. Ez apa khabar nak?”

“Baik Alhamdulillah. Walid dengan umi macam mana, sihat?” tanya Eziwan sambil menarik kerusi untuk duduk. Fail di tangan diletakkan di atas meja.

“Kami kat sini pun sihat-sihat aje. Ni….walid telefon ni sebab nak beritahu yang hujung minggu ni Haji Daim nak adakan kenduri doa selamat dengan tahlil sekali. Kamu balik ya,” jelas Haji Yahya di dalam talian.

Eziwan terdiam seketika. Dia tiba-tiba terkenangkan Khyrulhydza. Tak sangka dah masuk tahun ke-4 ketiadaannya. Terasa sekejap masa berlalu. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu.

“Insya-ALLAH, Ez akan datang, walid. Kirim salam Ez pada umi dan semua ya. Assalamualaikum,” Eziwan memberi salam sebelum mematikan talian.

Eziwan bangun dari kerusinya. Dia berdiri dihadapan cermin dan memandang keluar. Jauh benar dia termenung. Mengingatkan kembali pertemuan pertamanya dengan Khyrulhydza membuatkan bibirnya terukir senyuman tanpa dipaksa. Saat itu dia rasakan dia lah lelaki yang bertuah kerana dapat bertemu dengan seorang bidadari yang cantik sekali.


“Opss….sorry!” dalam keadaan kelam-kabut untuk mendaftarkan diri di sekolah baru tiba-tiba Khyrulhydza terlanggar seseorang.

“Kena langgar seribu kali pun saya sanggup kalau bidadari yang secantik ini melanggarnya,” Eziwan mengenyitkan sebelah matanya sebelum berlalu meninggalkan pejabat sekolah.

Khyrulhydza tergamam dengan kata-kata pelajar lelaki tadi. Dia memandang kelibat pelajar itu sehingga hilang dari pandangan matanya.

Sementara itu hati Eziwan berbunga gembira. Bayangan gadis tadi masih bermain-main di anak matanya. Sebelum ini dia tak pernah nampak gadis itu. Mungkin pelajar baru. Wow!...menarik tu kalau benar. Ada peluang untuk dia mengurat nanti. Eziwan mula memasang angannya.

Cikgu Farah masih belum masuk lagi. Apa lagi kelas makin bisinglah dengan suara-suara pelajar lelaki mahupun perempuan. Sama naik saja. Tapi tiba-tiba kelas menjadi senyap sunyi dan macam lipas kudung semua berlari ke tempat masing-masing tatkala pelajar yang ditugaskan menjadi pengawal menjerit bila saja dia nampak kelibat cikgu Farah yang berjalan menuju ke kelas mereka.

Pabila cikgu Farah melangkah dan dibelakangnya turut mengekori seorang pelajar perempuan. Pelajar lelaki mula tersenyum, tersengih padanya. Ada yang membetulkan kolar, ada yang memperkemaskan tali pinggang dan ada juga yang menyisir rambut supaya kemas.

“Kelas!….hari ini kita ada kawan baru. Khyrulhydza sila kenalkan diri anda?” pinta Cikgu Farah pada Khyrulhydza yang berada disebelahnya.

“Assalamualaikum. Nama saya Khyrulhydza Binti Haji Daim. Tapi semua boleh panggil saya Ekhi aje,” dengan jelas Khyrulhydza memperkenalkan dirinya. Gugup juga bila semua mata memandangnya.

“Ekhi,” nama itu terkeluar dari mulut Eziwan yang duduk di barisan belakang kelas. Itulah gadis yang terlanggarnya tadi. Rupa-rupanya mereka sekelas. Cantik, ini peluang terbaik.

“Okey Khyrulhydza kamu boleh duduk di sebelah Laili,” ujar Cikgu Farah sambil menunjukkan tempat yang disebut tadi.

“Mmmm…..masih kosong ke?” tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang duduk selang 3 meja dari Eziwan menyoal. Eziwan menjeling geram. Ada jugak orang nak potong jalan. Tak boleh jadi ni.

“Amboi-amboi kamu ni Faiz tak ada soalan lain ke kamu nak tanya?” sindir cikgu Farah sambil diiringi dengan gelak lucu dari pelajar lain.

“Apa salahnya cikgu. Saya mewakili rakan-rakan saya yang lain ni. Dia orang nak tanya malu-malu kucing. Saya ni yang macholah kena tanyakan,” jawab Faiz dengan selamba.

Jawapan Faiz yang selamba di sambut dengan deraian tawa oleh rakan-rakan yang lain. Cikgu Farah mengeleng dengan kenakalan pelajarnya. Khyrulhydza menunduk malu.

“Tak kan malu kot!” rakan sebelah Faiz pulak mengusik.

“Sudah-sudah tu. Soalan-soalan yang tak berkaitan dengan matapelajaran hari ini simpan dulu. Sekarang ni bukak buku teks Sains kamu semua. Kita sambung pelajaran minggu lalu,” ujar cikgu Farah yang tidak mahu terus melayan kerenah pelajarnya.

“Khyrulhydza, awak ambil tempat awak,” kata cikgu Farah lagi.

Khyrulhydza mengangguk sambil melangkah menghampiri kerusi kosong disebelah seorang pelajar perempuan.

“Hai, saya Laili. Duduklah,” lawa Laili ramah. Khyrulhydza mengangguk sambil tersenyum.

‘Ya ALLAH, dia duduk kat depan aku. Syukur Alhamdulillah,’ hati Eziwan berbunga gembira.

Eziwan dan Fauzi berdehum dibelakang sambil mereka memperkemaskan rambut masing-masing. Laili yang mendengar hanya mengeleng-geleng. Didekatkan mukanya ke tepi telinga Khyrulhydza.

“Ekhi jangan layan mamat dua ekor kat belakang tu. Dia orang ni romeo kat sekolah ni,” bisik Laili dekat ditelinga Khyrulhydza.

Khyrulhydza yang mendengar hanya mengangguk.. Dia tak berani untuk menoleh kebelakang kerana Cikgu Farah sudah memulakan pengajarannya dihadapan. Memandangkan abah sudah pencen jadi abah bercadang untuk bermastautin dikampung halamannya. Sebab itu dia dan Nur Hakimi, adik bongsunya kena ditukarkan sekolah di kawasan kampung Ampang Pechah ini.

Sementara abang long menuntut di UPSI dan kini dalam tahun akhir. Selepas ni abang long bakal bergelar ‘Cikgu Badrul’. Namun dia pula bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar. Sebab itu dia kini mengikuti aliran Sains.

“Sayang…..” sepasang tangan sedang merangkul pinggang Eziwan dari belakang. Rangkulan itu mengejutkan Eziwan dari lamunan panjangnya.

Pantas Eziwan menoleh kebelakang. “Lyn….” Eziwan sedikit terkejut dengan kemunculan Linda yang tiba-tiba.

“Apa yang sayang menung sampaikan baby panggil pun tak dengar,” lunak suara Linda sambil masih memeluk pinggang Eziwan seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

“Lyn…please,” Eziwan memegang tangan Linda yang masih merangkul pinggangnya. Diregangkan pelukkan itu. Biarpun mereka sudah bertunang namun Eziwan tidak selesa dengan kemanjaan Linda yang dirasakan tak manis. Lebih-lebih lagi mereka kini berada di pejabat. Nanti apa kata staf kalau nampak mereka dalam keadaan sebegitu.

“Kenapa ni sayang. Kalau ada masalah kongsilah,” Linda mengusap pipi Eziwan yang sudah kembali duduk dikerusinya. Linda bertenggek di gigi meja Eziwan.

“Tak ada apa-apa. Saja rehatkan otak ni kejap. Mmm…..kenapa Lyn datang ni?.”

Linda menunjukkan jam tangannya pada Eziwan. “It’s lunch time sayang. Baby dah lapar ni. Jom temankan Baby lunch. Kita pergi Pavillion okay. Baby ada barang nak beli sekali.”

“Kenapa jauh sangat nak pergi lunch. Kat area sini ajelah kita lunch. Ez ada banyak kerja nak siapkan ni,” Eziwan memberikan alasan.

“Alah barang yang Baby nak beli ni ada jual kat Pavillion aje lah sayang. Pleasesayang….” Linda buat muka merajuk. Geram bila permintaannya ditolak mentah-mentah. Lebih-lebih lagi yang menolaknya adalah tunangnya sendiri.

Eziwan mengeluh dengan kerenah tunangnya yang seorang ini. Usia pertunangan mereka pun hampir mencecah setahun.Namun sikap manja Linda masih tidak berubah. Eziwan menghela nafas rimas. Ada tikanya dia merasakan mereka berdua tidak serasi. Memang mereka rapat sewaktu dia menuntut di London yang mana kebetulan Linda juga belajar di sana dalam jurusan yang kebetulan sama dengannya. Jadi mereka banyak menghabiskan masa belajar bersama-sama.

Namun dia tidak menyangka hubungan rapat itu telah membibitkan perasaan cinta di hati Linda untuknya. Perasaan cinta itu diluahkan padanya oleh Linda dihadapan dato Nor Azizi dan isteri sewaktu mereka meraikan hari ulangtahun kelahiran Linda 2 tahun yang lalu.

Dato Nor Azizi yang suka dengan hubungan ini langsung tidak membantah. Malah meminta dia menyegerakan rombongan meminang Linda. Kerana rasa terhutang budi di atas jasa dato Nor Azizi menampung pengajiannya selama ini dan juga merasakan inilah masanya dia memulakan hidup baru. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menerima Linda hadir dalam hidupnya.

“Sayang….tengok tu dia mengelamun lagi,” rungut Linda yang sudah menarik muncung panjang.

Sorry. Ez tak sengaja. Okay kita pergi Pivillion macam yang you nak. Tapi jangan lama sangat, Ez ada meeting petang ni dengan uncle kat Putrajaya. Okay?” akhirnya Eziwan mengalah dan mengikut kehendak Linda.

Senyuman kemenangan terukir dibibir Linda. “Sayangggg….Ez,” terus Linda meraih lengan Eziwan sebaik Eziwan bangun dari duduknya.

“Mmm….sebelum I terlupa hujung minggu ni I nak balik kampung.”

Linda mengangkat keningnya. “Balik kampung?.”

“Haah….abah ada buat kenduri doa selamat dengan tahlil sekali,” jawab Eziwan ringkas sambil memperkemaskan blazer yang dipakainya.

Linda mengangguk faham. Dia tahu ‘Abah’ yang dimaksudkan oleh Eziwan adalah bekas ayah mertua Eziwan.

“You nak ikut ke?” tanya Eziwan.

“Keluarga x-mertua sayang tak kisah ke kalau baby datang?” jawab Linda dengan soalan jugak. Dia pernah diperkenalkan dengan keluarga arwah isteri Eziwan. Namun dia tahu mereka agak sukar untuk menerima dirinya sebagai pengganti anak mereka itu.

“Lyn….apa yang Lyn cakap ni. Mereka okaylah. I tak paksa kalau you tak nak ikut.”

“Bukan I tak nak ikut you balik kampung sayang. Tapi I rimaslah bila x-mertua you atau orang kampung pandang I semacam aje. Macamlah I ni makhluk asing,” rungut Linda.

Eziwan yang mendengar ketawa lucu. Linda mengerutkan dahinya.

“Kenapa you gelakkan I pulak?. Lucu ke apa yang I cakapkan tadi?” soal Linda tidak puas hati.

“I gelak bukan apa. Tapi cuba you ingat balik masa I bawak you balik kampung I dulu. Pakaian yang you pakai tu terlalu daring. Manalah tak terbeliak mata dia orang tu pandang you. I kan dah cakap pakai sopan-sopan sikit,” bidas Eziwan yang masih tersenyum-senyum.

Linda menarik muka. “Ala….tu dulu. Sekarang I dah kurangkan keseksian I ni. Semuanya sebab you tau,” Linda membela dirinya. Dia akui dulu dia gemar memakai pakaian yang menjolok mata. Siapa saja yang melihat terutama kaum Adam pasti akan terkeluar bijik mata bila melihat lenggok tubuhnya yang meliurkan. Tapi sejak dia bertunang dengan Eziwan, dia sudah mula berjinak-jinak dengan pakaian yang lebih sopan sikit. Namun untuk bertudung litup rasanya belum sampai seru lagi.

“Jangan buat sesuatu itu kerana I, Lyn. Buat sebab you nak lakukannya. So you nak ikut tak I balik kampung ni?”

“Mmmm….nantilah Baby bagi jawapan. Sekarang ni jom kita pergi. Nanti lewat pulak sayang nak pergi meeting dengan papa,” terus Linda menarik tangan Eziwan agar mengikut langkahnya.

Sebaik mereka melangkah keluar dari bilik Eziwan, mereka berdua terserempak dengan Hasnan yang kebetulan ingin berjumpa dengan Eziwan.

“You all nak ke mana ni?.”

“Ke mana lagi bang, kan sekarang ni waktu lunch,” sindir Linda. Geram bila laluannya dihalang.

Hasnan tersengih dengan kealpaannya. Sibuk benar dengan kerja sehingga terlupa waktu makan.

“You nak join ke Nan?” lawa Eziwan.

Not thing so. Dia ada date dengan I,” tiba-tiba Mysara muncul dari belakang Hasnan.

Mereka bertiga serentak memandang Mysara yang terus saja merangkul lengan Hasnan mesra tanpa ada segan silu.

“Kita ada date?” soal Hasnan yang keliru. Setahunya dia tak ada lunch appointment dengan Mysara hari ini.

Mysara menarik muka masam. “Dah lupalah tu. Mummy kan suruh kita cari cincin tunang. Mummy dah buat appointment dengan kawan dia yang ada kedai emas kat KLCC hari ni,” jelas Mysara geram.

“Sara….kan kita dah bincang soal ni dulu. Biarlah Ez dengan Lyn lepas dulu. Lepas tu barulah kita bincang soal kita,” ujar Hasnan perlahan.

“Alah sayang….apa salahnya kalau kita bertunang dulu macam dia orang berdua ni. Sekurang-kurangnya kita dah ada ikatan. Perempuan gedik kat luar sana dah tak boleh tackle you lagi,” sinis Mysara menyindir Hasnan. Sakit hatinya bila ada perempuan-perempuan miang yang cuba mengoda Hasnan diluar pengetahuannya.

Hasnan mengeleng-geleng. “Kesitu pulak you ni.”

Stop….stop….stop…..kalau you berdua nak bertekak silakan. I dengan Ez belah dulu. See you both,” terus saja Linda menarik tangan Eziwan.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.