Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 62

Razif masih tercari-cari bilik yang Azeem maksudkan. Dia mahu segera bertemu dengan adik dan mengetahui keadaannya. Dia perlu memastikannya sendiri dan dengan cara itu barulah dia puas hati.

“Assalammualaikum.” tutur satu suara yang sangat dikenali keduanya. Wajah Razif muncul di sebalik pintu dengan riak bimbang bercampur kecewa.

“Waalaikumussalam…” balas Dian perlahan menyedari ketepatan telahannya tadi, sedang Azeem mula berasa lega.

Serentak dengan itu dia membebaskan kedua-dua belah tangan Dian. Lega kerana akhirnya dia sudah dapat untuk bernafas semula bila diri hampir tertewas pada rayuan Dian seketika tadi. Tugasnya kini selesai dan Razif akan menjalankan kewajibannya dalam menasihati dan meyakinkan Dian. Dia sangat berharap Razif berjaya mencairkan tembok waja yang kukuh terbina dihati Dian kerana Dian sangat menghormati abangnya itu.

“Abang…” tutur Dian perlahan setelah sedar dia takkan mampu untuk mengelak lagi dan kini dia bersedia utuk dimarahi. Sudah lama dia berahsia tapi akhirnya rahsia itu terbongkar juga dek kerana sumbangan Abang Azeem yang bertindak sebarangan.

“Adik, kenapa Adik buat macam ni? Kenapa adik sanggup tanggung semua ni sorang-sorang? Kenapa adik rahsiakan perkara ni daripada abang? Adik buat abang rasa tak berguna. Abang betul-betul kecewa.” tutur Razif menyatakan kekesalannya sebelum tubuh Dian hilang di dalam pelukannya.

“Adik minta maaf. Adik bukan sengaja nak rahsiakan daripada abang. Adik cuma rasa tak pentingpun abang tahu tentang hal ni sebab adik dah redha untuk terima semuanya. Kita kan wajib bersyukur dengan segala yang Allah beri.” balas Dian dalam sendu yang cuba untuk ditahan. Dia tak mahu abangnya itu menyalahkan diri kerana itu adalah pilihannya sendiri.

Di bahagia dengan pilihannya itu, malah lebih bahagia jika dibandingkan dengan kehidupannya dulu. Hatinya tenang dan dadanya lapang. Sudah cukup baginya hidup dengan ditemani kenangan-kenangan bersama ummi yang tersimpan kemas di sanubari dan dia dah tak mahu meminta apa-apa lagi.

“Adik kata tak penting? Maksud adik, hidup adik tak penting bagi abang? Kenapa Adik cakap macam ni?”

“ Adik, kita hanya tinggal berdua sekarang. Abang hanya ada seorang adik kat dunia ni, amanah ummi dengan abi pada abang, tapi adik cakap semua tu tak penting?” tutur Razif kecewa sambil meleraikan pelukannya sebelum wajah adik tunggalnya itu ditatap pula.

Sedikit sebanyak kekecewaannya terubat tadkala menatap wajah itu. Wajah yang saling tak tumpah dengan wajah ummi, malah perjalanan hidupnya juga dilihat seakan-akan sama, penuh dengan onak duri. Kedua-dua wanita kesayangannya itu pernah merana angkara lelaki-lelaki yang terlalu mengikut perasaan sendiri. Serentak air mata yang bergenangan menuruni lekuk pipi.

“Adik tolong abang ya. Tolong jangan bagi abang terus rasa bersalah lagi. Mungkin dulu memang abang tak mampu nak lindungi adik dengan ummi, tapi sekarang abang dah boleh buat semua tu.”

“Kalau abi dengan ummi tahu abang tak jaga adik, mesti mereka sedih. Kita buat rawatan ya. Abang ada, abang boleh temankan adik.” pujuk Razif sambil menggenggam kuat tangan Dian.

Sukar untuk dia menggambarkan perasannya saat itu. Memang dia kesal dengan tindakan Dian, tapi Dian ada alasannya sendiri dan adikya itu dah tak mahu melihat dunia lagi. Tanpa dia sedari, kesedihannya semakin galak merebak di hati dan setitis demi setitis airmatanya singgah di tangan Dian, adik yang dikasihi. Esakan kecilnya itu turut sama memilukan hati Dian yang mendengarnya. Kini dia sedar, dia telah mengecewakan hati seorang abang yang sangat mengambil berat perihalnya.

“Abang janganlah nangis. Adik minta maaf, memang salah adik pun. Adik betul-betul minta maaf.” balasnya sayu sebelum sama-sama menangisi perjalanan kehidupan selama ini.

Azeem yang melihat sejak tadi, turut sama berkongsi duka. Serentak air mata yang membasahi pipi diseka sebelum segera dia beredar daripada situ. Dia malu pada diri sendiri. Malu kerana dia gagal melindungi Dian selama ini.

Setelah beberapa langkah, dia bertembung dengan opah yang baru tiba bersama dengan Sofia. Sofia yang selesa berada dalam dukungan opah tersenyum bahagia dan melambai-lambai gembira tadkala melihat kearahnya.

“Dian mana? Dian?” soal opah, segera mahu menemui cucu menantunya itu.

“Dian ada kat dalam, Razif pun dah sampai. Opah pergilah tengok dia, bawa Sofia sekali.” balasnya. Sempat dia mengusap dan mengucup pipi anak kesayangannya itu, sebelum dia berlalu dalam keadaan yang terhincut-hincut.

“Azeem nak ke mana pulak tu? Kenapa tak masuk sekali?” soal opah bila melihat Azeem yang sudah mula melangkah.

“Azeem?” balasnya tak pasti.

“Takpalah, opah masuklah dulu jumpa Dian. Bagi Dian jumpa dengan Sofia.” tuturnya perlahan sebelum meneruskan perjalanan.

“Assalammuaikum.” tutur opah sambil maju ke arah kedua-duanya.

“Waalaikumussalam.” balas Razif dan Dian serentak. Razif segara menghulurkan salam tanda hormat pada insan yang sudah begitu lama tidak ditemuinya itu. Memang sudah lama berlalu, namun wajah opah tetap tak banyak berubah, kurang lebih, masih sama macam waktu dulu.

“Allahhuakbar, alhamdulillah, Allah dengar doa opah selama ini.” balasnya sambil menggenggam erat tangan Razif. Dia gembira kerana dipertemukan semula dengan cucu-cucunya itu setelah sekian lama dia menunggu.

“Dian, ni opah ni. Opah yang selalu beri duit saku pada Dian masa Dian kecil dulu. Dian ingat lagi kan? Ini opah Dian.”

“Kenapa Dian tak beritahu opah Dian anak ummi?” tutur opah sebelum mendakap Dian erat. Dian hanya terpaku kerana tak mampu untuk menjawap soalan itu.

“Dian tengok opah bawa siapa sekali dengan opah ni.” tambahnya lagi sambil meraih tangan Dian dan meletakkannya ke pipi Sofia namun Dian tetap tak memberikan sebarang tindak balas sedang semua mata telah tertumpu kearahnya.

“Ummi…” tutur Sofia lancar. Dian pantas tersedar dan serentak dengan itu air matanya jatuh berlinangan. Segera dia mengucupi wajah puterinya itu sebelum memeluknya erat. Kelemahannya yang paling utama, anak yang sentiasa diingati sepanjang masa. Walaupun dia berusaha untuk menidakkannya, tapi sampai bila-bila Sofia akan mendapat tempat yang teristimewa di hatinya.

“Maafkan ummi. Ummi minta maaf.” ucapnya sayu. Tunas rasa sayangnya pada Sofia kembali bercambah sebelum memenuhi segenap ruang hati. Sungguhpun sudah cuba untuk menanam perasaan itu, namun ianya muncul semula tanpa perlu dipaksa.

Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.