Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,538
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

       " ARGH ! Sakitnya....," teriak seorang gadis yang terpaksa terkangkang di hadapan seorang doktor perempuan .Teriakan demi teriakan kesakitan tetapi sedikit pun tidak menebak hati kaku lelaki itu.

        " What ! No ! I said no ! This is our baby ! How could you ! ," teriak Reesya memukul- mukul dada bidang milik Firhad .

        " That 's your not mine ! Kau faham tak ! Aku ! Tak mahu anak itu ! Aku dah tolong ni pon kau harus bersyukur ! Dasar perempuan murahan! Senang serahkan segala pada lelaki seperti aku ! ," cacian seorang lelaki durjana.

         Reesya terlopong tatkala dirinya dihina sampai begitu sekali.Airmata yang mengalir diseka rakus.Lantas dia tersenyum.Oh , selama ini itulah dia ya ? Aku sekadar tempat untuk memuaskan nafsu ? Jantan tak guna ! 

        " Awak ?," soal Reesya yang kelihatan cukup lemah sekali.Dia terpaksa berjalan perlahan.Tubuhnya sedikit membongkok menahan kesakitan.Seluruh tubuh masih lagi mengigil.Tanpa dia sedari darah masih lagi meleleh di betisnya yang terdedah itu.

         Firhad yang sedari tadi ralit dengan telefon pintar jenama huawei nya kini terdongak.Tiada satu senyuman yang dia berikan pada gadis itu.Reesya telah menanam satu tekad dalam hatinya kini.

         " Lets go ! Mulai hari ini kau aku tiada apa - apa lagi.Lagipun daddy minta aku ke UK untuk sambung pengajian dalam bidang bisnes.," ujar Firhad tanpa memaling wajah pada Reesya yang membuntuti dari belakang.

         Reesya juga diam membatu .Sakit diperutnya tidak sesakit hatinya.Cinta sucinya di peralatkan begitu sahaja.Bukan salah Firhad tetapi dia.Reesya tahu siapa Firhad tetapi kerana cinta dia ikutkan jua.

       Dalam hidup diri lelaki itu dia sangat mementingkan kesempurnaan walaupun tiada manusia yang sempurna di bumi Allah ini melainkan Rasullah .Dialah Firhad Tan Sri Yusuf mr .perfectionist .

       Biarlah beribu gadis yang datang melutut sekalipun jika apa yang dia inginkan tiada tetap dia tidak peduli.Keegoannya melangit.Dan setelah apa yang telah terjadi kini , Firhad mulai menutupi hatinya untuk mana- mana perempuan.


*********


      GAMBAR itu direnung lama.Di belai permukaannya.Air matanya kini hampir mengering.Cintanya pada lelaki itu masih lagi utuh.Tak mudah untuk dia melepaskannya pergi .

      " Abang, sampai bila Reesya nak begitu ? Saya dah tak sanggup bang ...," ujar Puan Rohana menyeka airmatanya dengan hujung baju tidurnya.

      En.Rafwan tidak mampu untuk berkata apa- apa.Dia juga sedih melihat anak tunggalnya jadi begitu.Dia tidak    kenal   siapa lelaki itu ! Seandainya dia tahu ! 

      Tega benar lelaki itu    perlakukan anak gadisnya sebegitu sekali.Jika tidak bawa Reesya periksa sehingga sekarang mereka tidak mengetahui bahawa anak itu pernah melakukan penguguran haram .

      " Firhad sayang ....Aku merinduimu sayangku ....," ujarnya lantas membawa bingkai gambar kosong itu ke dadanya.Di matanya hanya ada wajah Firhad.

       Dikucup berkali dengan tiada jemu bingkai kosong itu.Lena malam- malamnya ditemani wajah Firhad.Rasa cintanya tidak pernah pudar walaupun dia di zalimi oleh lelaki itu.

       Dari jauh dia merenung pelajar kacak yang sedang bermain sepak takraw itu.Siapa yang tak kenal dengan pelajar pintar bernama Firhad.Dia cukup hot di sekolah ternama itu.Semua pelajar perempuan idolakannya.Tetapi tiada satu pun yang dapat menambat hati mr perfectionist itu.

       " Lama nampak tenung tu ? Ingat dia milik aku ! ," tegur satu suara memeranjatkan gadis bertocang dua itu .Esandra salah satu hotchick sekolah itu.Dia juga mengagumi dan mencintai Firhad .Dia seorang gadis yang berani menyuarakan rasa hatinya.Namun , kejelitaannya itu juga tidak dapat menambat hati Firhad yang beku itu.

         Esandra berlenggang menuju ke padang takraw meninggalkan dirinya yang terpinga- pinga.Jauh di sudut hatinya tetap ada sedikit keyakinan bahawa suatu hari nanti namanya Reesya akan tertulis di hati Firhad.

        Senyuman lebarnya kini lekang dari bibir .Dia bingkas bangun .Dadanya berdebar hebat dan tangannya mengigil .

         " Arghh !!!! Aku benci kau ! Aku benci kau ! ," teriak Reesya , bingkai itu di campak jauh ke hujung sudut kamarnya.

        " Reesya sayang ! Sabar sayang ! Sabar ! ," laung Puan Rohana bergegas mendapatkan Reesya setelah mendengar jeritan anaknya itu.Begitu juga dengan En.Rafwan .Liar matanya mengintari sekeliling.Dan matanya terpandang pada sebuah bingkai kosong yang kaku terdampar tepi almari anaknya itu.

       " Reesya cintakan dia ! Reesya terlalu cintakan dia !," luah Reesya teresak- esak di bahu Puan Rohana." Ya, sayang ....Mama tahu ....Mama tahu ...," sahut Puan Rohana benar - benar terluka.Ingin sahaja dia menemui lelaki itu.

         Kerana dia Reesya anaknya merana .Kerana cinta padanya anaknya menderita.Dan kerana perkataan cintalah anaknya dituduh sebagai gila ! 

          En.Rafwan menghulurkan botol berisi biji tablet berwarna putih pada Puan Rohana.Wanita itu terdongak .Airmata masih lagi bertakung ." Sampai bila bang," soalnya semakin tidak sampai hati melihat anak itu menelan berbotol ubat .

        Buat lelaki ego bernama Firhad ! Tidakkah engkau tahu terseksanya hidup seorang gadis bernama Reesya? 


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.