Home Novel Cinta Tawan Hatinya!
Tawan Hatinya!
Nana Riana
7/11/2016 11:06:29
10,434
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

KEADAAAN rumah agam pada waktu malam itu sungguh meriah sekali. Ramai tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke acara majlis ulang tahun Tuan Zainal. Dia merupakan usahawan berpengaruh dan cukup terkenal di kalangan teman-teman seperniagaannya. Tetamu-tetamu yang hadir semuanya kelihatan bergaya dan kebanyakan daripada mereka adalah dari golongan berada.

Dua kenderaan jenama Lykan Hypersport dan juga Lamborghini Veneno meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah agam. Bunyi kereta yang dibrek secara mengejut membuatkan para tetamu yang berada berhampiran dengan pintu masuk rumah agam sedikit terkejut. Masing-masing mula menghalakan pandangan ke arah dua buah kenderaan mewah yang sudah berparkir di hadapan mereka.

“Siapa mereka berdua tu?” Tanya seorang wanita kepada temannya apabila melihat kelibat dua manusia keluar dari kenderaan masing-masing.

“Kacak dan bergaya.” Puji wanita lain. Pandangannya tidak lepas daripada memandang wajah dan susuk tubuh yang menarik milik dua jejaka di hadapannya. Begitu juga dengan orang lain yang berada di situ. Dua jejaka tersebut hanya tersenyum manis lalu masuk ke dalam rumah agam.

“Tok abah!” Jeritan dua jejaka itu mengejutkan Tuan Zainal yang sedang leka berbual dengan teman-teman seperniagaannya.

My grandsons!” Gembira sungguh Tuan Zainal apabila kedua-dua cucunya sudah berada di hadapannya. Dia tersenyum sambil mendepakan tangannya. Dua jejaka itu laju sahaja memeluk atuk kesayangan mereka.

“Tok abah tak sangka Danial dengan Danish sanggup datang juga ke majlis tok abah ni.” Tuan Zainal memukul lembut bahu salah seorang cucu lelakinya. Senyumannya tidak lekang di wajah tuanya.

“Mestilah! Hari ini, kan hari jadi tok abah.” Danish tersengih manakala Danial menganggukkan kepalanya.

“Selamat hari jadi tok abah.” Ucap Danial sopan.

Tersenyum hingga ke telinga Tuan Zainal. Malam ini akan menjadi malam yang sungguh meriah baginya dengan kehadiran kedua-dua cucu kesayangannya itu. Maklumlah, hanya mereka berdua sahaja cucu-cucu Tuan Zainal yang ada. Sebelum ini, Danial dan juga Danish sibuk saja ke luar negara dengan urusan masing-masing. Entah apa sahaja urusan mereka berdua di sana. Tetapi, tidak sangka pula malam ini mereka berdua datang meraikan hari jadinya.

“Jom kita ke sana. Mummy dengan Daddy kamu berdua dah tunggu tu.” Ajak Tuan Zainal. Mereka berdua mengangguk lalu mengikut Tuan Zainal ke tempat ibu bapa mereka.

Selesai acara pemotongan kek, Danial dan Danish meminta diri untuk ke halaman belakang. Tuan Zainal dan juga ibu bapa mereka berdua hanya menghantar dengan pandangan sahaja. Sesampainya mereka di halaman belakang, Danial dan Danish meliarkan pandangan mencari kelibat seseorang. Seseorang yang mereka berdua kenal dan rapat sejak kecil lagi.

“Danish, ada kau nampak dia?” Soal Danial sambil matanya meliau-liau mencari orang berkenaan.

“Aku tengah carilah ni. Dia kan dah janji nak datang ke majlis tok abah ni.” Danish bercekak pinggang sambil memusingkan kepalanya ke sekeliling kawasan tersebut. Tetamu yang ramai, menyukarkan dia dan juga Danial mencari teman mereka.

“Hoi!” Jerkah seorang gadis lantas membuatkan mereka berdua berpaling ke arahnya.

Seorang gadis yang bertubuh langsing dan tinggi. Wajah yang cantik sedia kala dan hanya memakai make up natural sahaja. Gaun labuh berwarna ungu yang dipakai olehnya pula cukup anggun dan mampu menarik perhatian kaum lelaki. Danial dan Danish tersenyum melihat orang yang berdiri di hadapan mereka. Gadis inilah yang dicari-cari sebentar tadi.

“Irene!” Serentak mereka berdua menyebut nama gadis tersebut. Gadis yang sudah lama dikenali oleh mereka berdua dan menjadi peneman mereka sejak kecil lagi.

“Cantiklah kau hari ni!” Puji Danial.

Irene tersenyum manis.

“Kau ni. Aku ingatkan kau tak datang.” Kata Danish pula.

“Aku mestilah datang. Lagipun, kau orang yang suruh aku datang, kan.” Kata Irene yang teruja melihat Danial dan juga Danish. Rindu sungguh dia dengan dua orang teman sejak kecilnya ini.

Hmmm… so, kau dah makan?” Soal Danial. Perutnya mula berkeroncong mahu diminta isi.

Irene geleng kepala.

“Kalau belum jomlah kita ke sana.” Ajak Danish. Dia sendiri pun belum mengisi perutnya lagi. Mereka bertiga menuju ke meja panjang halaman belakang. Meja panjang yang menempatkan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan menarik perhatian para tetamu.

Usai mengambil makanan, mereka bertiga mencari tempat untuk makan. Mujur masih ada meja kosong yang terletak agak jauh dari tempat meja hidangan tersebut. Kerusi ditarik lalu mereka melabuhkan punggung di tempat masing-masing. Irene duduk di bahagian tengah antara Danial dan juga Danish.

So, macam mana sebulan dekat negara orang? Okey tak? Kalau tak silap aku, korang cakap korang pergi London, kan?” Irene memulakan topiknya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut. Sebulan tanpa Danial dan juga Danish cukup membuatkan dia rindu pada mereka berdua. Tapi, ada sesuatu yang merisaukan dia dengan perangai mereka berdua itu.

“Mestilah okey! Girls dekat sana semuanya cantik-cantik dan yang paling penting seksi.” Jawab Danial sambil mengenyitkan sebelah matanya. Dia tidak berasa segan pun untuk memberitahu apa yang dirasakan sewaktu berada sebulan di kota London. Dia masih lagi terbayang-bayang dengan gadis-gadis cantik dan seksi yang bersamanya sewaktu di sana. Sempat juga dia membawa salah seorang daripada mereka ke hotel tempat penginapannya.

Irene mengeluh. Seperti yang telah dijangka olehnya. Perangai playboy yang ada pada diri Danial itu masih lagi tidak berubah.

‘Entah bila agaknya kau nak berubah,’ omel Irene dalam hati. Pandangannya beralih pula kepada temannya yang satu lagi.

‘Takkan Danish pun buat perangai juga?’ Fikir Irene.

“Kau?” Irene memandang Danish yang senyap sejak dari tadi. Danish kelihatan begitu menikmati dengan hidangannya itu. Langsung tidak mahu berpaling kearahnya.

“Sedap sangat ke makanan tu?” Soal Irene sinis. Geram bila Danish tidak melayannya.

“Danial, sepupu kau ni memang macam ni ke?” Sakit pula hatinya apabila Danish tidak mengendahkan soalannya. Danial hanya tersengih memandang Irene.

“Hoi, Danish. Kau layanlah dulu princess ni.” Danial mengetuk-ngetuk gelas milik sepupunya dengan sudu.

Irene ketawa kecil melihat gelagat Danial. ‘Macam budak-budak je,’ kata Irene di dalam hati.

Entah sejak bila Danial suka membahaskannya dengan panggilan princess. Dia suka bila Danial memanggilnya seperti itu. Tapi, panggilan itu bukannya selalu didengarnya. Hanya bila dia merajuk sahaja Danial akan memanggilnya seperti itu.

Sorry, sorry… aku lapar sangat.” Danish tersengih. Dia mengambil gelas yang berisi jus oren lalu meneguknya perlahan.

“Kau tanya apa tadi, Irene?” Tanya Danish sebaik sahaja dia selesai makan.

Irene mencebik.

“Ah, malaslah nak layan kau.” Kata Irene dengan nada merajuk.

Terkebil-kebil Danish melihat perangai Irene.

‘Dia merajuk ke?’ tanya Danish dalam hati.

“Dia tanya kau, sama ada kau okey tak dekat luar negara tu.” Beritahu Danial. ‘Habislah kau, Danish. Princess dah marah.’

“Ohh…” Danish mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.

“Aku sebenarnya tak pergi London.” Jawab Danish selamba.

Terbeliak mata Irene.

“Habis kau pergi mana?” Soal Danial sinis.

Lagi sekali Irene terkejut dengan pertanyaan Danial terhadap Danish. Tidak berkedip matanya.

“Aku sangka korang…” Belum sempat Irene menghabiskan ayatnya, Danish laju memotong.

Sorrylah sebab tak bagi tahu kau. Asalnya aku memang nak ke sana dengan kau tapi lepas tu…”

“Sampai sana kau terus hilang. Aku telefon kau tak angkat langsung. Kau pergi mana, hah?” Giliran Danial pula memotong. Irene hanya mendiamkan diri.

“Aku ke Switzerland.” Danish berterus terang.

“Switzerland?” Danial dan Irene saling berpandangan. Kerutan di dahi jelas kelihatan.

“Sebulan?” Danial meminta kepastian. Danish menganggukkan kepala.

“Apa yang kau buat dekat sana sampai sebulan, hah?” Tanya Irene setelah lama berdiam diri. Danish hanya menjongketkan bahunya lalu berdiri.

“Kau nak ke mana? Kau tak jawab lagi.” Kata Irene tidak puas hati. Danish dengan pantas mendekatkan wajahnya ke wajah Irene lalu menghadiahkan dia sebuah senyuman. Terkejut Irene. Lantas dia menjauhkan wajahnya dari Danish.

“Nanti sajalah aku bagi tahu, ya.” Dia mengeyitkan matanya. Suara Danish yang seksi itu betul-betul menggetarkan jiwa Irene.

“Ehem… Ehem!” Danial berdeham. Irene yang tersedar akan perbuatan Danish terhadapnya langsung menolak tubuh Danish menjauhi dia. Danish ketawa kecil.

“Sudahlah. Aku dah habis makan. Aku nak ke sana kejap. Kau orang berdua sambunglah bercerita.” Kata Danish lalu meninggalkan mereka berdua.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nana Riana