Home Novel Cinta THE REAL ME
THE REAL ME
Aira eddy
27/2/2019 17:06:51
27,235
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

BAB 2

Qisya Atirah menyelak helaian suratkhabar di ruang tamu rumahnya. Kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan.Mulutnya menyanyi lagu yang tengah hangat di panggung wayang. Lagu ceritaDilwalie. Berkali-kali temuduga tidak berjaya. Ijazah Sarjana muda PentadbiranAwam hanya mampu dijadikan perhiasan dinding. Tapi bukan bermakna dia akangoyang kaki macam adik tirinya di rumah. Laila Qassandra! Musuh ketat sejakhari pertama Laila Qassandra masuk ke rumahnya.

“Hoi sana sikit, aku nak tengok TV”

Arah Laila sejurus turun dari tangga.Qisya hanya pekakkan telinga pada adik tirinya yang muda 3 tahun darinya. Lailamasih tidak mahu mengalah. Punya luas sofa di ruang tamu, di tempat Qisya jugakyang dia nak duduk. Sengaja cari pasal!

“Hoi! Sanalah sikit. Pekak ke kau ni!AKu nak tengok TV lah!”

Jerit Laila lagi. Qisya menutup kasarsurat khabar di tangan.

“Kau ni kenapa? Sengaja nak caripasal dengan aku kan!”

Jerit Qisya Atirah pula tidak mahumengalah.  Jeritan Qisya memanggil EncikQhalif dan Puan Juriah turun dari tangga.

“Astaghfirullah! QIsya! Laila! Takmalu ke jerit-jerit tengah hari macam ni? Jiran-jiran sebelah dengar tak malu?”

Marah Encik Qhalif. Qisya menjelingpada Laila, lantas mendengus kecil.

“Tak faham dengan budak ni. Ada jebenda nak cari pasal!”

Marah Qisya lagi. Surat khabar yangditutup, dibuka dan di baca semula. Padahal malas nak layan drama dihadapannya.

“Hah kamu kenapa Laila? Tak malujerit-jerit! Kamu tu anak dara tau?”

Marah Puan Juriah pula. Baginya samasahaja. Laila dan Qaisara perlu diberi kasih sayang yang sama. Tidak ada pilihkasih. Itu janjinya saat bernikah dengan Encik Qhalif.

“Orang nak duduk sini, nak tengok TV,dia ni tak nak alih.”

Rungut Laila. Encik Qhalif dan PuanJuriah menggeleng kepala. Masalah tempat duduk pun boleh digaduhkan. Ni lahmasalahnya bila jadi anak tunggal. Semua nak menang!

Puan Juriah dan Encik Qhalif turutduduk di atas sofa. Puan Juriah memimpin tangan anaknya duduk bersebelahandengannya. Manakala Encik Qhalif duduk bersebelahan Qisya Atirah.

“Adik-beradik, jangalah gaduh-gaduh.Nanti kalau kita susah, adik beradik jugak yang kita cari.”

Ucap Encik Qhalif. Qisya Atirah hanyamendiamkan diri. Hatinya masih panas. Dia tidak boleh lagi menang dalam semuahal. Encik Qhalif tidak lagi berpihak pada dirinya sekiranya mereka bergaduh.

Qisya masih lagi menyelak helaiansurat khabar di hadapanya. Kata-kata Babahnya dibiarkan, ibarat angin yangsinggah di pipi. Puan Juriah juga sedari tadi menasihati anaknya yang keraskepala tu!

“Yeayy!! Qisya nak pergi!”

Ucap Qisya Atirah bahagia.Masing-masing terkejut bila  Qisya Atirahtiba-tiba bangun dari sofa.

“Kenapa QIsya?”

Soal Encik Qhalif. Qisya Atirahtersenyum memandang Encik Qhalif.

“Shadad Holdings ada kerja kosong.Dia ada bukak open interview. Qisya nak pergi esok”

Balas Qisya Atirah bahagia. Bahagiasebab syarikat yang selama ini dihuni oleh lelaki sahaja akan memberi greenlight pada wanita pula. Laila Qassandra terbangun.

“Shadad Holdings? Syed Faliq matabiru? OMG?”

Jerit Laila Qassandra juga teruja.Qisya terus menjeling menyampah.

“Sibuk je kau ni!”

Rungut Qisya Atirah lantas menitianak tangga dan menuju ke bilik bersama surat khabar di tangannya.

“Qisya! Bak sini lah surat khabar tu!Aku nak tengok!”

Pinta Laila Qassandra kasar. PuanJuriah dan Encik Qhalif hanya mampu menggelengkan kepala. Laila mengetuk kuatpintu bilik Qisya. Qisya membuka pintu biliknya. Tak tahan dengan bunyi bising.Kertas surat khabar di gumpal dan di baling keluar. Sejurus lepas itu, Qisyamenutup semula pintu biliknyadengan kasar.. Terdengar suara Laila Qasandramenjerit bahagia sambil meniti tangga turun ke bawah semula.

“Apa yang suka sangat tu Laila? Kalausehari tak bergaduh memang tak sah!”

Marah Puan Juriah. Laila Qassandramerapikan kertas surat khabar yang sudah renyuk tadi. Mukanya tersenyummemandang CEO Shadad Holdings.

“Nilah Ma, Syed Faliq. Syarikat yangtak pernah ada pekerja perempuan. And now dia yang nak interview sendiripekerja perempuan.”

Ucap Laila Qassandra bahagia.

“Lelaki macam tu, nampak sangatplayboy! Konon tak nak pekerja perempuan, padahal perempuan keliling pinggang.Kamu suka-suka ni kenapa? Nak pergi interview jugak?”

Soal Puan Juriah. Encik Qhalif pulabangun ingin berjumpa dengan Qisya Atirah. Pintu bilik anaknya diketuk. QisyaAtirah membuka pintu biliknya danmembiarkan Encik Qhalif masuk dan duduk di biraikatil. Qisya Atirah pula ralit menyemak sijil-sijil untuk di bawa esok.

“Qisya nak pergi interview dekat ShadadHoldings tu sebab Syed Faliq or sebab kerja?”

Soal Encik Qhalif ingin tahu. Melihatreaksi Laila Qassandra begitu teruja melihat muka Syed Faliq di surat khabar,Encik Qhalif juga ingin tahu apa reaksi anaknya.

“Nak kerjalah Pa. Tapi kalau jumpa jodohapa salahnya. Hehehee”

Balas Qisya Atirah bersama sengihan.Encik Qhalif tersenyum. Memang patut pun dia melepaskan Qisya Atirah. Sudahsampai masanya Qisya membina keluarga sendiri.

“Babah doakan yang terbaik untukQisya. Qisya pernah jumpa Syed Faliq ke? Kenapa Laila teruja tengok muka dia?”

Soal Encik Qhalif lagi ingin tahu.Qisya Atirah tergelak kecil.

“Perempuan mana yang tak suka mamatkacukan belanda tu Bah, Mata biru, ada lesung pipit. Patutnya jadi artis,bukannya CEO syarikat gula. Memanglah Qisya suka dengan Syed Faliq tu. Kenapa?Babah tak suka?”

Soal Qisya Atirah. Kakinya bangun danduduk di sebelah ENcik Qhalif.

“Bukan Babah tak suka, as long diaboleh jaga Qisya. Babah ok je. Tapi Babah risau bila lelaki ramai sangatpeminat ni. Takut dia main kayu tiga”

Balas Encik Qhalif pula. Qisya Atirahtergelak kecil.

“Babah ni... Hati tu kan Allah yangjaga. Doa jelah supaya hati suami Qisya milik Qisya sorang. Qisya tak pernahjumpa lagi Syed Faliq tu, entah-entah muka dia menggerutu. Yelah! Dalam TV andpaper memang lah handsome. Mungkin dia edit ke? Mana kita tahu kan?”

Balas Qisya Atirah bersama ketawabesar. Encik Qhalif menggelengkan kepalanya.

“Pape pun buat yang terbaik. Babahyakin anak babah boleh dapat jawatan ni. InsyaAllah. Kat sana nanti ramaiteruna. Kalau nak cari lelaki pun, carilah yang bukan Syed Faliq. Susah nakjaga nanti kalau ramai peminat. Pergi mana-mana nanti orang pandang je suamiQisya. Qisya tu dah lah kuat cemburu.”

Usik Encik Qhalif seraya tersenyum.

“Eleh Babah ni. Qisya tahulah.”

Rajuk Qisya. ENcik Qhalif keluarsemula dari bilik anaknya dan turun ke bawah. Drama apa pulak jerit-jerit katbawah ni.

“Masalahnya kamu diploma art anddesign. Tak da kena mengena dengan setiausaha pun!”

Marah Puan Juriah. Pantas EncikQhalif menyabarkan isterinya.

“Laila tahu Ma, Tak pelah kalau jaditukang buat air pun. Laila nak sangat kerja dengan Syed Faliq ni.”

Balas Laila Qassandra semangat. PuanJuriah menarik nafas panjang dan dilepaskan. ENcik Qhalif mengusap-ngusapbelakang badan isterinya.

“Kamu bukan nak kerja sangat kan?Kamu nak jumpa Syed Faliq kan?”

Tegas lagi suara Puan Juriah. Peningdengan perangai anaknya. Encik Qhalif masih lagi berdiam di sebelah isterinya.

“Tak kisahlah ma, Tak dapat jawatantu pun tak pe. Dapat sign dia pun cukuplah.”

Balas Laila Qassandra bersamasenyuman bahagia.Kaki mula melangkah meniti anak tangga dan menuju ke bilik.Puan Juriah duduk semula di sofa.

“Biarlah ju. Asalkan dia bahagia.”

Ucap Encik Qhalif pada isterinya.Puan Juriah kembali tenang.

“Qisya pun dah lama kerja dekat kedaibuku tu. Biarlah dia cari kerja ikut bidang dia. Pasal Laila tu, biarlah kalaudia nak jadi tukang buat air pun. Kalau air dia sedap, dapatlah kerja tu nanti”

Sambung ENcik Qhalif lagi. PuanJuriah tergelak kecil.

“Saya tak kisah dia nak kerja buatair pun. Saya bukan tak bagi dia pergi interview tu, saya kalau boleh tak naklah dia kerja satu tempat dengan Qisya. Abang bayangkanlah dekat rumah, dekatshooping complex, kalau nak gaduh tu, ikut kepala je. Ni esok nak pergiinterview, confirm gaduh lagi. Lama-lama saya ni kena darah tinggi bang.”

Balas Puan Juriah. Encik Qhalif turutmenggelengkan kepalanya.

“Biarkan mereka Ju, pandailah orangkat sana tu pilih. Nanti kalau diorang gaduh, biar kena marah dengan boss.Pandailah boss dia nak disiplinkan budak-budak tu”

Balas Encik Qhalif pula.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.