Home Novel Cinta Bintang Bintang Dari Tanah Selatan
BAB 1:Dia

“Langit itu menangis lagi, jadi lagu indah di dalam hati.”

– Maryam A. Aziz, September 2010

Petang itu, dia duduk sendiri sambil melihat anak kecilnya bermain dalam playpen. Sedang menunggu seseorang yang akan pulang sebentar lagi, dia memainkan lagu kegemaran saat dia kesunyian beberapa tahun sudah di tanah asing. Gambar perkahwinan dalam planner dipandang lama. Seberapa lama lagikah kita mampu bertahan sayang, hatinya berkata sendiri. Kejam benarkah kita pada mereka. Manuskrip cerita kanak-kanak Hang Nadim dan Cendawan Kakadib yang sudah habis bertaip sedia untuk dicetak. Sambil menunggu mesin pencetak menyudahkan kerja, lagu itu ditinggikan volumnya. Dia bangun perlahan sambil melangkah mendapatkan Abdul Rahman yang leka. Abdul Rahman didakap, dekat pada dada sampai dia dapat merasai degupan jantung anak itu. Tenang dia menyandar pada kerusi. Mengelus rambut dan belakang si kecil. Biar tenang sama. Sambil memejam mata, dia mengingati semula permulaan kisah dia menjadi dewasa belakangan ini. Lagu The End of August berlagu indah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.