Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
43,646
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

“Hai….Seorang aje ke? Ingat saya lagi tak?”

            Syakila mendongak. Sedari tadi diahanya menatap skrin telefon bimbitnya. Dua tiga kali sepupu-sepupunya mengajakbergambar dengan pengantin dia menolak. Itu satu perkara yang memang dia kuranggemar. Itu sebab gambarnya boleh dihitung dengan jari. Sepanjang majlisberlangsung, hanya sekali saja dia mengambil gambar kenangan itu pun sebabemaknya memaksa. Tidak manis katanya. Takut saudara mara menggelarnya lupadaratan. Apatah lagi ada dua tiga mulut mula berkata hal demikian lantaran diajarang pulang ke sini.

            Lelaki dihadapannya menguntumsenyum. Entahlah dia tidak ingat. Puas dia memandang. Meratah setiap inci wajahlelaki yang tersenyum manis dihadapannya dengan anak matanya. Dia mengalah.Lalu menggelengkan kepala.

            “Saya Iezlan… tak ingat?”

            Syakila mencongak dengan akal.Mengira-ngira kalau dia pernah bertemu dengan lelaki yang masih menungguhjawapannya.

            “Kak Ila kan… Iezlan…. Iezlan Hazim…kelas 3 Cerdik.”

            Syakila hampir ternganga. 3 Cerdik?Terbayang seorang budak lelaki bertubuh gempal dengan kulit yang bolehdikatakan agak gelap. Budak tersebut baru saja berpindah ke SK Jalan Semambu,Negeri Sembilan. Ayahnya orang Kuala Lumpur. Emaknya orang Negeri. Budak yangagak naif dengan suasana kampong itu selalu dibuli rakan sekolah. Apatah lagifizikalnya yang begitu. Mereka suka mentertawakannya. Menjadikannya bahanejekan.

            “Ya Allah… Iezlan… lain sangat rupaawak. Saya langsung tak kenal.”

            Iezlan tersengih. Bukan sekali diamendengar ayat begitu. Tetapi kerana dia tidak pernah keluar dari kampong ini,kecuali ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Cutisemester saja dia pulang. Rakan-rakanya sudah lama mengetahui perubahan wajahjuga tubuhnya ketika sekolah menengah lagi.

            “Ye lah… akak lama tak balik. Manalah nak kenal saya lagi.”

            “Tak usahlah ber’akak’ sangat. Zamansekolah tu dah lama berlalu. Awak panggil aje Ila.”

            Kekok pula rasanya bila orang luarmemanggilnya kakak. Walhal memanglah umurnya empat tahun lebih tua dari Iezlan.Ketika Iezlan darjah 2, dia sudah darjah enam. Cuma kerana dia seorang ketuapengawas, dia bersikap melindungi. Salah seorang yang dia lindungi adalah Iezlan.

            “Awak saudara pengantin ke?”

            Iezlan mengangguk. “Pengantin lelakitu sepupu saya la Kak Ila. Kak Ila pulak?”

            “Kan dah kata tadi, jangan panggil kakak.Eiii…. Geli dengar tau. Macam zaman sekolah.”

            Iezlan ketawa. Sengaja mengulangsekali lagi perkataan kakak tu. Sebenarnya dia juga tidak menyangka akanbertemu semula dengan Syakila. Selepas Syakila habis darjah enam, danmeneruskan tingkatan satu di Kuala Lumpur dia terasa kehilangan. Namun kes buliyang berlaku mula berkurangan. Empat dari pada pembuli tersebut sudah bertukarsekolah. Dia dapat belajar dengan aman dan meneruskan sekolah sehingga tamatdarjah enam dengan cemerlang.

            “Amboi… tak nak mengaku dia lebihtua lah tu kan.”

            Syakila ketawa. “Pengantin perempuantu sepupu tiga kali belah ayah.”

            “Lama dah kita tak jumpa kan.”

            “Dah lama sangat. Tapi macam manaawak boleh cam muka saya erk?”

            “Tahi lalat kat bibir tu.”

            Syakila tersenyum lebar. Tahi lalatyang membuat dia agak terkenal dulu. Entahlah, mungkin sebab tahi lalat tu adapada dia seorang saja agaknya. Tahi lalat yang timbulnya betul-betul di atasbibir sebelah kanan.

            “Awak kerja kat mana sekarang?”

            “Tak kerja. Tengah menganggur ni.”

            Syakila memandang wajah Iezlan.Seolah mencari jawapan yang sebenar.

            “Dulu lepas habis belajar kerjadekat Nicon Steel. Tahun lepas kilang tu tutup. Sekarang ni kerja part time aje. Kat kedai makan simpangkampung tu.”

            “Dah kahwin?”

            Iezlan menggeleng. Nasib baik diatidak jadi kahwin. Sebaik saja ditamatkan kerja tahun lepas, tunangnya pulalari dengan lelaki lain dua bulan selepas itu. Sudah nasib agaknya.

            “Lan dengar awak dah berjayasekarang ni. Ada kompeni besar, Ada butik.jadi bos lah sekarang ni.”

            Syakila mengangguk perlahan.“Kompeni kecil aje. Butik tu pun tolong kawan je pun.”

            Kecil-kecil pun, kalau dah pernahnampak Sya Katering kat papan iklan tu maknanya taklah kecil. Bagus.. bagus….Bukan senang orang Melayu macam kita ni nak berniaga.”

            “Awak tak nak cari kerja kat KL ke?”

            “Hurmm… tengoklah nanti. Sekarang niemak tak berapa sihat. Ayah pula selalu tak ada. Kasihan, tak ada siapa naktengok adik-adik. Biarlah, nanti adalah tu rezekinya. Kalau Lan datang KL nantiLan singgah. Boleh kan?”

            Syakila membalas pandangan Iezlan.“Singgahlah. Kalau tak sempat ke rumah, datang aje kat Sya Katering. Nanti sayabagi alamat.” Syakila melilau memandang sekeliling. “Eh, dah lewatlah Lan.Nanti kita borak lagi ye. Kirim salam kat emak awak.”

            “Ye lah… suruh abang driveelok-elok.”

            “Abang…?” Syakila mengerutkandahinya. Senyuman Iezlan dibalas. Lantaklah!

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.