Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,566
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22


       AYRA ERVINA semakin berdebar kini.Jam kian pantas bergerak tanpa sedetik pun menunggunya.Bukan dia tidak biasa malam di situ tetapi , tempat yang dia sedang berdiri itu bukanlah tempat biasa dia lepak atau makan minum.Kebiasaannya tempat itu pihak homestay akan jadikan sebagai tempat untuk pasangan yang sudah berkahwin ataupun pasangan bercinta mengadakan sesi candle light dinner.

         Dari jauh Adiba dan Hartina juga makin berdebar hebat.Apakah plan mereka itu akan dapat dijayakan dengan sempurna ataupun tak ! Mereka amat berterimakasih pada pihak homestay , especially Aliza .Kerana tanpa mereka plan mereka itu tak mungkin jadi kenyataan.

        Tanpa Ayra sedari meja yang cantik , berhias indah itu untuknya ! Jam dipergelangan tangannya tidak jemu- jemu dia melihatnya.

         " Mana pulak abang Fir ni ? "

         " Babe, kau rasa plan kita ni jadi tak ? Mana Firhad ? Lewat dah ni...," rungut Hartina pula.Adiba hanya mampu menjungkitkan bahunya." Eh, tu...Tu ....Kau lihat tu !," ujar Hartina seakan teruja.Adiba juga memandang ke arah yang sama.

         Kelihatan beberapa orang ahli pemuzik jalanan menghampiri kawasan itu." Aik? Ni takda dalam plan kita babe ?," soal Adiba kehairanan." Ahahla ," sahut Hartina ralit memerhati.

          Ayra yang sedari tadi berdiri kini hampir tersedak pabila kumpulan pemuzik jalanan itu mendendangkan lagu keabadian cinta nyanyian anuar zain.Selepas itu lampu - lampu pada lilin elektrik keliling lantai itu pun bernyala.Nama Ayra love Firhad terbentuk gabungan lilin itu .

         " Wah ! Dib ! Cantikkkknyaa ! Aku rasakan ini idea..."

         " Abang Fir ! Lihat tue " 

" Ayra Ervina ! ," tegur Firhad yang hadirkan dirinya daripada kegelapan.Dia kelihatan sungguh kacak walaupun berpakaian casual.

          Ayra yang masih lagi dalam keadaan terkejut kini dikejutkan pula dengan kehadiran lelaki itu.Patutlah Adiba juga Hartina sibuk mahu menyiapkannya ! Rupa- rupanya ?

          Firhad telah pun berdiri begitu hampir dengan Ayra yang melekat kakinya itu.Entah kenapa kini kakinya seolah - olah di gam kuat .Mata Firhad bertemu dengan mata cantik milik gadis bernama Ayra! Tiada patah perkataan yang keluar ! Biarlah mata berbicara! 

          Perlahan- lahan tangannya menghulurkan jambangan bunga itu pada Ayra sambil mata keduanya masih lagi bertatapan .Irama mendayu makin membuat kedua pasangan itu makin hanyut dalam gelombang asmara.

          " Selembut bicara , sehalus sentuhan mu ...Layangan pesona...Tak mungkin ku lupa jelingan pertama....," ujar Firhad masih lagi merenung wajah itu .

           Jambangan bunga kini beralih tuan , Ayra tidak mampu untuk berbicara.Lidahnya sekelu- kelunya.Mata tajam milik Firhad itulah yang selalu membuat dirinya dalam keadaan terpukau .

           Adiba tersenyum sendirian.Hartina pula menopang dagunya atas meja menyaksikan pemandangan indah pasangan sama cantik sama padan itu.

           " Ayra! ," ujar Firhad seraya menghulurkan tangan untuk dicapai gadis itu.Tiada sebarang bantahan kini , Ayra sememangnya telah terpukau.Perlahan- lahan tangannya memaut tangan sasa milik Firhad yang masih tersenyum manis itu.

          Senyuman terukir kini di bibir Ayra, ya , dia juga inginkan suasana begitu.Dia juga inginkan belaian dan layanan sebegitu dari insan yang amat dia cintainya.Benar ! Ayra teramat merindui Firhad ! Ayra sudah tidak mampu lagi untuk membohongi dirinya lagi .Memang Firhad insan yang dia cintai kini.

          Setelah Firhad menyorong kerusi ke dalam , lelaki itu menapak dan menarik kerusi yang menghadap Ayra sebelum dia henyakkan punggungnya .

          Setelah kedua- duanya duduk saling berhadapan sambil ditemani nyalaan lilin merah yang menerangi meja itu , mereka juga dihiburkan dengan irama muzik sentimental.Alangkah romantisnya....

           Kelihatan dua orang lelaki berkot hitam dan berkemeja lengan panjang putih membawa dulang berisi makanan istimewa.Dan juga seorang wanita berkebaya sedang menuangkan air sirap ke dalam gelas milik Ayra dan diikuti Firhad pula.

           " Enjoy your meal sir ! And have a nice candle light dinner !" Ujar pelayan lelaki itu tersenyum sebelum berlalu dari meja itu .

           " Ayra , silalah ," pelawa Firhad seraya mencicip minumannya .Ayra tersenyum.Dia segan sebenarnya makan dalam keadaan indah begitu.Inilah yang pertama kalinya.Tak mungkin dia lupakan malam ini.Perlahan- lahan dia memotong stik daging bakar itu kecil- kecil sebelum di suapkan ke mulutnya.

         " Sayang....Please come back to me....I dun wanna lose you again...I can' t live without you, my darling...

You're my soul .." 

          Suapannya terhenti seketika.Ayra kini terdongak lantas beranikan dirinya melawan renungan mata itu ." Ayra, say something please....Are you still angry with what happened ? Let me explain....," rayu Firhad terus mencapai tangan itu dan di genggamnya.

          " Fir , bukan Ayra marah pada Fir tapi Ayra berasa ralat ....Sedih...Takut.....Ayra juga takut kehilangan Fir ! ," ujar Ayra ada keketaran dalam nada  suaranya kini.Jika dilihat secara dekat ,kelihatan urat- urat merah mulai memenuhi ruangan putih mata       yang kian digenangi air itu.

          Ayra cuba sedaya - upaya menahan airmatanya daripada mengalir .Terasa penuh matanya kini dengan air ." Sayang....Percayalah, Fir terlalu menyintai dan menyayangi Ayra...Fir , takkan pernah meninggalkan Ayra....Fir untuk Ayra, Ayra untuk Fir ....Ayra, biarkan Fir menjaga Ayra buat selamanya....Fir , tak pernah menyintai Reesya ! Apa yang berlaku kini semua kekhilafan Fir sendiri ....Fir hanya mahukan Ayra sebagai suri hidup Fir ! ," ujar Firhad juga menahan sebak .

           Tanpa lelaki itu sedari, Ayra terlihat ada linangan airmata yang kian menuruni pipi lelaki itu.Ayra semakin sebak .Tanpa Ayra sedari juga dia bingkas bangun lalu menyeka airmata yang kian membasahi wajah Firhad...

           " Babe! Kalau kita rakam and upload agak- agak tinggi tak rating ?," soal Adiba berjenaka.Dia tahu sahabatnya itu sedang asyik menonton drama lakonan Firhad dan Ayra ." Amboi ! Hihihi...Sure tinggi ....," sahut Hartina lalu keduanya tertawa.

          Perlahan- lahan Firhad mengeluarkan kotak kecil bersalut baldu warna merah lalu perlahan- lahan dia menolaknya mendekati Ayra .


********


        " TIDAK Firhad ! Jangan Firhad ! Kau milikku Firhad ! Kau milikkkmuuuuuuu !!!!," laung Reesya lantas bangkit dari pembaringannya.Peluh membasahi tubuhnya kini walaupun ditemani kipas buruk rumah lama itu.

        " Apa maksud mimpi aku ? Apa maksud semua ini ? Fir, kau tak boleh tinggalkan aku ! Kau tak boleh curang pada aku !! Aku cintakan kau ! Aku benar- benar cintakan kau ! Kau ingat tuh ! ," ujar Reesya menggenggam jaket hoodie nya kuat .

        " Tak boleh jadi ! Aku kena cari Firhad ! Kau tak boleh lari dari aku Firhad ! Kau adalah untuk aku ! Aku takkan benarkan perempuan- perempuan jalang itu rampas kau dari akuuu!!," bentaknya seraya mencapai pisau lipat dari atas meja lalu bermain dengan mata pisau itu .

      " Fir, anak kita tak sabar- sabar nak ketemu dengan papanya....Apa khabar anak mama ya ?," soal Reesya lantas teringatkan janin yang telah dia awetkan dalam botol atas kabinet kamar tidurnya.Walaupun hakikatnya botol itu telah musnah dan janini itu telah kedua ibubapanya semadikan .

       " Anak mama jangan nangis ....Lapar ya....kejap ya sayang ,mama bancuhkan susu ....," ujar Reesya sambil mengendong anak patung berupa bayi kecil yang dia temui dalam rumah usang itu.Patung itu kelihatan agak ngeri dengan sebelah matanya tiada dan tangan kiri juga telah tercabut , kelihatan kapas kotor sahaja .

        Reesya menggeledah ruangan itu cuba mencari sesuatu.

         " Sshh...Diam sayang! Mama tengah cari botol sayang ni ! ," ujar Reesya lembut .Namun suara tangisan bayi itu makin lama makin kuat raungannya membingitkan telinganya.

        " Hei ! Mama kata diam kan ! Diamlahh !! Kenapa degil sangat hah !! Degill ! Degill ! ," herdiknya seraya menikam- nikam perut patung bayi itu .


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.