Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
81,531
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

       GADIS yang memakai skirt singkat itu menapak ke arah Rea yang sedang berehat sebentar setelah selesai sesi fotografi ." Hai, babe !," tegur gadis itu seraya melabuhkan punggungnya atas kerusi .Kakinya di silangkan mendepani Rea .

        " Bila sesi fotografi you ?," soal Rea berbasa- basi.Cermin muka di ambil lantas merenung wajahnya yang bermekap tebal ." Sekejap lagi , by the way dengar story Firhad accident ? Is it true ? And dengar cerita dia mengalami amnesia ? Betul ke ? If true , sayangnya...Dah la kacak you ...," ujar model perempuan itu menggedik.

         Rea mencebikkan wajahnya.Meluat pula dia rasakan." Firhad mana ya ? ," soalnya pula.Berubah raut wajah model berkulit tan itu ." Eheh , boleh pula buat - buat tak kenal babe ?," soalnya sinis .Bukan ke selama ini dia yang tergilakan lelaki kacak itu .

        " Okaylah babe , I nak ke washroom kejap ...By the way , for your information memang I tak kenal pun siapa Firhad tu ....Okaylah daa...," ujar Rea dan terus berlalu meninggalkan gadis yang di penuhi tanda tanya itu ." Rea, tak sangka I , you ni begini ya....Mentang- mentanglah Firhad tu sakit , amnesia pula tu boleh you pura- pura tak kenal dia ? Kau jugak dulu yang terhegeh- hegeh pada mamat tu ! ," sindir model itu sebelum dipanggil untuk sesi fotografi .

       " Maafkan I , Fir ...I tak mampu untuk mengejar you lagi ...," ujar Rea sambil merenung wajahnya dalam cermin.Telefon berdering dari dalam tas tangan jenama Hermes .Zip di tarik lantas menarik keluar telefon yang bingit dengan deringan lagu Rihanna itu .

         " Hello , sayang ! Dah sampai ? Wait ! Wait I nak bersiap sekejap ! Naa, just a little bit ...Bye ...," ujar Rea tersenyum riang .Telefon di simpan kembali sebelum menarik keluar bedak kompek jenama Elizabeth Arden.

        Setelah yakin sapuan lipstik merahnya vogue ! Rea menyimpan kesemua alatan mekapnya kembali ke dalam tas tangan.Pewangi Hugo Boss Women di semburkan sedikit di dadanya yang terdedah luas itu .

         Tersenyum yakin hadapan cermin sebelum dia menapak keluar .


*********


        SUASANA sejuk dan nyaman di tanah tinggi itu amat menenangkannya.Berkali dia menghirup udara yang segar itu .Dirinya di kelilingi suasana hijau , bunga- bunga yang kembang indah .

         Nun, di bawah sana kelihatan ladang teh yang bertingkat- tingkat nan menghijau ." Tenangnya suasana di sini ," ujar Ayra pada Adiba yang ralit merenung ulah abangnya itu ." Kan , sebab itulah abang Fir kerap ke mari , ke rumah ini ....Dia salah - seorang pencinta ketenangan...," ujar Adiba tersenyum kala teringatkan kisah lalu .

        " Ayra, sarapan dah mama siapkan panggil Fir sekali ya ," arah Puan Sri Aiza yang ingin Ayra bahasakan dirinya sebagai mama." Baik , ma ," jawab Ayra seraya menarik sweaternya rapat ke tubuhnya.Angin pagi di sini sangat dingin walaupun cahaya mentari agak terik  .

        Ayra menapak dengan perlahan menuju ke arah lelaki yang sedang melakukan senaman ringan itu ." Awak , sarapan dah siap.Mama ajak sarapan sekali ," ujar Ayra lembut .

        Sengaja Ayra memakai shawl yang lelaki itu belikan untuknya tempoh hari .Firhad berpaling , lama wajah itu dia perhatikan.Matanya terus terpaku pada shawl yang gadis itu pakai.

        " Awak ? ," tegur Ayra kembali .Firhad kembali merenung ladang teh ." Marilah bersarapan...Mama awak ada masak bihun singapore , awak sukakan ?," provok Ayra lagi cuba menarik perhatian lelaki itu .

          Tanpa bersuara Firhad menapak ke arah rumah dan diikuti oleh Ayra." Kenapa awak terlalu ambil berat pasal saya ?," soal Firhad tanpa berpaling ." Ya , apa dia ?," soal Ayra berpura- pura tidak dengar.

          " Saya tanya , kenapa awak selalu ambil berat pasal saya ? Sedangkan kita tak pernah kenal ?," soal Firhad terhenti seketika .Ayra hampir- hampir mahu terpeluk belakang tubuh itu ." Saya ambil berat  sebab kita sahabat sesama Islam, saya hanya nak membantu ," ujar Ayra yang tiada jawapan yang pasti .Takut nanti di salah erti pula.Kerana hakikat yang sebenar dia ambil berat terhadap Firhad kerana rasa kasihnya.

         " Mereka pasangan yang secocok kan mama ? Kalaulah abang Fir tak jadi begitu mungkin mereka dah bertunang ....," ujar Adiba merenung pasangan itu .Firhad dan Ayra semakin mendekati meja mereka." Bertunang ?," soal Puan Sri Aiza pula yang juga memandang ke arah yang sama.

        " Ya, mama....Abang Fir pernah luahkan perasaannya itu pada Dib ....Mama ingat tak kes langgar hari itu ? Ayra lah gadis itu , memang Dib lihat abang mengambil berat pasal Ayra walaupun pada ketika itu mereka tidak kenal.Dib juga perasan mama abang selalu curi - curi pandang Ayra sewaktu kami melawatnya di wad....," terang Adiba.

          " Oh , patutlah.Jadi kamu juga kenallah dengan ibubapa Ayra ? Tahu rumah mereka ? ," soal Puan Sri Aiza sebelum mencicip air kopi panasnya." Kenal , tapi hanya abang Fir yang tahu rumah mereka mama.Kenapa mama tanya begitu ?," soal Adiba berasa pelik .

         Setelah mereka tiba di meja , Ayra terus menyendok bihun Singapore ke atas piring lalu diletakkan hadapan Firhad .Adiba tersenyum." Memang boleh dibuat menantu ?," desis hati Puan Sri Aiza.Setelah itu, barulah Ayra menyendok ke piringnya pula sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi putih itu .

         Sarapan mereka di temani angin sepoi- sepoi bahasa.Malangnya Tan Sri Yusuf tidak dapat bersama dengan mereka kerana sibuk menjaga syarikat sementara ketiadaan Firhad.

         " Fir , kenapa tak tambah lagi ? Fir kan suka makan bihun ni ....Tu mama saja masak lebih ?," soal Puan Sri Aiza cuba memujuk anak lelakinya itu duduk semula bersama mereka." Fir dah kenyang....Fir rasa Fir tak suka bihun ini ....Tak apalah mama Fir nak ke bilik kejap , sakit kepala"

          Firhad berlalu tanpa menoleh lagi ." Mama , macamana ni ? Dah pelbagai dah kita buat ? Tapi abang tetap macam tu juga ?," soal Adiba.Ayra juga mengakuinya dalam diam.Firhad seolah memang tidak pernah mengenalinya.

          " Sabar Dib....Inikan ujian kita.Jadi kita kenalah berusaha jika ingin berjaya .Ayra pandai tak bermain piano ? Tahu lagu kegemaran Fir tak ?," soal Puan Sri Aiza." Tahu memang tahu mama, tapi Ayra tak pandai bermain piano ...Begini , apakata Ayra nyanyikan Dib mainkan piano boleh ?," cadang Puan Sri Aiza lagi .Manalah tahu jika idea nya ini boleh merangsangkan sel ingatan anak lelakinya itu .

        " Jika begitu yang mama mahukan , baiklah ...," ujar Ayra seraya merenung Adiba.Adiba membalas sambil tersenyum." Dib, masih ada kaset kosong tak ?," soal Puan Sri Aiza." Dib rasa ada lagi ...Kalau tiada kami beli nanti ...Kan Ayra ?," soal Adiba.Ayra mengangguk .


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.