Home Novel Cinta ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
ANDARTU! - Jodoh itu hanya DIA yang tahu
Nurul Izah
16/8/2018 09:36:23
43,825
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Pulangke rumah ketika jam hampir tengah malam. Selepas menutup butik di Bangi, dia bergegaske Damansara semula kerana baju yang mereka tempah ada sedikit kesilapan.Aisyah sudah pulang, anaknya demam panas. Dia terpaksa walau dia letih keranamenguruskan beberapa pelanggan untuk tempahan eksklusif pakaian hari raya.

            “Lewatnya kamu balik? Risau makIla.”

            Syakila tersenyum kecil. Tanganemaknya dicapai lalu dikucup lembut.

            “Banyak kerja kat butik hari inimak. Ada tiga pelanggan nak tempah baju untuk hari raya.”

            “Hari raya? Bukan lambat lagi ke?Sekarang baru bulan dua.”

            “Raya tahun ni kan hujung bulan enammak. Kalau nak tempah eksklusif memang kena awal. Ila kena cari tukang jahitprofesional.”

            “Dalam butik tu tak ada yang orangtu berkenan ke sampai nak baju tempah macam tu?”

            “Biasalah mak, orang kaya ni mananak baju dia sama dengan orang lain. Seorang tu pula artis mak. Dia nak pakaishow.”

            “Kamu suka sangat layan. Kalau mak,suruh aje dia pilih yang ada tu. kalau tak berkenan sudah!” Bebel Puan Aini.Rasanya semenjak anak perempuannya itu beralih ke bidang pakaian Muslimah, macam-macamhal yang perlu dilakukan. Apatah lagi pelanggannya pelbagai peringkat.

            “Rezeki mak. Lagipun bukan Ila yangjahit, dah ada tukang. Yang design pun dah ada mak. Ila terima aje duit diaorang, yang penting lancar dan cantik!”

            Syakila meneguk air suam yang disuaoleh Puan Aini. Emaknya itu tahu, air suam penawar segala-galanya. Dia jarangmengambil minuman manis atau berkafein. Setiap kali pulang ke rumah, emaknyaakan menghidangkan air suam. Katanya air itu sudah dijampi. Jadi kena habiskan!Emak… emak…

 

            Syakila merebahkan badannya ke atastilam. Penat sungguh hari ini. Kakinya rasa mahu tercabut! Manakan tidak,selepas dia dari Damansara hampir petang tadi, malam pula dia harus ke sanasemula. Tambahan jalan memang sesak teruk kerana ada kemalangan. Hampir sejamdia terperangkap sebelum dapat keluar terus menuju ke Damansara Height. Bajuyang mereka tempah tempoh hari ada kesilapan.

Entahbagaimana mereka boleh meletakkan manik di bahagian dada. Dia sudah memaklumkankepada tukang jahit tersebut. Lebihkan perincian di bahagian tangan dan jugakain. Bila bertudung, manik yang cantik sudah tentu tidak akan kelihatan. Jubahyang mereka reka memang khas untuk muslimah. Jubah yang tidak menunjukkanbentuk badan, memang longgar dan sesuai untuk solat serta bagi ibu yangmenyusukan anak, diletakkan zip pada bahagian dada.

Baru-baruini mereka ada merancang untuk membuat baju sepasang. Sekarang terkenal denganmodel kurta untuk lelaki. Tapi masih dalam perancangan. Semuanya kerana kilangyang membuat krim muka untuk dipasarkan minggu depan bermasalah. Dia memang stress!Bulan ini masalah bertimpa-timpa. Duit asyik keluar saja dari akaun. Argh!

Syaikilamenarik nafas panjang. Beristigfar dalam hati mengakui kesilapan. Allah bagidia ujian. Mungkin kerana kebelakangan ini dia terlalu alpa. Dia sudah jarangmelakukan yang Sunnah. Sudah jarang duduk mengaji sehelai dua. Tahajjud punboleh dikira. Semuanya kerana kesibukan dia mengejar keuntungan dunia. Mengejarbisnesnya yang semakin berkembang maju. Solat lima waktunya juga mula lengah.Selalu di hujung waktu kerana sering kali terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Diaingat dulu, ketika itu dia hanya memakai kereta kancil saja. Setiap kali waktusolat, dia akan singgah ke mana-mana surau atau masjid. Walau malam sekalipun,walau sunyi sekalipun. Masuk saja waktu, dia akan cari tempat untuk solat.

Syakila pantasbangkit. Dia duduk memandang bilik air. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi.Dia terus mengambil air wudhu. Dia mahu kembali kepada tuhan yangmenciptakannya. Mahu sujud memohon keampunannya. Dia alpa!
Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.