Home Novel Cinta Persis Akar Dani
Persis Akar Dani
Juea Abdullah
6/3/2017 10:24:42
10,812
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 9

Kalau rindu ini satu dosa, aku tagih keampunan-Mu, ya Allah.Kalau kasih yang melimpah ini haram untuknya, kemudikan aku agar jauh darinya.

 

Nur Maya tekad. Nuqman terpahat istimewa di hatinya. Siapa puntakkan dapat mengambil tempat itu. Tapi cukup sampai di situ. Biarlah hanya diadan Tuhan yang tahu. Rindu ini takkan terluah. Kasih ini akan tersimpul mati dihati.

 

Kenangan bersama Nuqman berputar sepanjang perjalanannya menujuke Kuala Lumpur, ke teratak Nuqman, untuk kali kedua sejak majlis perkahwinanNorhan dan Najjah sebulan yang lalu. Sejak itu juga, Nuqman meminta diamemanggilnya ‘abang’ dan mahu dia menganggap mereka sebagai keluarganya.

 

Sungguh mereka bagaikan sebuah keluarga. Solat berjemaah, makanminum dan keluar bersiar bersama meraikan Norhan dan Najjah yang kelihatansangat bahagia. Keluarga Nuqman melayannya bak puteri. Sementelahan diadianggap pengganti Najjah yang kini sudah bersuami. Nabil peramah dan kelakarorangnya. Selalu buat orang tak kering gusi. Nuqman santai membimbing, santunberbahasa, mesra dan pengasih. Ibu Aisyah… tentunya paling gembira kerana diaada teman baru!

 

Banyak yang mereka kongsikan tiga hari bersama terutama malamitu, malam selepas majlis perkahwinan Norhan dan Najjah. Pasangan itu bermalamdi rumah baru Najjah, banglo mewah Mummy Nadia. Malam itu jugalah, Nuqmansantai berkongsi cerita tentang Rabiatul Adawiyah, wanita sufi yang mulia lagidimuliakan.

 

“Rabiah namanya, anak Ismail Al-Adawiy lahir dalam keluargamiskin tapi zuhud membesarkan Allah. Rabiatul Adawiyah tak kenal cinta selaincinta kepada Allah. Tapi tak ada cinta yang tak diuji, kan? Hidup yang susahtambah susah bila ibu ayah dia meninggal sampai akhirnya Rabiah dijual ketangan penguasa yang tak ada perikemanusiaan. Rabiah gadis yang sangat cantik,merdu suaranya. Memang dari kecil, Rabiah suka berpuisi dan bersyair meluahkanrasa cinta kepada Allah. Ada riwayat kata, Rabiah dipaksa jadi penghiburpenguasa atas sebab-sebab tu. Dia juga diseksa dengan kerja-kerja berat. Rabiahredha dengan takdir Tuhan. Dia budak belian. Dia terpaksa patuh. Bila semuaorang tidur, barulah dia dapat beribadah sepanjang malam walaupun tubuh badandia dah terlalu letih. Dia bertaubat, mengadu, merintih… bahagia dengan Tuhanyang diangkat menjadi Kekasih. Rabiah bercinta… dengan Tuhan. Cinta yang palingtinggi. Itulah mahabbah.

 

“Sampai satu malam, penguasa saksikan tanda kewalian Rabiah yangsedang asyik beribadah waktu orang lain tidur nyenyak. Ada yang menceritakantentang api dari lampu yang buruk di bilik Rabiah menjadi luar biasaterang-benderang. Ada yang mengatakan Penguasa terdengar rintihan Rabiah, ‘YaAllah! Engkau telah jadikan aku budak belian seorang manusia sehingga akuterpaksa mengabdikan diri kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akanpersembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk beribadah kepada-Mu.’

 

“Penguasa menyesal. Dia bertaubat dan bebaskan Rabiah. Darisitu, Rabiah tak berpaling lagi. Dia tunaikan janji sebagaimana yang diarintihkan, dengan menghabiskan masanya dengan beribadah kepada Allah. Dia mulabelajar dari guru-guru sufi tapi Rabiah sangat pintar orangnya. Kefahaman diadalam aqidah dan fiqah mendalam sangat. Semua soalan yang datang dia jawabdengan tepat sampai akhirnya dia pula yang jadi rujukan. Banyak sangat kisahtentang kehebatan Rabiah kalau nak dikongsikan. Kalau dapat baca kisah-kisahyang dibukukan, kita sendiri akan rasa tak sangka seorang manusia boleh mencintaiAllah sampai begitu sekali.

 

"Hebatnya cinta Rabiah sampai dia tak takutkan neraka dantak pedulikan syurga. Antara doanya, ‘Jika aku menyembah-Mu kerana takutkanneraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembah-Mu keranatamakkan syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya. Tapi jika aku menyembah-Mukerana cintaku kepada-Mu maka berilah aku balasan yang besar. Berilah akumelihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.’

 

“Banyak yang kita boleh belajar dari Rabiatul Adawiyah.Zuhudnya, macam mana dia redha dengan takdir Allah, bersangka baik dengan Allahwalaupun hidupnya diseksa, tak pernah dia mempersoalkan kehendak Tuhan. Tak adacinta dunia di hati dia. Hebatnya cara dia bersyukur kita boleh tengokadalahmelalui perbuatannya. Cara dia meluahkan rasa cintanya kepada Allah dan yangpaling penting, taubatnya - taubat yang paling dalam, yang sepenuh hati.Seperti rintihan Rabiah di malam hari, 'Sekelian manusia telah tidur dan semuaorang telah lalai dengan hiburannya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyakkesalahan di hadapan-Mu.'

 

“Saya sendiri banyak belajar macam mana nak bangkit darikesalahan dengan bertaubat dan bina hubungan dengan Allah. Orang yangbetul-betul bertaubat dan bangkit membaiki diri adalah orang yang bijaksebenarnya,” perkataan terakhir itu diiringi pandangan yang tepat menghunjam kewajahnya yang kebetulan saat itu sedang terngadah memandang lelaki itu.

 

Nur Maya tahu, cerita itu dan kata-kata Nuqman malam itu adalahuntuk dirinya. Nur takkan lupa dengan kata-kata keramat wali Allah itu. Jugabicara Nuqman di hujung cerita. Saat yang lain tertegun dengan cerita Nuqman,dia akhirnya tunduk menangis teresak-esak. Entah kenapa, kisah itu bagaikankiriman Tuhannya, mengajar dia untuk pandai meletakkan diri. Memang itulah yangsepatutnya, mahabbah! Tiada yang lebih agung dari mencintai Tuhan Penciptaseluruh alam dan kejadian. Sesungguhnya, Allah telah membuktikan kasihsayang-Nya bila Dia memakbulkan rintihan seorang Maya. Kini tibalah masanya,kasih sayang itu dibalas!

 

Dan hari ini, hati Nur Maya benar-benar tekad. Hanya Allah yangmahu dicintainya. Tiada cinta selain Dia. Dia sedar, tiada yang lebih suci darikasih sayang Allah kepada mahluk-Nya. Maka Dialah cinta agung yang selayaknya.

 

Nabil yang asyik mencuri pandang melalui cermin pandang belakangitu tidak dipedulikannya. Suara ASP Rizal yang gusar berpesan-pesan sebelum diabertolak tadi juga tidak langsung mengundang riak di hatinya. Dia tidak pedulilagi tentang dirinya. Yang dia tahu, saat ini, dia hanya mahu bertemu denganlelaki itu! Lelaki yang mengenalkannya kepada cinta agung. Dia mahu berterimakasih. Malah dia sanggup lakukan apa pun sebagai tanda terima kasih itu.Termasuklah menyimpul mati rasa kasih dan rindu yang membusung.

 

Terkenangkan itu, air jernih yang bertakung sejak tadi gugurjuga ke pipi. Demi-Mu, ya Allah... aku pasrah!

 

Kondominium milik Nuqman sunyi waktu mereka melangkah masuk.Nabil yang memang menyimpan salah satu kunci rumah itu sudah menghubungiabangnya yang masih sibuk di The Turban untuk memantau persiapan terakhirmajlis sepertimana yang dirancang. Hebat abangnya, merancang majlis perkahwinannun jauh dari Istanbul. Maka Norhan dan Najjahlah yang berhempas-pulasmenyiapkan semuanya seperti yang dihajatkan abang sulung mereka. Mujur ada timPeace Yo! yang aktif berperanan menjayakan majlis abang kesayangan mereka.

 

“Bu, Nabil nak pergi tolong abang, ya. Nabil belikan makanantengahari sekali. Ibu dengan Nur rehatlah dulu,” Nabil yang sudah menyimpan begpakaiannya di bilik ketiga sudah bersiap sedia hendak keluar.

 

“Eh! Sejak bila pula ibu nak makan makanan yang dibeli di luar?Jangan nak menyibuk dengan kerja abang kau tu, Bil. Nanti kejap, ibu nak bagisenarai barang yang nak dibeli. Ibu nak masak. Nak tambah-tambah saja. Rendangdaging ada ibu bawa sekali ni.” Ibu Aisyah sudah siap mencapai buku nota kecildan pen yang sudah tersedia di atas peti sejuk di ruang dapur.

 

“Alaaa… bu! Kami nak ibu rehat-rehat bukan nak minta ibumasak-masak. Bila lagi ibu nak berehat? Abang Man dah pesan, malam ni nak bawaibu dan Nur makan di luar,” serentak itu pandangan Nabil menjamah wajah Nuryang ikut duduk di meja makan di sebelah ibunya untuk melihat barang apa yangmahu dipesan. Tepat sekali! Wajah itu terdongak saat namanya disebut. Langsungsenyuman mekar di bibir Nabil dengan harapan yang membukit dalam dada. Abangdah ada yang punya, Nur. Tapi adiknya belum lagi!

 

“Jangan nak merepek. Man tu dah sebulan dia tak balik. Dahsebulan makan di luar. Dah balik sini pun, nak makan di luar lagi? SuruhNorhan, Najjah dengan Man balik sini malam nanti. Kita makan ramai-ramai. Ibudengan Nur nak masak,” putus kata Ibu Aisyah dengan kuasa vetonya. Siapa beranilawan?

 

Terkulat-kulat Nabil melangkah lalu mengambil tempat di mejamakan untuk menunggu senarai barang dari ibu. Sempat dia dan Nur berbalaspandang dan gadis itu cepat tunduk semula. Dari sinar sepasang mata cantik itu,Nabil tahu Nur sedang ketawakan dia di balik tabir. Aduh, berdenyut hatitiba-tiba. Senyuman merkah di bibirnya dan wajah bertabir itu ditatap taklepas. Ibu Aisyah tanpa mengangkat muka cukup tahu apa yang berlaku dihadapannya pantas bertindak meminta Nur memeriksa apa yang ada di dapur supayaapa yang tak ada dapat dibeli sekaligus.

 

Sepuluh minit berlalu, Ibu Aisyah dan Nur yang sudah selesaimenukar baju di bilik kedua yang mereka kongsi bersama, bergegas masuk ke dapuruntuk mula memasak. Sementara menunggu Nabil balik dari pasar basah, Ibu Aisyahmengeluarkan periuk dan kuali untuk dicuci terlebih dahulu kerana sudah lamatak digunakan. Ternyata sejak tiba semalam, Nuqman belum masuk ke dapur. Diacuma memesan makanan dari restoran makanan segera dan dari restoran berdekatankerana ada kotak pizza dan bekas makanan dalam tong sampah. Hiba hati ibuAisyah bila melihat makan minum anak bujangnya tak terjaga. Dan dia bersyukursangat-sangat kerana tak lama lagi, bakal menantunya akan tinggal di sini danmenjaga segala keperluan Nuqman.

 

Sebaik saja Nabil pulang dari pasar, Ibu Aisyah sibuk mengaturbahan untuk dikupas oleh Nur yang sudah selesai menanak nasi. Kemudian diameletakkan plastik yang berisi sotong buncit di sinki. “Nur suka makan sotongmasak lemak tak?”

 

“Err… sotong masak lemak? Pernah juga makan, ibu. Tapi… err… Nurtak pernah masak,” Nur yang setia di sisi terperanjat melihat sotong-sotongyang besar-besar di tangan Ibu Aisyah. Cemas bergayut di tangkai hatinyakalau-kalau dia diminta memasak masakan itu.

 

“Ibu asal dari perak. Kami memang suka makan sotong bertelurmasak lemak. Arwah suami ibu, orang Negeri Sembilan. Jadi ibu masak lemak cilipadilah. Kalau Nur nak tahu, inilah makanan kegemaran Abang Man. Anak-anak ibupanggil sotong buncit. Mujur sekarang tengah musim sotong bertelur. Ada rezekiAbang Man nak makan.”

 

“Amboi, ibu? Abang Man je? Kami ni tak ada rezeki, ke?” Nabilbersuara merajuk.

 

“Mengada! Ni awak beli banyak macam ni, siapa yang nak habiskan?Selalunya Nabil juga orang terakhir habis makan, kan?” Tempelak Ibu Aishah.Tergelak Nur dibuatnya. Nabil buat muka selamba sambil mematahkan tangkai cilipadi untuk dikisar.

 

“Nur tolong ibu sediakan bahan, ya. Ibu nak basuh sotong ni.Telur sotong ni kena hati-hati. Mudah pecah. Sebab tu ibu suka masukkan baliktelur dan kepala dalam sotong lepas dibersihkan.” Nur mengangguk laju lalumelangkah ke meja di mana Nabil sedang menyudahkan kerjanya.

 

“Bahan-bahannya, bu?” dalam serba salah, Nur bertanya juga.

 

“Sini, saya ajarkan!” Nabil cepat menawar diri. Kunyit hidup danbawang serta serai dikeluarkan dari plastik yang dibawa masuk tadi.

 

“Kisar je cili padi ni dengan kunyit hidup dan bawang. Serai niketuk-ketuk je,” ujar Nabil seraya mengumpulkan bahan-bahan itu di hadapan Nur.Tanpa memandang lelaki itu, Nur terus saja memulakan kerjanya.

 

“Nur masukkan bahan kisar tu dalam periuk ni, ya! Dengan seraiketuk sekali. 
Jangan lupa asap gelugor. Cukup sekeping saja. Ibu dah siap ni. Kita masak dulusekali dengan sotong sampai kering air, lepas tu baru masukkan santan dangaram. Masak sampai pekat. Sekejap saja. Nak sedap lagi, kita carikkan daunkunyit dan masukkan daun kesum sikit.” Tangan Ibu Aishah sama laju dengan butirbicaranya.

 

Kemudian mereka masak sayur cendawan yang hanya dibuat sup,dirampaikan dengan ikan bilis. Ditambah dengan sambal belacan, ikan goreng dansedikit ulam-ulaman, juadah tengahari siap terhidang. Dan loceng di pintu punberbunyi…

 

Pelukan erat Nuqman buat Nur tertunduk sebak. Kasihnya pada ibujelas tak terbendung. Tangan ibu ditarik lalu dibawa duduk ke sofa. Tanpamelepaskan tangan tua yang banyak berjasa tu, Nuqman bertanya khabar dan beritatentang ibu dan kampung halaman. Dalam sibuk bersalaman dengan Najjah danmenyambut buah tangan yang dibawa, Nur sempat mencuri pandang dan mendengarperbualan anak beranak tu.

 

“Man minta maaf sebab tak balik jemput ibu. Sibuk sangat, bu.Tak cukup masa rasanya. Banyak lagi yang belum siap kat dewan tadi. Sebab tu,Man datang ni, nak bawa ibu dan Nur ke Turban. Kita makan di sana ya. Lagi punMan ada janji dengan orang, nak jumpa kejap lagi. Boleh ibu tengok-tengokkanpersiapan tu, kalau ada apa-apa yang tak kena,” pinta anak sulung Ibu Aishahbersungguh-sungguh.

 

“Tapi ibu dah masak untuk Man… dah lama Man tak makan…”

 

“Ibu, ibu tahu kan?”

 

“Tahu apa, Man?” Terpinga-pinga wajah tua itu.

 

“You are the best cook in the whole world. Tak ada sesiapa pun,sampai bila-bila pun, yang boleh menandingi masakan ibu Man. Termasuk tuanputeri kita nanti. Tapi bu, untuk tengahari ni, minta maaf sangat-sangat. Kitaterpaksa ke The Turban sekarang. Kita makan di sana, ya bu!”

 

“Tapi Man… ibu masak lemak sotong buncit untuk Man…” Nuqmanterkejut. Berkerdip kelopak matanya beberapa kali. Kemudian dia tunduk sambilketawa kecil.

 

“Ibu! Kenapa susah-susah untuk Man… tak apa, ada rezeki malamnanti Man makan ya. Jom kita bertolak sekarang. Ibu dengan Nur tukar baju dulu.Bawa telekung sekali. Nanti solat dan rehat di bilik Man saj,” bahu ibu dipautsupaya berdiri. Jatuh pandangan seorang ibu dari wajah anaknya. Sebak yangbergayut di tangkai hati jelas tergambar dalam sinar matanya yang suram.Perlahan-lahan Ibu Aishah mengatur langkah lemah menuju ke bilik.

 

Nabil, Norhan dan Najjah yang tadi berbual di meja makan terdiammelihat perubahan pada ibu yang melintasi mereka dalam senyap. Nur jugaterpempan di situ. Dia ikut melangkah mahu ke bilik tetapi tak jadi. Hatinyatiba-tiba berat. Tak sanggup mahu berdepan dengan Ibu Aishah di bilik nanti.Dia tiba-tiba berpatah arah, melangkah ke sofa di mana Nuqman sedang tersandarsambil memejam mata melepaskan lelah.

 

“Abang Nuqman…” sapa Nur di hujung suara. Sepasang mata yangterpejam itu terbuka bila mendengar namanya diseru.
Nur Maya! Lekas-lekas Nuqman menjatuhkan pandangan. Aura yang terpancar darisepasang mata beralis lentik itu tak mampu dibalas pandangannya.

 

“Mungkin abang boleh tunda sekejap temujanji abang? Mungkinorang yang menunggu tu sedikit kecewa tapi tak mungkin kecewa macam yang iburasakan waktu ni,” Nur memberanikan diri bersuara.

 

“Ibu masak dengan harapan. Ibu masak dengan kasih sayang, denganrindu. Takkan keterlaluan kalau abang jamah masakan ibu sekejap? Pasti Allahuruskan yang lain-lain kalau hati ibu terhibur, kan Abang Nuqman?” lembutpertanyaan itu menusuk jantung lelaki Nuqman. Seketika dia tersentak. Kesibukandan keterujaan untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya buat diaterlepas pandang.

 

“Nur masuklah dulu. Tukar pakaian. Abang tunggu,” itu sajabicara yang mampu Nuqman luahkan. Dia terhenyak di sofa bila Nur tundukmengangguk dan berlalu pergi.

 

Di bilik, Ibu Aishah mengesat air jernih di tubir mata bila daunpintu diselak. Nur yang sudah dapat mengagak cepat-cepat mengambil pakaiannyalalu masuk ke bilik air. Tegakah Abang Nuqman? Dia menahan sebak.

 

Ibu Aishah masih duduk di birai katil bila Nur keluar denganpakaian lain. Siap bertudung dengan tabir mukanya dipasangkan.

 

“Ibu…?”

 

“Ibu tunggu Nur,” jawab ibu dengan senyum pahit.
Mereka keluar beriringan dan agak hairan dengan suara riuh bertingkah di mejamakan. Najjah sibuk menghidang, Nabil pula membancuh minuman sejuk sementaraNorhan menyenduk nasi. Nuqman? Nuqman sedang duduk menyuap nasi dengan sotongbuncit masak lemak dengan begitu berselera sekali.

 

“Ibu, tak tahan tengok sotong ni. Man makan dulu! Cepat, bu…kita makan sama-sama!” Ibu tersenyum terharu sambil menggelengkan kepala.Nuqman bingkas bangun menarik kerusi untuk ibunya.

 

“Man minta maaf, bu. Man sibuk sangat sampai terlupa betapasedapnya sotong buncit ni…” bisik Nuqman di telinga ibunya saat wanita yangpaling disayangi itu melabuhkan punggungnya. Dan serentak itu juga pandangannyabersabung dengan Nur. Ada senyum dan tangis bersatu di situ.

 

... bersambung

 

 

 

 

Previous: Part 8
Next: Part 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Juea Abdullah