Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
105,304
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

“Abang...Ekhi takut,” Khyrulhydza memeluk erat badan suaminya. Perjalanan bot yang menuju ke Jeti Merang yang pada mulanya lancar sedikit terganggu bila tiba-tiba ombak bergelora. Awan dilangit juga tiba-tiba bertukar gelap. Keadaan ini membuatkan perasaan Khyrulhydza semakin cemas.

“Abang…”

“Abang ada kat sini. Kejap lagi kita sampai kat Jeti. Insya-ALLAH sayang, kita akan selamat,” Eziwan memberikan kata semangat biarpun dia sendiri didalam hati amat bimbang dengan keadaan mereka yang tika ini terumbang ambing didalam bot yang teruk dipukul ombak yang mula menganas.

Pelukan Eziwan semakin erat bila melihat Khyrulhydza mengigil, mungkin kerana kesejukkan mahupun ketakutan. Saat melihat seorang pekerja bot sedang menimba air yang memasuki bahagian dalam bot, Eziwan ingin bangun untuk membantu.

“Abang nak kemana?,” tanya Khyrulhydza cemas. Dia tidak mahu berenggang dengan suami dalam keadaan begini.

“Abang nak tolong dia. Kalau dibiarkan air masuk ke dalam bot, kita semua boleh tenggelam sayang,” jelas Eziwan sambil mengesat muka yang kena tempias air hujan.

“Tapi Ekhi takut,” air mata sudah lencun membasahi pipi Khyrulhydza. Ketakutan sudah menguasai dirinya.

“Sayang duduk sini. Abang tak pergi lama,” Eziwan memegang kedua belah bahu Khyrulhydza. Dia cuba menenangkan Khyrulhydza.

Please…Ekhi takut,” kata Khyrulhydza sambil mengeleng-geleng. Lengan Eziwan di genggam erat.

“Sayang dengar ni, sayang duduk sini. Abang pergi kejap aje. Okey,” pujuk Eziwan lagi.

Dalam keadaan terpaksa Khyrulhydza mengangguk lemah. Dia melihat Eziwan membantu menimba air yang mula memasuki ruang penumpang. Ada beberapa orang penumpang yang turut bersama mereka kelihatan takut sama sepertinya. Tiba-tiba bot mereka di pukul oleh ombak yang besar. Ada yang terjatuh meyembah lantai bot. Khyrulhydza yang turut sama terjatuh cuba bangun kembali. Di pandang sekeliling untuk mencari kelibat Eziwan. Hatinya semakin cemas bila kelibat Eziwan tidak kelihatan dimatanya.

“Abang!......” dalam cemas Khyrulhydza menjerit memanggil Eziwan. Khyrulhydza cuba bangun untuk mencari Eziwan. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

“Sayang!....” sayup-sayup kedengaran suara Eziwan.

“Abang!....” jerit Khyrulhydza saat matanya memandang kelibat Eziwan.Dahi Eziwan kelihatan berdarah. Mungkin terhantuk didinding bot akibat daripada pukulan ombak besar tadi.

Khyrulhydza cuba melangkah untuk mendapatkan Eziwan. Namun tanpa sedar sekali lagi ombak besar menerjah bot mereka dan kali ini Khyrulhydza tidak mampu untuk mengimbangi badannya dan dia terjatuh ke dalam laut yang sedang menganas. Terkapai-kapai dia cuba mengapungkan dirinya. Namun amukkan laut semakin melemahkan dirinya.

“Ekhi!......” Eziwan cemas saat melihat Khyrulhydza terjatuh ke dalam laut. Dia ingin terjun untuk menyelamatkan isterinya, namun dirinya di halang oleh beberapa orang yang berhampiran dengannya.

“Lepaskan!. Saya nak selamatkan isteri saya,” Eziwan terus meronta. Namun rontaannya tidak dihiraukan.

“Jangan encik. Nanti encik jugak dihanyutkan,” salah seorang dari mereka berkata.

“Lepaskan saya!. Isteri saya…” Eziwan terus meronta untuk dilepaskan.

“Ekhi……Ekhi…..” seperti orang hilang akal Eziwan terus menjerit memanggil nama Khyrulhydza.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.