Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
75,186
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Bab 12

HAWA Fatihah leka menatap majalah hiburan. Gambar pertunangan antara Laura Jane dan Ben ditatap. Rasa gembira bercampur senang, akhirnya pelakon jelita itu akan mengakhiri zaman bujangnya.

“Sudahlah baca majalah tu, Hawa. Dah Solat Asar ke belum?” tegur Mak Timah apabila melihat Hawa Fatihah masih leka membelek gambar-gambar Laura Jane dan Ben.

“Dahlah nek. Masuk aje waktu tadi terus Hawa solat,” jawabnya pantas tanpa memandang muka neneknya.

Mata Hawa Fatihah terus tertumpu padagambar-gambar di majalah.

“Gambar siapa yang kamu asyik telek sejak tadi, Hawa?” tanya Mak Timah sambil duduk di sisi cucunya itu.

“Gambar pelakon kesayangan Hawa lah nek. Laura Jane namanya.”

“Eh, macam orang putih aje namanya,” kata Mak Timah. “Taklah nek. Dia pelakon Malaysia. Nenek tak pernah

dengar ke nama dia?”

Hawa Fatihah menunjukkan gambar Laura Jane yang cantik terpampar besar di perut majalah itu. Mak Timah merenung gambar Laura Jane. Matanya tidak berkelip memandang seraut wajah itu. Dahinya berkerut. Wajah itu sangat dikenalinya, walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Sungguhpun dia bertambah cantik, tetapi tahi lalat di sudut bibir sebelah bawah itu menjadi tanda yang tidak mudah untuk dia melupakannya.

“Siapa... siapa nama pelakon ni Hawa?” tanya Mak Timah tergagap-gagap.

“Laura nek. Laura Jane.”

Mak Timah terdiam. Dia terus merenung gambar Laura Jane yang tersenyum manis, di sisi lelaki yang menjadi tunangnya.

MakTimah terus terdiam.Otaknya ligat berfikir.Apakah fikiran dan mata aku sedang memperdaya aku sekarang?

Bukankah wajah itu serupa dengan wajah Nur Laila. Hanya penampilannya sahaja yang berbeza. Aku yakin, dialah Nur

Laila.Diadahberjayajadibintangfilemrupanya!Siapasangka?

Aku yang dah tua ni sahaja yang tak tahu!

Tapi benarkah dia? Apakah aku tersalah orang? soal hati Mak Timah berulang kali.Aku mesti dapatkan kepastian tentang hal ini. Macam manakah caranya?

“Pelakon ni duduk kat mana? Hawa tahu ke?” “Manalah Hawa tahu rumahnya nek. Hawa bukannya wartawan.Tapi Hawa rasa dia mesti duduk kat KL.”

Mak Timah terdiam lagi. Bagaimanakah dia hendak mencari rumah Laura Jane? Bagaimana? Otak Mak Timah yang tumpul menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menemui Laura Jane. Dia mesti bertemu dengan pelakon terkenal itu mendapatkan kepastian. Dia bimbang sekali. Dirinya semakin tua. Dia takut tidak sempat untuk memberitahu Nur Laila tentang Hawa Fatihah.

“TUHAN! Berikanlah aku petunjuk-MU,” doa Mak Timah setelah dia selesai Solat Maghrib.

“Jika benar dia adalah menantuku, temukanlah kami semula. Satukan hati kami yang telah retak dan hancur.

Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami hanyalah makhluk-MU yang lemah. Aku mohonbantuan-MU Ya ALLAH.”

Sambil menunggu waktu Isyak,MakTimah menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Matanya masih terang dan elok. Namun bagi sesetengah orang yang seusia dengannya kebanyakannya terpaksa menggunakan cermin mata. Semua ini adalah anugerah ALLAH. Dia diberi kesempatan untuk beribadah dan mengagungkanayat-ayat suci ALLAH SWT. TUHAN masih memberikan penglihatan yang baik untuknya.

Ketika sedang melipat telekung seusai Solat Isyak, Hawa Fatihah masuk ke kamar tidur.

“Nek! Cepatlah nek. Kalau nenek nak tengok lakonan Laura Jane. Dia berlakon drama bersiri ni, nek. Baru aje mula episod pertama malam ni. Cepatlah nek!” ajak Hawa Fatihah, kedengaran begitu gembira sekali.

Dada Mak Timah berdebar, muncul rasa teruja dalam hatinya. Dia teringin melihat wajah pelakon itu dan mendengar suaranya. Dia ingin menyakinkan diri sendiri, bahawa wajah dan suara itu milik Nur Laila. Mak Timahtergocoh-gocoh menuju ke ruang tamu. TV Plasma 32 inci itu sedang menayangkan drama bersiri. Di skrin TV jelas terpampang wajah Laura Jane sedang beraksi.

Dia melakonkan watak seorang ibu tunggal. Wajahnya langsung tidak disaluti make-up. Dia memakai baju kurung lusuh dan berkain batik.Aksinya menambat mata MakTimah. Sah! Dia memang Nur Laila.Apatah lagi ketika mendengar dia bercakap. Walaupun lenggok percakapannya berubah sama sekali, tetapi Mak Timah tetap dapat mengecam suaranya. Selama hampir setahun dia tinggal sebumbung dengan menantunya itu. Setiap hari mereka bertentang mata dan berhadapan. Tidak mungkin dia lupa pada wajah dan suara Nur Laila.

“Laila...” bisik Mak Timah tanpa sedar.

Namun bunyi televisyen yang kuat, menenggelamkan suara Mak Timah. Tidak lama kemudian Sufian turun ke tingkat bawah,turut menonton drama yang sama.MakTimah bergerak masuk ke dapur. Makan malam belum dihidang. Dia tidak pasti apakah anak majikannya itu kelaparan ataupun tidak. Namun demikian, kerja harus dilaksanakan juga. Walaupun Encik Anuar dan Puan Anom jarang makan di rumah, Mak Timah tetap memasak untuk Sufian, Hawa

Fatihah dan dirinya sendiri.

Pada siapa aku harus bertanya? Pada siapa aku harus mintak tolong? Mak Timah runsing memikirkan persoalan itu. Dia tidak begitu berselera untuk makan malam. Dia kalut memikirkan tentang diri Nur Laila yang kini dikenali sebagai Laura Jane.Tapi bagi Mak Timah, dia tetap Nur Laila.

“KAK Timah, kenapa macam susah hati aje?” tanya Pak Latif apabila dia melihat Mak Timah termenung panjang di tepi kolam ikan.

Kolam ikan itu dibina berhampiran dengan tembok. Wakaf kecil juga ada terletak di halaman belakang, tempat berehat waktu petang.Sufian suka duduk di situ pada waktu pagi ataupun petang, membaca surat khabar atau sekadar berehat.

Sejak tadi Pak Latif melihat wanita itu asyik termenung. Wajahnya sugul. Pak Latif sudah selesai mencuci kereta majikannya itu,tetapi MakTimah masih terus leka bermenung sendirian. Hari itu Hawa Fatihah dan Puan Anom keluar membeli-belah.Sementarakereta Sufian ada di rumah.Encik

Anuar pula terbang ke Sabah malam tadi, kerana urusan perniagaan.

Pak Latif mendekati Mak Timah lalu duduk tidak jauh dari wanita itu.

“Aku memang susah hati ni, Latif,” kata Mak Timah sambil mengeluh.

“Kenapa kak? Pasal cucu kakak tu ke?”

“Ya, ada kaitan jugak dengan dia,” jawab Mak Timah. Mak Timah tidak tahu dari mana dia harus memulakan

cerita. Ceritanya terlalu panjang. Namun dia cuba menerangkan pada Pak Latif seringkas yang mungkin. Segala rasa bimbang dan curiga diceritakan semuanya. Dan dia ingin mendapatkan kepastian tentang siapakah wanita yang bernama Laura Jane. Apakah benar wanita itu adalah Nur Laila?

“Janganlah susah hati. Kita akan dapat kepastian jugak nanti.Bersabarlah.Saya akan tanya anak saya tentang pelakon Laura Jane tu.Anak saya ada jadi kerani katTV3.Tapi manalah tahukalau-kalau dia ada kawan-kawan wartawan.”

Hati Mak Timah berasa begitu lega sekali. Umpama bebanan yang berat bagaikan terlepas daripada bahu.Barulah hati kecilnya kembali tenang.

Dua minggu kemudian Pak Latif menyerahkan secebis kertas pada Mak Timah.

“Ni lah alamat pelakon filem tu,KakTimah.Saya mintak tolong dengan anak saya Hani. Kebetulan dia memang baik dengan sorang wartawan TV3 tu.Wartawan tu pernah pergi rumah Laura.”

Mak Timah amat gembira menerima khabar berita itu. “Boleh ke kamu temankan aku pergi ke rumah dia?”

tanya Mak Timah penuh mengharap. “Boleh kak. Bila kita nak pergi?”

Mak Timah menjenguk ke dalam rumah mencari kelibat Hawa Fatihah. Jika boleh dia tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa dia pergi mencari Laura Jane.Dia harus mendapatkan kepastian terlebih dahulu.

“Nanti aku beritahu,” kata Mak Timah perlahan.

“Yalah kak. Bila nak pergi nanti, beritahulah saya. Saya boleh hantarkan. Ampang tu agak jauh dari sini,” balas Pak Latif sebelum berlalu.

“KENAPA kau langsung tak beritahu mummykau dah bertunang dengan perempuan tu?” marah Puan Rosna melalui telefon.

Sebaik sahaja membaca berita tentang majlis pertunangan anaknya itu di siarkan di akhbar, dia cuba menghubungi Ben. Tetapi talian telefon bimbit anaknya itu sentiasa sahaja sibuk. Seminggu kemudian barulah dia dapat bercakap dengan Ben.

“Kau nak malukan mummy dengan daddy kau ya?Saudara-mara kita semua sibuk bertanya. Tak ada upacara pinang meminang, tiba-tiba dah bertunang. Esok kahwin macam mana pulak? Nak belakangkan kami jugak? Kau tu anak bongsu kami, Ben!” kata Puan Rosna tanpa memberi peluang Ben menjawab.

“Esok kau balik sini, kita berbincang anak-beranak.”“Mummy, Ben mintak ampun dan maaf banyak-banyak,

Ben tak dapat balik. Sibuk sangat.”

Ben sengaja mengelak. Dia malas hendak pulang ke kampung.Pasti panjang leteran ibunya.Langkah paling mudah adalah memberi alasan yang‘klise’.Sibuk.Padahal apalah yang dia sibukkan sangat.

“Tak ada apa nak bincang la mummy.Kalau ada jodoh nanti kami kahwinlah. Tapi yang pastinya bukanlah tahun ni. Tahun depan ataupun dua tiga tahun lagi. Ben pun tak pasti.”

“Huh! Pertunangan apalah kalau macam tu? Macam hendak tak hendak saja. Berapa belanja yang perempuan tu mahu? Mampu ke kau ikut rentak dia, Ben? Kau tu kerja dengan dia.”

“Ben ada buat bisnes ni mummy.Baru nak mula. Ada duit sikit. Memang Ben takkan kerja selama-lamanyadengan Laura. Jadi pengurus dia pun part-timeaje dah sekarang. Ben nak tumpu pada bisnes.”

“Bisnes apa?” soal Puan Rosna ingin tahu.

Mummyjangan bimbanglah. Nanti ada masa Ben balik Ben akan cerita pasal bisnes ni pada mummy.Ben dah cukup dewasalah mummy. So don’t worry. Love you so much mummy, bye,”kata Ben lalu terus menutup panggilan.

“Siapa tadi? Mummyyou ke?” tanya Laura Jane. Ben mengangguk.

Mereka baru sahaja selesai makan malam di sebuah coffee house. Laura Jane ke bilik air semasa Puan Rosna menelefon Ben. Semasa dia kembali Ben masih bercakap dengan ibunya. Dia cuba mengagak sendiri pokok persoalan yang perkatakan adalah tentang pertunangan mereka seminggu yang lalu.

“Apa reaksi mummyyou?”

“Apa lagi marahlah. Suruh I balik ajak bincang. Mesti nak leterkan I panjang-panjang,” ujar Ben, mencebik.

“Tak tahulah you tahan ke tak dapat mak mentua kuat berleter macam mummyI.”

Laura Jane menggigit bibir apabila perkataan ‘mak mentua’ singgah di telinganya. Mak Timah, emak mentuanya dahulu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Puan Rosna. Kadang-kadang dia berleter juga, terutama soal solat. Dalam hal lain dia baik. Kata-katanyamanis dan lembut.Tapi Laura Jane langsung tidak menghargai wanita itu langsung. Malah dia suka melawanlebih-lebih lagi jika disuruh bersolat dan mengemas rumah.

Bagaimana sekiranya dia sudah menjadi isteri Ben? Apakah dia akan bersikap seperti semasa dia berhadapan dengan Mak Timah? Argh! Aku lawan aje. Buat apa nak dengar cakap orang tua yang suka membebel tu? Lagipun tak mungkin aku akan duduk kat rumah dia! Marah Laura Jane dalam diam.

Ben mencuit tangan Laura Jane. “Jom balik.”

Ben bangun terlebih dahulu. Laura Jane mengikut Ben bergerak keluar dari coffee house. Mereka melintasi lobi hotel yang luas. Di ruang lobi itu terdapat sofa tunggal yang bersusun rapi. Ada beberapa orang lelaki duduk di situ, berbual dengan suara rendah. Langkah Laura Jane terhenti, kala matanya terpandang wajah lelaki itu. Dia cuba mengamatinya dari jarak lebih kurang 30 meter.

Lelaki itu sedang rancak bercakap-cakap dengan rakannya. Kala mata mereka bertaut, lelaki itu terhenti bercakap secara automatik. Mereka saling memandang, beberapa saat. Tidak semena-mena lelaki itu bangun, ingin menuju ke arahnya. Laura Jane terus bergerak laju, memaut lengan Ben yang sudah beberapa langkah ke hadapan.

“Sayang! Wait for me!

Laura Jane sengaja menjerit dengan agak kuat. Dadanya berdebar apabila melihat Khairil sebentar tadi.

Wajah Khairil langsung tidak berubah, masih menggerutu dengan bekas jerawat batu. Namun kulitnya sedikit cerah, tubuhnya pun nampak lebih gempal. Dalam usia awal40-an lelaki itu nampak gendut.Tetapi penampilannya berkarisma, lambang orang bisnes.

Mungkin Khairil mewarisi perniagaan bapanya, bisik hati Laura Jane. Hidup lagi rupanya dia! Laura Jane tidak berani memandang ke belakang. Dia bimbang Khairil mengejarnya. Tangan Laura Jane makin erat memaut lengan Ben. Ben membiarkan sahaja. Mereka terus bergerak menghala ke lif menuju ke tempat letak kereta di basement.

SEMASA ingin melelapkan mata malam itu, telefon bimbit Laura Jane mengeluarkan isyarat bunyi pesanan ringkas. Laura Jane mencapai telefon, lalu membuka kotak mesej. Dia mendapati nombor yang tertera adalah nombor asing yang tidak direkodkan dalam telefon bimbitnya. Hati Laura Janetertanya-tanya. Pesanan ringkas itu dibuka.

Selamat bertunang, Laura Jane. Pertunangan itu akan ke jinjang pelamin atau tidak, sama-sama kita tunggu!

Siapakah yang mengungkapkan ucapan itu? Bisik Laura Jane.Yang jelas ucapan itu datang dari musuhnya.Tapi siapa?

“Kau siapa? Mana Pak Yop?” tanya Laura Jane sedikit cemas.

Dia memandang anak muda yang baru sahaja memberhentikan kereta di hadapan pagar. Sejak dahulu Pak Yob memang membawa pulang kereta Laura Jane. Setiap pagi dia akan datang menjemput wanita itu. Selalunya jam 7.00 pagi Pak Yop sudah datang ke rumah itu.

Sudah sejam Laura Jane menunggu kedatangan Pak Yop. Dia sedikit terkejut kerana keretanya dipandu orang lain.

“Saya Azim, anak Pak Yop. Ayah saya tak sihat, malam semalam dia pengsan kat rumah. Terus dihantar ke wad dengan ambulans. Jadi saya gantikan ayah saya sampai dia sihat, boleh bekerja semula.”

“Awak memang tak ada kerja ke?” tanya Laura Jane ingin tahu.

“Tak ada cik. Saya baru aje tamat belajar,” balas Azim. Laura Jane segera masuk ke dalam kereta. Dia sudah

lambat untuk ke lokasi drama bersiri yang belum selesai penggambarannya. Kini, penggambaran drama bersiri itu masuk musim kedua. Musim pertama sedang ditayangkan di televisyen. Sambutannya agak baik. Jelas dia tidak tersilap membuat pilihan. Berhenti daripada menjadi pelakon utama dalam filem kini dia menjadi pelakon drama yang hebat pula.

“Macam mana keadaan ayah kau sekarang?”

Kereta mulai bergerak meninggalkan kawasan kediaman Laura Jane. Azim cekap memandu. Laju dan cermat. Bukan seperti Pak Yop yang terlalu berhati-hati.

“Pagi ni dah sedar. Dia kena serangan jantung. Mungkin lama masuk dalam wad,” beritahu Azim.

“Okey, aku tak kisah kau nak gantikan ayah kau. Yang penting jadual penggambaran aku tak terganggu.”

“Insya-ALLAH cik,” jawab Azim.

“Kalau kau nak kerja terus pun tak apa. Ayah kau pun dah tua, dia memang perlu berehat,” kata Laura Jane.

“Baik cik.”

Selepas itu tiada lagi perbualan antara Laura Jane dan Azim. Masing-masing melayan hal sendiri. Laura Jane tidak akan sewenang-wenangnya berbaik dengan orang yang baru dikenali. Itu memang sudah menjadi prinsip hidupnya sejak dahulu.Tidak mudah mempercayai sesiapa, tidak akan melayan mesra jika orang itu bukan orang penting dalam hidupnya dan lebih dari itu dia amat susah untuk bersifat ikhlas dengan orang lain.

Dia selalu berasakan orang berbuat baik kerana inginkan sesuatu daripadanya, kerana dalam hati dan pemikirannya juga sama seperti yang difikirkan pada orang lain.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.