Home Novel Cinta I Hate You, Pak Cik!
I Hate You, Pak Cik!
Eija Khadeeja
25/6/2013 16:47:23
11,199
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
PROLOG

PROLOG

Bergolek jauh bola yang ditendang kanak-kanak lelaki itu.

“Kenapa tendang kuat sangat?” tegur seorang kanak-kanak perempuan yang tua tiga tahun daripada kanak-kanak lelaki itu.

Kanak-kanak lelaki itu hanya tersenyum sambil menggaru-garukan kepalanya. Dia mula melangkah untuk mendapatkan bola yang ditendangnya tadi.

“Eh! Tak payah ambil. Biar kita je yang kutip,” berlari terus kanak-kanak perempuan yang muda dua tahun daripada kanak-kanak lelaki itu.

Berterbangan helaian rambut yang diikat dua akibat larian panjang kanak-kanak itu. Namun saat dia hendak mendapatkan bola itu…

“Kenapa pak cik ambil bola kita?!” garang kanak-kanak perempuan itu saat dilihatnya seorang lelaki dewasa sudah memegang kemas bolanya.

‘Pak cik? Aku muda lagilah!’ getus hati lelaki itu. Namun senyuman tetap sahaja dilemparkan kepada kanak-kanak perempuan yang begitu comel di hadapannya.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.